Panduan Membeli Rumah Baru – Elakkan & Jangan…

admin Avatar

Panduan membeli rumah baru ni mungkin sedikit berbeza daripada apa yang anda biasa dengar atau baca. Namun, menjadi harapan saya agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu bakal pembeli yang lebih berminat membeli rumah direct daripada pemaju. Perlu diingat, kalau tips membeli rumah sebelum ini lebih menjurus kepada pemilihan kawasan, panduan membeli rumah baru ini pula lebih kepada pemilihan perumahan, projek atau unit tu sendiri.

Panduan Membeli Rumah Baru #1: Jangan Kelabu Dengan Janji Manis

Bukit beruntung dulu digembar-gemburkan sebagai Airport KL yang baru. Malangnya, impian hanya kenangan bila KLIA terletak di Sepang. Orang yang percaya dengan angan-angan ni rugi teruk bila beli rumah kat sana dengan harga yang sangat mahal. Nak sedapkan hati, ramai jugak buat rumah tu sebagai ‘weekend resort’ sebab sunyi jauh dari kota. Sampai sekarang kalau jual separuh harga pun belum tentu orang nak beli.

So berhati-hati lah bila bakal pemaju letakkan “tapak stesen LRT”, “proposed highway extension” atau “pusat membeli belah” sebagai pelaris. Pembangunan Malaysia masih banyak dipengaruhi unsur politik. Dan politik Malaysia kelihatan semakin menarik!

Panduan Membeli Rumah Baru #2: Jangan Tertipu Dengan FREE Stuff

Free SPA, guaman loan agreement percuma, bayaran faedah semasa construction ditanggung pemaju & pinjaman 110%; ini semua teknik jualan syarikat hartanah. Pemaju paling suka tanggung SPA (Sales & Purchase Agreement) supaya perjanjian tersebut dapat melindungi kepentingan mereka. Itu yang ada projek terbengkalai tapi pembeli kena bayar penuh pula. Memandangkan kesemua FREE stuff ditanggung pemaju, harga rumah pun dinaikkan sedikit. Namun, ramai pembeli tak sedar akan hal ni.

There is no such thing as free lunch, remember?

Benda-benda free ni banyak menjemput spekulator daripada pembeli rumah tulen. So bersedia la dengan lambakan iklan FOR SALE untuk separuh daripada rumah di kawasan perumahan tersebut.

Panduan Membeli Rumah Baru #3: Jangan Terpedaya Dengan Show Unit

Belum pernah lagi saya masuk show unit yang betul-betul kosong. Pasti show unit tersebut siap renovate dengan perabot yang betul-betul matching. Apa yang pemaju lupa nak beritahu, kalau nak renovate rumah sebegitu bersama dengan perabot yang sesuai, paling kurang RM200,000.

Jangankan renovation, grill, lampu & kipas pun tadak tau.

Tu yang kebanyakan pembeli rumah baru pasti renovate rumah sebelum masuk, partly because dah tengok rumah tu dengan interior design (ID) yang sangat lawo. Apa yang penting dalam show unit ni ialah hayati layout rumah tersebut sama ada ia sesuai dengan cara hidup anda atau tidak. Juga plan sama ada renovation nanti susah atau senang.

Panduan Membeli Rumah Baru #4: Elakkan Rumah Yg Mengadap Jalan Besar

Bunyi bising, asap & habuk antara sebab kenapa rumah yang mengadap Jalan Besar susah cikit nak jual. Juga sebab-sebab tersebut, nilainya lebih rendah berbanding unit-unit yang lain sekitarnya.

Panduan Membeli Rumah Baru #5: Elakkan Rumah Berdekatan Kumbahan

I think semua pun tahu kenapa la kan? Terutamanya jika anda bakal membeli rumah, apartment mahupun flat yang berharga kurang daripada RM50,000 di KL/ Selangor. Dunia ni tidak adil? Unfortunately, YES.

Kerajaan tempatan perlu seimbangkan keuntungan pemaju dengan kepentingan rakyat; so susah nak cakap. Namun ada juga rumah teres berharga RM250,000 yang terletak betul-betul sebelah loji kumbahan. Ramai pembeli tertipu sebab sistem kumbahan tersebut diliputi pokok-pokok hutan yang tebal. Pastikan anda bukan orangnya!

Panduan Membeli Rumah Baru #6: Jangan Terlalu Dekat Dengan Kedai

Memang betul lebih dekat dengan pusat komersil lebih mudah untuk kita beli barang, cucuk duit ataupun keluar makan. Namun untuk rumah LANDED tanpa G&G, terlalu dekat dengan pusat komersil mengundang penjenayah. Sebab susah untuk kita bezakan orang yang keluar masuk tu betul-betul pemilik rumah atau pun bakal perompak/ pencuri.

Kes yang paling popular ialah pencuri serbu time pemilik rumah tersebut cuba buka pagar rumah untuk masukkan kereta. Now you know kenapa jualan AutoGate sangat laris di pasaran…

Panduan Membeli Rumah Baru #7: Elakkan T-Junction & No 4

Saya tak percayakan fengshui. Tapi saya percaya kalau tak consider semua kepercayaan yang ada (kalau tak semua pun, sebanyak yang mungkin) dalam membeli rumah, kita boleh merana bila cuba nak jual atau sewa. Ini just in case, tak sapa tahu apa nak jadi in the future (bil perubatan yang tinggi, anak nak belajar luar negeri, kena tukar tempat kerja etc).

Pemaju yang bijak akan skip no 4 & 13 dan seboleh mungkin elakkan membina rumah yang mengadap T-junction. Namun tak semua pemaju ni bijak. Hatta pemaju popular pun tak banyak yang ambil tindakan ini.

Cukup bersedia nak beli rumah baru?

Sebelum harga rumah semasa naik 2x ganda?

admin Avatar

21 responses to “Panduan Membeli Rumah Baru – Elakkan & Jangan…”

  1. eyriqazz Avatar

    setuju dengan semua diatas..baruje settle beli rumah untuk wife…first time tahun lepas hampir2 ditipu
    .-= eyriqazz´s last blog ..Betulke Nuffnang Racist =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      beli rumah untuk wife? wow bestnya! (bila my hubby nak belikan i rumah :D)

  2. Ummi Khayra Avatar

    satu lagi tips.. kalau beli apartment, if possible, elakkan beli rumah yang di tingkat atas sekali.. sebab kalau apa2 bocor kat ceiling, kene dapatkan pertolongan maintenance apartment tu untuk baiki kan… selalunye lambat la… kecuali kalau sanggup baiki gune duit sendiri.. 🙂
    .-= Ummi Khayra´s last blog .. Tarian Arab By Khayra =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalau ada orang kat atas, boleh sound orang tu je kan kan 😀

  3. mila Avatar

    kami pun tengah meng’usha’ rumah ni…thanks a lot for sharing such a superb tips ni mommy lyna..TQ
    .-= mila´s last blog ..Perlu Ke Keraskan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      selamat membeli rumah 🙂

  4. ANip Avatar

    tip yg bergune..huhu…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bole apply nanti nak beli rumah 😉

  5. sya Avatar

    tips yang best dan telah diapplykan sebelum ni.
    terutama yang first tu… bila kita decide nak beli rumah, orang mula pertikaikan, “kenapa tak beli rumah kat di sinun yang ada highway nak bina tu.., atau di sinun yang ada sshopping complex nak buka tu, bla bla bla…” hadoi laaa… nak je cerita tang bukit beruntung yang dah jadi bukit takadauntung tu.. (seram je bila lalu situ tau.. :P, dulu laa.. sekarang tak tau lah…) hehehehe….
    .-= sya´s last blog ..sosiologi darwisy =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ada gak orang cakap,
      1-Bukit Beruntung Tadak Untung
      2-Rawang Tadak Wang
      3-Nilai Tadak Nilai

      nnt saya komen on this perception on specific article

  6. drea Avatar
    drea

    mommy lyna,

    bole kongsi kenapa no. 13 patut dielakkan? terima kasih

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      org puteh tak suka 13 sbb mcm ade kaitan dgn puaka? sbb tu kalau condo or office, banyak skip tingkat 13. kalau local ok je.

      1. hidaya Avatar
        hidaya

        patut flat saye tingkat 13 jadi tingkat 12A..

  7. chummiq Avatar
    chummiq

    Salam Mommy Lyna,

    Kitaorg plan nak beli rumah untuk kediaman sendiri, tapi kalau terdesak mungkin gak jual in future. nak pilih antara intermediate 299k dan semi-D 440k. Kalau ikut location memang cantiklah deat ngan bandar…tapi 60 years jek, lepas abis kena bayar premium (???). Tak paham sangatlah benda2 nak beli rumah ni. org cakap sebaiknya freehold atau paling kurang pon 99 yrs. Boleh suggest tak mana nak dapat tips dan panduan lebih2 lagi kalau kawasan Kuching ni.

  8. alfarina Avatar
    alfarina

    Salam Mommy Lyna,
    Saya pon plan nak beli rumah gak untuk kediaman sendiri, survey kat kota warisan atau area berhampiran putrajaya…double storey tapi leasehold. Saya pon tak paham sangat pasal leasehold ni… org cakap sebaiknya freehold atau paling kurang pon 99 yrs. Boleh suggest tak mana nak dapat tips dan panduan.
    TQ.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      google je apa yg patut. lagi baguih kalo invest in books or seminar.

  9. Syahrizad Avatar
    Syahrizad

    Salam. Saya dan isteri telah membeli sebuah unit kondominium yang terletak dilokasi yang elok. Masaalahnya sekarang pemaju telah membuat pelbagai perubahan yang akhirnya menyusahkan penduduk. Saya sendiri telah dimalukan oleh penjaga parking dimana sebelum ini parking adalah percuma. Tetamu dan ahli keluarga yang bertandang harus membayar parking. Pada siapa boleh saya mengadu.
    Harap dapat maklum balas.
    Terima kasih

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bwk g JMB. mmg bkn pemaju dahtu

  10. analogi Avatar
    analogi

    pada pendapat anda,berbaloi ke beli rumah dikawasan pantai?adakah tidak laku kalo nak jual dikemudian hari?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kawasan pantai pelancongan bisa sgt2 menguntungkan jika tahu bagaimana dieksploitasi

  11. orang tua Avatar
    orang tua

    Saya ada plan nak beli lot banglo n dusun di pulau indah. Dalam website keluasan nya tak sama dengan pamplet yang diberi. Harga mengikut kedudukan lot, yang jauh dari jalan rendah sikit. Keluasan 40 X 80 kaki persegi berharga bermula Rm49,900. Nak tanya pendapat harganya ok tak. dekat dengan highway. tanah rezab. apa pandangan anda.

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge