Mendaki Bukit Broga Yang Mencabar Minda

By | May 23, 2013

Kali terakhir saya mendaki bukit ialah semasa Tingkatan 5, mendaki Bukit Peraksi di Pasir Puteh, Kelantan.

Ni, bila melihat kawan-kawan mendaki Bukit Broga, terasa teringin juga. Maklumlah, dengar cerita macam menarik, ditambah pula dengan populariti Broga Hill yang menjadi lokasi gambar pengantin Dr Shaikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara tu.

ihsan dari watermark dalam gambar

Jadi, bila suami mengajak mendaki Bukit Broga, memang tak teragak-agak saya bersetuju. Siap offer nak bawa anak lagi. Konon nak hiking sekeluarga.

Akhirnya kami berdua saja yang ke sana, kerana pada hari bekerja, anak-anak sekolah.

Bukit Broga terletak kira-kira 47 kilometer dari rumah kami. Bergerak awal pagi semasa trafik melawan arus adalah sesuatu yang ‘sorga’ ^^

Senang saja sebenarnya nak ke lokasi Bukit Broga ni. Dari Lebuhraya PLUS, exit Kajang, masuk lebuhraya SILK, kemudian exit Jalan Semenyih. Dari situ cari papan tanda ke Broga.

jalan ke broga

Jalannya pun tak mencabar sangat.

Namun untuk sampai ke lokasi mendaki kena ‘ber-awas’ dengan papan tanda. Pintu masuknya pokok-pokok kelapa sawit. Dari jalan besar boleh nampak, banyak kereta parkir, betul la tu.

Bukit Broga

Mendaki Bukit Broga, senang saja.. laluannya dah tersedia dan tak curam sangat. Cuma sebab saya dah lama tak work out sejak balik dari backpacking (kononnya nak rehat), memang menjadi satu masalah besar. Sepanjang 1.7km tu rasanya ada 6 kali berhenti rehat. Jantung berdegup lebih dari anaerobik rasanya >_<

Tiba di laluan terakhir menuju kemuncak, satu laluan yang curam. Mujur ada disediakan tali, dan saya telah menggunakannya kerana tak larat sangat. Suami mengusik katanya saya sorang saja yang gunakan tali, tapi tak apa lah. Tak guna nak paksa diri.

Agak tinggi juga perlu memanjat tebing curam tu. Namun saya tak boleh berhenti, kerana saya ada masalah gayat. Bila berhenti, terpandang ke belakang dan ke tepi, rasa mahu diterbangkan saja. Jadi terpaksa memanjat walaupun termengah-mengah.

Sampai di pucak pertama, tergolek saya di atas batu. Sudah tidak larat. Suami mengajak ke puncak yang lebih tinggi, yang lebih indah tentunya. Namun saya dah termuntah, mungkin kerana terlalu penat. Akhirnya saya berehat saja menikmati pemandangan.

pemandangan broga

broga hill

Rasanya, hampir setengah jam saya berehat di situ. Hingga degup jantung kembali normal, dan kaki saya kembali gagah untuk melangkah.

Menuruni Bukit Broga juga satu cabaran buat saya. Di satu-satu tempat, terasa kaki ini kaku, hingga beberapa kali tergelincir. Alhamdulillah, berjaya sampai ke kaki bukit dengan selamat, tanpa sebarang kecederaan.

Pengalaman berharga ni pasti menjadi pendorong saya untuk menawan Bukit Broga sekali lagi, insya-Allah dengan persediaan membina stamina. Dan masalah gayat tu tak apa, insya-Allah boleh diatasi.

(Poyo saja kan, orang lain panjat rileks je, makcik sorang ni terhegeh-hegeh).

4 thoughts on “Mendaki Bukit Broga Yang Mencabar Minda

  1. titan

    ni naik pukul berapa ni? selalu orang naik pukul 7-7.30 pagi..biasa dalam 45 minit – sejam lebih naik atas. Ni macam naik lewat aje..dah panas gayanya nih. hoho..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge