, , ,

MLM Haram vs MLM Haram Jadah = MLM Disahkan Haram?

admin Avatar

Al kisah, ada sorang ni pergi pejabat jualan satu syarikat lepas dipujuk kawan rapatnya. Agaknya lepas korek2 info dapat tahu syarikat tersebut menjalankan perniagaan MLM; Terus dia cakap “MLM Haram! Aku taknak bagi anak bini aku duit haram!” dan bergegas keluar.

Yang buat saya simpati akan kenaifannya ialah perniagaan sampingan yang dia sedang usahakan juga adalah jenis MLM tapi mungkin dia sendiri tak sedar.

Isu MLM haram memang mengelirukan orang awam. Sampai kalau dengar iklan produk dalam radio IKIM (radio paling islamik di Malaysia), salah satu selling-point iklan produk ialah “kami menjalankan perniagaan satu tingkat sahaja”.

MLM Haram atau Halal perlu dikaji dari dua aspek berbeza,

  1. haram sebab model perniagaan yang tidak islamik. Ini saya panggil MLM Haram.
  2. Haram sebab tindakan leader MLM tu sendiri. Ini saya gelar MLM Haram jadah.

Secara umumnya, MLM tu sendiri haram kita sertai jika

  1. Jual produk haram macam dadah ke, babi ke, rokok ke atau arak.
  2. Komisen dibayar sebab ada downline semata, bukan sebab usaha jualan.
  3. Menekankan kepentingan jadi orang terawal sebab orang last adalah mangsa.

Nah, MLM Haram jadah pula lain. Syarikat MLM boleh menjual produk yang halal, berkualiti dan berkesan tapi leader yang haram jadah ni mengambil kesempatan ke atas sistem syarikat tersebut agar memberikan pulangan tertinggi untuk dirinya.

Kes yang paling popular ialah leader MLM ni sendiri mempakejkan produk-produk syarikat MLM yang membayar komisen jualan tertinggi sebagai stok permulaan. Produk tersebut biasanya membabitkan big ticket item aka yang mahal-mahal.

Bila downline tu jadi ahli bawah tajaan leader tu tadi, leader terus lepaskan tanggungjawab menjual stok yang dah dibeli tadi kepada ahli baru.

Sebab tak tahu nak jual macam mana, ahli baru tadi terkapai-kapai. Hubungi leader tak angkat dan telefon kawan lain pun hadapi masalah yang sama. Maka terjadilah produk yang patut dijual beribu ringgit dijual dengan diskaun lebih 70% sebab terdesak nak lunaskan hutang pinjaman peribadi buat beli stok tadi.

Angan-angan pakai kereta besar dan rumah banglo hancur-lebur.

Jangan salah faham.

Tindakan beli stok tu tak salah sebab hampir dalam apa jua perniagaan produk fizikal ni memang perlukan stok. Kalau tadek stok susah pulak nak demo nanti. Yang salah ialah tindakan leader MLM tu sendiri yang membiarkan downline-nya terkapai-kapai tanpa sebarang sokongan selepas dijanjikan macam-macam impian.

Sebabkan kes sebegini kian berleluasa, orang umum jadi benci akan segala jenis MLM sehingga mereka sendiri menjatuhkan hukum haram kepada sesuatu yang halal. Lebih kronik, “semua MLM haram” dah jadi satu dogma pemikiran sehingga lebih rela terpinggir melihat orang lain berjaya daripada berusaha mengubah nasib diri.

So, jika anda dengar keluhan “mangsa MLM”, cuba kaji sama ada MLM yang haram atau orangnya yang haram jadah. Kalau dua-dua pun haram, gi report polis atau kementerian agar perkara sama tak terjadi kepada orang lain. Dan jika anda berminat nak join mana-mana atau apa-apa MLM, pastikan anda pilih leader yang best; confirm tak nyesal… (kalau tak malas).

Jangan lupa juga 4 strategi perniagaan MLM yang berkesan ini agar model perniagaan tersebut berpanjangan (sustainable) sehingga ke akhir hayat.

admin Avatar

24 responses to “MLM Haram vs MLM Haram Jadah = MLM Disahkan Haram?”

  1. kakLuna Avatar

    dulu akak cepat terpengaruh juga dgn perniagaan MLM tp lepas dh buat pembacaan dari sumber2 ilmiah, bg diri akak sdiri, lebih baik jauhkan diri dr MLM . jika tak krn haram (tu sudah pasti kena jauhi), banyak unsur penipuan,syubhah terutama dr sudut urusniaga yg x jelas sedangkan dlm Islam urusniaga perlu jelas, brg yg dijual juga halal dan kaedah pengambilan untung nya adalah adil, mengikut harga pasaran.kebanyakan MLM menjual sistem bkn produknya menjadikan harga produk dijual lebih jauh mahal dr harga pasaran.

    1. rai Avatar
      rai

      Tak nafikan banyak MLM yg jual barang lebih mahal dari harga pasaran. Tapi sebagai pengguna kita kena jugak jadi lebih bijak dan buat kajian, sebab ada produk MLM yg kalau tengok harga memang mahal. tapi produknya berkualiti dan lebih jimat dari produk yg ada kat pasaran (long lasting) .sumber ilmiah tu kena kaji jugak sumbernya sbb banyak org yg melihat MLM dari luar.dia tak sertai sendiri..tapi duk kaji dari luar..

      kalau nak berjaya dalam MLM kena jumpa sendiri org2 yg da berjaya. baru tau mcm mana cara nak berjaya. kalau jumpa org yg gagal.kita akan rasa MLM tu hanya satu bisnes menipu. harap2 org melayu lebih berhati2 dalam perniagaan tak kira apa jenis perniagaan sekali pun.bisnes jual karipap pun org menipu..

    2. Azhar Avatar
      Azhar

      mintak kakLuna jelaskan sikit makna “syubhah terutama dr sudut urusniaga yg x jelas”. macam contoh apa yang syubhah & urusniaga MLM yang tak jelas tu? saya budak baru belajar, nak tahu serba sedikit tentang MLM.

      1. kakLuna Avatar

        hehe ada banyak rujukan tak perlu tunggu kakluna explain kot. azhar kata ‘saya budak baru belajar, nak tahu serba sedikit tentang MLM’ maknanya kena cari penggiat MLM utk blajar.itulah cikgu yg tepat.

        urusniaga tak jelas ni contohnya masuk MLM kena bayar RM120 dan jual 1 produk. Harga pasaran produk sbnrnya ialah RM40 shj, balance RM80 tu bayar utk menaja. di sinilah tak jelas kemana rm80 tu dibelanjakan.dlm Islam urusniaga yg adil amat diutamakan jika harga pasaran rm40 jual lah rm40 bkn dijual dgn harga termasuk yuran penajaan.apapun ni contoh dan kakluna bkn org yg pandai berhujah.

        sekali lagi kakluna nyatakan kakluna tidak menyertai MLM atas pertimbangan sndiri melalui sumber ilmiah yg dipercayai.agak sukar mengenalpasti yg mana MLM yg dikatakan halal dan dikatakan haram,jd kakluna pilih utk tidak mengelirukan diri.ada banyak lg sumber perniagaan yg seratus peratus halal jika hendak meningkatkan ekonomi diri.

        1. aisya Avatar
          aisya

          company mana tu kak? saya pun beli barang MLM jugak..tapi masa nak masuk tu takde pulak syarat wajib jual produk..just nak guna sendiri pun takpe..suka guna barang diorg tu..kalau ada org nak jadi downline saya, saya tak dapat untung dari yuran penajaan yg dia bayar. saya untung kalau jual barang..dapat untung runcit..kalau sistem MLM yg macam akak cakap tu memang betul la haram..

        2. MLM Avatar
          MLM

          Saya tak paham apa kaitan tak jelas pasal kos dibelanjakan dgn hukum haramkan mlm. Kita tau ke semua kos peniaga cam tesco ke, mydin ke atau kedar runcit pak ali? Takkan kalau pak ali nak naikkan harga sebab dia nak pakai duit bulan tu dikira syubhah juga? Ustat mana yg cetek betol ilmunya tu? Suruh ustat tu terangkan sikit? Saya setuju dengan peniaga, jgn tanya ust yang makan gaji dah tiada pengalaman berniaga atau perniagaannya gagal. Komen ust jenis ni kadang tak boleh pakai.

          Pasal kalau barang mlm mahal, tak payah la beli. Ape pasal pulak sebab taik cicak rosak susu sebelanga?

          1. astroboy_tp87 Avatar
            astroboy_tp87

            Akak luna kita ada badan2 berwajib,,spt JAKIM, KPDN, check la dgn jabatan2 tersebut sama ada company tu berdaftar ataupun tidak,.,soal halal haram..kak tnya dgn pihak JAKIM..ini semua atas dasar pengalaman saya,.kita bercakap biarlah ada fakta.tq..sori akak kalau kata2 saya ada menyinggung

  2. kakLuna Avatar

    kalau org lain nak libatkan diri, adalah terpulang …bg saya,ini pilihan saya sbagaimana kita nak beli brg samada di kedai A atau B. kalau pilih A tak bermaksud B tak bagus. yg penting di sini,sy rasa selesa, yakin dgn pilihan saya tu.

    1. rai Avatar
      rai

      betul tu kak luna..kita pilih ubat gigi colgate tak semestinya darlie tak bagus.. kita guna sabun fab bukan maksudnya cuci guna breeze tak bersih..

      cuma sekadar pesanan saya pada sesiapa yg nak mencuba dalam bidang MLM.. ye lah..zaman sekarang ni nak harap pada duit gaji je memang sekadar cukup2.. dan lagi, saya rasa ramai org menghukumkan MLM tu haram/syubhah tanpa mengetahui perjalanan bisnes tu. ini tak adil bagi org2 yg buat MLM tu..kan ke islam larang kita mengharamkan sesuatu yg halal. sama macam menghalalkan apa yg haram.

  3. Mama Murai Avatar

    Assalaamu`alaikum..
    perniagaan menjadi haram bukan hanya disebabkan oleh
    1. Jual produk haram macam dadah ke, babi ke, rokok ke atau arak.
    2. Komisen dibayar sebab ada downline semata, bukan sebab usaha jualan.
    3. Menekankan kepentingan jadi orang terawal sebab orang last adalah mangsa.

    bahkan barang-barang tersebut harus diperjualbelikan dengan harga yang wajar. Inilah masalah yang berlaku di kalangan syarikat MLM dewasa ini. Harga yang dijual tidak berbaloi berbanding dengan kos pengeluaran yang rendah.
    Contoh yang paling mudah ialah kopi yang dijual dengan harga puluhan ringgit.

    1. peniaga Avatar
      peniaga

      Orang yg ckp cani bese jenis makan gaji dan tak pernah ada pengalaman berniaga langsung. Kos pengeluaran semangkuk laksa boleh jadi RM1 saja. Lepas masuk kos buruh, sewa tapak, bayaran balik pinjaman bank beli alat memasak dan 20% untung maka jadilah semangkuk laksa RM2 di pasar malam. Nak cakap harga jual RM2 tak berbaloi dengan kos pengeluaran RM1 (+100%)? Masak sendrik la itu laksa wei.

      Lagi satu pasar harga jualan mesti ikut pasaran. Lagi sekali, hanya orang yang makan gaji je yang akan percya buta. Laksa pasar malam RM2. Laksa kat restoren RM5. Laksa kat kopitiam klcc (islam punya) RM10. Nak cakao laksa klcc haram sebab “tak wajar”? Kalau nak tahu, tak wajar sebab target market RM10 semangkuk ni bukan untuk orang miskin tak berduit, tapi untuk orang yg kerja dekat situ (sewa mahal) dan yg hargai akan HARGA kebersihan atau apa2 jela tambah nilai yang peniaga laksa tu mampu lakukan (lawa, waiter comei dll)

      Lagi satu, tolong jangan bergantung hukum sebegini dengan ustaz makan gaji. Ustaz yg jatuhkan hukum haram tapi diri sendiri tak pernah berniaga atau langsung tak tahu ilmu perniagaan macam penganalisa bola sepak yang suka2 kutuk pemain yang tengah sibuk gelecek bola kat padang. Betul, MLM bukan untuk semua. Tapi jangan labelkan mereka apa2 kalau kita sendiri pun buta.

      1. Mama Murai Avatar

        Assalaamu`alaikum saudara, saya sudah biasa mendengar pendapat ini dari sudut mereka yang kononnya berniaga tapi habuk pun tadak. Telinga sudah lali dengan janji bulan dan bintang dan mengutuk ustaz yang kononnya makan gaji. Kalau ustaz pun tak boleh percaya nak percayakan siapa? awak ke? tahu harga mahal tapi cuba tanya diri balik, betul ke kos buat kopi tu mencecah sampai ratusan ringgit? apa nilai disebaliknya? untuk membayar downline-downlinekan? butakah bila niat kita memperingatkan. beginilah manusia, suka sangat memenangkan benda yang batil.

        1. peniaga Avatar
          peniaga

          Maaf puan murai, orang yang cetek ilmu perniagaan memang akan respon sebijik macam puan tulis di atas. Sebab dah biasa minum kopi 20 sen secawan anggap kopi ratusan ringgit gila. Tahu tak produk bukan mlm pun ade jual kopi beribu ringgit? Kos sesuatu produk bukan pada pengeluarannya saja. Kos penyelidikan, kos pemasaran, kos logiktik dan lagi satu paling penting, kos ujian klinikal boleh menyebabkan semua kos meningkat. Memang betul ada mlm yg tiada sebarang kos penyelidikan pun jual mahal, tapi bukan semua. Jadi jangan la menyampah dengan semua pengusaha mlm. O yek, tak tau ke bahaya ustaz makan gaji ni ialah semua dasar yang dia keluarkan sendiri bergantung kepada siapa majikannya. Dalam islam, pejuang islam digalakkan berniaga atas sebab ini, seratus peratus independent. Ust juga manusia, tak lari dari kesilapan. Sama ada dia nak ngaku silap atau tidak tu bergantung la. Ada ust harga air muka lebih mahal. Macam kita jugak.

  4. Mommy Of Q's Avatar

    hahahahha..nak tergelak aku (mmg dah gelak pown) baca entry ko especially part haram jadah tuh! wakkakaka… sungguhlah aku sokong .. aku pantang btol kalau ada leader2 suruh downline buat loan nak beli pangkat nih .. kesian tau downline especially yang gomen tuh .. mentang2 dorang senang dapat loan, ada angkasa suma .. manipulate sungguh .. dulu masa aku kat CRONY, aku siap sound lagi cina2 tuh semua, jangan nak ngada2 beli2 pangkat yer .. unles kalau mmg nak business betul2 dan paham keseluruhan mktg system .. jangan ko nak kaya sorang2 ..bangga naik atas pentas dengan senyum dan seronoknya, gi obersea kemain kecoh satu dunia pastu downline ko menyumpah2 kat bawah tuh .. tak berkat rezeki dowh!

    pasal kopi tuh aku mmg sokong sungguh lah ..merpek satu kopi 120 hengget .. giler per .. sebab tu lah aku suka dan lebih rela beli produk oversea, yan mmg dah sah2 ada research, syarikat kukuh dan produk yang mmg berkesan, bayar lebih sikit pun rasa berbaloi .. daripada beli produk ntahapa2ntah keluaran tempatan..sorry, bukan nak burukkan keluaran tempatan, nak tolong majukan lagi ada, tapi kalau dah cekik darah camtuh ..sorry lah aku nak beli .. puas hati aku minum CNI Kacip fatimah, atau Cosway punya air oren tuh ha .. MLM gak .. tapi taklah harga cekik darah!

    senang citer, antara k0pi 120 produk MLM company A dengan TF 169 keluaran 4Life .. mak rela beli TF nyah .. puas hati labur duit ke tempat yg betull.. sama gak lah .. Shaklee ker, Amway ker, CNI ker, Cosway ker, Amway ker .. dan mana2 MLM yang sememangnya dah bertahan lama dalam industry nih .. bukan senang nak maintain dowh!

  5. MEJI Avatar
    MEJI

    kenape pening-pening kan kepala untuk mentafsir sendiri halam/haram bisnes MLM.Kita kan ada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan jenis-jenis perniagaan yang halal atau haram.tentu kerajaan akan pantau benda ni..Macam sistem perbankan,ada sistem konvensional dan juga islamik.Pilih saje.kalau rasa nak makan riba pilih yang tak islamik(HERO KONON,TAK TAKUT KE NERAKA)…

    Tapi hakikatnya perniagaan yang melibatkan akad jual beli antara penjual dan pembeli adalah yang paling berkat:Penjual setuju dengan harga barang yang nak dijual dan pembeli setuju untuk membeli dengan harga yang ditawarkan..barang mesti yang halal.

    TRADING BISNES adalah yang terbaik..BERKAT…
    BERKAT dirasai bila:
    *walau sikit untung.. rasa cukup
    *walau kecil bisnes..rasa cukup
    *walau tak berapa laku..rasa cukup

  6. azrina Avatar

    Tak habis2 mengata lagi ke, yg ckp tu dah duduk dlm MLM ke?

  7. fid Avatar

    sitilina
    akak slelalu dapatoi ‘pengamal’ MLM yang haram jadah…ta[pi acapkali berakhir dgn kerja makan gaji semula mau idak dia beli stok diua tak pi jual..last2 expired melopong…..sbb taksub kejar point semata plus ada yg sanggup buang saudara sbb tak nak join bawah dia hahahahahhaa

    satu lagi ada yg join MLM gila taksub dan kutuk produk MLM lain tak bagus padahal kalau baca balik syarat2 takleh ngater produk MLM lain dan sebagainya

    1. anisa Avatar
      anisa

      ni memang paling hangat dipasaran; cakap ke main nak brenti kija dengan mlm tapi lepas 10 tahun pun tak berenti jugak. orang cenggini besenyer taksub awal-awal dengan mlm sendiri & condemn apa mlm lain buat tapi diri sendirik pun tak buat hapa.

      saya sokong perniagaan mlm tapi sangat tak suka mlm yang haram jadah mcm kak lyna cakap tu. bestlah artikel ni

  8. mded Avatar

    Blog Aididmuaddib http://aididmuaddib.blogspot.com/ adalah blog anti MLM haram paling best..

    Ramai yang bertanya kenapa Aidid Mu’addib begitu “anti” terhadap MLM sehingga sanggup melakukan kajian, membentangkan kes demi kes, kadang-kadang buat macam-macam benda untuk dapatkan maklumat, dan sanggup pulak mengarang dengan panjang lebar tentang topik permasalahan kita ini, sama ada di facebook dan sekarang pulak di blog keparat ini (keparat… kata orang MLM la). Pernah kena kencing ke bang? Soalan paling lazim yang aku terima. The answer is no, never. Aku saja takde keje beb. Tengah boring-boring, hobi aku belasah orang buat mungkar. Kan best gitu?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      HaHa, ni aidid betoi2 ka ade org lain pakai nick ni?

      Anyway, yup mmg saya ada follow blog aidid ni. I must say very good! except he still miss the most important point of MLM. byk yg di-expose sama ada sebab produk hampeh, sistem piramid yg open for manipulation, owner yg ambil kesempatan ataupun ejen tu yg haram jadah. that’s all je kan? of cos yg berkaitan akan terasa pedas, HuHu.

      apa2 hal pun, mmg 2 thumbs up la for him; 1) educate general ppl, & 2) makes other “clean” sistem MLM cautious. Keep up the good work!

  9. syam Avatar
    syam

    salam.. MLM tu hanya sistem.. terpulang kepada anda untuk menilai sistem tersebut kerana bukan semua sistem syrkt MLM betul dan tidak juga semuanya “penipu”. Anda layak dibuka peluang untuk menceburkan diri dalam industri ini… Anda juga berhak membuat penilaian terhadap peluang perniagaan yang disyorkan… pada waktu inilah anda perlu memberi ruang pada diri anda untuk buat kajian.. Yes!! anda perlu buat kajian terhadap sesuatu peluang bis MLM yang anda temui atau “ter”jumpa.. Rujuklah orang yang berjaya dalam apa2 industri sekalipun…mereka ini lebih terbuka menilai peluang.. Sya setuju..memang wujud MLM haram JAADAh kerana sy pernah melalui pengalaman itu… Sy juga setuju ada juga MLM yg benar2 dapat saya jadikan platform untuk sy buat income besar tanpa melakukan perkara HARAM yang digariskan dalam ISLAM.. kerana sy juga ada pengalaman sebegitu…yg pastinya sy tak berjaya pun dalam bisnes yang saya ceburi itu… FRUST.. TENSION… RASA PALAT pun ada… tapi…adakah kerna “sistem” MLM tadi penyebab kegagalan sy.. jawapannya TaK JUgAk… kenapa downline sy boleh GRAB income besar sampai ke hari ini?… patutla.. dia kerja mcm income dia… i kerja mcm income yg memang i dpt sebelum ni.., hahaha…berani jerla mengaku kesilapan diri dan x menuding jari kat org lain atau”sistem” tadi… TUHAN dh cakap “org yg berusaha pasti dapat habuannya” you x dapat… you sindri mau ingatla…

  10. hakim Avatar
    hakim

    untuk Aididmuadib..
    you punya usaha memang bagus.. tp betol ker semua syarikat yang guna sistem MLM itu haram??? dan jalankan seperti manayang you “cerca n caci” setiap masa tu?? i ad seorang kenalan @ jiran yang memang i cukup kenal dn hidupnye pada awal mmg susah..atau paling senang kita ckp agak papa la..tp setelah dia bekerja kuat dlm salah satu syarikat yang menjalankan industri MLM secara jualan produk kesihataan yang pada i memang memanfaatkn dn membantu dalam pemulihan penyakit( tak perlu lah i mentiond syarikat mana myb sb i still ada adab dalam membuat teguran…) penting jugak tu dalam Islam..( bukan ker menjatuhkan air muka dan menfitnah itu berat hukumnya dalam Islam) tu pun kALau Aidid mmg cukup IslaM lah…oh ya.. berbalik citer jiran i td… dia memang berjaya ubah nasib keluarga n hidup dgn lebih selesa( walau x jutawan pun).. tapi Alhamdulillah mgkin hati yang bersih yang ada padanya langsung tidak ada beza sikapnya yang pemurah senyuman.. salu jer nampak berjemaah di surau.. dan memang sentiasa berbuat baik dgn masyarakat sekeliling…sama seperti beliau x MLM pon. so.. pada i.. bukanlah i nk sokong MLM,,, i pon x minat berniaga pon.. tapi bila you(AIdidD>>>or whateve) dah letakkn satu persepsi yang salah terhadap MLM ni.. terapkan perasaan bemci pada masyarakat…hamburkan kata2 kesat sesama org Islam..atau senang seolah2 you tu mmg dh boleh letak hukum menghalalkn yg haram n mengharamkan yg halal… memeang meninggalkan kesan terhadap golongan mcm jiran i tadi..salahkah dia??? you dh sempitkn pintu rezeki dia la… sian kt depa.. kalau lah tuhan tarik balik dalam sekelip mata apa yg you ada wat masa ni… sempatkah you nk jumpa semua org yg you fitnah untuk memohon maaf????… n you mesti cakap***** n ***@#$^&***^%$ takkan aku plak yg nk mintak maaf n BLABLA&&&&…..sedarlah… tuhan suruh you tambah ibadat bukan pecah belahkan umat Islam… sampai ada ank bertengkar dgn bapa pasal isu yg you bawa nihh.. kalau pun ada Insan penipu dlm Industri ini you p cari depa kn mmg you rajin sangat tp bkn kuasa you pon nk hukum org lain… you siapa??..Hmmm.. katanya bapanya bagi makan 100% duit halal… takkan pulak dapat anak mencarut sana-sin i (( heeeeng sana heeengg sini)))… you better check salasilah sumber rezeki bapak you lpas ni…

  11. BudakRevolusi Avatar

    assalam..best entry kat sni..tersengih kecil kjap.huhu
    Satu je klw nk berjaya dlm MLM ni..kne ikut First-class MLM..
    xnk komen ape2 cuma nak tnye shj kat kak luna..
    klw kata MLM tu haram sebab xbuat kerja..nk tnye plak mereka yang kerja pejabat..hari2 dtg opis ade kerja2 ngumpat..campurkan kerja dgn sesuatu yg buruk..lgpn klw kita semua tahu deskripsi gaji pekerja dibayar untuk mereka buat kerja2 mereka..tiada untuk perkara selain tu. mcm mne tu kak luna?
    pastu ada lagi ni soalan..mcm mne pndptn org yg jual rokok cntoh kat2 kedai2..kita semua tahu bukan rokok itu membahayakan kesihatan bukan menjadikan hidup seseorg lebih baik..bukankah menjual sesuatu yang memudaratkn itu haram?bgaimana tu kak luna???
    isu lagi besar…teknologi perang..cm mane org boleh cipta sesuatu yg mampu membunuh ribuan malah jutaan org tp msh sah dan dianggap beretika??

  12. haih Avatar
    haih

    kpd Aididmuadib..
    hahaha…klaka la kau nie…aku bkn nk kutok ke ape…tp aku nk tanye kau siket…kat sekolah, pejabat, mane2 syarikat la kn, dorang sume guna sistem ape??aku tgk mcm piramid jek..kau jgn tros nk ckp salah..kau sebenarnye jeles dgn duit yg org MLM ade…kau keje pejabat pn kau kaya kan sape??org atas jgk.yg kaya bos kau jgk…kau sampai tua pn agaknye x kaya2..aku bkn nk kutok kau..tp jgn la nk hina ape yg org buat..yg kau byk dgr MLM tu haram sbb UPLINE tu yg wat hal..dah dpt, tinggalkan..sbb tu sblom masok MLM kau kena kaji dulu..study btol2..jgn hentam babi buta jek..aku rase kau marah sgt dgn MLM nie sbb kau penah kena tipu..sbb tu kau sanggop wat research yg “konon2” nye kau ckp kau mmg suke study benda tu smpai ke lubang cacing..sudah2 la tu..MLM nie hanyalah tapak untuk kau cari aset, beli emas..sudah2 la tu bang..jgn la cari salah org lain..perbetolkan diri kite dulu..pikir untok akhirat lg bagos..ape yg org lain nk buat, biala..itu urusan dia dgn ALLAH..matang kan diri tu..

Leave a Reply to mded Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge