,

Pengalaman Naik Kapal Terbang

admin Avatar

Pengalaman naik kapal terbang saya bermula pada tahun 2005, itulah pertama kali saya naik kapal terbang. Dari Kota Bharu ke KLIA, dari KLIA ke Lapangan Terbang Madinah. Jakun sungguh saya waktu itu, maklumlah.. orang kampung katakan.

Bila mula bekerja saya kerap naik kapal terbang. Ke Sarawak biasanya. Kemudian bila pindah ke Sarawak, lagi keraplah saya naik kapal terbang. Malah dalam tahun 2008, tiap2 bulan saya naik kapal terbang, dari Sarawak-Kuala Lumpur, atau Sarawak-Sabah.

Foto Ihsan : Wikimedia

Kemudian bila pindah ke Kuala Lumpur semula, saya dah tidak naik kapal terbang lagi. Hinggalah setahun kemudian baik kapal terbang ke London (merasa pengalaman terkandas di Schiphol, Belanda akibat letusan gunung berapi Iceland). Hinggalah kali ni, 5 bulan kemudian, saya naik kapal terbang dari KLIA ke Miri.

Dalam tahun 2008-2009 tu, saya sangat suka tengok rancangan Air Crash Investigation (dokumentari yang memamarkan siasatan terhadap kes-kes kapal terbang yang terhempas di NatGeo). Tapi tak sedikit pun terkesan di jiwa saya, walaupun kawan2 saya ramai yang ngeri nak tengok program tu. Memanglah ngeri, kalau tengok kes kapal terbang terhempas tu bukan sebab yang complicated pun, cuma lupa bukak selotep, lupa nak switch button, lupa nak betulkan balik itu-ini lepas dibersihkan, dan lain2 kesalahan yang nampak kecik, tapi mendatangkan musibah yang besar.

Dalam banyak2 kes crash tu, ada satu kes yang buat saya hampir menangis. KEs itu melibatkan pelanggaran sebuah pesawat India dengan sebuah pesawat Arab Saudi. Pelanggaran tu berlaku di waktu malam. Yang paling menyayukan hati ini…. apabila berlakunya crash, penyiasat akan memainkan pita black box untuk menyiasat apa yang berlaku dalam kokpit. Pesawat2 lain, bila berlakunya crash, kapal terbang nak terjunam, juruterbang dan co-pilot akan terjerit2. Tapi, dalam kokpit kapal terbang Arab Saudi tu, tak ada suara menjerit pun, yang ada ialah … “..asy hadu an-la ila ha illallah.. wa asy hadu anna Muhammadan rasulullah..” oh sungguh terharu hati ini dibuatnya.

Saya terbayang sungguh pasrah mereka itu, menghadapi kematian (yang mungkin dah pasti) dengan begitu tenang dan dapat mengucap dengan tenang. Kalau saya, saya rasa saya ikut menjerit macam mat2 saleh tu. Itu hari dalam lif dari tingkat 41 ke Groundfloor pun saya dah terjerit cuakkk. Entah ingat nak mengucap ke tidak dalam saat2 genting gitu.

Selepas menonton episod itu… memang terkesan sungguh di hati. Kita ni cakap je kita ingat Tuhan, tapi bila berlaku benda2 yang tak diingini, benda2 yang mencemaskan, apa yang kita ingat ialah nak cepat2 selesaikan. Contohnya bila anak demam, kita terus gelabah tak tentu hala, takut anak jadi apa2, padahal dia cuma demam selesema.. sampai kita lupa nak bertenang dan meminta dari-Nya agar dipermudahkan urusan anak kita. Ye lah, kalau beri ubat tak sembuh2, kita marah pada doktor.

Teringat kisah seorang pemuda calon penghuni syurga, bila Rasulullah SAW memberitahu bahawa pemuda tersebut adalah calon penghuni syurga, seorang sahabat teringin nak melihat apakah amalannya hingga menjadi pilihan Allah masuk ke syurga. Lalu sahabat ini pergi ke rumah pemuda itu dan memohon untuk tidur barang satu malam.

Di waktu malam yang hening itu, si sahabat ni terbayang “Mesti pemuda ni sepanjang malam bersolat, mengaji, berzikir sahaja, kerana itulah dia jadi calon penghuni syurga”.

Ditunggu2nya pemuda itu bangkit dari tidur dan beramal ibadat. Namun… lepas sejam, tak bangun, sejam lagi, tak bangun2 juga. Sampailah ke Subuh. Yang pemuda itu buat cumalah berbalik dari kedudukannya dan mengucapkan “Allah..”, “Allah…”

Lalu sahabat ni kembali kepada Rasulullah dan bertanya “Wahai Rasulullah, aku masih tak faham dengan poemuda calon penghuni syurga yang Tuan maksudnya. Aku lihat dia tidak berbuat sebarang ibadat. Malam2 tidur sahaja, kecuali semasa tidurnya beliau menyebut nama Allah”.

Jawab Rasulullah “Kerana itulah dia menjadi calon penghuni syurga. Setiap masa dia mengingati Allah, setiap apa yang dilakukannya adalah bersama2 Allah, walaupun di dalam tidurnya”.

Berbalik kepada kisah naik kapal terbang, memang biasa terhentak-hentak dan tersentak2, terutama semasa kapal terbang melanggar awan, dan semasa dalam proses mendarat. Dalam banyak2 kali penerbangan, ada satu kali perjalanan Miri ke Kuala Lumpur yang paling saya suka. Pilotnya begitu pandai mengendalikan pesawat, hingga sewaktu mendarat, tidak berasa apa-apa. Tau2 announcement mengatakan “Selamat datang ke KLIA”. Wah wah, sungguh best sekali. Kalau tidak, memang horrible juga perasaannya, seakan jatuh dari tempat tinggi.

Pengalaman menarik juga, dalam penerbangan dari Kota Bharu ke KLIA, sewaktu melewati KLCC, pilotnya membuat pengumumam bahawa kita akan menikmati pemandangan yang amat cantik iaitu KLCC dari udara. Subhanallah, memang indah sekali. Mujur kami duduk di tepi tingkap. Sayangnya saya tiada kamera 🙂

Pengalaman naik kapal terbang yang menarik, mestilah dalam perjalanan yang jauh. Setakat ni saya tak pernah ke luar negara kecuali Arab Saudi dan England (Brunei tu naik kereta je, tak payah kapal terbang bagai), jadi tak banyaklah pengalaman. Teringin juga nak ke Jepun, Australia, negara2 Eropah dan Timur Tengah terutama Mesir dan Jordan. Bila perjalanan merentas benua ni, rasa excited sebab perbezaan masa. Contohnya sewaktu ke Saudi dulu, flight depart pukul 2 pagi, dan sampai pukul 5 pagi (waktu Saudi). Kalau balik cerita kat orang kampung, kata “Dekat je Mekah tu, 3 jam je” Hehe. Baliknya pula… jam 7 pagi (Waktu Saudi) flight depart, pukul 9 malam (waktu Malaysia) baru sampai di KLIA. Yang menariknya, masa ni la nak apply konsep solat dalam kenderaan dan menentukan waktu solat. Kalau penerbangan umrah/haji, kapten akan beritahu bila masuk waktu, kalau penerbangan biasa, itulah yang nak kena belajar tentang cara2 solat dalam perjalanan macam ni. Dan bagaimana ambil wuduk dengan secawan air saja sebab toilet penuh. Maklumlah, rasanya 98.9% penumpang adalah jemaah umrah.

Kenapa tiket kapal terbang lebih murah bila kita book lebih awal dan menjadi mahal bila sudah last minute?

Ini kerana, biasanya yang menempah tiket awal2 ialah mereka2 yang travel untuk tujuan leisure seperti pegi jalan2 balik kampung dan sebagainya. Dan ada antara mereka yang kadang-kadang last minute nak tukar tiket. Manakala yang beli lambat2 ni selalunya mereka yang ada urusan last minute atau adhoc, seperti businesman yang tiba2 ada meeting dengan client, para pekerja syarikat yang tiba2 kena attend meeting, pekerja yang perlu menaiki penerbangan kerana ada hal kecemasan dan sebagainya. Mereka2 ni akan membayar walaupun syarikat penerbangan mengenakan harga yang premium. Jadi sebagai memenuhkan seat, syarikat kapal terbang tak perlu offer half price, kerana mereka2 yang tersebut di atas akan tetap membeli tiket walaupun mahal.

Berbeza dengan barangan di supermarket. New arrival selalunya best buy, tapi lama2 bila stok dah bertimbun, model baru keluar, supermarket itu akan buat sale, clearance, dan sebagainya.

Sunyi pula bila naik kapal terbang sendirian. Kalau dengan anak-anak, kecoh satu kapal terbang. Saya pernah lari berkejar-kejar dengan Hafiy di isle kapal terbang. Pernah berganti2 dokong Hafiy dan Fahry dengan stewardess. Pernah heboh di toilet kapal terbang bila Hafiy menangis cari saya, yang masa tu tengah berada dalam toilet.

Oh, bila lah nak bawa anak2 naik kapal terbang lagi. Insya-Allah kalau ada rezeki.

admin Avatar

5 responses to “Pengalaman Naik Kapal Terbang”

  1. eT Avatar

    me dah 4x naik kapal terbang…
    paling lama time p sabah je la…hehe..:p

  2. el Avatar

    salam Along,

    terima kasih kerana ingatkan saya pada Allah. part paling terkesan bila mana air crash ramai2 mengucap. masha Allah.
    saya pernah juga mendengar satu tazkirah, ustaz tu cerita dia naik fligt, bad weather…. bila fligth terhuyung hayang dalam hatinya berkata “Ya Allah, mungkin inilah masanya pertemuan aku dgn MU…oh begitu rindu”
    aduhai, luruh air mata….mmg dia yakin kerjabuat hidup dia buat Allah redha….
    kalau kita tatau la kan…moga kita tergolong dalam golongan tu…..

  3. zik Avatar

    tak pernah naik kapal terbang… harap2 dapatla naik kapal terbang.. suatu hari… takut juga.. huhu

  4. fid Avatar

    kapal terbang??
    apakah itu?
    zaman dok luar negara dan kena bayar setiap thn nak naik dah dok dalam malaysia dan naik kapal terbang takyah bayar rasa tak nak naik plak
    apakah?

  5. syida Avatar

    naik kapal terbang dengan anak-anak memang HAVOC. kadang2 sampai naik serik dibuatnya..hehe

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge