Makanan Bayi | Alternatif Kepada Bubur Nasi

admin Avatar

Memasak bubur nasi kepada Baby Danny adalah benda terakhir yang saya nak buat.. sebabnya yang pertama ialah ia memerlukan masa yang lama.. memandangkan saya menggunakan beras Cap Serindit (beras siam guni). Beras ni lambat sikit nak lembut untuk dijadikan bubur bayi. Kalaupun nak, saya kena blend dulu. Tambahan pula ketulnya agak keras. Untuk makanan saya, memang mantap, sebab saya memang suka beras siam. Tapi untuk bayi, saya lebih suka tekkstur yang lebih lembut. Lagipun sekarang ni bekalan beras Siam memang tak putus di rumah 😀

Walaupun makanan untuk bayi boleh dibekukan untuk kegunaan pada hari-hari lain, tapi ada ibu yang tak berapa gemar, termasuklah saya. Saya bayangkan makan nasi yang dipanaskan semula selepas dibekukan, hehe… mungkin masih belum rasa keperluan, kecuali untuk buah dan sayur.

Oleh itu, saya telah memilih alternatif kepada beras untuk Danny, iaitu hulled millet. Millet, atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil sekoi, adalah sejenis bijirin. Saya tak pasti pula kalau di Malaysia ni ada orang yang makan sekoi. Di kawasan pergunungan Himalaya, ia boleh kata makanan ruji. Mak saya kata kalau di sini, sekoi ni makanan burung. Tapi millet atau sekoi ni bagus, kerana khasiatnya yang tinggi untuk kesihatan.

Sekoi atau millet mengandungi karbohidrat yang tinggi, di samping protin dan lemak; yang baik untuk pertumbuhan.

Hulled millet, atau sekoi yang dikupas adalah sama khasiatnya dengan beras perang, kerana ia adalah ‘whole grain’ yang mengandungi serat yang tinggi.

hulled millet

Hulled millet boleh dibeli dari mana-mana supermarket dan kedai runcit yang menjual bahan makanan organik.

Kenapa saya suka millet untuk diberi kepada Danny, ialah kerana ia mudah disediakan. Cepat dimasak sedap dimakan 🙂 bijirinnya pula lembut dan sedap. Cuma masak macam kita masak nasi, bila menggelegak dan kering tu, dia dah lembut, boleh dilenyek-lenyek dengan sudu saja.

Lepas tu saya akan campur dengan sayur/buah yang saya dah stim/jadikan puree.

hulled millet

Resepi Hulled Milled Bersama Zucchini dan Brokoli

Bahan-bahan:

1/2 batang zucchini sederhana besar

2 jambak (kecil) brokoli

1 cawan hulled millet

Cara membuatnya:

Zucchini dan brokoli dipotong kecil dan di-stim

Pada masa yang sama masak millet seperti memasak nasi

Zucchini dan brokoli tadi dikisar samada dengan blender (tanpa air) atau food processor

gaulkan kesemuanya dan bersedia untuk dimakan!

Hehehe. Poyo saja ber-resepi bagai. Sebenarnya resepi tu saya hentam sendiri. Masukkan saja apa yang ada di dapur 😀

Danny memang suka sangat!

Sesuai untuk bayi 7-8 bulan, dan kepada ibu yang sibuk, suka masakan yang segar untuk bayi dan mahukan kelainan. Masaknya cepat, less hassle, nak cuci periuk pun senang.

Hmmm bulan depan nak cuba couscous pula 😀

admin Avatar

11 responses to “Makanan Bayi | Alternatif Kepada Bubur Nasi”

  1. myrule Avatar

    Menarik ni..boleh try test and cuba.. 😛

  2. lydzar Avatar

    hilda hari2 makan bubur nasik je. mama dia mmg tak reti nk masak benda lain ekekeke

  3. Tuty Rahiza Avatar

    ML,

    Sy pun pakai beras siam bila dapat supply daripada MIL la..skang ada new gadget kat umah, Panasonic Rice Cooker yang canggih itu..sangat suka sbb senang nak wat bubur..pilih je menu “porridge” n ting..siap..

    1. masalifah Avatar

      uh, bestnya. mcm ada tongkat sakti miss comet.
      hehe

  4. lissa Avatar

    tiap2 hari masak nasi bubur utk farrel, terpaksa bangun pagi2 sebab tu. penat jugakk. pernah baca tentang bekukan, cuba buat sekali, tapi tak sedapppp la berbanding yang fresh punya. kesian pulak kat dia. sebab tu masak tiap2 pagi.

    nanti nak try la sekoi ni. lebih kurang berapa minit siap masak ni?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dlm 10-15 minit dah siap dah. Less than that kot

  5. mama_meah Avatar
    mama_meah

    lom…mu tak bagi nestum lansung ker? ker nestum tak bagus?? explain sket..

  6. NUR Avatar

    wa.. canggih resepinya..

  7. Mysupervitamins Avatar

    Boleh try untuk next baby..ewah

  8. Edah Avatar

    Mana nak beli sekoi dengan couscous ni. try cari kat giant tapi tak jumpe pulak.. Mummy Lyna boleh tolong suggest specific supermarket?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hai Edah

      biasa sy beli kat Cold Storage & kedai runcit dekat umah je hehe. kat mana2 supermarket or ekdai runcit yg ada jual makanan organic ada je rasanya

Leave a Reply to myrule Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge