, ,

Mendaki Gunung Hallasan Bersama Anak-Anak

admin Avatar

Walaupun kisah pengembaraan di Korea belum dimulakan lagi dalam blog ni, tapi saya teruja nak kongsi pengalaman pertama kami mendaki gunung bersama anak-anak.

Gunung tertinggi di Korea Selatan, Gunung Hallasan menjadi tumpuan kami tatkala berada di Pulau Jeju.

Sebelum itu kami memang agak tak jelas tentang trek Gunung Hallasan. Ada trail yang agak landai tapi jauh, dan ada trail yang pendek tapi agak curam. Yang paling panjang ialah Seongpanak, sejauh 9.6 km, dan paling pendek ialah Yeongsil sejauh 3.1 km. Kami sebenarnya tak tahu pun kat mana trail-trail tersebut. Namun mungkin Allah nak bantu, kami terserempak dengan Seongpanak dalam perjalanan dari Seogwipo ke Jeju-si.

SEONGPANAK TRAIL HALLASAN JEJU
Seongpanak Trail

Bila dengan budak-budak ni, banyak kerenah perlu dilayan. Jadi, dari nak keluar jam 7 pagi, jam 7 pagi tu ada yang belum bangun lagi. Kali ni kena bangunkan diorang betul-betul, nanti tak ready nak mendaki, badan lesu, macam-macam cerita pula. Kami tiba di kaki Seongpanak dalam jam 9.00 pagi. Kena sampai awal, sebab ada had masa dia… jam 12.30 dah kena sampai di Jindallaebat, kalau lebih dari itu, tak boleh teruskan pendakian. Untuk bulan September, masa terakhir untuk berada di puncah Hallasan ialah jam 2 petang. Lepas tu kena turun.

MENDAKI GUNUNG HALLASAN JEJU
Siap sedia nak tawan Hallasan!

Nak mendaki Gunung Hallasan dari Seongpanak ni mudah je sebenarnya, sebab trail dia sangat cantik, ada part yang berbatu tapi mudah didaki.

Kami memulakan pendakian pada jam 9.30 pagi dengan lafaz Bimillahirrahmanirrahim dan Allahu Akbar, moga-moga tiap derap kaki dan titik peluh dikira sebagai mencontohi aktiviti para Nabi.

hiking with toddler

Suami jalan di depan bersama anak-anak, dan saya di belakang membawa beg berisi air, makanan dan kamera.

MENDAKI GUNUNG BERSAMA ANAK

Disebabkan Fahry tak boleh berjalan (amputee), suami saya kendong dia di belakang dengan SSC (soft structured carrier) yang saya tempah khas untuk dia dari SnuggBaby. Kaki palsu tak boleh digunakan buat masa ni. Panjang pula kalau nak cerita sebabnya.

Mula-mula trail dia takdelah susah, easy grade katanya… Macam jalan dalam hutan biasa je.. tapi makin nak sampai makin curam.

SEONGPANAK HIKING TRAIL
Panduan trail Seongpanak

Trail Seongpanak ni ada yang OK, ada yang agak kureng. Yang OK tu memang OK sangatlah! Nasib tak taruk travelator je.

SEONGPANAK TRAIL JEJU
Sorga bila lalu trail macam ni
JALAN BERBATU MENDAKI BUKIT
Ada yang macam ni

 

HALLASAN MOUNTAIN
Macam ni pun ada
Berbatu dari bawah sampai ke atas

Gambar di atas tu dari pandangan atas, tengah berehat sebab ada orang dah sakit kaki.. Budak-budak Korea biasa je panjat gunung ni.. tapi untuk Hafiy yang baru pertama kali, kejap-kejap penat. kejap nak air, kejap nak rehat. Layan…

Sepanjang jalan ada 2 station dipanggil shelter yang boleh berhenti rehat dan ke tandas. Yang pertama, Sokbat.Excited jumpa shelter, sebab rasa dah lama berjalan tak jumpa benda lain kecuali pokok, pokok, pokok, batu, batu, batu. Mencabar jiwa betul. Rasa macam jalan dah jauuuuh sangat, tapi rupanya baru 100 m T___T

Kami sampai di Jindallaebat jam 12. Sini ada tandas dan kedai yang jual makanan dan minuman. Tapi kami tak beli apa-apa sebab dah bawa bekalan.

Jindallaebat SHELTER HALLASAN SEONGPANAK JEJU
Jindallaebat

Jam 12.15 kami sambung perjalanan ke puncak. Penat toksah cakaplah, lawan gravity memang beri tekanan lain macam.

Makin ke atas, makin kuat angin bertiup. Angin dia lain sikit dari angin sepoi-sepot bahasa kita. Rasa macam ribut.

Makin ke atas, pokok-pokok pun makin renek, dan pemandangan makin indah dan menenangkan.

Lepas je Jindallaebat ni, rasa makin bermotivasi sebab dah nampak puncak Hallasan, walaupun jauh sangat lagi sebenarnya -_-”

HALLASAN PEAK JEJU
Menuju puncak!

Dalam 1km terakhir tu (kot) dah ada tangga dan enjoy je lah jalan. Cuma ada cabaran baru! Angin kuat sangat! Sampai tak boleh nak ambil gambar dari atas, takut kamera terbang hahaha.

PUNCAK GUNUNG HALLASAN
Gambar paling hampir dengan puncak, tak boleh pegang kamera dah!

Dari atas, bila tengok bawah memang rasa gayat sangat! Jauh betul kami berjalan, especially Hafiy, dan Abiy yang bawa Fahry seberat 15kg di belakangnya. Masa ni angin sangat-sangat kuat. orang Korea pun berhenti kejap-kejap bila angin bertiup.

Alhamdulillah, puas hati dapat tawan gunung tertinggi Korea ni. Yang paling best bila pendaki-pendaki lain melintas kami, semua tunjuk isyarat tangan “Bagus!” malah ada yang tegur nak ambil gambar kami. Selekeh sangat agaknya, dengan anak depan-belakang 😀 Murah rezeki budak-budak, dapat macam-macam, buah, energy bar, gula-gula (yang ni mak makan >_<)…

Hafiy dan Fahry pendaki termuda hari tu. Walaupun ramai juga kanak-kanak, kebanyakannya dalam umur 9 tahun ke atas. Hebat betul Hafiy, tak mengah berjalan dan mendaki. Cuma bila dah dekat-dekat nak sampai dia tak larat nak jalan, minta didokong. Logiklah dan jalan dekat 20km… dan hampir 10 jam…

PENDAKI KANAK KANAK
Hafiy yang hebat

Disebabkan tak sempat keluar sebelum senja, kami solat di dalam hutan tu. Ada satu tempat berehat yang ada pangkin, lalu kami solat kat situ. Tak ganggu orang sebab ada lagi 2 pangkin besar macam ni, dan petang-petang dah tak ramai orang. Rasanya kami antara yang last keluar. Haha.

SOLAT DALAM HUTAN
Pangkin duduk, boleh solat juga.

Dari tempat rest ni, ada potable water, konon air keluar dari batu lah. Sejuk sangat.

Kami sampai di bawah, dah gelap dah, dah Maghrib. Terus masuk kereta ke Jeju-Si.

SEONGPANAK JEJU

Alhamdulillah, selesai misi yang mulanya takut-takut-berani. Maklumlah, tak pernah bawa budak. Tapi sebelum tu kami ada hiking di beberapa tempat di Jeju ni, tengok Hafiy macam OK je tu yang agak konfiden. Sampai-sampai kereta terus urut kaki dia, takut kejang. Tapi budak-budak tetap budak-budak. Macam biasa je, tak ada pun penat ke mengah ke.

Hallasan, indah sungguh baik pemandangan di puncaknya atau di kelilingnya. Ada tasik kawah gunung berapi di puncak Hallasan. Mengkagumkan sungguh ciptaan Allah.

Jeju memang satu pulau yang sarat dengan pembelajaran untuk anak-anak. Hehe.

GUNUNG TERTINGGI DI KOREA
Jumpa lagi, Hallasan!

(Hafiy dapat sepasang kasut hiking, untuk next adventure. Go outdoor boys!)

admin Avatar

14 responses to “Mendaki Gunung Hallasan Bersama Anak-Anak”

  1. farihan Avatar
    farihan

    Menarik!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe, jom jom

  2. irfa Avatar

    banyak stamina nak pakai tu,mampu mendaki gunung 😉
    lain muka mommy tanpa spek
    nampak lg muda 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alhamdulillah. hehehe. utk kedua2nya

  3. Rina Avatar

    rute pendakiannya cukup terjal, tapi best untuk olahraga menjaga kesehatan kita…
    selamat mendaki mbak 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      terima kasih rina 🙂

  4. Denaihati Avatar

    tahniah yer. mesti mencabar bawak anak-anak sekali dengan aktiviti macam ni.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alhamdulillah, lebih semangat nak mendaki dgn diorang lagi 😀

  5. Set Bersalin Shaklee Avatar

    bertuah anak2 kak Lyna 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hihihihi 😀

  6. Alice Avatar

    nice.. would love to go next time.. zarina, quick Q. I went to seoul last month, is it nrmoal that they would stare at you? i mean for wearing hijab/tudung. cause i thot they would\’ve used to it since there\’s alot of Muslim tourists.. i guess not?

  7. Del Avatar
    Del

    tak penah sampai halla san lagi… Kalo pegi mesti nak buat parody drama2 yg bekenaan kekekekee.. Teringin nak hike hallasan tapi kena tunggu anak yg kecik tu besar skit kot… Baru 3 thn… Bestnyeee tgk… Jeles

  8. Amin Avatar
    Amin

    Assalamu’alaikum…puan sampai ke puncak (1950m) ke?
    Ada tips sebab nak gi dengan anak 2yrs 9mth and 1yr10mth…a bit tough sebab tak jalan diorang nanti😁

  9. Fatin Mazelan Avatar

    Dah panjat baru baca post ni. Huhu. Hari tu separuh jalan je.

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge