Minal Aidin Wal Faizin. Apakah Maknanya.

Bila tibanya hari raya, ucapan2 selamat hari raya mestilah ada. Macam2 cara ucapan raya ni dihulurkan. Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya, Salam Lebaran… dan satu lagi ialah Minal Aidin Wal Faizin. Malah saya pernah terdengar dalam satu lagu raya terbaru, katanya “Salam wal faizin”.

Apa sebenarnya makna kalimat ‘minal aidin wal faizin ni?’

Saya ni belajar bahasa Arab 3 tahun je, tu pun yang asas saja, berbanding orang lain yang belajar bertahun2, tapi sikit2 boleh la tangkap.

Minal (dari kata dasar min) maksudnya dari
Aidin (dari kata dasar ‘eid) maksudnya kembali
Wal (dari kata dasar wa) maksudnya dan
Faizin (dari kata dasar fauzan) maksudnya menang

Bila digabungkan ia menjadi “dari yang kembali dan mendapat kemenangan”.

Dari segi istilahnya ia merujuk kepada kita iaitu golongan yang kembali kepada fitrah, yakni ketaqwaan dan sesucian serta mencapai kemenangan selepas sebulan berpuasa, melawan hawa nafsu dan meraih keredhaan Allah.

Bukankah hari raya puasa itu sendiri dinamakan Aidil Fitri maknanya kembali kepada fitrah kita?

Memang sesuai sekali bila kita ucapkan “Selamat Hari Raya maaf zahir batin, salam minal aidin wal faizin”, semoga kita termasuk dalam golongan yang kembali kepada fitrah dan beroleh kemenangan.

Terimalah salam aidilftri maaf zahir dan batin minal aidin wal faizin kami, keluarga MySuperKids. Balik kampung berhati2 ya.

Semoga kita tergolong dalam sifat sahabat Rasulullah yang bersedih bila Ramadhan berakhir kerana bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang. Semoga kita mencapai matlamat puasa yakni mencapai taqwa dan Allah menerima ibadah puasa kita, bukan sekadar lapar, dahaga & tak payah ganti puasa semata-mata. Hehehe.

*maafle saya tak ada gambar kad lawo2 nak tempek hehehe.

2 thoughts on “Minal Aidin Wal Faizin. Apakah Maknanya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge