,

Pengalaman LASIK Mata dengan Prof Muhaya

admin Avatar

Saya bercermin mata sejak sekolah rendah. Darjah 3 ke darjah 4, dah tak ingat. Dulu-dulu rasa cute sangat bila berkacamata.

Tapi sejak-sejak berkeluarga, berkacamata ni rasa rimas pula. Maklumlah setiap pagi, perkara utama kena buat ialah ‘operasi cari cermin mata’. Walaupun ada tempat khusus, tapi sesekali terlupa, memang haru-biru dibuatnya. Pernah saya ke pejabat tanpa cermin mata sebab tak jumpa. Mujur suami yang memandu.

Itu belum lagi tiba-tiba anak bawa cermin mata yang dah patah dua.. tiba-tiba terpijak cermin mata sendiri, dan pelbagai kejadian melibatkan cermin mata yang perlu diganti.

Saya mengalami myopia dan astigmatism. Mata kanan saya power dalam 350, mata kanan 400 lebih. Tak berubah sejak 5-6 tahun yang lepas.

Bila suami saya menjalani pembedahan LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) pada tahun 2011, saya memang tak berani. Maklumlah dari cerita dia tu, macam menakutkan saja 😀 jadi saya simpan saja hasrat itu diam-diam.

Tapi lama-lama memang rasa tak tertahan lagi. Lagi-lagi bila si kecil Danny suka cari cermin mata saya dan pakai, semasa saya sedang solat. Oh tidak, rosak mata anakku nanti! Bukan itu saja, belum bab campak merata-rata. Rumah kami pula tiada gobok yang tinggi sikit, semua pun dalam capaian anak-anak.

Akhirnya saya beranikan diri untuk menjalani LASIK. Saya ke Prince Court Medical Centre (PCMC) pada bulan Mei lepas untuk buat appoinment. Saya diberi tarikh 10 Jun untuk penilaian.

Semasa penilaian, mata kita akan diperiksa untuk memastikan ia sesuai untuk menjalani LASIK. Prof Muhaya beri remark pada mata saya ‘perfect for LASIK!’. Saya minta masa seminggu sebelum jalani pembedahan, kerana saya perlu handle seminar di Kota Kinabalu.

Sebagai persediaan untuk LASIK, saya diberi beberapa ubat titis dan pil painkiller untuk diambil sebelum dan selepas rawatan LASIK.

19 Jun 2013 (Jun juga bulan kelahiran saya), hari bersejarah bagi saya.

Pagi-pagi lagi sudah ke PCMC. Selepas bersarapan dan makan painkiller, saya ke LASIK Centre. Tunggu sekejap sebelum nama dipanggil.

Diarahkan masuk ke bilik rehat, sarung baju putih dan pakai topi. Nurse beri sedikit penerangan tentang bagaimana prosedur LASIK dilakukan dan penjagaan selepas LASIK.

LASIK muhaya

Saya orang pertama yang di-LASIK-kan oleh Prof Muhaya hari tu.

Masuk ke bilik prosedur, saya disuruh baring, dan mata dititik ubat bius, dan dibersihkan oleh jururawat.

Sayang sungguh suami saya tiada di situ pada hari tersebut. Maka tiadalah gambar atau video semasa prosedur dilakukan. Beliau menziarah arwah anak rakan baik kami yang meninggal dunia sehari sebelum itu.

Mula-mula saya ditolak ke satu mesin. Prof Muhaya masuk, dan seperti biasalah sesi LASIK cum sesi motivasi. Dalam bilik itu juga dialunkan Zikir Terapi Hafiz Hamidun.

Mesin pertama, untuk melakukan flap pada kornea. Bayangkan, kornea mata kita umpama contact lense, dan dibuka masa prosedur flap ni. Mula-mula mata kanan, mata kiri ditutup. Kemudian mata kiri pula dan mata katan ditutup.

lasik kornea

Horror juga bila diingatkan, tapi jangan takut, kita bukan nampak pun, dan tak rasa apa. Lagipun Prof Muhaya punya ‘motivational talk’ tu memang distractor yang sangat bagus ^^

Tugas kita cuma perlu fokus pada lampu hijau yang berkelip-kelip, dan jangan melilau ke sana sini. Mata dah tak boleh berkelip-kelip dah sebab dah dipasang alat untuk cekang kelopak mata.

Sekejap je, 30 saat untuk setiap mata.

Selepas tu kita ditolak ke mesin kedua pula. Mesin ni lah yang akan memperbaiki kornea kita. Untuk rabun jauh macam saya, kornea akan diratakan supaya cahaya boleh fokus ke retina, maka pengelihatan dipulihkan. Kita rabun jauh sebab imej kita terbentuk di depan retina. Sebab tu kita nampak kabur untuk objek2 jauh.

retina rabun jauh

Di mesin kedua ni, kornea kita yang ‘dihiris’ tadi tu akan diselak supaya stroma kita dapat di-trim. Tisu kornea akan dibuang supaya ‘kanta’ kita jadi cekung macam kanta cermin mata rabun jauh tu.

flap kornea lasik

Kalau tengok gambar memang horrorible, tapi bila alami sendiri tak rasa apa-apa pun. Lagi2 dengan Prof Muhaya kan. Masa dia selak kornea kita tu memang nampak selapis-selapis dia ‘lipat’, tapi tak rasa apa-apa. Iyelah, dah kena biuskan.

Prof kata “Jangan takut, hanya perlu tenang dan gembira. Emosi takut tidak dibenarkan di sini” haaa kau.

Selepas kornea luar tu diselak, mata kita akan dilaser. Ada bau terbakar sikitlah. Ni pun 15 saat je untuk setiap mata.

Bila dah siap laser, Prof betulkan balik kornea, dan.. siap!

Terus boleh nampak. Terharu punya pasal, terus termenangis! Mana taknya, lebih 20 tahun berkawan baik dengan kacamata, kini dah tak perlukannya lagi!

Lepas tu Prof ajak bergambar di luar. Lepas bergambar terus kupeluk Prof sebab terlalu gembira ^^  Alhamdulillah, dimudahkan segala-galanya.

prof muhaya lasik PCMC

Lepas tu rehat sekejap, dan tunggu suami datang jemput.

post lasik surgery

Selepas prosedur LASIK, mata ada rasa ‘something’ sikit. Rasa ada sesuatu dalam mata, macam pakai lens. Tapi pantangnya tak boleh nak gosok! Jadi, kalau rasa tak selesa tu titikkan saja lubricant yang dibekalkan. Ubat titik pun kena pakai dalam masa seminggu. Kena jaga betul-betul dalam minggu-minggu pertama, masa ni temph pemulihan, ramai yang LASIKnya tak berapa berjaya kerana jangkitan2 yang berlaku dalam tempoh2 ni.

Balik dari hospital tu, ber-ray ban lah sepanjang hari. Mata tak boleh tengok cahaya, silau sampai tak boleh buka mata. Balik rumah, tidur sekejap, bangun petang tu barulah rasa OK dan lega.

Tapi masih lagi rasa sesuatu dalam mata tu.

Apa pun, alhamdulillah. Akhirnya, bebas kaca mata.

Sesiapa yang nak buat LASIK dengan Prof Muhaya, boleh buat appoinment dengan LASIK Centre Prince Court, 03 – 2160 0332.

Berapa kos LASIK di PCMC? Premium LASIK (38 tahun ke bawah) ialah RM6990 dan blended vision (38 tahun ke atas) ialah RM7990. Untuk buat appointment dengan Prof Muhaya boleh hubungi Prince Court LASIK Centre di 03 2160 0332. Sekarang ada promosi untuk LASIK berkumpulan. Jimatlah, makin ramai geng makin rendah kosnya.

Boleh tengok maklumat lanjut di website Prof Muhaya.

Konon nampak bergaya pakai spek hitam, tapi kat dalam tu perit tahan silau. Hehe.

lasik surgery

Mudah-mudahan, anugerah pengelihatan yang dikurniakan ni dapat digunakan sebaik-baiknya di jalan yang diredhai Tuhan.

admin Avatar

27 responses to “Pengalaman LASIK Mata dengan Prof Muhaya”

  1. ieta Avatar
    ieta

    hehe, same jgk sebab musabab diri ni berani buat lasik..bile specs ilang, anak sendri pun tak nmpk ohh masalah besar di situ! hihi

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ahahah itu mmg besar punya masalah tu!

  2. Ina Avatar

    Rasa teringin lama dah. Tp bila baca penceritaan jujur ni rasa takut pun ada. Ingatkan kita pun pengsan. Rupanya mmg nampak step by step haha

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mula2 debor jugak, tp bila dah hadapi tu tak rasa apa2 pun. lgpun kalo dgn prof muhaya ni memang distracted betul dgn kata2 motivasi dia. tak nampak apa dah hehehe

  3. maureen Avatar

    hi mommy lyna. nk tya lasik ni sape2 pun bleh buat ke asal yg pkai spec tu or ada certain requirement?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      diorang akan buat assessment dulu pada mata maureen, nak tengok sesuai atau tidak utk lasik 🙂

  4. hafizrahim Avatar

    Wah..memang rasa excited nak buat jugak..pernah dengar sebelum ni ramai orang buat..tapi dalam hati ada rasa takut sikit..huhu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mula2 rasa takut2 jugak. tp bila dah masu dalam bilik tu, tak rasa apa dah. dia tonyoh2 biji mata kita pun tak rasa ape2 😀

  5. Ummi Hanie Avatar

    waduuh,,, kaki kuat gementar mcm sy ni lglahh kecut perut bila nak dilasik tu

    mmg horror tgk gambarnya…

    anyway, tahniah dah beas kaca mata ye kak lyna. sy pun pakai spek sejak darjah 5… sampai la ni… merasa juge bebas berkaca mata bila pakai contact lense je le… tak termampu lg nak berLasik

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalau tengok video dia memang rasa kecut hehehe tp bila alami sendiri tak rasa apa2 pun. rasa nk cepat habis je 😛

  6. ainul Avatar

    amboiiii spec dh gaya kim kardasian tue.. hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha. terpaksaaa

  7. tuty Avatar
    tuty

    Wahh…aku pun nak wat la..cermin mata aku dah bape kali amni patahkan…stress..habis solat, mama sambil tunjuk bingkai yang dah patah dua..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wat jangan tak wat. dah boleh sanga dah tu 🙂

  8. SYANI Avatar

    Teringin gak nak buat LASIK ni.. Dah lama dah bff dengan cermin mata.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom jom, alhamdulillah, best mata cerah

  9. irfa Avatar

    allahuakkbar..kuasa Allah
    sapa sangka boleh melihat tnpa cermin mata
    sy baru pakai spek dlm 3/4 tahun yg lepas
    umur masih bawah 38 tahun
    tp kosnya tu..emm mmg mahal tp berbaloi
    tahniah ye 😉
    nanti bolehla bergaya pakai spek besar

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kat pcmc je kot, tempat lain ada yang lebih murah, optimax rasanya less than RM2k

  10. dash aris Avatar

    alhamdulillah. saya selalu risau bile ke shopping complex dgn anak. takut ada orang penjahat nak culik ker, atau anak sesat ker, saya tak dapat nak kejar atau cari sebab rabun. dan pikir kalo masa tu spek saya pecah. huhu seram. sebab tu kalo pergi keluar rumah saya pakai lense. tapi sampai bila kan pakai contact lense. 10 tahun? bile calculate kosnya pasti cecah beribu ribu. insyaAllah berezki saya pasti akan buat lasik demi keselamatan ahli keluarga dan diri sendiri. tq mommy lyna for sharing.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dah ada jalan dah tu dash, insya Allah 😉

  11. Puteri Avatar

    Saya setuju yang LASIK is one of the best investment. Kalau di kira2 cost contact lense dan spec mmg baloi sangat2 cost LASIK ni. Saya buat lasik in 2004 (dengan Dr Baljit di APSH. It was RM4K back then). Alhamdulillah sampai sekarang spec-free. Dulu power sampai cecah 500.

    Now tgh pujuk hubby buat pulak. Dia masih tak sure (ke takut? hehe). Thanks for sharing this, I nak kasi dia baca.

    Btw, I think I saw you the other day kat PCMC otw ke clinic Dr Muhaya. Tgh buat LASIK rupanya. Tapi segannye nak tegur. Hehe!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      la yeke , tak tegur pun. kita mmg tak nampak orang dh masa tu, berdebar katanya hehehe

    2. rina Avatar
      rina

      tadi baru pegi jumpa Dr Baljit and ada tanye pasal LASIK.. now 4.5k…. kira ok la kan after 11years naik rm500 je. me and husband tgh berkira2 nak buat

  12. Rina Avatar

    Sekarang sudah sembuh dan tak perlu memakai bantuan kaca mata ya Sis, saya turut senang juga nih
    Sehat selalu buat anda dan keluarga 🙂

  13. salzahari Avatar
    salzahari

    sonoknya dah buat…yaa..mmg teringin nak bebas spek sbb rsa mcm dapat mata baru kan yg selama ni ‘buta’..huhuu…

    kalau silau tinggi, sesuai tak agaknya?

    tapi buat masa ni lum ada kekuatan lagi…huhuu….err…mmg le tak rasa sbb bius tp trgat2 dan ternmapak2 tak mata kita yg disiat2 slps tu (mimpi2 ngeri ke..)…ehehheee

  14. nila anggraini Avatar

    Lama dah teringin nak buat lasik ni. Nak bebaskan mata dari kaca mata juga. Melihat nany lyna dah tak berkacamata…memang cun….semoga sy suatu hari nanti akan ade peluang untuk buat lasik mata ni juga dengan prof Muhaya….insaaAllah…aamin ya Allah…

  15. NURUL AQIDAH AZAHAR Avatar

    wah..alhamdullilah…ida pun rabun tapi dlm tahap boleh lagi la nampak kalau tak pkai..pkai time study je atau tgk lptop…suami la..rabun rendah je tapi silau tinggi..boleh jgk ke..

Leave a Reply to SYANI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge