Melawat Macau Bersama Anak-Anak

By | December 10, 2013

Macau ni sebenarnya destinasi impian arwah ayah mentua saja. Jadi, bila ada rancangan ke Macau, memang buat kami teruja. Apa yang bestnya Macau tu ya?

Macau destinasi seterusnya semasa kami ke Hong Kong dalam musim sejuk awal tahun ni. Entry tentang Hong Kong ada dalam blog lama ini… terpaksa tulis kat situ sebab masa tu blog My Super Kids ni tengah bermasalah hehe.

Dari Hong Kong ke Macau dengan feri. Ya, feri adalah cara paling praktikal untuk ke Macau dari Hong Kong. Ada 2 port yang boleh naik feri ke Macau. Satu di Pulau Hong Kong, Sheung Wan dan satu lagi di Tsim Sha Tsui (TST) di Kowloon. Kami naik Turbo Jet dari Shun Tak, Sheung Wan. Segala info, harga tiket boleh tengok dalam website Turbo Jet. Tiket boleh beli online, atau beli di port. Kalau nak senang, beli awal-awal. Sebab kalau beli di port nanti ramai yang beratur.

Perjalanan feri dalam sejam macam tu.. tiba di Macau kami terus ke beberapa attractions. Hari pertama di Macau ni kami ambil guide, maklumlah dengan anak-anak.. Lagipun dah penat di Hong Kong, nak rileks sikit di Macau ni.

Antara tempat yang kami tuju di Macau bersama anak-anak:

Macau Tower : Boleh tengok seluruh Macau.

Gayat kalau memang jenis gayat. Hehe. Nak try bungee jumping pun boleh.

MENARA MACAU

MACAU TOWER

2: Ruin of Church of St Paul – mercu tanda Macau ni, spot ambil gambar yang menarik.

Ramai sangat orang kat sini. Memang tak sah kalau datang Macau tak datang sini.

MACAU ST PAUL

3: Fortaleza do Monte (Monte Forte) – salah sebuah tempat bersejarah di Macau.

Cantik sangat, dan ada Museum of Macau, boleh visit. Kena mendaki sikitlah. Boleh je naik eskalator, tapi terlepas la nak tengok pemandangan taman dia yang cantik di sekeliling bukit tu.

MONTE FORTE

4: A-Ma Temple – tokong tertua di Macau

Tak pasti samada memang ada hari-hari atau kebetulan hari kami datang tu, sekumpulan orang Portugis buat persembahan di area A-Ma Temple. Macau ni asalnya koloni Portugis, dan ditadbir oleh Portugal sebelum dipulangkan kepada China pada tahun 1999.

MACAU TEMPLE

Itulah dia perjalanan kami selama sehari. Dapat juga cover main attractions.

Malam tu pula kami ke The Venetian Macau. Area banyak kasino di Macau. yang menarik tentang Venetian ni sebab di dalam dia ada satu sungai macam di The Mines… tapi sangat hidup, macam Venice gitu.

Dalam bangunan tapi nampak macam outdoor 🙂

VENETIAN MACAU

Sekejap sangat di Macau, satu malam saja. Tak sempat nak explore seluruh kepulauan Macau. Masjid Macau pun tak sempat cari. Di sini, biasalah Islam minoriti. Cuma ada beberapa ratus penduduk Macau beragama Islam. Itupun kebanyakan pendatang dari Asia Tengah.

Makanan halal di Macau, kalau nak yang betul-betul ada sijil halal, boleh cari Taste of India dengan Red Chili. (Kebanyakan restoran halal di tempat begini Indian food lah) Kat sini ada ruang solat juga. Kalau tak, makan vegetarian je lah, seperti orang-orang Islam Macau buat bila makan di luar 😀

Banyak lagi tempat menarik di Macau untuk bawa anak-anak; seperti House of Dancing Water, Giant Panda Pavilion, Science Centre, Taipa Grande Nature Park, etc. Mungkin ada rezeki, lain kali kita datang lagi ya anak-anak. Mungkin kita datang hiking di Macau lepas ni 🙂

MELAWAT MACAU

Orang-orang Hong Kong dan Macau, walaupun tak berbahasa Inggeris (Oh di Macau memang horror, Google Maps pun Bahasa Cina) tapi mereka peramah dan prihatin. Banyak kali barang-barang kami terjatuh (maklumlah budak-budak, macam-macam yang jatuhnya), mereka panggil, kejar dan datang beri balik barang yang jatuh tu. Teringat masa di KLIA kami tertinggal barang masa scan sebelum boarding tu.. tiada siapa peduli pun padahal ramai orang yang beratur scan barang masa tu. Hehe. Itulah warna-warni kehidupan.. budaya berbeza..

Siapa pernah ke Macau? Jom share tips-tips menarik yang korang ada 😉

4 thoughts on “Melawat Macau Bersama Anak-Anak

  1. Rina

    Macau, memang tepat dijadikan salah satu tujuan untuk berwisata …
    Selamat menikmati bersama keluarga tercinta 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge