,

Masa Yang Sesuai Untuk Bercerai.. err.. Berhenti Susu Ibu

admin Avatar

Hafiy genap usianya 2 tahun bulan depan. According to Islam point of view, sempurnalah tempoh penyusuan pada usia itu. Gugur sudah tanggungjawab kewajipan Mommy menyusukan Hafiy tatkala usia Hafiy menginjak 2 tahun.

Mommy memang mewar-warkan yang nak susukan Hafiy sampai Hafiy besar, sampailah Hafiy nak berhenti sendiri. Tapi, lepas berbincang dengan Abiy, kami kena perhatikan beberapa perkara:-

  1. Abiy suspect Hafiy cuma pacify malam2. Abiy minta cuba kurangkan benda tu dan seboleh2 hentikan sebelum Mommy naik kerja. Maklumla, Hafiy nak susu Fahry pun nak juga. Sekarang ni bolehlah, malam tak cukup tidur, boleh tidur waktu siang. Nanti dah kerja?
  2. Hafiy masih nak conquer Mommy dan tak bagi Adik nak menyusu. Ditolaknya si Fahry, kesian si kecik tu.
  3. Hafiy masih mengada mintak susu di mana2 saja, masalahnya Mommy dengan Fahry di atas dokong.
  4. Hafiy kena pisah tidur sebab katil dah tak muat utk budak2 yg tido lasak.
  5. Abiy nak adik lagi… Kahkahkahkah.

Memandangkan situasi di atas, dan kewajipan Mommy sebagai isteri yang taat, sesuatu perlu dilakukan!

Tapi bukan drastik. Mommy kalau boleh nak jadikan pengalaman menyusu dan disusui ni sesuatu yang sangat indah dan memorable, ewah.

Walau bagaimanapun, according to WHO, UNESCO, AAP dan badan2 kesihatan lain menggalakkan extended breatsfeeding, yakni meneruskan penyusuan meski anak dah lebih umur 2 tahun. Reason being, tak ada sebab kenapa tak boleh. Kata susu takde zat, ada.. Kata minum darah, taklah, susu je.. Kata anak jadi bodoh, tengok yg menyusu lama2 pandai je..

Tapi memandangkan keadaan kesempitan hidup yang berlaku, Mommy terpaksa consider juga.

  1. Mengurangkan direct feeding dan memberi Hafiy minum EBM (susu yang diperah).
  2. Menghentikan terus direct feeding, dan memberi Hafiy EBM semata2.
  3. Mix feeding.
  4. Memperkenalkan minuman alternatif (susu la juga…) secara berperingkat-peringkat.

Setakat ni, Hafiy dah bole minum EBM dalam botol susu. Tapi cuma 2 oz saja maksimum. Lebih dari tu dia tak nak habiskan. Mungkin sebab dia terbiasa dengan direct feeding, dan sebelum saya ambil cuti 10 bulan ni pun dia tak minum sangat EBM dalam botol.

Sekarang ni ‘tak boleh mam (direct feeding)’ cuma hukuman yang dia kena terima bila buat nakal. Jadi sebab dia nak jugak mam, dia cuba la untuk tidak notti2. Tapi beransur-ansur saya katakan pada dia, Hafiy kena belajar kurangkan mam waktu malam sebab Hafiy dah besar. Nanti nak tidur dalam bilik sendiri.

Kadang2 saya tidurkan dia di atas tilam bersebelahan katil kami untuk train dia tidur sendiri kelak. Tapi…. pagi besok tengok2 ada kat sebelah. Eh, Abiy pulak yang tidur kat bawah. Entah bila dua beranak ni buat pertukaran suka sama suka pun tak tahulah.

Walau bagaimanapun, Mommy akan terus menyusui Hafiy hinggalah sampai masanya kita mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat untuk terus stop. Mungkin bila nak dapat adik lagi**. Har har har.

Cara-caranya nanti kita fikir dan bincangkan kemudian. Buat masa ni kami belum ada keputusan lagi.

hafiy mam
Sweetest moment…

**Adik baru tidak dalam masa yang terdekat ini. Rileks dulu…

admin Avatar

23 responses to “Masa Yang Sesuai Untuk Bercerai.. err.. Berhenti Susu Ibu”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    betul lah tu…kami pun dah bg hints2 pd Aliah.sbb rasanya susu i mmg dah x cukup, takat lps dahaga dia je! dia pun nak pacify je…sian, cuti seminggu pg td mcm susah dia nak lps ‘kwn baik’! takut x jumpa lg agaknya :p

    our reasons:
    1) nak ready utk adik :p
    2) nak rehat sbb badan dah tak larat layan pelbagai posisi dia nenen (ngiring, atas dada, pangku dll)
    3) nak galakkan Aliah lebih byk minum susu -FM 🙁

    our ‘efforts’ :
    1) encourage dia minum FM dulu baru directfeeding
    2) bgtahu dia takleh direct feeding di ‘tmpt awam’ (hee..bkn actual tmpt awam, hanyadi tmpt/ rumah depan2 org).

  2. izzah Avatar

    suker dgn reason “abiy nak adik lagi”….hehhehe
    .-= izzah´s last blog ..Raya Pertama Raziq Akmal =-.

  3. mama emma® Avatar

    mood, mari la dikau!!! nak mengarang pasal susu badan nih!!!!!
    .-= mama emma®´s last blog ..– SNEAK PREVIEW SYAWAL 1430- =-.

  4. fid Avatar

    kahkahakh
    i terasa tau sebab anak i 4 tahun tak mau bercerai susu..hahah
    anak i siap ‘halau’ daddy dia dari katil lagi..dengan alasan yang i rasa PALINg munasabah
    “daddy dah besar dah lama tidur atas katil..baby(dia le tu) kecik lagi..kena tidur atas katil kalau baby kat bawah nanti lipas gigit baby….daddy kena letak ubat!”

    makanya entah bilalah nak stop BF ni……sekian
    .-= fid´s last blog ..Bunga api =-.

    1. laila Avatar

      cik fid,
      pandaiinyeeeeee alasan baby… hehehehe..
      mmg bijak!

  5. kak iena Avatar

    samala mcm akak yang.. bln dpn mia pun da 2 thn.. masalah nyer mia mmg tak mo susu fm langsung… so dah 2 bulan ni akak dah ajar dia minum kat cawan… dulu kakak dia pun till 2 thn setengahh akk bf dia..

    kadang rasa mcm nak rest … nak bg dia ebm bila pam tak memuaskan hati… (plus malas nak pam pun kot.. heee) so mia mmg dah biasa direct bf.. huhuhu tengokla cemana kan.. kadang2 sian jugak tengok dia asyik nak bf kita.. nak stop kan tak sampai hati..

    p/s: suka statement abbiy nak adik lagik.. kekkeke
    .-= kak iena´s last blog ..Aidilfitri 2009 =-.

  6. mamadanish&arissa Avatar

    Yup..i phm sangat2 situasi u,sebab tu i hanya kasi danish EBM saja dan campur sikit FM,saje2 supaya dia biasa ngan rasa tu..(cos dia pun dah besar kan)
    So far dia ok minum EBM 8 oz sekaligus,cuma..nak tdo dia kena pegang (read:raba2)so stil i kena menyenget pelbagai posisi nak puas hatikan 2 2 adik beradik ini b4 tdo..heheh..

    Bila nak stop EBM?I rasa as long ada..tak stop kut..rezeki2..rezeki…

    Adik fahry..bilakah???kikikiki
    .-= mamadanish&arissa´s last blog ..Eumora =-.

  7. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Buat ler mana tbaik dah dpt sampai 2 thn dah tersangat ckp bagus..thaqif dlu aku biarkan sampai dpt adik..

  8. farah Avatar

    hahaha..abiy nak buat adik lagi tu memang alasan yg kukuh…tapi bila dah BF ni kite sendiri yang sedih kan bila nak ceraikan susu ngan anak..
    .-= farah´s last blog ..Bile lihat gambar2 ni mmg rasa seperti mahu lempang diri sendiri =-.

  9. eT Avatar

    hehe…cukup ke susu tu utk 2 org anak..saya sorang ni pon xtau caner..harap2 leh capai 2 tahun tuh…tp mmg best la akak dpt menten sampai 2 tahun…siap ada adik lg tuh..huhu..
    .-= eT´s last blog ..bercuti raya =-.

  10. sya Avatar
    sya

    baby saya dah 2thn 8 bulan,mmg selama dia hidup derectfeeding,coz saya berhenti kerja,demi dia..tapi habit menggombengnya tak tahanla..24 hours gayut…je..skrang saya sakit otot bahu n tulang blakan yg sgt teruk,,(bf mcm2 posisi n terlalu lama..)camne yek?taknak stop nyusukan,tp nk buang habit bergayut tu,,kenkadang tgah makan nasi dtg selak baju kite..aihs….

  11. supermummy Avatar

    lyna…husayn ni dah 2 tahun setengah..tapi masih lagi mengempeng ni ha..dahla mengempeng, siap meraba2 nenen yang sebelah pulak tu..hahah melampau betul..selalu bila nak kasi dia bf kena kasi amaran kat dia dulu..”jangan raba-raba tau!” kehkeh..

  12. laila Avatar

    hehehhehehe…
    alasan abiy nak adik lagi tu bes!! heheheh..

    kalau hafiy berebut ngan adik fahry tu, kesian pulak kat fahry yg masih kecik tu..
    .-= laila´s last blog ..Cuti dah habis daaa… =-.

  13. Hanz Avatar

    Alhamdulillah, Lyna..Dah 2 tahun yer…slowly ngan sendiri Hafiy akan berenti, pandailah dia nanti..
    .-= Hanz´s last blog ..What I have been doing for ONE week after Hari Raya =-.

  14. sumijelly Avatar

    untung nya dpat menyusu 2 tahun..
    sumi tgh berusaha..
    setakat ini dh 7 bulan..
    doakan sumi pun boleh berjaya mcm kak lyn…
    harap boleh menyusukan zulfadhli sehingga dia berhenti sendiri
    .-= sumijelly´s last blog ..Hari Raya Pertama 1430H =-.

  15. fid Avatar

    cik laila
    alasan auta!

    adik lyna bergetah…
    bagi hafiy susu kotak macam akif hafiy je la..leh pow akif hafiy punya kahkahkahkah..
    opss..le ni dia panggil ‘susu/air pink’

  16. Hanim Avatar

    Alhamdulillah mine stopped at 18months… her own choice. Agaknya terasa bila kitorg dok bincang2 mcm mana nak handle if I takde memalam. Takut takleh tido without nenen malam2.

    Yg kelakarnya now dia dgn comelnya saja2 nak latch, pastu sengih- bukan BF pun. At least if oncall, takler risau dia minum EBM ke tak, or kebuluran tak nenen.
    .-= Hanim´s last blog ..Celcom sucks =-.

  17. eliss Avatar

    harap dapat BFkan my nuha sampai 2 tahun even tak fully bf..umminya pemalas..ampunkan laa ummi mu yer nak 😛

    kalo dapat solution kan share laa cammana nak hentikan menyusu ni secara berhemah..hikss 🙂
    .-= eliss´s last blog ..Free Review @ MomBloggerPlanet =-.

  18. ziLla Avatar
    ziLla

    hmm…
    saya pon baru gak bercerai susu dgn my dotter, ngam2 masa umur 2 thn…caranya, just puji2 n bgtau die, yg die dah jd kakak, dah x boleh minum susu ummi, adik baby, xde gigi, boleh minum susu ummi je, kakak boleh makan mcm2….

    Alhamdulillah, dlm seminggu je die dh boleh accept yg die dah xleh susu ummi lagi…mula2 mmg cam sedih, tp kene jugak kuatkan diri sbb mmg ummi capek + x mampu nk susukan ke2 2nya sekali…so skrg nih, dah sebulan die putus susu, kdg2 ade gak die mintak, dan kdg2 umminya cam cair je nk bagi…seriusly, mmg rindu that moment…tp takut, sekali bagi, terus die nakkkkk je nnt….

    apepon keputusan, pkkan untuk kebaikan semua….tambah2 bila kite bekerja, lain dgn ddk rumah….

  19. liyana Avatar

    dulu saya bekerja, sekarang saya duk rumah
    menyusu asyraf sampai 2 tahun (masa tu dah benti keja + pregnant 6/7 bulan), pastu wean off. Asyraf sendiri yg benti, katanya susu tadak, maybe kering sbb pregnant kot.
    lepas bersalin, nampak macam dia nak ngempeng balik, nampak dia terliur bila saya perah susu.. ooo mummy ada susu balik la, hahah, camtu kot dia pk.
    tp saya tak bagi, saya cuma bagi EBM ja. dalam botol..
    so takde rebut2 ngan adik, adik didahulukan
    plus saya bancuh full cream milk satu tumbler besar letak lam fridge, so kalau EBM dah habis, terus top up ngan susu bancuh tu..
    EBM utk Asyraf takyah dipanaskan, dia suka yg sejuk.. kadang2 kalau yg baru perah tu diberi kat dia, dia gi tukar dgn yg sejuk dalam fridge.. so tukar2 EBM FM tu tak susah
    sampai sekarang, Asyraf dah 2 tahun setengah, masih on EBM, tak beli dah susu formula, cuma beli susu full cream tu la, sbb mak ngan ayah pon nak minum susu jugak.. rezeki kali ni alhamdulillah, cukup utk kedua2 son.. saya cuma pam bila terasa bengkak.. selagi masih terasa bengkak, saya akan pam, selama itu la masih ada rezeki asyraf utk susu ibu. kalau dah tak bengkak nanti, dah lah yerr
    .-= liyana´s last blog ..sesi memuji anak sendiri la pulak =-.

  20. Mama2Nur Avatar

    hari ni genap 9 hari benti susu badan dengan anak ke-2 yang da na masuk 4 tahun.. itu pon sbb dia tau mama sakit perut (operate sbb ectopic pregnancy) & adik (dia la tu) tak ble nenen.. minta2 mmg terus benti la.. 🙂
    .-= Mama2Nur´s last blog ..Adik Nak Menang =-.

  21. mamaneeya Avatar

    salam…. saya huda yg jmpa skejap mommy lyna masa pelancaran GBOB kt bling lesture baru2 ni… sy yg tgh tgk baju nursing…yg bitau ank dah benti nyusu badan sbb keje shift…ank skrg umur stahun stengah….actually, sy nk mintak ilmu breastfeed pada mommy lyna…sblm ni..ade tak experience mommies kt luar sane share cite die berjaya yg fully breastfeed bagi ibu2 yg keje shift call centre mcm saya….waktu rehat saya amatla terhad….15 minit 2kali sehari… dan rehat mkn 1jam.kebiasaannye… waktu2 ini hanya cukop utk pegi toilet,solat dan mkn…waktu keje mmg takle nk gi mana2…kalo nk pegi mana2 spt solat n toilet, kami kene tolak waktu dr 15min yg 2kali tu je…mmg takleh nk pump laa…tu pon kalo jadual minggu tu tak nasib baik…waktu solat ade 3 waktu…mmg kdg2 nk pee pee pon tahan biar same time solat…utk pengetahuan mommy lyna…waktu keje shift salu berubah setiap mggu…dan cara berkerja plak..mmg kene slalu standy jer dgn pc…takle gerak gi mana2…tadek cubic….sy mmg bukan yg fully breastfeed dr awal lg…sbb kurgnye ilmu…tp lepas dah tau sket2 ilmu breastfeeding slps baby 4 bln….sy dah cuba utk susukan baby….dan masa baby bln baru sy start pump …..mmg saya nak susukan saya sampi 2 thn…tp masih susu tak cukop sbb keje saya mmg stress….skrg..dah 4 bulan sy benti nyusu…sedeh jgk rasa…skrg sy dah benti keje…nk cuba nyusukan baby lg..tp baby dah tanak dah…

Leave a Reply to salzahari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge