Mendaftar di Kumon

By | August 30, 2016

Sejak tahun lepas lagi Danny dah minta nak pegi ke extra class. Maklumlah petang petang abang-abangnya ke kelas KAFA, dia je yang duk rumah, boring agaknya. Kami pulak agak sibuk nak menghantar dia.
 
 Lagipun rasa dia kecil lagi. Tahun ni baru 5 tahun umurnya. Kitorang ni bajet budak kecik2 ni takyahla belajar extra class bagai sangat. Tapi ni, dia yang minta.
 
 Tahun ni lagilah dia minta lagi nak ke kelas Kumon. Siap dah pegi survey dengan ayahnya. Dia pun dah ada spesifik lokasi yang dia nak.
 
 Akhirnya tercapai juga hajat si Danny nak ke Kumon.
 
 Dia bakal ambil kelas untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Sebelum masuk kelas, depa buat test diagnostik dulu nak tau kecapaian dia di tahap mana. Kalau yang Maths tu, operasi simple2 tu dia boleh lah buat. Yang English tu sadis sikit. Masuk bab sentence panjang sikit memang out. Takpelah sekurang2 dia boleh membaca 😅
 
 Yuran masuk Kumon ni total RM350 untuk satu ‘semester’.
 
 Minggu depan baru start kelas dia. Dah dapat homework. Memang seronok la dia dapat homework.
 


– Posted using BlogPress from my iPhone

Category: Others

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

One thought on “Mendaftar di Kumon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge