Melawat Walled City, Nicosia

By | September 23, 2014

Salah satu tempat yang must-go, must-see adalah Walled City di Nicosia. Nicosia ni adalah ibu negara Cyprus, dan sebenarnya dah wujud sejak zaman sebelum Masihi lagi. Penginapan kami dekat sangat dengan Walled City, tapi tak kuasa nak jalan kaki, panas sangat cuaca di Cyprus ni. Sampai ke malam pun panas berbahang.

NICOSIA WALLED CITY

Hari pertama kami masuk ke Walled City dari belah Turki. Masuk dengan kereta sampai ke Masjid Selimiye (asalnya gereja yang ditukar jadi masjid) di sebelah Municipal Market. Hazab juga masuk ke dalam wall ni dengan kereta, jalannya sempit sangat. Macam lorong belakang je, tapi itu laluan utama. Mujur tak ada kereta yang datang dari arah bertentangan.

Antara gambar-gambar yang kami ambil hari itu.

Masjid Selimiye ni ramai betul pengunjung hari itu. Dah tentu bukan sebab nak solat Dhuha, hehe. Kat pintu dia ada disediakan jubah untuk tutup mana-mana yang pakai pendek-pendek tu… tapi mungkin sebab tiada siapa yang jaga di situ… semua pun main redah je pakai seluar pendek.

2014-09-15 14.55.12

2014-09-15 15.00.23

Shopping street ni bersambung dengan bahagian selatan Cyprus. Nanti dalam entry lain saya cerita tentang Ledra Street (Shopping street yang famous di sini).

2014-09-15 15.25.49

Uniknya tempat ni, masuk je kawasan Turki, terus segala papan tanda dalam Bahasa Turki. Walhal jalan yang sama. Tapi bahasa pertuturan tu tak pasti mereka guna bahasa yang berbeza ke bahasa yang sama. Tak reti nak beza 😀

PAPAN TANDA

Nak keluar dari Walled City ni kalau dengan kereta, samalah hazabnya dengan ketika memasukinya. Mujur ada papan tanda ‘Out of The Wall’, senang follow je signboard tu.  Bila dah berjaya keluar, fuhh lega betul rasanya. Macam baru boleh bernafas lega 🙂

Oh ye, parking kereta di sini kena bayar 2 Euro. Di kawasan Walled City ni mereka terima Euro. Di utara sikit dah guna Turkish Lira. Jadi kena tukar duit kepada dua matawang ni. Di bahagian selatan Cyprus ada kawasan ‘wilayah kekuasaan British’ Akrotiri berhampiran Limassol dan Dhekelia berhampiran Larnaca. Mujur tak guna Pound Sterling pulak hehe.

Walled City ni banyak tempat menarik tinggalan sejarah macam-macam bangsa. Nanti sambung entry lain.

Category: 2014 - Cyprus Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Melawat Walled City, Nicosia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge