Makanan Pertama Bayi

admin Avatar

Senah tidak sabar untuk menunggu bayinya, Faruk mencapai usia 6 bulan. Kenapa? Kerana Faruk bakal menerima makanan pertamanya, setelah 6 bulan minum susu ibu 100%.

Seminggu sebelum Faruk mencapai usia 6 bulan, Senah membeli pelbagai perkakas untuk menyediakan makanan Faruk. Tiba masanya, Senah menyediakan bubur nasi yang lazat, ditambah daging ayam yang disiat, ikN bilis tumbuk dan sayuran yang dikisar.

Senah sangat teruja untuk melihat Faruk menikmati masakannya. Sayangnya, Faruk tidak berminat malah menangis bila disuap ibunya.

Senah kecewa, dan tertanya2. Kenapa bayinya tidak mahu makan? Apakah masakannya tak sedap? Bagaimana tentang zat makanan untuk Faruk?

===========================

Mungkin kita biasa mendengar atau hadapi sendiri situasi di atas. Tidak dinafikan bila anak nak beralih fasa, ibu mesti teruja sikit, lagi2 kalau anak pertama.

Apabila beralih ke usia 6 bulan, mengikut guidelines, seorang bayi harus diberi makanan pejal bag melengkapkan zat keperluannya. Tapiiiii, ia harus diberi secara berperingkat. Ini kerana bayi masih belum biasa dengan makanan. Jadi ia perlu diperkenalkan secara beransur-ansur.

Perlu diingat juga bahawa di bawah usia 1 tahun (atau 8 bulan, bergantung pada pendapat masing2), sumber nutrien utama bayi adalah susu ibu. Terutama yang baru masuk 6 bulan, jadi tak perlu risau anak tak bersedia untuk makan lagi.

Apakah makanan pertama bayi yang sesuai?

Kata kuncinya – TEKSTUR dan ELERGI.

Bayi tak biasa menelan benda selain dari susu ibu (atau susu formula), jadi kena jangka dia mungkin menolak makanan pertama. Bukan sebab dia tak suka tapi dia tak biasa.

Ada juga bayi yang boleh telan apa saja, tapi tiba2 naik bintik2 dan/atau sembelt.

Oleh itu, kena ada sedikit pengetahuan tentang makanan pertama bayi agar ia jadi satu pengalaman yang menarik, baik ntuk mak/ayahnya terutama si kecil tu.

Apakah makanan pertama yang sesuai?

Dari anak pertama hingga yang sekarang ni, saya memasak sendiri makanan untuk mereka. Jadi saya tak sediakan sebarang bijirin bayi untuk makanan pertama mereka.

Tapi, kita boleh ambil sedikit panduan dari bijirin bayi ni:


Stage 1 untuk bayi yang baru makan… Tengok main ingredientnya cuma sejenis je. Dan bijirinnya halus serta nampak macam susu yang dipekatkan.


Stage 2 pula ada campuran.


Hehehe saya bukan nak tolong promo Cerelac ni, cuma nak bandingkan tekstur dan jenis2 bijirin bayi mengikut umur dia.

So… Untuk homemade solid food for baby tak ada makna kalau makanan pertama dah berbubur ayam bagai.

Makanan sesuai untuk pertama kali anak makan:

– Puri buah- buahan seperti epal, pear, pisang (masak) yang bukan saja sedap, tapi membantu untuk mengelakkan sembelit.
– Avokado – makanan lengkap untuk bayi.
– Nasi tapis/blend – gunakan beras perang yang tinggi serat baik bagi penghadaman. Beras putih berkanji dan boleh menyebabkan sembelit.
– Ubi keledek – kaya serat dan vitamin serta mineral
====> bahan2 di atas dicampur dengan susu ntuk makanan kali pertama

Makanan yang perlu dielakkan untuk pertama kali makan:

RISIKO ALERGI:

– telur
– kacang
– makanan berasaskan gandum
– buah sitrus (limau, lemon, oren)
– makanan berasaskan soya
– makanan berasaskan susu lembu (dairy)
– jagung
– ikam
– tomato
– makanan beryis
– coklat
– makanan laut

RISIKO SEMBELIT:

– nasi/bubur nasi
– pisang yang tak masak betul2
– applesauce
– yogurt
– roti putih

RISIKO TERCEKIK:

– kismis
– kacang
– makanan yang kasar

Anak saya Danny, saya mulakan dengan puri buah, kemudian millet. Alhamdulillah bukan saja tak pernah sembelit, malah poo-poo dia tetap wangi macam sebelum mula solid food 😀

Di bawah ni gambar antara makanan2 pertama Danny. Makanan pertama Danny ialah puri sayuran hijau, lepas tu puri zucchini kat bawah ni. Then baru campur millet dan benda2 lain. Tekstur pula dari halus, lembut kepada sekarang kasar & chunky sikit.

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Makanan Pertama Bayi”

  1. jumping helps you grow taller Avatar

    Because the admin of this web page is working, no uncertainty very soon it will be well-known, due to its
    quality contents.

Leave a Reply to jumping helps you grow taller Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge