Modal Berniaga Mana Nak Cari?

admin Avatar

Kekurangan modal berniaga memang adalah masalah utama peniaga kecil & super-kecil. Peniaga sederhana & besar pun mungkin ada masalah jugak, tapi masalah mereka biasanya bukan soal diluluskan atau tidak, tapi interest rate cukup bagus atau tinggi sangat. So, mana nak cari modal nak mulakan perniagaan?

Pinjam Bank

Ramai tak selesa nak pinjam bank kalau berniaga sebab taknak bayar lebih (dalam bentuk interest rate atau profit-rate). Seperti yang anda pun tahu, tadek benda free dalam dunia ni, termasuk lah duit tu sendiri. In finance, interest/profit-rate adalah kos mendapatkan duit (cost of capital). Cuma pastikan kadar pulangan perniagaan anda lebih tinggi/boleh menampung kos pinjaman.

Masalah yang bakal timbul ialah kita tak cukup “bukti” yang bank perlukan; aliran tunai, statistik perniagaan & kos operasi untuk tempoh-tempoh tertentu (biasanya nak 12 bulan). Ada baiknya track semua benda ni sejak awal.

Cari Pelabur

Saban hari makin banyak orang kita yang lebih berduit. Dan orang-orang ni (biasanya yang jenis makan gaji) ada duit tapi tak tahu nak melabur kat mana dan tadek masa nak mulakan perniagaan. Jadi, buat la proposal elok-elok dan tawarkan peluang ni kepada mereka. Berikan mereka peratusan ekuiti sebagai balasan duit yang mereka laburkan.

Yang jadi masalah ialah peniaga/usahawan tu gagal nak yakinkan bakal pelabur. Kena soal lebih-lebih terus blur sebab tak pernah consider persoalan yang dilontarkan. Siapkan forecast & basis forecast tersebut agar lebih meyakinkan.

Pinjam Sedara-Mara

Ini pun popular jugak. Biasanya atas dasar kesian sedara kita pun hulur la duit nak tolong. Cuma jangan main-mainkan kepercayaan mereka. Kalau kita buat pasal, susah nak lari. Alih-alih balik raya jumpa dema. Malu weh nak ngadap, mintak ampun pun belum tentu dimaafkan. Mereka ada disisi untuk membantu, jangan sia-siakan bantuan mereka.

Pakai Duit Sendiri

Ha, ini paling kerap dilakukan, termasuk la saya sendiri. Makcik husband saya terpaksa buat tuisyen setiap hari sampai pukul 12 malam hanya nak kumpul modal berniaga. Saya pula suka roll duit sana-sini nak kumpul modal. Ada jugak guna duit bonus nak mula berniaga. Cara ni dilihat bagus sebab boleh jimat interest tapi boleh mengambil masa yang sangat lama.

By the time cukup duit, perniagaan yang kita baru nak mula mungkin sudah tidak berbaloi lagi atau persaingan dah terlalu sengit. Lagi satu, kita senang leka kalau pakai duit sendiri ni. Cara saya nak mendisiplinkan diri ialah dengan tetapkan pulangan yang diperlukan agar sekurang-kurangnya 2-3x lebih tinggi daripada peluang sedia-ada; mcm Tabung Haji etc.

Ha, anda pula suka cara yang mana?

admin Avatar

17 responses to “Modal Berniaga Mana Nak Cari?”

  1. Fara Avatar

    Saya respect orang yang start bisnes dgn duit sendiri. Tak tahulah macam mana diorang boleh bagi komitmen 110% utk majukan bisnes. Dari kecil jadi besar. Dari sorang, pastu berdua…skg dah ramai manpower….Seronok bila tgk =)

    Saya tak suka makan gaji. Tapi saya tak ada pilihan. Kalau saya masih seorang, saya tolak pilihan makan gaji nie….

  2. SAHROM Avatar

    assalamualaikum..

    sebaiknya jangan mulakan perniagaan dengan duit sendiri kerana risikonya tinggi seseorang demotivate dari memajukan perniagaan..apabila membuat pinjaman, usahawan itu akan berusaha sedaya upaya untuk memajukan perniagaannya kerana mempunyai komitmen lain iaitu hutang yang harus dijelaskan..jika dia tidak berhutang, dia semakin tidak bermotivasi kerana tiada apa yang akan mengikatnya…sebenarnya, apabila kita berhutang kita telah terikat dan kita akan sedaya upaya untuk melunaskannya..

    sekadar pandangan dari seorang bukan usahawan..

  3. SAHROM Avatar

    ehhh..kenapa komen saya tak kua

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      eh alamak, sori. ape message yang kuar? apekah termasuk spam comment? huhu

  4. SAHROM Avatar

    saya taip lagi sekali ya…

    pada pandangan saya, sewajarnya cubalah membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan dan bukannya memulakan perniagaan

  5. Ida Avatar

    Assalamualaikum,

    Saya setuju pendapat sahrom. Kalau kita buat pinjaman bank, kita lebih komitmen sebab perlu jelaskan hutang. Namun, setakat ni biz saya hanya kecil belum seperti bling lustre yg ada fizikal building, jadi guna duit sendiri sahaja. Mommylina guna duit simpanan utk semua biz yg ada dan berjaya mencapai target dah saya rasa melepasi target. Jadi, tahniah diucapkan.

  6. Zala Wajik Avatar

    sangat setuju dengan pendapat pinjaman bank boleh boost semangat kita untuk berniaga ~

    Guna banyak cara lah, mula-mula loan bank, kalau tak cukup, dahulukan duit sendiri, kemudian pinjam saudara-mara.

    Kalau perniagaan kita mengikut kehendak syariah, mustahil lah kalau tak boleh bayar semula hutang-piutang tu 🙂

  7. Ruszia Avatar

    Saya sgt suka berniaga walaupun sayang dgn kerja yg ada..( 🙂 )
    Membantu suami dalam perniagaannya mmeberikan banyak pengalaman. Suami memopunyai perniagaan kek. Jenguk disini yer http://dill-cakes.blogspot.com
    Tapi secara jujur saya langsung tak pandai buat kek…hanya tolong urus dan marketkan perniagaan…
    but so wonderful la…..i likkeeeeeeeeeeeeeee
    mcm2 idea dalam kepala…
    bab modal alhamdulillah..kami suka roll duit yg ada (walaupun tak banyak). Menyimpan perkara wajib. (30% dari untung wajib simpan).

    Alhamdulillah so far ok…dalam dunia ni nak tak nak ajer yg banyak menentukan kejayaan dalam hodup….;-)

  8. sabree hussin Avatar

    kalau saya akan prefer guna modal sendiri, kumpul2 duit dulu then baru mulakan langkah untuk berniaga

  9. Mommy Of Q's Avatar

    Ha, anda pula suka cara yang mana? – aku suka pinjam kat ibu bernama Mommy Lyna .. malam ni jgn lupa masuk 30 ribu tau ..

  10. cermin mata Avatar

    hahaahaa pakai duit sendiri tu xtahan tu heheheheh

  11. masalifah Avatar

    kalau meniaga kecil-kecilan, boleh lagi nk guna modal duit sendiri.
    kalau nak bukak kilang, harus mau cari sponsor kecuali bapak sendiri nak sponsor.

  12. Mrs Imran Avatar

    Hmm i suka guna duit sendiri jer kot. But at the same time keep other options open too. When the time comes I need more money to expand biz maybe I’ll apply loan, but for now I selesa guna duit sendiri sbb I tak nak ada beban hutang so that I can focus on marketing and manufacturing product.

    Yg about discipline and demotivated tu, depend on individual. Ada org yang teguh pendirian dan strong determination org2 macam ni, loan ker duit sendiri ker depa boleh buat punya 🙂 Kalau buat loan tapi hangat2 tahi ayam pon tkleh pakai juga kan. Lagi lah payah lepas tu nnt pening kepala nk bayar hutang yg hasilnya takder langsung.

  13. Mohd Fadly Nor Azman Avatar

    Assalamualaikum..

    Untuk modal perniagaan, tidak kira besar atau kecil haruslah menggunakan duit sendiri. Namun persoalan kerap timbul, di mana nak dapatkan modal yang besar? Sebenarnya itu bukanlah sebuah masalah, kerana dalam methodologi usahawan, anda seharusnya bermula dengan kecil. The bigger they are, the harder they’ll fall kata orang putih. Membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan amatlah tidak sesuai, kerana itu sebenarnya perniagaan bank, bukan perniagaan anda. Tetapi lain halnya, jika anda mempunyai project (supply alat-tulis, buat baju korporat dll) yang baru dianugerahkan oleh government/swasta, jadi untuk ini pinjaman bank dibolehkan atas sebab jaminan bayaran projek tersebut boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman bank secara total.
    Bermulalah dengan kaedah boot strapping, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kerana dunia perniagaan adalah dunia yang tidak pasti. 🙂
    MFN
    Bling Lustre.

  14. zzieana Avatar

    mc mna nk pinjam nie nk pinjam keluarga pn payah b.kira sgt.. nk pinjam bnk pn sy x b.kerja …. ada suami pn kedukut le …hmmmmm

  15. elixir Avatar
    elixir

    Kalau nk start berniaga mmg terpaksa pakai duit sendiri. Camner sy tau, sbb sy da 5 tahun berniaga full time. Nak dptkn pinjaman bank, tekun, mara bler nk start berniaga; jgn mimpi indah disiang hari. Dieorg xkn bagi. After da jlnkn biznes a few years baru boleh pinjam sbb da ader rekod.

Leave a Reply to Ida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge