Kutukan Terbaik My Super Kids

admin Avatar

Berikutan cabaran yang diberi oleh Eyriqazz, iaitu merebut 3 hadiah berupa RM10 cash/ top up, blog My Super Kids menerima +- 15 komen daripada pembaca blog Eyriqazz. Good enough lah kan. Thanks all 😉

Di bawah ni saya sertakan komen2 tersebut, beserta sedikit reply, jika diperlukan, dalam UNGU.

INTANKUTERPILIH said…

betul, 1st time masuk, tengok iklannya bersepah2…kalau disusun 1 tempat kan lagi cantek, tu je dulu kot…

jgn marah yer…nie adalah komen jujur…jgn kecik ati…

TAK KECIK ATI, KAK. NAMA PUN KOMEN KAN. THANKS BTW

yanmie said…

Salam,

kagum sebenanrya dengan lyna nie sebab kat blog dia macam2 ada, dia pandai manfaatkan setiap ruang yang ada kat blog dia..tahniah!

pasal themes tu memang ada betulnya boleh diperkemaskan lagi sususan sidebar.

lain2 ok xde masalah…ehehe komen ikhlas akak tuk lyna tau jgn amik hati.

psstt!! meh review blog besan lak…ehehe nak tau apa yg ada dan takde kt blog tu 😛

www.yanmieonline.com

THANKS KAK YAN. DIAKUI MEMANG SIDEBAR TIDAK BERAPA CANTIK.

suffer8zine said…

pada pendapat den la, blog mysuperkids ni ada 1 bengkel yang mmg sgt sesuai la kepada housewife2 tegar yang nk majukan diri serta fmly dgn menjana sendiri pendapatan dirumah. hanya dengan bayaran serendah rm70 mmg x rugi la. sekurang2nya dapat jugak pengalaman baru serta dapat gak kongsi pengalaman. ternyata tak rugi la

THANKS SUFFER8ZINE FOR ACKNOWLEDGMENT. ACTUALLY BUKAN UTK HOUSEWIFE SAHAJA, IA TERBUKA PADA SEMUA, ESPECIALLY MEREKA YANG BEKERJA. SEBAB KAMI PUN BEKERJA SEPENUH MASA 🙂

J.M.R said…

nice blog for me..:-) just iklan tu kalo kasi kemas lg, memang lebih attract readers.

SAYA BERHASRAT JUGA NAK BUAT STATISTIK SEBELUM UBAH LAYOUT DAN SELEPAS, ADALAH STATS UV JUGA BERTAMBAH? 😀 THANX BTW.


haszuraidah ishak said…
salam..

saya paling suka baca entri dia pasal anak2, esp. fahry, coz bukan senang utk jadi parents yg bekerja, blogger lagi, pastu mempunyai anak yang special..sentiasa postive & bersemangat & suka share ilmu2 mengenai parenting..so keep on blogging & sharing on that!!

bagi saya, yang kurang menariknya, susun atur antara entri ngan ads bercampur baur..kalau boleh asingkan satu column utk paid ads, satu column utk blogging entry, comments etc.. kalau nak letak paid ads kat atas, better jadikan kotak yang sama size dan penuh dari hujung kiri ke kanan & biar ada kat satu tempat ajela..tak perlu ade kat atas & bawah juga..

SAYA RASA SAYA DAH LAMA TAK SHARE PASAL PARENTING KAN. MAKLUMLAH SEKARANG BUSY MENGEJAR BENDA LAIN HAHAK.

x-po said…

bagi saya, jika sesuatu blog itu bernichekan perniagaan atau bisnes, templete 2 column lagi sesuai berbanding 3 column, kerana templete 2 column lebih nampak profesional bagi blog yang bernichekan bisnes. Kalau boleh, elakkan blog dari nampak kebudak-budakan dan pentingkan blog nampak matang. cuba tgk blog Dr. Irfan Khairi, simple tapi matang.

THANKS X-PO. MUNGKIN X-PO CUMA TENGOK PADA STICKY ENTRY. BLOG SAYA TIDAK BERNICHE-KAN BISNES SEBENARNYA. MUNGKIN AKAN DATANG 😀 INSYA-ALLAH

hamzah ian said…

terlalu panjang..

ringkas dan padat rasanya lagi bagus..

hehe.. segan nak komen sebab sy ni blogger baru belajar dan merangkak lagi..

HAH, APA YANG PANJANG TU HAMZAH?

ProfHariz said…

Salam.. Minta maaf jika saya komen ini agak kasar.. Tapi saya komen berdasarkan pemerhatian saya keatas blog mysuperkids.net..

Blog mysuperkids banyak membentangkan tips-tips kepada para ibu-ibu dan juga kaum wanita.. Blog mysuperkids.net juga banyak menghidangkan tips-tips kesihatan kepada pelawatnya..

Selain itu, Blog mysuperkids.net banyak berkongsi mengenai islam seperti cara nabi memulakan perniagaan. kitab tafsir, jodoh yang sekufu dan sebagainya..

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap meta tags report. Title relevancy page content is fair manakalan bagi description meta tag terlalu panjang.. Untuk keywords meta tag. terlalu banyak sehingga 400.. Untuk keterangan lanjut mysuperkids.net bolehlah ke sini http://www.seocentro.com/tools/search-engines/metatag-analyzer.html

Sekian Terima Kasih 🙂

THANKS PROF. MASIH OBVIOUSKAH BLOG INI HANYA UNTUK IBU2? HEHEHE. RASANYA DAH BANYAK SAYA SHARE TENTANG TOPIK2 YANG MELIPUTI SEMUA ORANG. TAKPE-TAKPE I TAKE THIS AS A CHALLENGE 🙂

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said…

oh mungkin boleh pakai layout baru
itu je pada saya yg perlu diubahTHANKS MAMA. INSYA-ALLAH ON THE WAY (WAY NYA MANA NTAH LAGI)


lydzar said…
saya tak pernah kisahkan layout blog mysuperkids ni, sebab saya sukakan pengisian yg lyna selalu sharekan. terus je baca tak toleh kiri kanan 🙂

lyna, ini bukan bodek punya komen tau

CINTAMU TIDAK MELIHAT PADA RUPA? HEHEHE.

AyuArjuna BiGoshh said…
Saya memang suka mengkritik sebab tu selalu jadi judge utk aktiviti di Uni saya..ngeh ngeh
1. Saya mula JATUH CINTA dengan Superkidz bukan kerana mommy Lyna itu fofular tetapi kerana hasil tulisannya yang sangat ringkas, padat dan bermutu tinggi.
2. Isu yang ditampilkan adalah fakta bukannya auta tidak ada kaitan hidup atau yang sudah tiada.
3. Mommy Lyna dalam suasana hidupnya yang gila2..namun personalitinya sebagai wanita melayu yang cemerlang, seorang ibu penyayang, seorang isteri yang pengasih dan pekerja yang dedikasi cukup mengangumi saya.
4. Saya masih ingat ttg satu posting mengenai laptopnya rosak gara2 anak sulongnya…sedikitpun tidak menggambarkan betapa keciwanya ketika itu (berdasarkan posting tak tahulah klu disebalik tabir lyna meraung sakan..keh keh)
5. Saya pernah bertemu mummy lyna di my superkids event kat puchong ttp disebabkan keadaan yang baru lps hujan menyebabkan suasana kelam-kabut..so sy sempat slm ajer dan mungkin mummy lyna tidaklah begitu mengenali saya yg kurang pamos ini…
6. saya sangat teringin tengok mummy lyna buat posting masakan yang pernah dimasaknya..sbb apa yang perhatikan mummy lyna sering buat review makanan luar..kedai makan kat penchala, roti best kat hospital prince court..huhu
7. sekian terima kasih…
NO 6. ITU… AGAK SUKAR SEDIKIT SEBAB SAYA MASAK YANG SIMPLE2 JE MA… TAKDE LA MASAK STEAK DAGING LEMBU BATANG PINANG BERSAMA SOS BILIS ISTIMEWA DIMASAK ATAS BARA API DENGAN SUHU PALING RENDAH AGAR KELEMBAPANNYA TERJAGA. HWA HWA HWA.
suzzsuzie said…

serius lepas baca entri GTO mengenai blog superkids baru i terasa nak jenguk blog dia..anyway good sharing GTO & happy dapat jumpa blog yg banyak info esp bab2 parenting ni…blog ni ada macam2 isu cuma betulla agak serabut sebab bila nak bagi komen saya tercari2 kat mana nak letak komen rypanya kat atas…sebenarnya i tak berapa gemar blog yang komen kat atas sebab tak menggalakkan sangat orang baca isi blog tu…ye la jumpa komen dulu so ramai yg akan meninggalkan jejak tanpa baca isi penting yang terkandung dalam blog tu…juz my sincere opinion..belog i pun yang ado je…

ERK. ACTUALLY ADA TEMPAT UNTUK KOMEN KAT BAWAH YANG LEBIH BESAR TULISANNYA DARI YANG ATAS (SEBELUM COMMENT BOX). MUNGKIN SERABUT SANGAT KAT BAWAH TU BARANGKALI. MUNGKIN PERLU DICANTAS APA YANG PATUT. TAK GITU?

MarDiah said…

Saya pun rasa blog lyna informatif tapi iklan nampak semak. Nie cadangan.

Why not lyna try Carwin Solution. Kalau tak amik service dia, maybe leh dapatkan consultation mcm mana nak susun blog lyna.

Owner company nie dah setup blog sebelum org involve dgn blogging. Give up her carrier as QS untuk jadik FTWP (hb dia resign at the same time.. giloqs punyer kes..tp succed dah).

Yang tak puas hati.. tak pernah dapat komen posting lyna. Selalu komen kat FB jek.. haha…

AGAKNYA AKISMET SAYA TERLALU EFEKTIF SAMPAI KOMEN2 READERS PUN DIA REGARD AS SPAM. MAAFKAN SAYA TAK SEMPAT NAK CHECK SATU2 SEBAB BERLAMBAK SANGAT KOMEN SPAM NI. NAK DISABLE PUN TAK BOLEH LAAA… KANG ADA 100 KOMEN SEMUA SPAM. PENAT~

Little Mamaâ„¢ said…

saya TAK SUKA mommy lyna… lariiiiik.
.
.
.
.
he..he.. apa tak suka pulak hari-hari pegi baca..lol

pasal susunan iklan dan layout blog dia tu.. rasanya tak de la serabut mana pun.. ISI blog itu sendiri lagi penting..

lyna menulis banyak isu ilmiah yang tak ramai blogger mampu tulis (macam jual beli saham, hartanah etc)..thumb up for that

blog layout yang terbaik di mata pembaca memang susah nak dapat.. sebab tak semua ada TASTE yang sama.. tak semua orang suka layout yang sama you see..

ari tu masa I tukar layout MBP ramai yang tak suka sebab dah terbiasa with previous one.. tapi sebab I dah bosan dengan layout yang ada box so I buang semua box..kira macam blog out of the box la…ha..ha

pss lyna..i think theme thesis tu dah ok cuma if you can customised a bit sure lagi ok *i pun ada theme thesis ni.. godek-godek belum abis lagi// ;)*

KAK ROS, TOLONG CUSTOMISED MY THESIS. HAHAHA.

knv said…

mommylyna adalah antara blogger2 pertama yang saya pernah jumpa face to face, even before dia aktif dalam superkids. masa dia kat miri dulu (eh miri ke?) saya sempat jumpa dia ngan fahry yang masa tu baru keluar hospital.

she has a positive posture. i personally think that’s what made her stand out in her own league. a class of her own. well, most people knew how she carries herself around with her ever-so-busy schedules. 2 thumbs up!

and she justifies well. saya tidak selalunya setuju dengan dia, oppinion to oppinion, tapi saya rasa dia ada alasan yang kukuh dan baik kenapa dan mengapa dia buat sesuatu perkara. and i seriously have to admire her for that.

personal note to you lyna: all the best in your plan and execution. it takes a huge heart and a strong shoulder to be in your place. semoga dirahmati, dunia akhirat.

TERIMA KASIH KAKNON, TAPI ADA SEDIKIT KESALAHAN DI SITU. MASA TU FAHRY BELU KUAR SPITAL LAGI LA. HAHAHA.

Susah nih nak pilih 3 komen terbaik, sebab takut terpilih kasih kan. Haha. Tapi berdasarkan kriteria yang diberi oleh Eyriqazz, iaitu constructive feedback, saya akan memilih komen yang boleh diugunapakai untuk memperbaiki lagi blog ini. Boleh?

Tapi saya takkan announce di sini. Let the Eyriqazz lah yang announce 🙂

By the way, terima kasih atas semua komen. Nampaknya majoriti meninggalkan komen/feedback terhadap layout My Super Kids ni. Memang, saya akui agar barai sikit layoutnya. Kalau baca kot Google Chrome tu, ada tulisan kecil, ada tulisan besar. Sebenarnya, ia memang dipengaruhi oleh ketiadaan masa untuk mengusahakan mekap blog tuannya pun tak dan nak mekap, mungkin sebab saya lebih fokus kepada isi penulisan. Let alone the Bahasa yang tunggang terbalik tu. Nama pun blog, bukan Buku Teks Bahasa Malaysia. Banyak kali juga saya kena tegur kerana penggunaan bahasa pasar yang terlalu over. Bagi saya itu tak penting dalam penulisan blog, sebab kita nak benda yang kita tulis ‘sampai’ kepada pembaca.

Lagipun most readers baca blog untuk tahu insight feeling/opinion seseorang blogger terhadap sesuatu isu dalam bahasa yang mudah difahami dan dekat di hati. Kalau nak baca dengan bahasa standard, boleh baca surat khabar/buletin online. Lagi pula, mengikut pendapat beberapa blogger berjaya dari luar negara, don’t worry too much about grammar, sebab itu kadangkala akan menbuatkan idea untuk menulis terbantut. Except kalau kita ada editor.

Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa memang tak boleh sewenang2… tidak boleh guna bahasa kasar/lucah, bahasa SMS yang buat pembaca pening je (tapi kata mereka kalo tak suka tak payahla baca :D),dan penggunaan bahasa yang kurang ajar.

Anyway, setiap orang ada niche dan caranya tersendiri. Kalau macam Ustaz Zaharuddin, kalau lah beliau menulis dengan gaya gila2 mungkin orang akan hilang thiqah terhadapnya pula. Yang penting, enjoy menulis & jangan mudah kecil hati dengan kritikan. Anggaplah semuanya feedback membina. Kalau memang salah, kita memang kena ubah.

Berbalik kepada layout blog ini, sebenarnya saya akui ia memberi kesan kepada 1st time reader yang ‘ter’singgah, yakni bukan yang sampai dari enjin carian untuk mencari sebarang info. Contohnya bila kita pergi ke kawasan perumahan, mestilah yang kelihatan cantik itu menarik perhatian kita, tak kisahlah dalam dia macamana. Yang di luarnya huduh, walaupun di dalam semua perabot kayu jati asli Balinese style lagi..kita bukannya teringin nak tengok kalau tak tahu, kan? Rumah yang gah macam Disneyland, walaupun dalamnya cuma ada kerusi rotan pesen lama je.. tapi yang tu buat kita rasa nak tengok lama2, sebab luarannya cantik. Tol tak?

Sekali pandang memang teruk blog ni, header pun tak ada. Hahahaha.

OK lah, if you have any constructive comments, please do so ya. Kesian pulak kat readers saya yang terpaksa mengadap blog pecah pintu macam ni 😀 Nak komen tentang isi penulisan pun boleh.

Oh ya, sekadar nak kongsi, last 2 weeks saya ada terima email forward. Sekali baca macam kenal aje artikel ni. Rupanya salah satu entry saya dijadikan bahan perkongsian oleh satu mailing group, iaitu entry Kenapa Anda “Sepatutnya” Beli Rumah di Bandar Sahaja? 😀 Entry yang Petronas Chemical Group IPO Review pun diforward semula kepada saya.

Alhamdulillah, berguna juga ilmu yang saya kongsikan.

Semalam pun, semasa saya bawa Fahry berjumpa pembuat kaki palsunya, Mr Anton, beliau memberitahu bahawa client-clientnya ramai yang mengikuti blog saya untuk membaca tentang Fahry dan kaki palsu untuk kanak-kanak kecil.

Berbaloi rasanya. Walaupun readers saya takdelah ramai sangat, tapi bila jumlah yang ada ni mendapat manfaat dari blog ni, rasanya tak rugi saya berblog. Nak kata glamour tu tidak (glamour apanya, tulisan sendiri sampai semula kepada saya, sah2 orang tak kenal saya siapa hehe), tapi rasa ‘macam bagus’ dapat menabur sedikit bakti meskipun dengan hanya menulis blog 😀

admin Avatar

20 responses to “Kutukan Terbaik My Super Kids”

  1. suealeen Avatar

    keep up a good work, Lyna.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      thanks kak Sue

      (jgn tak tau, saya pun selalu baca blog Kak Sue utk dapatkan inspirasi :D)

  2. lydzar Avatar

    baktimu akan selalu dikenang..insya allah 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ha? apakah?

      ada farewell ke? 🙂

  3. kakyong Avatar

    hehehe.. x pernah amik port sgt pasal layout..
    janji boleh baca tulisan lyna..
    keep up the gud job…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kakyong suka kat saya, mesti la tak kisah rupa saya cemana hahaha

  4. Hanz Avatar

    Amboi! Macam2 komen yer lyna..to me i masuk nak baca bukan nak tengok iklan..kih kih..nak tengok iklan i tengok tv…

    i suka u sebab penulisan u yg bermanfaat bukan nak tengok bling2 hiasan kat belog macam sesetengah blog yg buat semak jer mata memandang..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha nice nice

      tengok TV asik iklan je manjang hihihi

  5. adorablemuslimah Avatar

    Salam mommy lyna.

    Sejak kenal dengan blog mysuperkids ni (mid tahun ni)..
    Sy dah baca hari2 blog mommy lyna =)
    Sebab content yang informatif dan bahasa penyampaian yang tidak terlalu skema dan tidak terlalu sempoi. Kira macam ‘just nice’ but ade pengisian yg bagus =)

    Kudos to mommy lyna and keep up the good work! ^_^v

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Sis

      alamak segan la pulak rasanya heheh (sambil garu belakang kepala ala2 katun Jepun malu2 kucing)

  6. Zaila Avatar

    ngeh ngeh ngeh..honestly aku dulu masa first time baca blog mung pon xtertarik mana *biaserlah ini semua disebabkan layout yang xmenarik* tapi ALLAH itu maha pemurah. Tak sangka saing atas saing pon boleh mengeratkan silaturrahim yang kita bina, dari setakat kenal melalui blog terus ke forum *bodoh* hingga bertemu berpotluck bersama-sama. Alhamdulillah, bukan setakat aku hok kenal mung luar & dalam, tapi husband & anak-anak juga saling kenal mengenali. Teringat lagi saat Haziq menyebut nama Hafiy..hehehe..suka aku bila anak aku mula mengingati nama-nama saing dia, walaupon bertemu hanya sesekali tapi tiap kali masuk blog mung, mesti dia akan tunjuk; “mama, kawan mama!!”

    keep up the good work Lyna!! Make us proud;)
    *hugs*
    p/s : bilo nak ber potluck di rumah baru Saymah ni??;D

    1. masalifah Avatar

      sapa hati kato forum bodoh, reject dari keahlian baru tau..

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      iyolah. nati aku tuka la layout

      potluck itu bergantung kepada empunya rumah. aku cuma bawa pinggan saja hahahaha.

  7. AlongAzrina Avatar

    Along Lina, saya suka baca blog Lina sebab byk info walaupun adakalanya saya tak berapa nak faham sebab pendidikan saya biasa2 sahaja tapi usaha gak nak baca at least takdelah ketinggalan. Bahasa Lina mudah dipahami, itu yg saya suka. Teruskan dengan pengisian yang berilmiah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ape lak AlongAzrina ni. saya bukan ada phD pon. memang, kadnag2 ada term2 yang kita tak biasa & tak faham kalo tak biasa. org phD pun kalo bukan bidang dia sure xberapa nak faham juga kot hehe

  8. altuty Avatar

    heh saya selalu baca blog ni kat iphone, sbb tu sidebar tak memberi kesan sangat sbb saya terus zoom ke content saja, which is i like sbb it fits to the screen. certain blog, saya tak bole zoom ke content (tak fit, so kena scroll kri-kanan).

    keep up the good work.

    personal note to lyna: some of your entries saved my personal life. thanks a lot. i really mean it. the entry was mcm tertembak kat kepala sendiri at the perfect time, perfect place.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kau membuat aku berasa seperti Superman. “….Somebody save mee~~~~~”

  9. mirah Avatar
    mirah

    ya teruskan menulis. yg pasti tak semua boleh ada semangat seperti lyna ini. saya gembira mengenali anda. Mirah ingat lagi 1st time baca blog lyna masa hafiy lahir, pastu cerita psl nak balik miri, ada posting gambar lyna tgh dukung hafiy. ha sampai skrg ku ingat ok.. walaupun mungkin saya tidak aktif mengomen..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya memang gila menulis. boleh menulis tanpa henti selama 20 jam. huhu. melampau.

  10. juanita Avatar
    juanita

    Tau x…….bukan senang tau nak tulis panjang2. Eeheheh..apa lagik nak tulis bahasa baku dlm 1000 words…mau meleperrrrr…aha….cekgu..saya sangat salute ….saya nak buat entry nak puji2 cekgu..ahahaha…..kalu boleh tarik trafic, saya banjer cekgu makan kat hotel nikko 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge