Little Miss Muffet, Susu Ibu dan Susu Formula

admin Avatar

Little Miss Muffet adalah sebuah nursery rhyme yang popular. Ia lebih menarik pada saya kerana ada elemen susu ibu di dalamnya.


Curd and whey.

Curd adalah komponen protein susu yang bergabung menjadi pepejal, dan whey adalah cecair yang masih tinggal. Curd inilah yang dijadikan dadih, keju dan sebagainya.

Dalam susu ibu ada kedua2 elemen protein yang penting ini.

Dan di sinilah bezanya susu ibu dengan susu2 lain.

Curd dalam susu ibu lebih lembut dan mudah dihadam berbanding curd susu lembu. Dan susu ibu lebih banyak protein dalam bentuk whey yakni cecair.

Whey inilah protin yang banyak terkandung dalam foremilk, manakala curd lebih banyak dalam hindmilk. Sesetengah ibu risau bila susu kelihatan ‘cair’, sebenarnya ia kaya denga protein whey.

Oleh sebab itu bayi yang menyusu ibu cepat berasa lapar, kerana curd dalam susu ibu yang lembut dan mudah dihadam.. Jadi ia cepat ‘hilang’ dalam perut bayi. Curd dalam susu lembu pula ‘tebal’, banyak dan susah dihadam. Tidak hairan bayi susu formula lebih lena tidurnya.

Jadi susukan bayi anda sehingga payudara kosong agar dia mendapat khasiat curd & whey sepenuhnya.

Bila nyanyikan Little Miss Muffet, ingatlah curd & whey dalam susu ibu!

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge