Pelaburan Emas Lebih Untung Drpd ASB? Tunggu, Jgn Tergesa-Gesa

admin Avatar

Banyak orang memperkatakan kadar pulangan daripada pelaburan emas lebih menguntungkan daripada ASB akhir-akhir ini. Jika anda perasan, golongan yang terlibat biasanya mereka yang ada kepentingan;
–    penjual emas atau ajen menjual emas,
–    agen amanah saham berkaitan emas,
–    penjual buku tentang pelaburan emas
–    mereka yang dah banyak koleksi emas sibuk menceritakan betapa bijaknya mereka melabur dalam emas.

Antara kata-kata yang biasa didendangkan adalah; purata kadar kenaikan emas adalah 22%  setahun untuk dua tahun lepas (2008-09), berbanding ASB yang hanya memberi 8-10% sahaja. Tu belum lagi dibandingkan dengan Tahung Haji yg for sure lebih rendah.

Betul ke pelaburan emas ini lebih untung drpd ASB?

Perlu diingat, golongan yang sibuk memperkatakan harga emas akan naik lebih banyak didorong oleh perasaan optimist, kalau tidak, siapa yang nak beli produk mereka. Betul? Ini termasuk pedagang emas antarabangsa. Cuma sebagai pelabur jalanan, optimist sokmo boleh membawa padah jika kita melabur semberono.

gold_5_year_o_usd

Tidak dinafikan, harga emas dah naik dua kali ganda sejak tahun 2007 (USD 600) kerana didorong oleh harga minyak yang naik mencanak-canak. Kalau nak tahu, golongan-golongan yang optimist hanya akan berbincang sekitar statistic ini sahaja. Namun bagaimana nak tahu harga emas akan berganda semula tiga tahun dari sekarang? kita tengok sejarah…

gold_15_year_o_usd

Jika anda membeli emas pada tahun 1995 (ekonomi Malaysia yang tinggi), anda takkan membawa pulang sebarang untung jika menjualnya 10 tahun selepas itu; pendek kata 0% sepanjang 10 tahun. Ini juga sama jika anda melabur dalam emas sejak tahun 1990, hampir tiada untung 15 tahun kemudian.

Compare kadar pulangan tersebut dengan ASB atau Tabung Haji, mana lagi untung?

admin Avatar

128 responses to “Pelaburan Emas Lebih Untung Drpd ASB? Tunggu, Jgn Tergesa-Gesa”

  1. pok ya Avatar

    Memang harga emas naik mendadak kebelakangan ini. Tetapi perlu diingat kan bahawa yang naik takkan naik selamanya dan yang jatuh takkan tersungkur selamanya. Yang naik pasti akan turun. Masa sahaja akan menentukannya.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      adakah ini akan repeat another bull utk emas?
      => http://mysuperkids.net/masa-terbaik-nak-beli-emas/

  2. nur Avatar
    nur

    salam,

    thanks for d info jr banker.
    x de blog ke nak follow?

    =]

  3. Rafie Avatar

    Hm..Geli hati saya bile meneliti content di atas..ML menyatakan orang2 yang berkepentingan sahaja yang menggalakan pelaburan emas berbanding pelaburan ASB,ini menggambarkan penjual emas hipokrit semacam dengan fakta yang digunakan pakai untuk melariskan jualan..contohnya graf harge emas pasca tahun 2001,sebaliknya berselindung dengan fakta kemerosotan harge emas era tahun 1995 – 2000…
    ML kene fikir..adakah anda benar -benar ikhlas menerbitkan blog ini..Mysuperkids nie?
    harap pembace semua sedar dan faham..blog ini jugak hipokrit dengan pelbagai iklan yg dipaparkan disini..
    saya percaya..dengan title yang menentang ” arus Perdana” ..rating & stat blog mysuperkids nih..mesti tinggi..rasenyer mesti banyak chances untuk mendapat pelanggan atau peluang melariskan jualan..yeah…
    tolong la..jgn sebut-sebut hal berkepentingan..sebab masing2 pon ade kepentingan diri sendiri ..rite?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalo en rafie geli hati, byk org nk tegelak kot baca komen sedare ni,
      -if artikel yg not even top 100 pun boleh naik rating, thats gud!
      -jualan pebenda la yg boleh laris dgn artikel umum cani. Jgn beli emas tapi beli unit trust? Tak tau la kalo ade ejen ut cilok idea ni jual ut, haha.
      -Kalau dh jual emas takkan la nk cerita emas merosot. Biasala tu. Tak byk yg jual emas bagi full picture. Byk bagi statistic 2001 onwards je; ride on trend (while it last/selagi stok masih ada)

  4. Rafie Avatar

    Tiltle blog ini memang la umum,tapi ianya menentang “Arus Perdana”..dikala investor beralih pada satu hala tuju pelaburan emas, masih ada blog yang “menongkah arus”..pastinya akan menarik minat para investor emas untuk ” melawat” blog ini dengan meninggalkan feedback ( saya turut terjebak..Cissss!! )
    pada saat saya ingin membalas komen ini jugak..saya terpakse mengadap iklan google ads..( then ternyata taktik berkesan untuk mencapai viewer daripada readers blog ni)
    daripada comment ML..saya dapati ML pon setuju..dengan ” orang-orang yang berkepentingan dengan Emas” dengan penulisan begini :

    “Kalau dh jual emas takkan la nk cerita emas merosot. Biasala tu”
    ..pada saya..biasala tu..termasuk saya..& juga ML..pengendali Blog Mysuperkids..turut punyai kepentingan tersendiri..
    then tolong la jgn blame kami para penjual emas nie.. hipokrit & manipulate facts ..biasala tu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aduhai, cara sedara komen ni mcm baru pertama kali baca bahan internet. Berapa kali dah sedare “terjebak” dgn bacaan the star, harakah daily, malaysian insider, berita harian? Mmg kalo jumpe apa-apa iklan sedare ade rase “terjebak” eh? So, berapa hengget dh rugi? Haha…

      Menongkah arus tu salah ke? Kalau salah, go n talk to BA first.

      Ape da, semua orang bijak inginkan 2nd opinion. Org kampung tak tahu ape2 je yg Tak buhsan hari2 disodok dengan maklumat berat sebelah yg kelihatan ok walhal kebenarannya mungkin tidak. Lagi2 hal berkaitan duit. Unless kalu memang dah kaya raya la…. Letak mana2 pun takpe sbb duit banyok sangat.

  5. Rafie Avatar

    memang tak salah “menongkah arus” tuh..malah boleh katakan itu tindakan bijak dalam meraih popularity atau rating..
    kalo benar ML bertujuan baik dalam menyampaikan maklumat secara adil dan saksame pada “orang kampung”..seharusnya tekankanlah dalam membuka minda kepentingan menyimpan & melabur..tak kisah lah dalam ape jua profolio pelaburan UT,ASB,TH, FD,Gold..
    tidak seharusmya laman blog nih menghentam kami para penjual emas nih..
    kalo benar-benar ML menggalakan Investment berdasarkan dividen..
    buatlah blog yg mendedahkan benefical investment yang berdividen nih..toksah nk blame2 kami penjual emas nih..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      nmpk sgt le sedare ni baru sampai blog ni dan assume mcm2. tadek kje deh saya nak menghentam pelabur/penjual or ape2 jela yg berkaitan emas. i sendri pun beli emas jugak ba, kwn rapat opis pun jual emas yg sama. tapi, saya pentingkan ilmu to all my readers. musti tahu risiko, bukan setakat potensi nyer saje. bulih baca semua artikel saya psl pelaburan ka bawah:
      http://mysuperkids.net/category/money/
      http://mysuperkids.net/category/money/finance-investment/
      http://mysuperkids.net/category/money/property/
      http://mysuperkids.net/category/money/main-saham/
      dlm archive ade byk lg (klik kat tab “Archive” di atas)

      kalu tahu potensi saje org bulih tuduh scam walhal itu mmg dah risikonya sejak awal. lagi2 la org mlayu ni, keje nak duit short-cut je.

  6. Razak Abd. Avatar
    Razak Abd.

    Saya..setuju betul dengan Rafie..
    Mommy jgn la..melibatkan dengan politik pulak..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      politik ape kebenda pulak la hai…

  7. SyazwanGT Avatar
    SyazwanGT

    hm..Maaf ye mencelah sikit..
    nampak jugak kebenarannya di sini..rasenyer..elok Mommy delete jer..title blog nih..blog nih terlalu contrast sangat..ng gold investment,
    cadangan rafie nih,.betul juga..Mommy L buatlah blog pasal ASB, Unit Trust ke,..rasenyer..mesti ramai jugak nak tahu…pasal performance pelaburan tu..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tiga-tiga ni org sama ke? haha. ip pun same jek.
      anyway, bulih refer my reply to rafie abv

  8. dadin98 Avatar
    dadin98

    Go..ML..go…

    saje bikin panas jer…heheheh..pada saya terpulang la pada individu utk menganalisa pelaburan mana yg terbaik utk diri masing2..cuma sejak mengikuti blok mysuperkids ni pada saya ulasan yg diberikan samada UT, ASB, tabung haji, hartanah dan lelaian yg berkaitan diulas secara adil..diceritakan pro dan kontra nyer…so terpulang pada sesapa yg membacanyer…dan berpikir mana pelaburan yg terbaik utk mereka…pendapat peribadi saya la…

    berkaitan ngan emas ni ada saya didatangi oleh org yg dikaitkan dgn penjual emas..pastu mepromotekan utk jual emas..dijanjikan pulangan yg menarik..cuma soalan saya kenapa penjual emas ni mesti cari org dan dpt komisyen atas org yg join nyer..so biler kembali ke senario ni saya rasa sangsi dan merasakan ianya adalah salah satu daripada beribu cara2 skim cepat kaya yg berselindung di balik nama ‘pelabuaran emas’…

    lagi satu senario pula ada ajen forex menjanjikan pulangan sebanyak USD 220 seminggu dengan pelaburan sebnayak USD660…poergh dikire nyer lebih kurang keuntungan almost 70% sebulan..pergh…sgt teruja…so sama juga pada saya ni lebih kepada skim cepat kaya yg berlindung di balik nama FOREX…

    1. kimiraikonen Avatar
      kimiraikonen

      i setuju. yang jual emas pun guna MLM. harga emas dimanipulasi oleh “tangan” tertentu

  9. dinsblog Avatar

    apa-apa pun sebelum melabur kena penuhkan ilmu didada dulu…buat sikit study…fahami risiko dan baik buruk dia…bila kita faham baru la datang kepuasan dlm membuat keputusan…biar lambat asalkan selamat.

  10. zila Avatar
    zila

    salam…, betul tu dadin. lebih baik beli emas utk kegunaan sendiri sebagai aset ada nilainya. utk pelaburan asb, orng yang melabur dengn bank sahaja dan di luluskan oleh kerajaan tdak terbabit atas nama sesiapa utk dapat collection dan kudrat atas kewangan orang lain. sampi ada jual e book dgn harga ratusan ringgt, nak kya. Bila mati x bawa harta ooooo. PELABURAN ASB amt menguntungkan pulangan setiap tahun.

  11. tanpanama Avatar
    tanpanama

    hahaha….
    apebendela korang nie…bior le nak jual pe pun asalkan tak menyalahi syariat…rezeki masing2..kepada penjual emas teruskan lah..ML pun tak payah le jdi cm penasihat..hehe..kalau tanya orang gile pun diorang tau emas tu berharga…yang jual emas teruskan..hehe

  12. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Salam Mommy.
    Sori dh lama x masuk sbb bz dgn hal dunia (juga x lupa pd hal akhirat).

    Sy rasa sbg TT, Mommy dh beri satu channel utk pemberi komen memberi komen masing2, jadi ucapan terimakasih pd ML.

    Azam (bulan Okt 2010) – bila Arrahnu emas nk sampai matang, make sure ada wang cash di tangan (jum pinjaman + yuran simpanan) utk tebus emas yg dth matang. Pada hari yg sama jugak, pajakan semuala utk dpt duit cash tadi. Satu lagi cara ialah extend kan tempuh pajakan. Cash tadi simpan balik ke tempat asal

    Nur – sy xde blog. Cuma rajin baca site (eg daveramsey, bebas-hutang, jutawanemas), blog (dinsblog, thinkerich, irfan) , forum (bicarajutawan, carigold) , buku2 (oleh Napoleon Hill, Harv Aker, Kiyosaki) berkenaan kewangan dan pelaburan. Matlamat ialah mencari dan menambah ilmu kewangan.

    Rafie – mesti ada sikap terbuka walaupun pendapat berbeza di antara TT dan pemberi komen. Jauhkan soal peribadi. Yg penting apa yg boleh kita pelajari dari blog ni.

    ikhlas fr Jr Banker.

  13. Nenas Avatar
    Nenas

    last time, i watched tv and the ustaz said that ..xigt sgt tp lbh kurang cmni la..cth j ni: 1 g emas zmn nabi,kt leh beli seekor kambing n the value for the emas if we see pd zmn skg 1 g emas also we can buy a kambing. berbanding wang kertas nilainya always goes down. am I right? just wonder.. tak tau la ade kaitan ngan topik ke tak haha …as im not yet doing research on this emas ..just wanna quick answer =P

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tell me sapa yg sanggup jual kambing dgn 1g emas? 1g emas now tak sampai $200 pun tp rege kambing paling kurus pun $400.

      1. Nenas Avatar

        yang sy bg tu cth je mommy. if we see zmn dulu2 3sen kita da leh beli ikan tp skg 3sen mcm xde pe..nk ckpnye wang kertas ni xprnh nk naik nilai dia (dgr org ckp hehe..) . lau emas at least lau dia turun nanti dia naik balik ske2 ati dia pastu turun pastu naik balik ..lau 30 thn dulu emas 1 g ~ rm12, now 1 g ~ rm 155 – 200 ..

        but now still i dont know which one is the best . asb or emas. pape pn thx mommy and Wise for the info n Hamba Allah for the hadith =)

  14. Hamba Allah Avatar
    Hamba Allah

    ‎”Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah emas dan perak” – Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal

  15. wise Avatar
    wise

    Assalam..

    tak payah gaduh2 baca n tafsir sendiri semua perkara dlm hidup.

    1. klau beli emas ni, jgn ler fikir tuk ganda mengandakan pendapatan last2 jadi haram. beli emas nie kita fikir tak terjejas dgn inflasi n spekulator matawang kertas ni. buat apa kertas kalau dh tak ada nilai. klau ada emas di tangan pergi mana pun dia akan laku. (simpan emas untuk masa2 bilamana wang kertas tiada nilai).

    2. Buat pelaburan wang di bank2 terpercaya sahaja bilamana wang masih releven digunakan, supaya wang kertas anda (dulu simpan dibawah bantal tu) sentiasa menambah sikit2 supaya boleh counter back inflasi yg sentiasa menaik.

    dah itu sahaja yg perlu kita tahu, satu yg perlu tahu jangan percaya sembarang skim ganda manggandakan wang nie.

    wassalam..

  16. PGold Investor Avatar
    PGold Investor

    thanks to ML & lain2. saya ambil jalan tengah. dont put all your eggs in one basket. ada ASB, emas, T.Haji, fixed saving, unit trust, hartanah n lain2. yg paling penting, fahami istilah invest. Jangan gopoh. study apa yg patut, esp yg nk invest dlm jumlah yg besar. for sure, Halal Haram-be the 1st priority.

    n pada yg ‘berkepentingan’, jgn perlekeh produk2 yg lain.

    peace no war:)

  17. ulamjantungpisang Avatar
    ulamjantungpisang

    tgh studi,,xtau nak melabur katne,,,isau 🙁

  18. Logam Mulia Avatar
    Logam Mulia

    assalam..
    saya nk komen pasal emas & kambing tu.. (dr saudara nenas) bkn 1g emas r.. tp 1 dinar emas = 4.25g. so kambing zaman dulu mmg dpt ngn harga 1 dinar. kalo zaman ni, 4.25g x rm195.00 = rm828.75.. x ke dpt sekor kambing??

    so mmg jelas emas ni kalis inflasi, mmg dlm hadis sahih pn sudah di riwayatkan..

    “akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah emas dan perak” – hadis riwayat Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

    So jangan berlengah lg, mulakan lah walau sedikit pn simpanan emas & perak, coz sape tahu, zaman tu akan tiba bila-bila masa.. wallahualam.

  19. Burhan Avatar
    Burhan

    hehe~ xpenah pulak ade org melabur tabung haji bleh kaye~ jutawan ASB ke.. hehe….baik beli emas la… ASB pn diisytihar kn Gharar (tidak pasti) hukumnye~ lebih baik emas yg trnyata keuntungnnye brdasarkn kenaikn & kesetabilan dlm tmpoh jangka panjang…knapa ASB yg kurang 8% tu dikejar2 sedangkn emas ni purata kenaiknnye 25~30% setahun???? rugi la sape2 xfaham pasal emas nih~ ternyata fiat money tu mengalami inflasi yg teruk!!

  20. Orang Biasa Avatar
    Orang Biasa

    Salam.

    Saya suka benar bila baca analisis ringkas yg dikemukakan oleh ML. Kalau buka site/blog penjual emas, semua kata lebih baik beli emas coz harga sentiasa naik.

    Kita harus tahu membezakan dua perkara iaitu pelaburan dan simpanan. Kalau nak simpan wang, lebih baik beli emas kerana dia kalis inflasi. Tapi kalau nak pelaburan, kita masih ada banyak pilihan yg lain.
    Walaupun harga emas dikatakan naik 20-25% setahun, ttp ianya tidak mengambil kira keuntungan yg dikutip oleh penjual emas menerusi beza harga jualan dan belian. Lagipun agak sukar untuk menentukan masa yg tepat harga emas mencapai harga yg terendah dan tertinggi utk urusan jual beli.
    Perlu diingat juga, setiap kali jual beli berlaku, pasti ada kebocoran keuntungan pelabur kerana beza harga belian dan jualan tadi.
    Harga emas juga bergerak agak perlahan. Jual beli tidak dapat dilakukan dalam tempoh yg singkat. Kita memerlukan harga naik melebihi harga jual ketika kita membeli emas dahulu. Ada ketika pula harga emas turun naik tidak menentu dalam nilai yg amat kecil.

    Justeru itu, rasanye kita perlu belajar dahulu selok belok pelaburan emas ni sebelum kita mula melabur.
    Kalau takde masa nak belajar dan buka internet setiap hari, baik labur ja dulu dalam ASB atau saham Bank Rakyat.

    Ini cuma satu pandangan daripada orang biasa yg hanya tahu sikit2 ja pasal pelaburan.

    1. armin Avatar
      armin

      Komen anda terbaik, saya sangat setuju.

  21. Jr Banker Avatar
    Jr Banker

    Statement “Pelaburan Emas Lebih Untung Drpd ASB? Tunggu, Jgn Tergesa-Gesa” sampai sekarang pun masih relevant. Maksud jgn tergesa2 ialah tambah ilmu dlm kewangan dan pelaburan. Belajar di sites2 kewangan dan juga baca buku karangan Napoleon Hill, Harv Aker, Kiyosaki dll. Jgn lupa, Halal Haram-be the 1st priority.

  22. syahir Avatar
    syahir

    kelakar la,

    dulu saya beli emas 10g harga 1300 skang dah jadi 2000. tak sampai setahun.

    klu sy letak 1300 dalam ASB berapa sen je dapat?.

    1300 beli emas, naik hingga 2 -3 kali ganda.
    1300 simpan dalam bank , atau pegang dalam tangan rasa makin kecik je. hehe..nasi lemak pon dah nak 10 hengget kat kl ni..

    masih tak nampak?

  23. Rafie Avatar
    Rafie

    Tak nampak.. tak nampak ape2 pon..

  24. hazli Avatar
    hazli

    Macam mana memulakan pelaburan emas..saya benar ingin mempelajari..modal untuk memulakan pelaburan berapa …berapa jumlah paling minimum dan maximum..??

  25. cikgusimple Avatar

    Siapa yang berminat dgn simpanan emas..blhla baca artikel2 sy kat blog :http://jutawangold.com/

    artikel yg kelas2 sahaja..pastikan sebelum baca..ubah mind set dulu..tk nk ubah pun tk apa..sy tk rugi apa2..just berkongsi ilmu sahaja..hasil melatih 100 lbh org pengedar..hanya secara online..bagaimana saya melakukannya?
    kenalilah saya…baru tau jawapannya..

    vote 4 simpanan emas..

    p/s:ada 2 part artikel sy ttg sbb apa saya kata asb haram..pndai2 la cri…berhntilah promote bnda haram..tq

  26. bosan Avatar
    bosan

    huhu…emas hampeh…jgn simpan bnyk2 lorr…simpan ikut kemampuan …sekali jatuh tengok la apa jadi….simpan emas jgn ikut nafsu …baik simpan ASB pasti dapat dividen hunjung tahun…saya ulang pasti…emas belum pasti…kalau dah kaya sngt bole la simpan emas ketul2…bosan gila dengan org fanatik emas ni…ko tua baru la emas naik kau2….tapi waktu tu….ASB pun dah tggi…kena ingt labur emas xde jaminan untung harap maklum…

  27. khalifah emas Avatar
    khalifah emas

    hahha..panas juga yer …senang citer…mana dulu ada…?….ASB ker EMAS dulu ada?…..sampai sekarang nie emas tetap berharga…aset sesebuah negara pun dikira daripada simpanan emas mereka….bukan simpanan ASB negara kan…hihihi.kepada yg berminat nak tau or kenali bab2 emas nie..saya bleh share….cari saya n add saya dalam FB (mastermindfreak illusion) ……
    respon kenapa perlu cari costumer..dah namanya jual beli emas..tapi klu kitaorang nak simpan jer pun takde masalah..cuma kerana terpanggil untuk menyebarkan dan mencanangkan sistem kewangan Islam yg Syumul… tu sebab kita ajak yg lain untuk menyimpan emas juga…nak lebih faham…. bleh add saya kat FB k…we share becoz we care…… with u cikgu simple….

  28. eddyhata Avatar

    Thank ml kasi info with fact.sypun agent pgold juga.skrang harga emas di tentukan oleh pasaran dunia.untuk 5 tahun kebelakangan ini memang harga emas menunjukkan graf meningkat.kalau nak melabur dlm emas kena sentiasa peka dgn harga pasaran.tak mustahil harga emas akan statik spt tahun 1995 tu.bila jd mcm tu mungkin terpaksa simpan emas untuk 2-3 tahun untuk maksimumkan keuntungan.
    Dlm pelaburan emas juga kena kreatif untuk maksimumkan keuntungan.byk tknik boleh google sj.
    Pelaburan spt asb tak byk sgt kerja simpan dan tunggu cukup tahun sj.kerja snang xpyh pening kpla
    Nasihat sy.sentiasa ada back up plan.
    Melaburlah di beberapa tmpat.asb unittrust,emas dll
    Kekadang bila dah taksub sgt benda lain dah xpandang.

  29. pelabur Fiat Money &emas Avatar

    PNB banyak aset tuan khalifah emas…aset negara kot….heheh lucu jer dgr bersndarkan emas jer…peace no war…

  30. pelabur Fiat Money &emas Avatar

    penjual emas mmg fanatik sangat dengan kenaikan harga emas x menentu….n tabur janji mcm2 xperlu lah takut hilang harta sebb hidup ni sekali jer…mana2 jer la labur pun xkisah yang penting kita x buat benda haram…

    1. Yeob Azlan Mohamad Isa Avatar
      Yeob Azlan Mohamad Isa

      how sure u are that fiat money investment is not haram?

  31. siti Avatar
    siti

    Lah tok seh gaduh2..i think setiap saham ada baik n buruk…so sbg pelabur kaji faham n labur slow2…jgn kjr keuntungan sgt nt x sehebat angan2 2 yg blh jd gila 2…apa2 pun halal haram kena pdg..jgn pekakkan telinga butakan mata hya kerana harta..klu blh tya dlu org2 yg bijak pandai yg blh kita pcaya ttg halal jaram ni ….we r malaysian so x mo gadoh2 😉

  32. mis_atom Avatar
    mis_atom

    Tak tahulah nak ambik ke benda sekarang lepas baca momen2 semua ni… I’m blurring…!! 🙁

  33. mak ro Avatar
    mak ro

    mak ro dah keliru nak join saham emas yg mana dah banyak sangat..tapi mak nak join sangat…menarik

    1. Yeob Azlan Mohamad Isa Avatar
      Yeob Azlan Mohamad Isa

      go for physical gold. need more information please PM me at my FB Yeob Azlan Mohamad Isa.. sy x buat MLM.. tp sy explain about physical gold investment

  34. pelabur Avatar
    pelabur

    Diskusi yang menarik…khususnya golongan yang taksub dan golongan yng neutral 🙂

  35. Yeob Azlan Mohamad Isa Avatar
    Yeob Azlan Mohamad Isa

    Saya akan terangkan gold chart and their value appreciation since 1971 until current. Because dari situ u akan Nampak value between gold and wang fiat(duit kertas).. The reason why sy buat camtu, is because before 1971, USD value is tagged with gold price and forex system was introduce in 1972. And also sy akan kupas dari sudut agama. Saya jemput penulis blog ni bincang tentang pro & cons between investment in fiat money and physical gold di FB saya, Yeob Azlan Mohamad Isa, perbincangan x perlu terbuka jika mahu, private message pon boleh. Insha Allah I change your mind about gold investment.

Leave a Reply to Yeob Azlan Mohamad Isa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge