Negara Paling Bahaya di Dunia

By | April 1, 2015

Sebelum saya menjejakkan kaki ke negara Amerika Latin, saya juga ada persepsi bahawa negara-negara tersebut amat bahaya, terutama Honduras, Brazil dan Colombia. Malah, sehingga saya mendarat di Bogota, Colombia, saya masih dalam keadaan takut-takut.

Sehingga lawatan ke Muzim Polis di Bogota, membuatkan saya hilang sedikit rasa cuak.

Maklumlah, bila kita terlalu banyak mendengar cerita negatif dan menakutkan, membuatkan kita rasa semua orang di tempat-tempat tertentu itu jahat dan berbahaya. Sebenarnya, yang jahat itu segelintir saja, tapi bila benda tu yang selalu di-highlight, itulah yang tertanam dalam fikiran kita.

COLOMBIA

Walled City, Cartagena

 

Dikatakan juga bahawa La Paz, Bolivia sangat berbahaya. Sehingga terdapat polis yang menyamar, dan kejadian rompak serta rogol di dalam bilik sendiri!

Alhamdulillah, walaupun tidak berkesempatan menjelajah kota La Paz, namun saya dapati orang-orang La Paz sama saja seperti orang lain yang biasa saya lihat di Kuala Lumpur. Berhati-hati dan sentiasa beringat itu perlu dan sentiasa berwaspada walaupun berada di negara paling selamat di dunia.

blanca

Teman baru di La Paz, Blanca

 

Rio de Janeiro, sebelum ini mendengar namanya saja sudah rasa kecut perut. Namun sebenarnya kota ini amat damai dan ramah. Malah, ketika kami bertanya tentang keselamatan di centro di waktu malam, orang-orang di sana kelihatan hairan.

Malah, sehingga tengah malam kami berjalan kaki dari Ipanema ke Copacabana, yakni kawasan pesisir pantai di Rio de Janeiro.

Meneruskan perjalanan ke Lima, Buenos Aires dan seterusnya ke Madrid, syukurlah tidak ada kejadian yang tidak diingini. Pendekata, di mana-mana pun mesti selalu berjaga-jaga. Selalu simpan barang berharga dan penting di tempat yang tidak dilihat secara terbuka oleh orang luar.

lima fest

Sempat berborak dengan makcik penari di Lima

Sebelum bertolak jangan lupa tunaikan solat sunat musafir dan sentiasalah berjalan dengan ingatan pada Allah, mudah-mudahan dilindungi sepanjang perjalanan, selamat pergi dan pulang.

 

8 thoughts on “Negara Paling Bahaya di Dunia

  1. maizira

    Pada pendapat saya, mungkin betul ape depa kata, mungkin kak Lyna doa panjang sblm pergi…Dan doa2 dr insan yg tersayang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge