,

Melancong Ke Eropah Secara Backpacking

admin Avatar

Backpacking adalah satu kaedah melancong kos rendah dan independent. Berbeza dengan percutian biasa yang santai dan rileks, backpacking ni agak ‘penat’ dan penggunaan backpack atau apa saja beg yang senang dibawa ke mana-mana. Dan pegi pula sendiri2.. Dan yang paling penting – BAJET.

Biasa kan tengok mat-mat saleh bawa beg besar merata di Malaysia ni.


Backpacking ni tujuannya lebih kepada ‘belajar’ daripada ‘bercuti’. Jadi ia bukan sejenis percutian yang duduk lepak di hotel dan menikmati fasilitinya; atau shopping tak hengat. Para backpacker biasanya tidur di youth hostel atau mana2 tempat bajet untuk meminimumkan kos. Kadang-kadang tepi jalan. Stesen bas. Airport. Balai polis. Mana-mana yang boleh jimat kos.

Kami decide untuk cuba kembara backpacking bertiga – saya, suami & baby Danny. Persiapan memang dah dibuat awal-awal lagi – pengangkutan & penginapan.. Serta tempat2 worth to see 😀


Kami membuat persiapan lebih kurang 4-5 bulan sebelum kepergian. Termasuk tiket penerbangan & pengangkutan lain, serta penginapan. Disebabkan kami membawa bayi, maka tak sesuailah nak menginap di hostel berupa dorm (lagipun, kebanyakan hostel tak benarkan budak2 stay). Paling2 pun sharing toilet, itu OK lagilah.

Disebabkan kesukaran dapat pelepasan cuti, maka kami ‘berhabis cuti’ sikit, dan berhabis negara (mana yang mampu) di Eropah tengah tu.

Kami bermula dari perjalanan selama 13 jam dari KLIA ke Paris CDG (Paris-Charles de Gaulle Airport) lapangan terbang terbesar di Kota Paris. Kami menggunakan perkhidmatan MAS. Ada banyak syarikat penerbangan yang menawarkan servis dari Kuala Lumpur ke Paris. Tapi satu je yang direct flight, MAS. Dulu2 Air Asia ada penerbangan dari LCCT ke Orly, tapi macam dah stop.

Di Kota Paris, menggunakan perkhidmatan Metro (tren) untuk ke mana-mana. Biasanya di Europe senang guna tren lah. Kalau bas, kalau bukan yang hop on hop off, kemungkinan nak tersalah arah adalah tinggi.

Dari Paris ke Rome, kami guna khidmat penerbangan ala-ala Air Asia, Easy Jet. Kali ni di Lapangan Terbang Orly. Tempat nak check in Easy Jet ni mak oiii, not-so-easy to found. Tapi OK lah kan, dari kena pergi ke airport lain yang belum ada train… But OK la.. Murah.

Di Rome pun naik tren ke mana-mana. Haruslah menyaksikan sendiri runtuhan Rome Purba. Dan tak lepaskan peluang le negara terkecil di dunia merangkap HQ Roman Katolik, Vatican City.

Dari Rome ke Geneva pun guna Easy Jet. Yang seronoknya, tak payah berebut seat sebab bawa baby ^___^

Di Switzerland ni unik sikit. Kalau di Perancis kami cuma berada di Paris, Itali cuma di Rome, tapi Switzerland kami ke banyak tempat. Geneva – Lusanne – Montreux – Luzern – Zermatt – Chur – Zurich – Bern. Perjalanan yang sangat indah menikmati keindahan alam semulajadi di pergunungan Switzerland.

Kami membeli Swiss pass yang membolehkan kami menaiki tren secara ‘percuma’ di Switzerland (tak percuma pun sebab dah beli awal2, cuma sebab beli masa offer, sangat cost-saving!). Tapi kena buat reservation dulu untuk naik express train, supaya dapat tempat.

Dari Zermatt ke Chur kami menaiki Glacier Express. Masya-Allah memang cantik sangat pemandangan. Dari padang rumput ke sungai ke gunung bersalji… Semuanya sangat sangat cantik.

Dah puas nak kapal terbang, untuk ke Amsterdam dari Zurich kami naik keretapi City Night Line. Bermalam dalam tren 🙂 saya dulu masa muda2 biasa bermalam dalam tren – dari KB ke KL 15 jam kau! Tapi tidur di seat biasa je. Kali ni kami ambil yang ada katil. Selesa la dari tidur atas kerus 😉

Perjalanan lebih kurang 12 jam 15 minit merentasi Jerman ke Holland. Tak nampak la Jerman sebab malam 😛

Setakat itu, kami dah berada di 4 negara yang menggunakan 4 bahasa berbeza. Yang paling saya ingat, Sortie di Paris, Uscita di Rome, Ausgang di Zurich (Switzerland guna 3 bahasa berbeza) dan Uitgang di Amsterdam. Semuanya bermaksud KELUAR. Hehehe.

Di Amsterdam ni kami naik macam-macam. Tren, tram, bot, bas. Basikal tak naik walaupun kiri kanan orang bawa basikal. Di sana basikal tu macam kenderaan wajib orang kata. Yang bestnya, they never stop! Jadi kena hati2 bila berjalan.

Perjalanan diteruskan ke Newcastle, naik cruise! Ini paling best bagi saya sebab tak pernah naik. Cruise murahan je bukan yang 5 star ke ada lagoon macam Titanic. Kata backpacking, haruslah bajet kan.

Naik cruise ni yang paling menduga iman. Hehehe. Macam tu la saya rasa tiap kali ke offshore. Saya fobia sikit dengan benda yang tak nampak sempadan ni. Setiap kali terjaga dari tidur, tengok luar tingkap, nampak awan ke nampak air T___T

14 jam berlalu cepat, kami sampai Newcastle jam 9 pagi waktu United Kingdom. UK lewat sejam dari negara2 yang kami terokai sebelum ni. Singgah sebentar di Newcastle, kami ke Edinburgh dengan tren.

Bermalam di Edinburgh, badan dah rasa lesu dan ‘berpusing’. Mungkin sebab tidur dalam kapal malam sebelumnya. Jadi malam tu kami berehat di hotel saja. Lagipun hujan lebat di Edinburgh. Petang tu dah puas ronda.

Esoknya kami menaiki tren lagi ke Glasgow, kemudian ke Manchester. Ronda-ronda Old Trafford, sebelum menyambung perjalanan ke Cardiff. 3 kali tukar tren dalam masa 7 jam. Masuk saja Wales, lagi sekali terjumpa bahasa pelik.


Haaa camno nak baca tu. Itu adalah bahasa Welsh. Tapi adik ipar saya yang belajar di sana katanya orang Wales dah tak guna bahasa tu. Dalam signage je, semua orang berbahasa Inggeris.

2 malam di Cardiff, kami melawat di bandar2 sekitarnya, Caerphilly dan Swansea. By train. Wales sangat damai dan tenang. Umpama no rush hour. Walaupun masa kami sampai, ada perlawanan rugbi antara pasukan Wales dan Barbarian. Orang2 di situ nampak sangat harmoni.


Hari terakhir, kami menaiki bas dari Cardiff ke London, di mana penerbangan ke KLIA dari Heathrow pada jam 10 malam. Di London kami sempat singgah 3 jam saja. Antaranya sebab hujan turun tak henti menyebabkan kami terus ke LHR selepas makan tengahari di Malaysian Hall. Tak tahan kot 15 hari makan kebab dan roti je, nak juga cari nasi :)(walhal di Cardiff dah berbuffet-buffet makan nasi).

Itulah secara ringkasnya perjalanan kami backpacking bersama baby Danny. Macamana uruskan baby? Ya itulah faedahnya babywearing! Tak terasa berat pun.


Dalam gambar ni si Danny sedang lena & saya tutup hood carrier the Stork tu supaya kepalanya tak terlentok ke belakang.

Untuk backpacking bawa baby ni, even kalau tak bawa baby pun, yang penting persediaan.. Lagi2 la kalau bawa dia. Penginapan perlu ditempah awal2 dan maklumkan kita bawa bayi bersama. Kebanyakan hotel yang kami menginap menyediakan extra facility seperti katil tambahan, tilam tambahan malah di Edinburgh kami diberi baby cot!

Namun harus bersedia dan bersiap fizikal dan mental. Backpacking secara keseluruhan konsepnya bukan bersantai. Jadi tak boleh expect semua cukup lengkap. Menepati hadis Rasulullah SAW:

“Musafir adalah sebahagian daripada azab yang menghalang seseorang ktu dari makan yang enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya” [HR Bukhari & Muslim]

Alhamdulillah, kami semua sihat sejahtera, termasuk baby Danny walaupun berpanas berhujan bersalji.. Namun kami tetap membawa suplemen untuk menguatkan imuniti iaitu Nutriferon. Alhamdulillah, banyak membantu.


Kami pulang ke Malaysia dengan menaiki penerbangan MAS. Duduk di sebelah seorang Auntie yang sangat peramah. Tapi terlupa minta contact numbernya. Psssttt.. Kalau Auntie Khatimah terbaca entry saya, hubungilah saya 😉

Dalam plane tu saya rasa saya adalah makhluk Allah paling busuk!! Dengan tak mandi lebih 12 jam (sejak keluar dari Cardiff) dan mandi susu lagi.. T__T BF mum mesti tahulah bagaimana bau susu tu hehe.

OK sampai sini dulu. Saya nak sambung lagi tentang pengalaman dan tips-tips di setiap bandar bandar yang kami kunjungi.. Seperti hotel best dan murah di Paris, Rome, etc… Tips nak dapatkan public transport yang menjimatkan.. Etc, tips mencari makanan halal, etc.

Nak baca tak? Kalau taknak, sampai sini je lah….
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

15 responses to “Melancong Ke Eropah Secara Backpacking”

  1. Ridha Avatar
    Ridha

    Naaakkk!!! Tak sabar tunggu sambungannya!

  2. eliss Avatar

    2 askar lagi tinggal di mana? hebat la backpacking siap bawak baby.. kalau mat salleh dia backpacking either jalan kaki atau naik basikal :p

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      2 lagi duk asrama hehe

  3. amirah Avatar

    nakk!! mana tau ada rezeki nak wat back packing camni gak..huhu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mjommmmm

  4. surynn Avatar

    Nak…nak baca….cepat2 sambung lagiiiiiii… 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hehe tq Kak Su

  5. Amin Zunaidi Avatar

    wahh..bestnyer
    sronok tau dpt pergi jalan-jalan negara orang
    huhu…satu hari nanti saya pun nak pergi sana jugaklah..
    jgn lupa sambung cerita lagi yer..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tq tuan kerana sudi membaca 🙂 insyaAllah nak habiskan ‘travelog’ ni hehe

  6. izan Avatar

    capatlah sambung alom
    best nyer pi europe
    terasa ada bersama bila baca cite alom!hihihi

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hihihi hypnotic entry tu : P

  7. eida Avatar
    eida

    ha’ah cam syok jer g melancong kn2

  8. aza Avatar
    aza

    salam kak,
    nak tanya,yang dari amsterdam ke NC tu,naik cruise..tiket beli online ke or boleh redah je? harga? hee

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tiket beli online. Yg kitorg punya £105

  9. LENAH Avatar
    LENAH

    Bestnyer baca entre ni… nak jugak berbackpacking ni tapi mcm tak dapat pi sorang2..husbant tak suka laa…but anyway u entre memangbest suka sangat baca..rasa macam ke tempat2 tu jugak bila baca;;;;hehehhe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge