admin Avatar

Kepada yang nak merasa pengalaman tinggal dalam ‘rumah bergerak’ atau motorhome, destinasi terdekat (dan termurah dari segi tambang) tentunya Australia. Dengan penerbangan tambang murah, kos tambang kapal terbang ke Eropah lebih 2 kali ganda dari Australia.

Perth adalah destinasi termurah jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Australia.

Biasanya pelawat suka ke Perth kerana ia mengalami iklim Mediterranean, awan biru.. jarang hujan… cuaca agak predictable. Australia ni besar, macam-macam iklim ada. Siap ada tempat yang alami 4 musim dalam masa sehari. Jadi, Perth ni terbaik untuk sesiapa yang nak cuba jelajah OZ (OZ tu Australia lah…). Tapi apa-apa pun check weather itu penting OK!

Perth ni attraction dia banyak nature… jadi sesuai sangatlah untuk motorhome. Kos sara hidup pun agak rendah berbanding bandar-bandar famous yang lain.

Untuk sewa motorhome ni sila booking awal2 secara online, terutama di musim-musim peak (September-Disember). Musim cuti sekolah di Australia pun agak sesak dengan diorang yang pergi bercuti. Untuk motorhome, kami pernah cuba Britz, dan kalau ada rezeki lagi nak cuba Apollo pulak. Kenapa? Sebab keduanya tu paling ekonomi untuk kelasnya (dalam AUD 130-200 per day)

Ada satu lagi company yang murah, Mighty Campers, tapi motorhome dia tu tak berapa friendly dengan family beranak kecil. Tak ada access dari tempat pemandu dengan bahagian belakang. Kena turun dulu, access dari luar.

MOTORHOME

Motorhome ni sebaiknya park di holiday park yang dilengkapi dengan powered site, sebab kita nak kena caj segala benda yang ada dalam motorhome ni. Di seluruh Australia ada berlambak holiday park, yang bukan saja ada fasiliti untuk motorhome, tapi juga bilik rekreasi, taman permainan serta kolam mandi. Anak-anak pasti enjoy!

Di bandar Perth ada satu holiday park yang tak jauh dari airport. Perth Vineyard Holiday Park ni dioperate oleh Aspen Park, yang juga pemilik Big4 Holiday Park di seluruh Australia. Kalau sebut Big4 ni memang mantap dengan segala fasiliti untuk seisi keluarga.

PERTH HOLIDAY PARK

Sampai-sampai je di Holiday Park ni, parking dulu depan office, ambil kunci dan segala yang dia nak bagi termasuk peta. Nanti pegawai tu akan tunjukkan mana satu site kita. Powered site ni dicaj ikut bilangan kepala.

PERTH VINEYARD HOLIDAY PARK

Dok kat site ni memang syiok. Ramai jiran-jiran tegur-menegur, macam sekampung pulak. Maklumlah ‘rumah’ masing-masing rapat-rapat.

Bila dah bermotorhome ni, sila lah masak sendiri… dapur semua lengkap ada dengan pinggan mangkuk, periuk belanga segala. Kalau rasa was-was nak guna, bawa sabun Taharah, cuci dulu sampai hilang rasa was-was.

Barang keperluan memasak boleh cari di supermarket. Disebabkan motorhome ni besar, jangan parking sebarang-sebarang… cari tempat parking lori, atau ruang parking yang besar. Kami biasanya parking kat stesen minyak berdekatan. Jalan sikit, exercise lah.

Di sini… business hoursnya pendek… pukul 5 petang kedai dah tutup. Jadi sila plan accordingly kalau taknak berlapar. Supermarket besar macam Woolworths biasanya buka sampai jam 9 atau 10 malam.

Untuk memudahkan perjalanan, request GPS latest version (kalau nak sewa), takpun beli simcard Australia dan gunakan Waze atau Google Map je… jalan dia taklah susah pun, tapi kalau GPS yang tak update ia boleh bertukar jadi – Guna Pun Sesat.

Motorhome ni memang satu pengalaman yang menyeronokkan, lebih2 lagi kalau hidup nomad asyik pindah randah… Tak payah nak angkut2 beg bagai. Tapi sebelum gerak pastikan semua laci ditutup dan dikunci, semua beg dan loose items di-secure.. kang tak pasal-pasal berterabur.

Budak-budak kena duduk di carseat.. Boleh je sewa, kami guna Boostapak, senang boleh isi barang sekali. Masa tengah berjalan, semua orang kena duduk di tempat duduk, pakai seatbelt ye.

Tempat menarik di Perth ni sangat banyak kalau nak dinikmati.

Tapi kalau untuk masa yang pendek tapi enjoy buat seisi keluarga, boleh gunakan panduan di bawah untuk buat itinerary:-

Nak tengok Kangaroo, koala – Caversham Wildlife Park, dalam 25km dari Perth City.

Nak tengok dolphin, anjing laut, penguin – Rockingham, dalam 50km dari Perth City

Nak bajet piknik di taman – King’s Park, ini memang kat area centre Perth

Theme Park – Adventure World, dalam 20km dari Perth City

Kalau nak explore tempat jauh-jauh macam kami, boleh tengok itinerary kat entry ini (sila klik jangan malu2).

Tagged in :

admin Avatar

11 responses to “Panduan Motorhome di Perth, Australia”

  1. Inspirasi Huda Avatar

    Rupanya attraction nature sangat penting untuk motorhome. Selalu lihat dalam TV rumah bergerak ini. Patut la bila ada paparan ini enviroment selalunya di kawasan semula jadi.

    1. admin Avatar
      admin

      Motorhome tak berapa friendly untuk masuk bandar. sesetengah tempat (mostly europe) tak bagi masuk bandar pun, siap boleh kena saman.

  2. Zuraida Rahim Avatar

    Syoknya naik motorhome… target nak juga merasa naik tahun ni..

    1. admin Avatar
      admin

      semoga tercapai lebih awal dari yang dirancangkan (^_^)b

  3. Azura Avatar

    Bestnya motorhome ni. Disana orang-orang nya adventures dan banyak park-park yang dijaga dan menjadi tarikan pengunjung. Bila ada duit lebih nanti, saya pun nak gie sana. Nak mencuba Motorhome ni. Mengembara dan melancong dapat menghilangkan stress. Dengan adanya Motorhome ni kita dapat merapatkan ukhwah sesama manusia walaupun berbilang bangsa dan agama. Kalu ada kat Malaysia pun best jugak…

    1. admin Avatar
      admin

      kat Malaysia dgr cerita JPJ dah luluskan motorhome & dah boleh start beli, hehe.

      1. Asmidar Avatar
        Asmidar

        paling kecil harga RM600k

  4. Raihanah Ahmad Avatar

    menarik bunyinya terutama ianya mesra small kids. kena RCA la supaya one day sampai ke perth dan guna motorhome.

  5. mira ibu emir Avatar
    mira ibu emir

    soooooo in love with ur entry.. insyaAllah kalau ada rezeki kan

  6. emalinmohd Avatar

    Malaysia pun akan ada motorhome? Sangat menarik tu. Tak perlu sewa hotel kalau ada motorhome tapi fasiliti untuk motorhome pun kena bangunkan juga

  7. Muliani Avatar

    Bestnyaaa. Tahniah

Leave a Reply to Asmidar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge