Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

admin Avatar

Sebelum dapat anak pertama dulu, saya dah berazam nak menyusukan anak-anak saya. Ilham datang bila kawan-kawan yang terlebih dulu mempunyai anak dan menyusukan anak mereka. Dalam laman web yang wajib dikunjuni haruslah SUSUIBU.COM (sekarang dah jadi susuibu.my), di sinilah saya menyelam ilmu penyusuan, dan berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru, termasuk Kak Fid, Salwa, dan sebagainya.

Saya tak berkesempatan mengikuti kelas-kelas penyusuan yang formal, sekadar kelas-kelas yang dianjurkan oleh persatuan sokongan susu ibu di pejabat, dan oleh kawan-kawan kaunselor laktasi seperti Puan Suraya Ali, Puan Farah dan sebagainya. Namun begitu, alhamdulillah, ketiga-tiga anak saya dapat merasa susu badan sehingga usia lebih 2 tahun.

Sekarang ni, anak ketiga saya pun dah 3 tahun lebih, dah berhenti menyusu.. ilmu-ilmu menyusu dikongsi pula dengan adik-adik dan sepupu-sepupu saya yang rata-rata baru mendirikan rumahtangga dan baru dapat anak. Dugaan yang mereka hadapi lebih kurang yang saya hadapi dulu… Berpantang di kampung… macam-macam petua orang tua yang kena ikut… kecuali bab menyusu >_< naik bengkak kepala hari-hari disuruh beri susu tin.

Pendedahan terhadap penyusuan susu ibu sangat penting, agar ibu-ibu muda tidak berasa janggal untuk menyusukan anak. Memang, penyusuan susu ibu masih janggal walaupun dah ramai yang melakukannya, termasuk selebriti Hollywood. Masih ramai yang segan nak menyusukan anak ketika keluar. Sedangkan sekarang sudah banyak baju-baju menyusu dan aksesori yang membantu ibu untuk menyusukan di luar rumah di samping menjaga aurat dan kehormatan.

BREASTFEEDING CELEBRITY

Sekarang ni lebih mudah nak menjadi seorang ‘breastfeeding mom’. Banyak kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang ditubuhkan, di setiap negeri dan daerah. Ibu hanya perlu rajin mencari, di internet tentunya.

Susu ibu, makanan paling asli!

admin Avatar

8 responses to “Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu”

  1. Amyz Avatar

    Alhamdulillah. Saya pun menuntut ilmu bf ni di situ. Skrg ramai adik2, ibu2 muda rujuk pada saya. Seronok dapat kongsikan ilmu. 🙂

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    alhamdulillah makin banyak sokongan, boleh rujuk dengan saya gak, saya bf anak-anak saya complete 2 tahun.

  3. Umi Kalsom Awang Hat Avatar

    As Salam,

    Blog yg sgt menarik. Buat buat rujukan nie. fyi sy baru bf anak 9 bulan. Sy sentiasa set target utk cukupkan 2 thn. Sgt2 teruja nak terus bg anak minum titisan mutiara indah ciptaan ALLAH.

  4. rizana Avatar

    Sy pun banyak belajar dari blog yg sama.susuibu.my. walaupun dah anak ke5 br jumpa blog tu, tp Alhamdulillah, byk membantu. Tp sayang, sy hanya memerah susu semasa anak ke 4, yang sebelum ni, semua start campur susu formula bila sy start masuk kerja. Tiada pendedahan masa tu, internet pun sy tak pandai sangat. Yg penting aim sy sekarang, nak fully bf arissa sampai 2yrs. Skrg she’s alomst 6months

  5. make up blogs Avatar

    I think that what you said was actually very logical.

    However, consider this, what if you were to create a killer
    headline? I ain’t suggesting your content is not solid., however what if you added something that makes people desire
    more? I mean Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu is a little vanilla.
    You ought to glance at Yahoo’s front page and see how they
    create news titles to grab viewers interested.

    You might add a related video or a related pic or two to grab people interested about everything’ve written.
    In my opinion, it could bring your posts a little livelier.

  6. Yeen Avatar

    Btol.. tapi memang kena determine gila kala nak berjaya full bf. Good luck all! you can do it!

  7. Isma Avatar

    Aah..byk dah kemudahan utk breastfeed mom ni..shopping mall pun ade bilik utk bf..baju cantik2 pon byk dah yg bf friendly

  8. faridah zulkifli Avatar

    Erm….bukan senang nk beri full bf…
    lagi kalau ibu bekerja….masa anak pertama dulu, pengasuh tak mau terima susu perah…katanya leceh…nak bagi susu FM kat anak…

    sekarang nak kedua ne quit jap….smbg study..insyallah boleh beri sepenuhnya sampai 2 tahun hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge