Menjaga Hati di FaceBook

admin Avatar

SATU
 
 A: Seorang ibu baru berada teruja mendapat cahayamata… Tanpa menunggu lama, dia terus memuat naik (upload) foto si comel yang dinanti selama 9 bulan itu di FaceBooknya.
 
 B: Di satu ruang yang lain, seorang isteri yang sudah 10 tahun berkahwin berasa tertekan, dan menangis sendiri melihat keterujaan sahabat FB-nya itu.
 
 DUA
 
 A : Seorang ibu yang sangat gembira dengan keputusan peperiksaan anaknya, pantas memuat naik foto buku rekod anaknya.
 
 B : Di satu ruang yang lain, seorang ibu yang kecewa dengan keputusan anaknya…. menangis sendiri, berasa sangat tertekan melihat kegembiraan rakan FB-nya.
 
 TIGA
 
 A : Seorang ibu yang gemar memasakkan makanan pelbagai citarasa dari seluruh dunia buat keluarganya. Setiap kali masakannya siap, dia akan mengambil gambar dan memuat naik ke dalam album FaceBooknya.
 
 B : Di satu ruang yang lain, seorang ibu hanya mampu menelan liur melihat foto hidangan sahabat FB-nya, kerana hanya mampu menyediakan nasi berulam kicap buat anak-anaknya.
 
 
 
 Siapakah yang paling zalim antara watak-watak di atas? A atau B? Saya pasti ramai yang memilih A. Menunjuk-nunjuk bahagia tatkala ada orang yang sedang menderita, zalim bukan?
 
 Namun, bagi saya tidak adil kita menghukum begitu. Sepatutnya semua orang, baik B atau orang lain yang tidak terlibat, tidak harus menyimpan prasangka terhadap pihak A.
 
 A bahagia, bukan di atas penderitaan B. Saya ulang, A bahagia, bukan di atas penderitaan B.
 
 Melainkan A dalam kisah SATU merampas suami B, atau menculik anak B. Melainkan anak A dalam kisah DUA menganiaya anak B, misalnya meniru atau menukar kertas jawapan… Dan melainkan A dalam kisah TIGA mengambil bekalan makanan dari B untuk keluarganya sampai B tak cukup makan.
 
 A mungkin tidak kenal pun B itu siapa. Sekadar ‘add friend’ di FaceBook tidak bermakna kita kenal semua ‘friends’ kita.
 
 Jika kita nak ‘bersimpati’ dan ‘prihatin’ dengan semua orang, kita sepatutnya jangan guna FaceBook, kerana ramai lagi orang di dunia, malah di Malaysia tak mampu pun nak ber-FaceBook.
 
 Lebih baik kita meraikan apa saja yang ada di FaceBook. Yang baik dijadikan teladan, yang tak baik kita report beramai-ramai. Gembiralah dengan apa yang kawan-kawan kita miliki, kerana itu semuanya dari Allah, milik Allah.
 
 Elakkan dari menyimpan prasangka.. Riak dan menunjuk itu berdosa.. Dan berprasangka orang itu riak, orang ini ujub, pun berdosa juga. Raikan dengan bersangka baik. Jangan diturut kehendak emosi.
 
 Media sosial ni cuma umpama ‘the tip of iceberg’. Kita takkan kenal seseorang hanya dengan mengorek info di FaceBooknya. Walaupun tulisan menggambarkan peribadi, tapi sesungguhnya kita tak tahu keadaan emosinya semasa menulis sesuatu itu.
 
 Jadi tak perlu ribut-ribut… Andainya ada benda yang melukakan hati, abaikan atau sorokkan (hide from newsfeed) saja. Apa gunanya kalau kita saja yang menyimpan rasa sentap dan geram, sebaliknya yang di sana tetap bahagia malah makin happy.
 
 Usah benarkan satu medium bernama FaceBook itu mengawal emosi kita. Asal masuk Facebook, asal tengok update orang lain, terus lupa nikmat Allah kepada kita… Terus lupa apa yang Allah rezekikan setiap saat. Terus rasa betapa bahagianya kehidupan orang lain…
 
 Come on.. ingat Allah.
 
 It’s just FACEBOOK!!!
 
 P/S : kalau rasa sakit hati dengan updates di FaceBook, bacalah banyak-banyak The Holy Book — al-Quran.
 
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Tagged in :

admin Avatar

8 responses to “Menjaga Hati di FaceBook”

  1. emalinmohd Avatar

    Sangat setuju tu. Bukan bermaksud tak simpati dengan kesedihan orang lain tapi takkan nak share yang sentap yang sedih tu digalakkan pulak. Ye tak?

    1. Alom Avatar

      Facebook je pun, apa nak kecoh2. Kan?

  2. Amyz Avatar

    Like sangat!!!!

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    get a life, its only facebook.

    1. Alom Avatar

      Kehidupan di FaceBook lebih meriah

  4. Efie Avatar

    Lumrah manusia, lebih suka tengok apa yg orang lain ada, berbanding dari bersyukur dengan apa yg diri sendiri ada..

    1. Alom Avatar

      Grass is always greener at the other’s side

Leave a Reply to Efie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge