Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas selamat diadakan Mom’s Day Out @Scriptory Box, anjuran Scriptory Box dan disponsor oleh Ainaz Shoppe, Adrini’s, Shaklee Trial Pack, Genius Baby on Board, Chantek-Chantek serta Perfume for All.

Mom’s Day Out diadakan bagi menghargai ibu-ibu, dengan memberi satu hari ‘outing’ sambil belajar kepada ibu-ibu yang setiap hari sibuk dengan pelbagai tugas. Sepanjang petang Sabtu, ibu-ibu dan bakal ibu enjoy dengan aktiviti yang diadakan, bak kata seorang peserta, Hadha “sgt Mom’s Day Out ~ mak pun dah tak peduli siapa yg dukung Icha
”.
Program dibuka dengan sesi breastfeeding talk interaktif oleh Puan Farah Farhan dari Sarakids. Aktiviti yang dilakukan bersama Puan Farah amat menarik sekali, dan di akhir sesinya, 80% peserta menitiskan airmata.. (saya kan kongsi di lain entry).

Puan Farah begitu bersemangat!

Belon purple itu adalah prop dalam aktiviti Puan Farah
Tapi sayangnya saya terlepas sesi ni… Pagi tu semasa nak ambil stok di Shaklee Wangsa Maju, ibu saya menelefon bahawa mereka dalam perjalanan ke rumah. Maka saya tunggu mak, ayah dan adik2 saya sampai dahulu sebelum berangkat ke Scriptory Box. Maklumlah, mak saya bukan duduk dekat, nun jauh di Kelantan.
Masa saya sampai sesi bersama Puan Anizon (ex-editor majalah Dara.Com) dari Anizon Collection bersama demo selendangnya, baru nak mula. Puan Anizon juga memberi tips2 pemakaian tudung dan selendang. Adus baru mak tahu selama ni salah cara pakai, patutlah tak cantik

Puan Anizon yang anggun

Puan Adawiyah sebagai model hari tu
Selepas sesi Puan Anizon, peserta diajar menghias cupcake oleh Puan Fadilah dari Dilla’s Deli. Kalau nak belajar buat cupcake, di lain sesi. Sesi ni cuma deco saja

Puan Dilla

Hadha tengah fikir nak deco tema apa agaknya


Cupcake sape ni?
Saya ni kerastangan sikit nak deco2 cupcake LOL. Bolehla… janji makan habis. Erk.. yang kat atas tu bukan saya punya.
Dilla’ Deli juga memberi semua peserta merasa popcake yang sangat sedap!

Acara terakhir adalah feltcraft bersama Puan Norlie dari Sekochi Norlie. Petang-petang kita main benang dan jarum pula
Saya dah penat dah. Duduk2 je lah masa ni.

Puan Norlie memberi intro

Elok2 kang cucuk jarum

Antara hasil
Pada hari itu juga diadakan jualan barangan di Scriptory Box dan juga Ainaz Shoppe serta Anizon Collection


Seronok sangat sampai tak sedar masa berlalu. Sedar2 dah lewat petang. Yang lebih seronok bila tengok wajah2 kegembiraan ibu-ibu mengalami pengalaman baru, jumpa teman baru, network baru, dapat ilmu baru dan sebagainya.
Ohhh ye, setiap peserta yang datang membawa pulang ecobag istimewa ini (bersama doorgifts yang best) dan tudung dari Anizon Collection! Sijil pun dapat gak. Best kan best kan.

Jumpa lagi tahun depan!
Balik rumah, kaki jadi sembab, tak nampak buku lali. Uhuhu~
*Gambar sumbangan FB Tuan Fadly & koleksi Mommy Lyna





{ 3 comments… read them below or add one }
wah…bagus tul prog tu..tak tau pun ada…
hahahhaa….aku tak cam tak sabar nak tgk ko pedajal gambar aku pakai tudung tuh..hahaha… sabar jer noks.. sib baik takder … perghhhh! tapi pop cakes kak dilla mmg mabeles wei!!!… sedap giler ….!
wah..seronoknya tgk aktiviti2 tu… tgk puan Dilla, teringat pulak ex-bos n ex-oficemate lame. Nisa adik bos lama pon ikot jgk yer… Tp Kak Ila mmg kreatif. mcm2 die buat.