, ,

Lotus Birth / Kelahiran Lotus

admin Avatar

Sejak usia kandungan menginjak ke bulan ketujuh, saya mula me-revise pengetahuan tentang kelahiran, penyusuan dan sebagainya.

Maklum saja kelahiran anak pertama tiada pengalaman. Kelahiran anak kedua pula penuh adventure.

Saya mula belajar tentang hypnobirthing (teknik bersalin yang tenang dan menggalakkan ibu ‘have full control of the delivery’) sejak anak pertama lagi. Tapi masa tu kita pun masih blur tentang kelahiran, dan tak dapat full info tentang amalan hypnobirthing di Malaysia (banyak merujuk website dan buku dari luar negara).

Website Hypnobirthing Malaysia

Saya akan kongsi tentang hypnobirth di lain entry.

Sekarang saya nak cerita tentang lotus birth, atau kelahiran lotus.

lotus birth

Lotus adalah sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai teratai. Perhatikan daun teratai seumpama plasenta, akarnya panjang hingga ke dasar kolam untuk mengambil nutrient darinya.

Konsep lotus birth berbeza dengan praktik kelahiran yang biasa, bila mana talipusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam.

Dalam lotus birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan menyambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia gugur sendiri.

Logik dalam lotus birth ini ialah, bilamana plasenta telah memberi manfaat selama 9 bulan bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal lotus birth percaya bahawa dengan praktik ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.

Apa yang dilakukan dalam lotus birth:

  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat atau attach bersama talipusat dan bayi.
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga talipusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.

Lotus birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.

Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.

Is anybody here practicing lotus birth?

admin Avatar

22 responses to “Lotus Birth / Kelahiran Lotus”

  1. amirah Avatar

    i hv read somewhere bout this.i think majalah mami & baby kut.masih ada majalah tu.ada chinese lady yg preferred natural labour kat rumah dn practiced lotus birth. interesting though but agak ngeri menengok the placenta kering mcm tu je.the chinese lady letak dlam raga tp baby tkleh pakai baju la.tapi in reality tk pernah jumpa anyone practising lotus birth lagi setakat ni.maklumla doktor terus zass je..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalo nk lotus birth kat hospital bole request tp xtau hosp goverment bg ke tak.

  2. eliss Avatar

    tak tahu pulak psl ni..first time dengar 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tak famous lg kat region ni. Even hypnobirth pun baru lg kan.

  3. lydzar Avatar

    first time dengar pasal ni..nmpk mcm agak leceh kot..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hehe. Agaknya sbb kita xpraktik, kita nmpk leceh. Mcm BF, sesetengah org yg xbiasa nmpk BF ni leceh.

  4. ida.z Avatar

    First time dgr psl ni..mcm ngeri jer..kalo lmbt pusat tu nak luruh cemana?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalo lambat luruh biasa drg potong je. Dh kering pn kn. Yg xsedapnya kalo xkering betul, nt bau busuk

  5. Sid Avatar

    mcm leceh tpi islam kan lebih mengamalkan kebersihan kan?
    purpose buang uri n potong tali pusat n kena handle betul – betul..
    ko thu tak qarin?!
    setiap kita ade qarin
    ni ler contoh2nya..
    klu tak handle dengan betul..
    tu yg jdi pedamping jer
    mcm Rasullah s.a.w,Qarin dia lah yg berjaya diislamkan.
    klu aku salah kat situ,ko cari reference lagi..
    betulkan aku mana yg ptut.

  6. reitak Avatar

    Read bout Lotus birth when I was first expecting too. However, leaving the placenta attached has alot of hygiene problems. Always have to ensure its not infected. Tedious additional work for the new mum who has alot more to worry about.

    I read a case in Singapore where a Chinese lady practised lotus birth successfully.

    Hypnobirthing in KL is taught and used in a few exclusive places, noticeably where their clientele are mainly expats. Not many places provide these facilities hence the lack of information and practise among Malaysians/locals.

  7. Asiah Abd Jalil Avatar

    Balik pada Islam. Kalau ajaran Islam tak pernah anjurkan buat macam tu, tak payah beria-ia nak ikut-ikut. Orang kafir takde hukum najis. Hanya agama Islam yang ada hukum najis. Uri tu kan najis? Masa dalam rahim, uri tak najis, but after delivery uri dah jadi najis.

    Sama macam tahi kita. Selagi ada dalam usus, belum lagi dikira najis, tapi once dah keluar, tahi yang tersimpan dalam perut kita selama ni tu jadi najis.

    Nak ke kita biar bayi kita yang baru lahir melekat dengan najis? Ayahnya, adik-beradiknya, saudara maranya nak pegang pun kena fikir dua tiga kali. Nak baringkan baby kat tilam pun kena fikir soal najis tu akan berjangkit sini sana.

    NONSENSE!

  8. nadiea Avatar
    nadiea

    erk cam tak sanggup jer… dah ada 2 anak pun… uri diaorg kite tak pernah tgk! hehe tahlaaa rasa cam tak berani jer nak tgk… ngeri! hahaha

    tapi betul jgk… part hygienic nyer tu. perlu dipikirkanlaaa…. dgn keadaan kita pas baru bersalin tu…. ish! kang nak bf baby cam susah jer… dgn pusat meleret tu lagik…. huhuhu 😉

  9. sue Avatar

    risk of infection tetap ada tu. Saya pon pernah baca dalam majalah mami & baby pasal chinese lady yg practice benda ni.

  10. Nurul Avatar
    Nurul

    I practised hypnobirthing technique masa deliver my first baby..The best pain management technique.

  11. GoBabyMama Avatar

    first time baca n tau pasal benda ni..

  12. arnold Avatar
    arnold

    Sedap je cakap najis..cuba guna akal sikit…uri bukan najis selagi dia masih alirkan darah pada baby…apa pendapat korang…maryam guna apa untuk potong tali pusat nabi isa?mesti dia tak potong , …fikirlah kenapa manusia hari ni tak hebat mcm manusia dulu? ko lebih pentingkan saudara mara yg datang nk tgk anak ko dari tanggungjawab ko nak bagi darah extra yang Allah bagi tu kpd anak? Org siap simpan cord blood stem cell kat blood bank, bayar ribu2 pulak…sesedap mulut je kata nonsense…orang tak buna akal berpandukan wahyu, camtulah..hidup pulak penuh was2…suatu hari benda ni akan jadi kat malaysia..

    1. wani Avatar
      wani

      arnold, hujah guna maryam ibu nabi isa, mohon sertakan dalil. islam agama fakta hujah. bkn pendapat akal manusia semata2..

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        Agreed… agaknya org2 mcm ni pk zaman2 dulu xde pisau xde gunting agaknya? Hdp dlm gua xpakai baju. Rambut janggut berselirat. Kamonla…. wake up. Korg tau x tamadun dulu lg gemilang dr skrg. Islam pun pntgkan kebersihan. Berhujah xguna akal inilah jadinya

    2. anony Avatar
      anony

      lotus birth dah smpai kat malaysia daaa..
      sungguh kecoh mecoh..
      harap pihak berwajib cepat2 keluarkan fatwa..

  13. Hanis Amin Avatar

    Mencari pasal lotus birth terjumpa pula sini. Dah lama rupanya ilmu lotus birth ni. Cuma wondering, macam mana nak menyusu dengan tali pusat melekat tu ye?

  14. Jenal Avatar
    Jenal

    Asiah uiii… Yang mana kata dlm ajaran islam HARUS potong tali pusat? N tunjuk mai mana ayat duk kata dlm Al-Quran yg uri tu najis??? Cakap tak guna akai…. Refer sini. Kalau tak tau, duk diam. Jangan duk kata najis la apa la…

    http://sitisifir10.blogspot.com/2013/11/isu-dan-hukum-lotus-birth.html?m=1

    1. MSF Avatar

      If im not mistaken, Lotus Birth ni lebih di practickan oleh agama Buddha. Buddha kan agama yg byk bermain dgn unsur Lotus.
      Dari pandangan Islam aku tak sure. Sebab aku masih mencari-cari lagi orang & sumber yang boleh aku percaya. Blog Siti Sifir tu pon aku rasa tak boleh pakai.. sebab sangat general & tak specific kan ke arah ‘uri’.
      Jgn percaya sgt apa yg ko baca.. tah betul tah tak. Sorry to say

Leave a Reply to Jenal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge