Nick Vujicic – Lebih Hebat Dari Lelaki Hebat

By | February 24, 2011

Siapa Nick Vujicic?

Seriously, saya pun baru kenal dengan beliau ni. Beliau bukanlah seorang artis yang pernah jadi kegilaan remaja perempuan satu ketika dulu – Nick Carter, atau umpama lelaki macho yang berdamping dengan Mariah Carey – Nick Cannon. Malah memang impossible si Nick Vujicic ni nak terkinja-kinja macam Nick Carter si Back Street Boy tu.

nick carter

Pernah jadi kegilaan remaja perempuan kelahiran awal 80-an hahak

Nick Vujicic bukan sebarangan lelaki. Oh beliau bukan superman, apa lagi nak ada tubuh sasa macam The Rock. Apalagi gaya romantik Antonio Banderas. Tidak.. tidak.

Inilah dia Nick Vujicic…

nick vujicic
source

Itu bukan gambar super impose atau tipu-tipu trick Photoshop.

Video clip tentang Nick Vujicic ni memang buat saya mengalirkan air mata…

Ini adalah video clip pertama yang ditunjukkan oleh suami saya satu ketika dulu, ketika kami sedang tercari-cari apakah potensi yang boleh digilap untuk anak-anak kesayangan kami, terutama Fahry… Maklum saja, bila kita tak sempurna macam orang lain, atau dalam kata lain, cacat, orang pandang kita tak mampu, tak boleh, tak berupaya… malah mendapat title ‘Orang Kurang Upaya’. Tapi bila saya melihat Vujicic, saya rasa saya yang kurang upaya 🙁

Nick seusia dengan saya, dilahirkan pada tahun yang sama. Tapi dalam usia ni… dengan keadaan dia yang macam tu, beliau menjadi seorang motivational speaker yang bukan saja terkenal di Australia, malah seluruh dunia. Malah beliau menubuhkan sebuah organisasi yang dinamakan Life Without Limbs sebagai duta kepada golongan sepertinya kepada seluruh dunia. Saya pula, dalam usia ni masih struggle dan terkapai-kapai, LOL. Sungguh tidak lawak.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau, dan juga mereka2 yang istimewa di luar sana. Sesungguhnya menjadi pembakar semangat dan motivasi untuk membesar dan mengasuh anak-anak saya, bukan sekadar menjadi orang, tapi menjadi insan yang berbakti.

Pada masa yang sama, rasa jatuh air muka tahap dewa kelapan belas tu memang tak boleh nak elak. Saya ni anggota semua cukup, rupa pun boleh tahan, hidup tak perlu struggle.. tak payah hadapi buli sana buli sini atau diskriminasi… tapi kejayaan cuma atas benda sangat tipikal saja, cuma buat benda rutin, hari-hari ulang proses sama. Tak ada benda yang extraordinary pun…

Apakah yang ada pada manusia Nick Vujicic ni. Manusia ke apa, alien gamaknya.

Sebenarnya beliau ni seorang Kristian yang devoted. Orang kata waraklah kalau dalam bahasa kita. Kehidupan dia memang struggle, mana taknya, keadaan macam tu… bukan senang nak hadapi hidup. Bayangkan aje Fahry pun boleh kecil hati bila budak2 lain pandang dia ‘pelik’ (mungkin mereka kagum sebab Fahry kacak sebenarnya). Inikah pula sorang manusia yang tak bertangan tak berkaki yang sempurna… Bayangkan bagaimana lah dia hadapi semua tu. Tapi satu benda, dia mengembalikan semuanya kepada agama dia. Memetik dari website beliau, Life Wihout Limbs ….where it talks about a hope and a future, and seeking God with all your heart, I knew that I needed to refocus my attitude toward praise concerning what I did have and to realize God did in fact have a divine plan, hope and future for my life that was good, regardless of my circumstances….

Lagi sekali terasa kena hempuk kepala. Kita kalau sekali kena susah, ke mana kita pergi? Adakah kembali ke tikar sembahyang? Biasanya pegi ‘shopping therapy’, atau paling tak meroyan di FaceBook, tol tak? LOL.

Hmm.. asalnya mencari info tentang Fahry, tapi akhirnya memberi banyak input kepada saya sendiri.

Ada banyak benda di sekeliling kita, ada yang kita tak boleh ubah, ada yang kita boleh ubah. Benda yang paling boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Kalau kita sendiri taknak berubah, tak payah nak salahkan keadaan ke, kisah silam ke, didikan mak bapak ke, pasangan ke… Pilihan tu terletak di tangan kita.

Terima kasih Nick Vujicic, terima kasih Fahry.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan Fahry kepada kami. Survived from prematurity, hidup tanpa sebelah kaki, bukan sebab untuk Fahry tidak berada bersama kanak-kanak lain. Di mata kami Fahry sama saja macam Hafiy, macam kawan2nya yang lain. Kadang2 ada juga yang memberi pelbagai cadangan (mungkin di mata mereka pandangannya lain, jadi kita hormati pandangan mereka), tapi bagi kami Fahry tiada masalah. Tempat dia adalah bersama-sama dengan orang lain dalam masyarakat. Memang dia OKU, ada kad OKU lagi. Tapi itu hanya sekadar pengenalan diri, dan menghormati hak beliau. Walaupun dia anak saya, tapi saya tak boleh nak melindunginya sepanjang masa. Saya kena hormati juga hak dia.

kad OKU

Kad kenal diri OKU Fahry

anak istimewa

Kesian budak ni, dah nak masuk bulan 3 kaki palsunya tak siap-siap lagi. Entah teknologi apa la yang pakcik Jerman tu buat untuk Fahry. Pakai teknologi kereta Audi gamaknya 😀 (*berangan nak buat poket kat kaki palsu Fahry, kat dalam tu letak benda2 yang boleh digunakan sewaktu kecemasan. Ala2 poket Doraemon gitu. LOL, apa punya impian daaa~)

life without limit

Terasa macam nak baca buku ni, tapi di Kinokuniya cuma ada yang hardcover saja. Sungguh tidak berminat sebab susah nak lunyai LOL. (Tapi kalau ada orang nak kasik hadiah, ai ON aje *wink wink*)

So, ada yang terkesan tengok video Nick Vujicic tadi? (Ke aku sorang je yang emo berlebihan?)

*Kawan2, cukuplah berkata “Sabarlah menerima keadaan Fahry”, kalau korang datang jumpa dia korang takkan tergamak cakap macam tu. Mungkin korang akan cakap “Sabarlah layan karenah Fahry” 😀

Category: Fahry Motivation

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

12 thoughts on “Nick Vujicic – Lebih Hebat Dari Lelaki Hebat

  1. mirah

    Lyna, mirah 1st kenal dia thn lepas, masa induksi. Tp bukan video tu, video yg dia bagi motivasi pd budak sekolah. huhu sedih sampai menangis.
    Dia mmg highly motivated.
    Moga fahry juga jadi setabah dia.. AMin.

    Reply
  2. sidratul muntaha

    tpi ko betul bab..
    esok2..
    tak selamanya kena bergantung dgn ko..
    *ulasan aku tuk perenggan ini (Walaupun dia anak saya, tapi saya tak boleh nak melindunginya sepanjang masa. Saya kena hormati juga hak dia.)
    tapi tipulah klu ko tak sedih..
    dah ko yg usung dlm perut,lahir2 ko yg susukan,cebok berak kencing sume.
    siap lagi doc ckp confirm anak ko tu bakal tak idup.
    tpi itulah..
    DIA bg ko laki bini kelapangan hidup dlm membesarkan anak2.
    sekumit ujian buat umat DIA.

    cume motipnya satu jer..
    supaya kita ni ingat pada DIA jer selalu..
    dan jugak untung sebenarnya bila kita diberi begini dan sebegini
    jauhlah diri kita dari sifat Istidraj.

    Nyanyahan aku yg lepas – lepas: Al Amin Food Corner

    #tetiba kau teringat kat adik hairuman bila tgk nick nih..
    sidratul muntaha´s menulis tentang ..Blog Appreciation – Edisi BLOG LAKIBINI-UMMI ANAKMy Profile

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      nyah, aku lupa publish nyah! sebbek ko sebut, ayarkkk, harus kulangsaikan hutang ni cepat2!

      Reply
  3. yatie chomeyl

    try cari buku dia kat amazon la lyna. meme ore pernah tgk video dio, teriok mengalir air mata berbaldi2 sbb kagum dgn ketabahan dia

    Reply
  4. el

    Along,
    Ai ingat ai je emo tengok video dia. Menangis gak ai. Huhuhu…. Tgk ulang2 pun boleh mengalir air mata. Dia jauh lebeh hebat dari manusia biasa.

    Fahry pun hebat, dia boleh jalan dulu pada anak ai tau!

    Take care. Lama x jumpa n cium budak hebat tu.

    Reply
  5. Fara

    Emo, tersentuh hati, hampir menangis….

    Tapi tak jadi. Tak nak menangis. Saya yang patut menangis untuk diri sendiri. Saya sendiri tertanya-tanya, mampu ke nak jadi sehebat dia?

    Doakan kejayaan untuk semua anak-anak OKU dan juga yang normal, semoga kelak menjadi insan berguna yang sentiasa mengingati orang yang banyak berjasa iaitu ibubapa yang membesarkan……
    Fara´s menulis tentang ..sticky mode saya mahu PANGKAH MANTOT dari Blog Cursing MalayMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge