, , ,

Pelaburan Terbaik dan Paling Menguntungkan?

admin Avatar

Melabur dan membuat pelaburan adalah satu cara untuk menggandakan kekayaan atau harta bagi kegunaan di masa depan (esok pun masa depan juga). Perbuatan melabur ni termasuklah menyimpan (misalnya duit) di sesuatu tempat dengan ‘harapan’ ia akan memberi kesenangan di masa depan kelak.

investment

Ramai orang nak jadi pelabur, kerana katanya melabur itu pasti dapat untung berganda-ganda. Tambahan pula sekarang ini, pelaburan dalam logam bernilai (precious metal) seperti emas dan perak semakin popular. Malah dalam bidang pelaburan lain seperti hartanah, saham, saham amanah, bisnes dan sebagainya…  sayangnya lebih ramai yang “Aku bagi duit, kau run bisns” daripada yang “Aku akan guna duit aku ni untuk belajar tentang bisnes”.

Yeah, suka atau tidak ramai di kalangan kita yang suka jalan mudah, jalan pintas, short cut… kalau tak manakan skim Ponzi masih lagi hidup dan dihidupkan dulu, kini dan mungkinkah selamanya… Dalam ertikata lain, ramai yang terlupa atau mungkin tak tahu bahawa pelaburan terbaik dan paling menguntungkan ialah melabur dalam ILMU dan PENGETAHUAN tentang pelaburan itu sendiri. Pelaburan itu bukan sekadar ‘beli murah jual mahal’. Pelaburan melibatkan analisa yang sesuai dengan profil seorang pelabur. Antaranya ialah tujuan melabur, risiko yang diambil, expected return, dan sebagainya. Salah satu sebabnya ialah supaya tak menyesal di kemudian hari, terutama bagi yang terpaksa membayar harganya dengan amaun yang besar, atau kehilangan segalanya hanya sebab ‘tak kaji dulu’.

Ia tak sama bila kita rugi sebab tak mengkaji dengan rugi sebab silap percaturan. Jika silap percaturan, kita sepatutnya sudah ada strategi untuk back-up, atau plan B, ataupun sekurang-kurangnya boleh mengambilnya sebagai ‘lesson learnt’ walaupun harganya tersangatlah mahal. Rugi sebab tak mengkaji, dibimbangi terus jatuh tak bangun-bangun. Paling dahsyat sikit, masih perasan bagus walaupun dah muflis, konon dia ada pengalaman melabur tapi rugi. Jadi diberitakan kepada orang lain supaya ‘jangan melabur, rugi!

Memang rugilah sebab dia tak melabur dalam perkara pertama dalam pelaburan – BELAJAR. Dengar cakap orang semata, memang semuanya bagus. Ejen emas akan kata pelaburan emaslah paling bagus dunia akhirat, ejen hartanah akan kata pelaburan hartanahlah paling bagu, sejen unit trust akan kata unit trust dia paling bagus, dan seterusnya (contoh saja). Jadi kalau kita sendiri tiada pengetahuan dalam apa yang kita ceburi, cuma tahu ‘nak duit banyak . Ia seolah-olah melempar benih ke tanah dan mengharap esoknya ia akan tumbuh tinggi jadi seperti cerita Jack and The Beanstalk.

Kalau ikut istilah finance, perbuatan begittu (‘melabur’ dalam sesuatu dengan harapan ia akan ‘naik harga’ tanpa buat sebarang analisa) dipanggil ‘gambling’. Dengan kata lain mengharapkan nasib. Dalam Islam pun tak menggalakkan perkara macam ni. Menurut Saidina Ali “Kebatilan yang berstrategi itu lebih baik dari kebenaran yang tidak berstrategi”. Jadi, strategi, atau perancangan dan sistem itu penting dalam melakukan sesuatu kerja. Sebelum kita ‘dikalahkan’ dalam arena pelaburan yang juga diterajui oleh para spekulator dan juga para pengambil kesempatan yang suka menangguk di air keruh, usah abaikan pelaburan yang nombor satu tadi.

Tak susah pun nak belajar.. tak perlu masuk universiti ambil kursus tentang kewangan pun.Cuma perlu keluarkan sedikit RM (kata melabur..) dan masa untuk membeli dan membaca buku/ebook, menghadiri kursus kewangan, atau membaca maklumat percuma dalam mana-mana blog atau website. Tak kira lah nak buat apa pun. Paling cikai pun kita tak senang nak ditipu dan tertipu oleh ‘ketidakketahuan’ sendiri. Lagipun, mudah untuk kita membuat perancangan untuk diversify, dan mengelakkan taksub terhadap satu investment vehicle saja. Lagipun, profil kita semua ni tak sama…

Ehem,on top of that, bila kita belajar ni, dapat buat pelaburan akhirat juga.. Allah suka orang berilmu 🙂 – Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal (39:9). Kan ke best tu.

Jangan tunggu lama-lama… melaburlah sekarang.

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Pelaburan Terbaik dan Paling Menguntungkan?”

  1. Rai Avatar

    ramai yang gagal mengkaji dan malas study..end up masing2 sebenarnya gamble..bukan melabur..

  2. mamaNoriz Avatar

    sya penah terbaca…”precious metal always win”
    maksudnya…instrumen metal ni tetap menang berbanding lain2 pelaburan ..

    betul gak, sbb tgok hrga emas skng…
    syukur sbb sya dah start beli emas dulu cuma syang agak terlamabt…huhu

    tpi saham akhirat tetap kena jaga kan…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yang saya biasa dengar, ada tambahan sikit kat belakang – “Precious metals always win over fiat money”, bukan other investments 🙂

      1. mamaNoriz Avatar

        oh yea…hehe, maybe ur right… sya baca pun sekali lalu je…
        anyway, Thanx 🙂

  3. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    sy suka belajar..boleh mommy lyna ajarkan..sbb kat blog ni blh belajar free hihi

  4. baby Avatar

    apa2 nak melabur pun kena penuh ilmu dulu.. duit bukan senang nak dapatkan?? tak ada cabaran baru ke utk ipad??

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge