Pam Susu Yang Bagus dan Berkualiti

by Mommy Lyna on February 8, 2010 · 20 comments

Bila sebut tentang menyusu badan terutama bagi ibu bekerja, persoalan pam susu memang tak boleh nak elak. Ramai yang bertanya, perlu ke pam susu? Pam susu apa yang bagus? Kalau tak ada pam susu tak boleh menyusu ke?

Saya tak suka kata "Pam susu adalah WAJIB ada!", kecuali kalau kita kenal audience kita. Kalau kita bercakap dengan kawan kita yang gajinya 3 ribu lebih mungkin la OK, tapi kalau audience kita adalah ibu yang gaji cukup2 makan… RM50 pun dah cukup banyak bagi dia… mungkin statement macam tu boleh mendownkan dia. Ada je ibu yang tak kisah, sanggup ikat perut untuk beli pam susu anak tapi ada je ibu yang tak sanggup keluarkan duit yang banyak untuk tujuan macam tu.

Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan boleh ubah. Maknanya ia bergantung pada seseorang ibu tu… kalau pandai pam dengan tangan, tak payahla beli pam susu bagai. Kalau tak mampu beli yang battery-operated atau elektrik, pakailah yang manual. Kalau rasa brand AAA mahal, brand TTT pun ada yang lebih murah.

Memang benar, pam susu berjenama macam Medela, Avent semua tu paling bagus, tapi tak adelah kalau tak pakai pam macam tu sampai kita tak boleh nak perah susu. Banyak lagi pilihan pam susu murah2 yang boleh didapati di supermarket macam Tollyjoy, Pigeon, Anakku… Ada je ibu yang survive sampai 2 tahun pakai pam Tollyjoy je.

Saya menggunakan pam susu Medela Freestyle. Memang mahal tapi bagi saya berbaloi daripada membeli susu Soy-based sebab anak saya alergik susu lembu. Susu soy based harganya lebih RM50 setin dan anak saya consume 1 tin seminggu. Saya ada 2 anak pula tu.

Pam susu Medela Freestyle ni sangat memudahkan saya. Ia handsfree, so saya boleh pam sambil buat kerja. Sambil menulis, membaca, menaip, SMS, tidur…

Tapi kalau nak beli Freestyle hanya sebab nak handsfree, rasanya tak perlu berhabis banyak2. ada banyak accesories untuk jadikan pam susu kita handsfree, contohnya pumpin’ pal. Atau pun pakai getah ikat rambut pun boleh.

Yang paling best tu, kalau terer perah pakai tangan, tak ada masalah. Pegi mana2 boleh perah susu dengan bergaya ;)

Sangat flexible kan breastfeeding ni?

*** Cari set tambah susu? Contact saya di sauberlina[at]gmail.com

{ 20 comments… read them below or add one }

nadnye February 8, 2010 at 3:21 pm

setuju ngan Lyna.. kene tgk keperluan .. Susu bukan bergantung kepada pam. Pam susu hanya method yang memudahkan..ada member perah pakai tangan jea still ok .. Terpulang kepada ibu sendiri keperluannya apa..
Saya pakai Ameda Lactaline dan pumpin pall utk freestyle sebab medela mahal sangat tak padan ngan anak ketiga nie :P
.-= nadnye´s last blog ..Tidak sabar untuk hari INI.. after 15 years =-.

Reply

dbalkis February 8, 2010 at 4:10 pm

Handsfree jimat masa, pagi2 boleh pump sambil iron baju..ptg2 boleh pump sambil masak..hehe..
.-= dbalkis´s last blog ..Ke Menara Gading =-.

Reply

aidie February 8, 2010 at 10:22 pm

Cayalah boleh pump sambil masak..sy tgh imagine ni hihi. Jiran belakang umah tk curious ke?

Back to d topic. Ada pump tp tk guna sepenuhnye pun tk berbal
.-= aidie´s last blog ..Kak..mintak tolong.. =-.

Reply

laila February 8, 2010 at 4:13 pm

dbalkis…
wahh… pam sambil masak itu sungguh mengujakan daku…
.-= laila´s last blog ..Boboykah? =-.

Reply

MommaMia February 8, 2010 at 4:45 pm

Pergh pam sambil memasak… mencabar nya. kagum la dgn sapa yg dpt buat macam gitu. huhu

Reply

zuhaini February 8, 2010 at 5:13 pm

a ah la.. kalau ada freestyle tu bagusnya la hai.. :)
.-= zuhaini´s last blog ..Are we slowing down? =-.

Reply

rina February 8, 2010 at 6:25 pm

kilang saya dah tutup kak along..skang ni kasi untung kat kilang susu soya plak..fatin pon takleh susu mooo, even yg lactose free..rabak purse tiap bulan
so next baby mmg akan rembat mana2 double pump utk jimat masa pumping, kalau dpt freestyle tu mmg gembiranyee, boleh pump sambil mkn lunch :P

Reply

Aini February 8, 2010 at 9:47 pm

Yupp.. I pun mula terfikir macam nak beli freestyler tu for my third baby ni.. but, pikir-pikir balik.. maybe lepas ni cam dah nak tutup kilang jer.. so, rugilah pulak nak invest ribu-riban ni.. so, nasib baiklah I terjumpa kat susuibu nyer forum about pumpin’ pal so terus dan-dan tu jugak I beli Medela Double Pump tu masa sale and then, grab the pumpin’ pal for handsfree. Hope it will help me a lot ;) .
.-= Aini´s last blog ....Special Kids : Learning to Accept.. =-.

Reply

sayahappyslalu February 8, 2010 at 11:47 pm

i also looking for a breastpump.. tapi, cari yang mana sesuai dengan kemampuan aje..
.-= sayahappyslalu´s last blog ..Breastpump Dilemma… But, Don’t Get Cheated… =-.

Reply

kurine February 9, 2010 at 9:23 am

sis terlupa pasal spectra….affordable tau!! sayang dia!!
pun pakai pumpin pal gak…budak2 ofis dok gelak pam sambil baca paper hehehe

Reply

Hanis February 9, 2010 at 3:58 pm

hanis pakai freestyle…memang boleh pump sambil memasak, pernah try sekali, sebab bila cuti, tak cukup masa nak duduk saja sambil ngepam…
pulak tu, kena lari2 ruang-tamu-dapur nak jenguk baby sambil masak…
huhu…tak kisah la pam aper pun, janji boleh pam and BF the baby, kan?
dolu2 anak first pakai tollyjoy..tak best..last2 guna tangan je…lagi senang
dah keje ni, baru le mampu main ‘kutu’ beli FS…hehe
.-= Hanis´s last blog ..FREE GIFT ! FREE GIFT ! =-.

Reply

Hanis February 9, 2010 at 4:04 pm

tapi kan, pumpin’ pal tu,,sesuai ke utk semua org ye?
mcm org xtra saiz ‘b’ nyer…boleh ke? hehe
.-= Hanis´s last blog ..Nak duit RM 2,000 ?.. =-.

Reply

nana February 21, 2010 at 2:57 pm

ni nk tye..saya baru jer nk dpt baby yang 1st..saya plak seorang yg bekerja..so sye nk tau..di mana nk dptkan pam susu ibu tu..jgn mhl sgt la..yg biase pun xpe..yg penting susu blh klr

tq

Reply

Mommy Lyna February 21, 2010 at 7:37 pm

Hi nana,

Pam susu ada byk range & jenis. Brand barangan baby macam Anakku, Tollyjoy, Pigeon… Ada je kat supermarket. Brand2 macam avent pun Ada Kat supermarket. Kalau nak lagi banyak jenis yg takde kat kedai boleh tgk kat butik bf mcm Sarakids, Baby N Me… Kat butik2 baby mcm Mothercare, First Few Years pun Ada.

Reply

leena February 23, 2010 at 10:17 am

salam..nana,

kalo bminat jom la join kutu MEDELA SWING
memang bbaloi :P
tgk kat blog nih..
http://littleposhykidzshoppe.blogspot.com/

Reply

nana January 26, 2011 at 10:09 am

memg best….. :)
nana´s menulis tentang ..TIDURMy Profile

Reply

Pensil Magik February 25, 2011 at 5:56 pm

mmg tgh dilema nak beli breastpump mana.. before ni pakai ameda tapi dah kaput .. so since then pakai guna tangan je .. masa tu anak ke-2 baru 6 bulan .. survive gak hampir setahun .. tapi bila dpat premmie baby ni.. ingt nak beli pump jugak.. at least ada gak la pembantu bila time malas2 tu hehe
Pensil Magik´s menulis tentang ..10 Hari Selepas KelahiranMy Profile

Reply

hanum April 4, 2011 at 11:15 am

nak tanya pasal pamping pals tu…
kat mana nak dapat bnda tu?
leh guna tuk spectra 3 ?
lagi satu guna getah rambut tu caner plak?

Reply

hanum April 4, 2011 at 11:16 am

ops… lagi satu… braper harga pamping pals tu?

Reply

littlebabymiara April 1, 2013 at 4:56 pm

Boleh dapatkan pelbagai barangan bayi dan ibu disini:-)http://www.facebook.com/LittleBabyMiara

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: