Parboiled Rice Beras Terbaik

By | August 16, 2016

Saya ni memilih bab beras2 ni. Maklumlah sebagai anak jati Kelantan yang dibesarkan dengan beras Siam Cap Serindit, agak sukar nak terima beras2 lain sembarangan.
 


Beras2 guni macam ni tak ada di supermarket. Hanya ada di pasar2 di Kelantan. Dengar cerita siap ada orang Kelantan di KL yang import beras ni dari Kelantan tiap2 bulan.
 
 Setahun lebih saya di Sarawak dulu satu tempoh menyeksakan. Mana nak cari beras ni. Mujurlah ada beras di Brunei yang seakan2… Adalah juga alternatif walaupun terpaksa cross border ke Brunei.
 
 Alhamdulillah sekarang diberi peluang untuk memilih yang terbaik, baik dari segi rasa mahupun khasiat.
 
 Saya menggunakan beras parboiled, sejak sebelum saya tahu kebaikannya. Apakah kelebihan beras parboiled?
 
 Beras parboil adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap!
 


Rupa beras parboil agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
 
 Khasiatnya mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza.
 
 Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dari pelbagai jenama seperti Faiza Basmathi Moghul Parboiled, Basmathi Pusa Parboiled, Beras Rebus Terpilih Jati, Beras Rebus cap gajah, dan lain-lain.
 
 Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kan nak lebih sihat kan?
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Category: Health & Beauty Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

6 thoughts on “Parboiled Rice Beras Terbaik

  1. Naidu

    Since young i always eat parboiled rice but now i’m working in kuching dont know where to buy this rice. Any idea or contacts?

    Reply
  2. zuli

    saya penghidap diabetes…first try smlm mmg memuaskan…saya try makan sebiji shj ubat kencing manis (biasanya saya makan 4 biji sehari)…kemudian dok makan nasi beras rebus ni mcm makan nasi biasa…mlm dlm kol 12 saya cek gula dlm darah…bacaan 8 shj…betbanding kebiasaan 15😄😄……mmg saya galakkan kalau sapa2 ada diabetes, baiklah tukar kepada beras rebus je😄😄😄😄😄

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge