,

Melawat Taipei Dalam Sehari

admin Avatar

Taiwan adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan alam semulajadi yang indah dah pelbagai. Jarang orang melancong ke Taiwan kalau bukan untuk nature dan urusan bisnes. Nak shopping pun mahal yahamat harga barang-barangnya.

Kami ke Taipei semasa cuti hari wilayah yang lepas. Masa yang singkat cuma sempat round area Taipei saja… Nak ke tempat-tempat lain perlu spend masa agak lama. Taiwan memang spot terbaik untuk hiking di kawasan Asia Timur, selain Korea dan Jepun.

Bandar Taipei ni sangat convenience dan nak ke tempat menarik pun sangat mudah. Cuma naik MRT saja. Line MRT dia pun tak complicated. Tambang pun murah je, dan lagi murah kalau ambil EasyCard, fungsi dia sama macam T Money di Korea dan Octopus Card di Hong Kong, boleh digunakan untuk public transport, convenience store, parking…

TRAIN LINE TAIPEI

Kami menginap di area City Hall, sangat dekat dengan Taipei 101. Dari tingkap bilik memang boleh usha Taipei 101 setiap masa.

Berikut adalah tips untuk menjelajah Taipei dalam satu hari dengan MRT.

1. Ambil pamplet untuk Muslim di Airport

Pamplet ni mengandungi nama dan alamat restoran halal di Taipei dan Taiwan amnya. Sangat membantu untuk dapatkan makanan halal.

MAKANAN HALAL TAIPEI

2. Dapatkan EasyCard di stesen MRT atau 7 Eleven.

Easy Card ni kalau tak habis guna, boleh refund. Tak pun boleh jual kepada sesiapa yang nak ke Taipei selepas ni.

2. Ambil peta MRT yang mengandungi tempat menarik di Taipei

Ini paling penting, senang nak plan turun stesen mana dengan adanya peta ni. Peta ni free je di MRT dan Tourist Centre.

TEMPAT MENARIK DI TAIPEI3. Rancang Nak ke Mana?

Kebanyakan tarikan di Taipei ni adalah temple-temple… pusat2 sejarah… Muzium… Bandar-bandar lama…. Rancang dulu nak melawat tempat yang macamana, dan apa objektif nak ke tempat-tempat tu. Jangan pula bila dah sampai, then rasa “Ini je?”

Beberapa perkara yang menarik tentang Taipei:-

1. Orang-orangnya peramah dan amanah, persis orang Jepun. Mungkin sebab Taiwan pernah menjadi koloni kerajaan Jepun, in fact, koloni Jepun yang pertama di luar negaranya… jadi banyak pengaruh dan tinggalan Jepun ada di sini.

2. Tak semua orang Taipei boleh berbahasa Inggeris, jadi bersedialah nak praktik skil cakap Mandarin, atau cakap ayam-itik.

3. Matawang Taiwan adalah Taiwan Dollar, kadar tukaran ke MYR adalah dalam 10 Dolar = RM1.15

4. Kalau nak naik Maokong Gondola, sila jangan datang hari Isnin, sebab hari Isnin mereka tutup! Itulah yang terjadi pada kami sebab tak check dulu.. melopong je lah tak boleh naik gondola.

5. Walaupun nampak macam “Eh, murahnya duit Taiwan ni. 10 dolar baru seringgit lebih” tapi sesungguhnya barang-barang diorang adalah mahal.

Apa pun Taipei memang best, family friendly, dan juga Muslim friendly. Takdelah nak jumpa masjid di sana-sini ke, tapi mereka OK je kita solat di mana-mana.

Satu lagi, mungkin sebab kawasannya di celah-celah pergunungan, kesan turbulence dalam pesawat tu sangat-sangat terasa. Sama macam perjalanan ke Kota Kinabalu, tak pernah tak rasa turbulence. Siap rasa macam naik roller coaster pun ada.

Taiwan ni sebenarnya di bawah negara China, tapi ada banyak konflik diorang ni. Biasalah benda politik ni. Hubungan diorang ni sama macam hubungan China dengan Hong Kong. Kalau nak tahu cerita kena dengar daripada orang Hong Kong dan Taiwan sendiri. Hehe. Kelakar jugak kalau dengar cerita diorang ni. Tak sangka pulak macam tu.

Alhamdulillah dah habis tawan Taipei, target nak tawan Taiwan pulak. Nak tawan gunung tertinggi (Yushan) tu macam horror pulak, gunung2 diorang ni curam2. Takpe, yang penting mimpi itu percuma, mesti kena ambik.

Oh ye, kalau korang ada nak ke Taipei… di Taoyuan Airport tu ada restoran halal… tapi… ingat pesan saya… jangan merungut depan rezeki 😀 adios!

admin Avatar

7 responses to “Melawat Taipei Dalam Sehari”

  1. Inspirasi Huda Avatar

    Banyak juga tinggalan Jepun untuk Taiwan ni ya.. Mewarisi perkara yang boleh menjadi contoh untuk diteladani seperti sifat amanah memang sangat dialukan.

    1. admin Avatar
      admin

      a ah bangunan2 jepun pun banyak ada kat sini

  2. emalinmohd Avatar

    Kalau Ada Restoren halal tu Kira ok la part rasa tu tolak tepi dulu …

    1. admin Avatar
      admin

      kalau bab rasa tu takpe, boleh terima.

  3. nanie Avatar

    boleh tak admin send itinerary kepada email sy – nanie_nakata@yahoo.com.

    mcm nak terbang ke sana next year 🙂

  4. myliferia Avatar

    Tang bahasa ayam-itik tu yang best tu. Patut buat rakaman 😛

  5. Julia Avatar
    Julia

    suka taipei. orangnya peramah dan tak lokek menolong. saya sempat daki snow mountain, spjg pendakian, kalau terserempak dgn org tempatan yang tengah mendaki or sedang turun dari gunung, diorang mesti sapa ‘ni hao’ sambil senyum

Leave a Reply to Julia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge