,

Mampukah Google+ Menandingi FaceBook?

admin Avatar

Another trial by Google 😀

google

Setakat ni FaceBook dikatakan medium social network terbesar lebih dari 750 juta pengguna yang aktif. Dan yang paling menarik, lebih kurang 700 bilion minit dihabiskan di FaceBook setiap bulan. Mana taknya, boleh kata semua ‘benda’ ada FaceBook, termasuk pemimpin, selebriti, kompeni besar-besar, dan macam2 benda boleh dibuat di FaceBook.

Sebenarnya dah banyak kali Google cuba nak ‘merampas takhta’ social network no. 1 (btw there’s no number 2 in social networking).. Google Buzz, Google Wave, Orkut.. tapi macam sukar nak menggugat kedudukan FaceBook. Jadi sekarang sekali lagi Google mencuba dengan memperkenalkan Google+.

Tapi Google menafikan yang depa nak overcome FaceBook, sebab katanya “Google+ ni lain sikit, bukan macam FaceBook, kami ni lebih kepada komuniti contact, lebih terarah, lebih private.. takdela kalo kita update status, semua friends kita tahu. Kami tak sama dan taknak compete FaceBook” tapi.. ehehehe, macam la “Saya jual gorpis (goreng pisang) pakai tepung Adabo, yang kat sebelah tu pakai tepung Bibis, saya bukan compete dengan dia”. Oh-uh.

Google+ bahagikan kawan-kawan kita kepada ‘circle’, jadi kita boleh communicate dengan circle2 kita. Eh.. FaceBook pun ada Group 😀

Features Google+ memang bagus, malah boleh pasang plug-ins untuk integrate FaceBook dengan Google+, tapi adakah Google+ akan berjaya? Atau jadi seperti produk2 Google sebelum ini? Ouh tapi Google katanya, Google+ bukan produk, tapi projek. Hehe.

Namun begitu, tak mustahil. 6-7 tahun lepas, saya ber-Friendster, sekarang ber-FaceBook, siapa tahu 2-3 tahun dari sekarang ber-Google+ pula. Cuma MySpace saya tak sempat nikmati, mungkin sebab terlalu ‘fancy’ MySpace tu.

Google pun, asalnya dari beribu-ribu search engine yang cuba menjadi search engine of choice & nahhh hari ni Google jadi pilihan ramai, salah satunya sebab search resultnya yang relevan. Malah dah jadi trend kalau nak search apa2 di internet kita sebut “Google je”… dan jolokan2 ‘tanya Encik Google’, ‘Profesor Google’, ‘Ustaz Google’, malah ‘Haji Google’ pun ada 😀 Sampaikan suami saya selalu sebut “Google je kat desktop tu” READ=search.

Atau mungkin social network yang baru boleh mencipta komuniti yang lebih ‘niche’ seperi LinkedIn yang menjadi network golongan profesional.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat, adakah kita akan terus menggunakan FaceBook, atau Google+ bakal membawa fenomena baru 😀 Tapi mengikut para analyst, the next social network tak lain tak bukan adalah dari Google.

Apa pula kata anda?

admin Avatar

3 responses to “Mampukah Google+ Menandingi FaceBook?”

  1. lydzar Avatar

    Tak berapa paham lg ngn konsep dan cara guna Google+ nih. dok confuse je manjang

  2. Coffee Mama Avatar

    Bagus la ada new alternative for FB..Lagipun FB macam dah tak menyengat dah sekarang, semakin boring…Just my 2cents

  3. eT Avatar

    xsempat lg nk xplore google+…menarik utk dicuba joinkan diri…hehe

Leave a Reply to Coffee Mama Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge