,

Nasi Lemak Lover – Betulkah Nasi Lemak Bahaya?

admin Avatar

Dah lama rasanya penguatkuasaan penjualan nasi lemak dihadkan kepada seminggu sekali di sekolah-sekolah, dan nasi lemak menduduki carta dalam ‘penyebab obesiti rakyat Malaysia’.

Adakah benar pemakanan rakyat Malaysia terutama nasi lemak, roti canai dan teh tarik menjadikan tahap kesihatan rakyat Malaysia berada di paras berjaga-jaga?

Pemakanan nasi lemak, saya percaya telah bermula lama dahulu, dari zaman tok nenek kita, sementelah ia adalah makanan tradisi orang Melayu baik di Malaysia mahupun Singapura.

Ada pendapat dari pakar nutrisi yang mengatakan bahawa diet kita mengikut nenek moyang kita, dan nenek moyang kita punya diet ni berbeza-beza mengikut tempat mana mereka tinggal. Sebab tu makanan kita berbeza dengan makanan orang lain. Dan macam-macam teori tentang ‘diet yang sihat’.

Namun apa yang mengejutkan pakar-pakar ni, walaupun diet di sesuatu negara tu macam ‘tak sihat’ tapi orang-orangnya sihat aje. Contohnya orang-orang di Timur Tengah yang banyak makan makanan berlemak, orang-orang Eskimo yang banyak makan makanan berlemak… mereka semua sihat dan kuat.

Lalu timbul teori tentang pemakanan nenek moyang yang dah disesuaikan dengan keperluan tubuh badan mereka dan diwarisi oleh genetik kita. Misalnya, di Malaysia kita biasnaya makan nasi lebih banyak dari lauk/sayur. Dalam pinggan tu boleh tengok la kan. Jadi piramid makanan yang tak seimbang. Namun mungkin sebab nenek moyang kita dulu orang-orang yang kuat bekerja dan memerlukan bekalan karbohidrat yang tinggi.

Oleh sebab tu kita tengok makanan tradisional Malaysia kebanyakannya ‘tak sihat’, tapi kenapa nenek moyang kita sihat-sihat?

Mungkin teori di atas boleh digunakan.

Dan sekarang ni sebenarnya penyakit-penyakit seperti serangan jantung tidak lagi disebabkan oleh kegemukan atau pemakanan tinggi minyak dan lemak. Pengambilan makanan bertapis seperti gula putih, gandum putih menjadikan makanan kita dah kurang seimbang dari segi nutrisi untuk melindungi tubuh kita. Apa lagi sekarang banyak makanan dari kilang, dan makanan rapu menjadi kegemaran dari anak kecil hingga orang dewasa.

Makanan-makanan inilah yang menjadikan dalam tubuh kita mengalami keradangan, terutama salur darah kita. Apatah lagi di zaman fitnah ni kita dan kurang melindungi salur darah kita dari ancaman syaitan yang mengalir mengikut edaran darah kita ni.

Maka, lebih banyak sebab untuk jadi tidak sihat.

Nak sihat, bukan sekadar nasi lemak.

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Nasi Lemak Lover – Betulkah Nasi Lemak Bahaya?”

  1. irnawati Avatar

    nasi lemak 50sen sedap walaupun sikit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge