,

MyLook.Com Buat Duit Ke?

admin Avatar

Apa benda MyLook.Com nih.

mylook.com

Recently saya memang agak ketinggalan benda2 kegilaan baru contohnya MyLook.com nih. Padahal ramai orang dah bincang tentang benda ni & blog about it. Termasuklah Mama Emma yang konon2 tunggu review dari saya? Beliau memang over sebab saya bukan otai.

Pada mulanya saya tak minat sangat benda2 macam MyLook.com nih. Nampak macam spam je. Ingat numenmail?

Di US, benda macam ni adalah normal. Setiap hari ada je search engine baru (pada yang tak tahu, search engine tu adalah enjin carian macam Google, Yahoo, etc. yang mana kita gunakan mereka ni untuk mencari ape2 maklumat dalam internet). Google juga bermula macam diorang2 ni. Dah nasib Google begitu success macam sekarang ni. Begitu juga social networking site macam FaceBook ke Twitter ke,hari2 ada benda baru untuk jadi a new ‘FaceBook’.

So untuk cepat2 maju dan diterima, mereka ni kenala kreatif dalam marketing. Salah satu strateginya ialah macam yang dibuat oleh MyLook ni, iaitu dengan ‘membayar’ kepada pengguna mereka.(Google dulu ada buat macam ni ke? Tak keep track pulak saya). Tapi saya tak berapa pasti MyLook ni bayar betul ke, hanya virtual money, sebab terlalu sikit info dalam website dia (dan I am yet to email them. Eh takde kerja sekarang ni nak email2 diorang, terrlalu banyak priority lain dan pihak2 lain untuk diemail). Dorang pun tak bagitau nanti so called dividen tu dibayar macamana… cek ke, PayPal ke.. Limit untuk cash out pun tak cakap. Dia suruh tunggu je la sampai dah tiba masa nanti diorang inform.

mylook steps

Modus operandinya simple je, kita search di MyLook.Com, refer pada orang lain untuk sign up.. then kita akan dapat so-called shares. Share ni macam menarik jugak skimnya sebab takde naik-turun macam KLSE. Hehe.

Pastuh share2 ni akan dibayar dalam bentuk dividen,yang mana nanti convert jadi duitlah. 1 search (carian) bernilai 1 share. 5 share maksimum 1 hari. So sehari search 5 kali kat MyLook.  Dan bila kita refer kepada orang, setiap 20% dari share orang tu adalah milik kita. Senang buat duit kan???

Tapi…

  1. Tak banyak info dari wesbite dia.
  2. Tak ada lagi orang yang pernah cash out (yang saya kenal ler).
  3. Banyak je lagi website lain yang buat style gini.
  4. Belum ada advertiser lagi yang letak iklan kat situ. Duit yang nak bayar kita tu dari diorang2 nih lah.
  5. Masih baru lagi, orang belum kenal, maybe take time untuk advertiser yakin dengan MyLook. Bila kah? Berjanggut tak agak2?
  6. Adakah diorang ni just nak collect email, lepas tu jual kepada spammers?
  7. Adakah hanya virtual money je, macam main pet..pet.. apentah yang cari2 duit, kerja, main saham segala tuh.

Namun…

  1. Free je, kalo kene tipu pun, bukan rugi ape 😀
  2. Dia nyer site expiration 2017. Maknanya dia bukanla nak bertahan setahun dua je.
  3. Semua benda pun ada first time kan?

Tapi saya cukup selesa dan puas hati dengan Google lah. Google is everything to me. Tak ada lagi search engine lain yang memahami saya, dan beri apa yang saya nak selain Google. Macam ada kimia antara saya dengan Google.

OK MyLook memang nak compete dengan Google. 😀

Tapi kan saya ni tak cukup masa nak MyLooking (just to collect money, bukan info). Tapi.. ape kata kita pakat2 sign up reramai and tengok nanti dia betul2 bayar ke tak?

SIGN UP KAT SINI!

Jom kita tengok siapa dulu yang bole cash out dari MyLook, then bole la kita pakat tukar dari googling ke mylooking!

admin Avatar

12 responses to “MyLook.Com Buat Duit Ke?”

  1. mama emma® Avatar

    x sangka otai baca blog sy yg cipisan itu… masyeh sbb sudi kasi review .. hehe

    dsbbkan xyah kuarkan duit, & bg akak benda nie senang nak register, tu yg try nasib…

    (tp kekadang tu, tlupa gak nak search via mylook.. dah tlalu biasa dgn google.. hehe)
    .-= mama emma®´s last blog ..-UPDATE MYLOOK (REVIEW DARI OTAI BLOG)- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ececece picisan konon

      ek en naa otai pulak

  2. aidie Avatar

    tapi search result dia tak best…only 1 page je. Mr Google jugak best so far
    .-= aidie´s last blog ..Birthday Celebration =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hmmm tu lah
      i vote for Google!

  3. AsmahaniA Avatar

    hehhehe.. cuba jangan tak cuba… penat dah nak cuba yang macam ni.. googling jugak yang best.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah
      yg entah betul entah tidak plak tu 😀

  4. sue Avatar

    aah… selalu lupa jugak nk search guna mylook.
    .-= sue´s last blog ..50 Most Trusted People In Malaysia =-.

  5. team GDI Avatar

    entah lah saya pun tunggu apa perkembangan mylook ni….
    tp yang saya peliknya tiada cara penbayaran.

  6. usop Avatar

    Salam.

    xsalah kalau mencuba .ada pro dan kontranya,saya masih ingat ketika Gmail diperkenalkan.ianya ada cacat cela.tapi sekarang ianya dah popular,tak mustahil kalau ada sokongan dan ramai join,mylook boleh pertingkatkan keupayaan setanding search engine lain.google,yahoo facebook pn dpt keuntungan bila pengguna masuk web mereka.jadi kalau ramai guna mylook kemungkinan ramai pengiklan dtg promosi pada mylook,.bila ramai pngiklan,mungkin mylook boleh mula berkongsi saham dgn sape yg join awal2..tapi tetap risau jugak kalau mereka dh berkembang nanti..mereka lupa nak bayar..atau senang2 wat derk pada org yg tlg mereka berkembang.tu yang payahnya plak.kita penat2 promote..last2 diorg dh kaya.diorg ignore kita.tak ke haru.

    mungkin mereka gunakan satu cara lagi utk buat duit dekat internet.macam login facebook login friendster..traffic tu yg penting..setiap klik ke satu web pengiklan atau pihak berkenaan bayar pada web tu.

  7. myrazmana Avatar
    myrazmana

    Apa kata, cuba yng ni pula, klik email yg dihantar tunggu satu minit lalu dibayar. cuba lah, free jugak tunggu….

  8. tam Avatar

    salam semua,hari tu cek dah try guna mylook ni,dah himpun kat 100usd,tau2 sekarang ni nak log ke mylook ni dh takleh dah..
    klik ja dh error…hu hu..tak sempat nak merasa duit mylook..

  9. ramen Avatar
    ramen

    bro, x ley sign up pon… dye bg msj nie..:

    Forbidden

    You don’t have permission to access /join.php on this server.

    Additionally, a 403 Forbidden error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.
    Apache mod_fcgid/2.3.5 mod_auth_passthrough/2.1 mod_bwlimited/1.4 FrontPage/5.0.2.2635 Server at mylook.com Port 80

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge