, ,

Benarkah Islam Melarang Menyusui Semasa Mengandung?

admin Avatar
banyak pendapat yang berkata bahawa tandem nursing (termasuk nursing semasa pregnant) adalah dilarang dalam Islam, sebab ‘mengambil hak si adik’. dan ada yang mendefinisikan ghilah sebagai tandem nursing. dan ada pula seseorang lain berkata, tandem nursing (termasuk nursing semasa pregnant) adalah dilarang juga kerana memberi mudarat kepada si abang. mungkin susu tiada khasiat & membahayakan nyawa si abang. dan kedua2 pendapat itu menyatakan usul tersebut datangnya dari hadis/sunnah Nabi.kebanyakan yang memberi pendapat adalah dari hasil pembacaan atau ‘dengar-dengar’, samada dari kawan-kawan atau asatizah sendiri, tapi mungkin tiada further explaination.

bila kita membaca apa-apa artikel, atau mendengar pendapat orang, tak kiralah tentang hukum hakam atau perkara lain, pertama sekali kena ‘kenal’ penulisnya atau yang mengucapkannya. ada sumber yang strict, ada yang lineant, ada yang prejudis, ada yang neutral, dan sebagainya. dalam hal ini pun, ada sumber yang pro-BF, dan ada yang tidak pro-BF.

dalam soal ghilah (intercourse with pregnant ladies or nursing moms), ia adalah sesuatu yg taboo dalam masyarakat Arab (dahulu kot, skg xpasti). pada masa itu, orang lelaki Arab bebas berpoligami, jadi mereka tidak kisah jika tidak bersama dengan isteri semasa isteri pregnant, dan bagi wanita Arab juga, mereka tidak mengamalkan intercourse semasa keadaan itu. manakala pengamal perubatan pada masa itu juga berpendapat bahawa menyusui semasa hamil akan memberi kesan buruk kepada anak yang disusui. kerana itu ia dinamakan ‘pembunuhan secara rahsia’ kerana ia dipercayai memberi keburukan kepada anak yang menyusu.

gremlins free download

sehingga Rasulullah pun bermaksud untuk mengharamkan ghilah, namun setelah baginda melihat kaum2 yang kuat seperti Rom dan Parsi mengamalkan ghilah dan tandem nursing, maka baginda bersabda : “Sesungguhnya aku ingin melarang ghilah, tetapi kemudian aku melihat bangsa Persi dan bangsa Romawi melakukannya, namun tidak membahayakan anak-anak mereka sedikitpun” (HR Muslim)

menurut Ibnu Qayyim (ulama tafsir yang terkenal), larangan itu (mengandung/beranak semasa masih menyusui=tandem nursing) bertujuan agar anak yang disusui tidak mendapat kemudaratan, kerana mereka harus disusui selama sekurang-kurangnya 2 tahun. jika ibu itu hamil, maka akan banyak kemungkinan yang boleh menganggu penyusuan. samada dari segi biologi ibu, seperti contraction ataupun susu itu sendiri, kerana semasa 2nd trimester, kolostrum mula terbentuk dan susu menjadi tidak sedap.

lemony snicket s a series of unfortunate events dvdrip

akan tetapi, kedatangan Islam telah menghadkan poligami (poligami bebas dilakukan semasa Jahiliah) dan menyekat ghilah (intercourse semasa keadaaan2 tersebut) akan memudaratkan si suami. ye lah… mana boleh nak tahan sabar selama 2 tahun tak buat apa2. lalu, melihatkan keadaan kaum Rom dan Parsi yang tetap kuat sekalipun mengamalkan ghilah dan tandem nursing, Rasulullah tidak jadi menghalangnya.

jadi, ghilah adalah lebih kepada family planning, bukanlah larangan menyusu semasa hamil atau larangan tandem nursing. tiada disebut tentang mengambil hak adik dan sebagainya. pendekata, jika mahu meneruskan penyusuan selama 2 tahun atau lebih tanpa masalah, plan lah family anda betul2, sekiranya anda tidak yakin untuk tandem nurse.

alat contraception semuanya dibenarkan oleh Islam, (tiada istilah ‘macam susuk’ untuk implanon), kecuali vasectomi dan tubektomi, kerana ia dikira mengubah ciptaan Allah. Islam ini adalah agama yang preventif, bukan corrective. awal2 lagi sudah warning, kalau tidak mahu, kontrol lah. jangan, apa pun tak pakai tapi bila ‘rasa’ mengandung, mula rasa gelabah, kesian baby menyusulah dsb. 🙂

dan, harus tahulah membezakan antara budaya Islam dengan budaya Arab. tak sama tu… bagaimana mahu tahu? banyakkanlah membaca dan bertanya pada yang arif.. 🙂

berbalik kepada menyusui semasa mengandung, selagi tiada mudarat kepada mana-mana pihak, ibu boleh meneruskannya. masalah bayi dalam kandungan kekurangan zat adalah tidak berasas, kerana zat makanan yang diambil ibu diutamakan kepada bayi dalam kandungan. susu ibu tidak bertukar menjadi darah (susu memang asalnya darah pun) sebaliknya ia akan berubah komposisi, yakni menjadi sedikit masin, dan berubah kepada kolostrum untuk si bayi yang bakal lahir. jadi ibu bapa harus membekalkan makanan yang cukup dan seimbang dari segi nutrisi kepada anak yang masih menyusu, dan pastinya khasiat makanannya tidak bergantung kepada susu ibu semata-mata.

dan ternyata ada hikmah dan sebab musababnya kenapa Islam menyarankan seorang anak disusui sehingga usianya 2 tahun..

admin Avatar

One response to “Benarkah Islam Melarang Menyusui Semasa Mengandung?”

  1. […] google pun banyak yang bagitau kita boleh menyusukan anak kita ketika hamil. Nini ada baca pasal Mommy Lyna, still BF kan anak dia, hafiy walaupun dia sedang pregnant. 🙂 Kalau tak silap Nini, mula-mula […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge