Krisis Air Di Selangor di Ambang Aidilfitri

by Mommy Lyna on September 8, 2010 · 7 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Dalam sibuk2 nak bersiap untuk hariraya yang bakal menjelma sedikit hari lagi ni, penduduk2 di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang berdepan pula dengan masalah ketiadaan air. Puncanya ialah pencemaran di Sungai Kembong yang menjadi punca air di loji rawatan air Semenyih, akibat kebocoran leachate dari tempat pelupusan sampah berdekatan.

Leachate adalah cecair yang terhasil dari tindakbalas sampah2 di pusat pelupusan sampah yang sangat berbahaya kepada kesihatan. Ini kerana ia menyerap semua benda-benda toksik dan bahaya dari sampah-sampah yang kita buang tu.

landfill

Jadinya air yang diproses bila dah bercampur dengan leachate ni tidak selamat untuk digunakan. Yang dilaporkan di pusat rawatan air Semenyih ni, ia mengandungi bacaan ammonia yang tinggi. Kandungan ammonia yang selamat ialah 1.5 mg/L tapi yang ni 6.4 mg/L! Gila tinggi ratio  dia tuh. Silap2 boleh hakis segala organ dalaman hehehe.

Disebabkan itu Syabas memberhentikan supply air kepada kawasan berkenaan dan loji itu pun ditutup sementara, bagi mengatasi masalah leachate ni.

Semalam baru saya follow sebuah lori sampah.. Banyak betul sampah. Eh tak payah tengok lori sampah sampah dapur di rumah saya pun 2 plastik sehari kena buang. Itu baru rumah yang ada 2 dewasa 2 kanak-kanak, bagaimana kalau rumah yang ada 10 dewasa 13 kanak-kanak. Aduhhh banyaknya sampah.

Saya ingat dulu ada ura2 hendak membuka sebuah incinerator sampah di Broga, Selangor. Tapi incinerator ni lagi harmful to environment, cuma ia tak hasilkan leachate. (Cantik kan Broga, kalau jadi buat sebiji incinerator kat situ… habislah segala kehijauan.

Isu alam sekitar ni tak pernah habis-habis, tapi macam masih sama je taraf kesedarannya. Orang masih buang sampah merata-rata, sesuka hati saja. Kalau ada papan tanda “Dilarang Buang Sampah di Sini” kat situlah yang paling banyak sampah. Hmmm mungkin mereka tak reti baca Bahasa Melayu kot hehe.

sampah

Hari-hari di mana2 pun orang bercakap tentang alam sekitar, tapi hakikatnya sama saja. Mak bapak selamba buang sampah, anak-anak pun ikut. Minda kelas ke-3? Entah bila nak upgrade minda kita entah ya.

Saya dari kecil mak saya suruh buang sampah di tempatnya, kalau tak jumpa tempat buang sampah, simpan dulu dalam poket atau beg. Masa sekolah rendah dulu penuh poket dengan pembalut gula-gula. Dalam beg saya sekarang ni kalau sesekali buat housekeeping boleh kumpul sebakul sampah sarap. Dalam kereta kalau satu perjalanan tu ada 2-3 plastik sampah. Kadang2 kereta pun jadi macam tong sampah sebab kami tak buang keluar tingkap.

Saya pernah follow satu lori ni, tiba2 melayang keluar kulit durian. Apakah? Sungguh tak fikirkan orang lain. Kalaulah ada penunggang motosikal di belakang, tiba-tiba kena hempuk kulit durian, naya aje.

Entah macamana ya kita dapat kurangkan sampah. Memang buat sampah je hari-hari, especially kalau tapau makanan. Sekarang ni dah dikuatkuasa setiap Khamis dan Sabtu hari tanpa beg plastik (di beberapa tempat membeli belah di KL dan selangor) dan menggalakkan penggunaan shopping bag yang boleh digunakan semula. Mungkin lepas ni peniaga makanan pun kena kurangkan penggunaan polisterin dan pembungkus makanan, pembeli kena bawa bekas sendiri :)

Banyak sampah antara sampah. Jangan jadi sampah masyarakat.

Popularity: 1% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 7 comments… read them below or add one }

ain fathihah September 8, 2010 at 11:29 am

di Penang, NO PLASTIC DAY pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. agak renyah juga perlu bawa green bag sendiri bila nak membeli pada hari berkenaan. tapi bagus la, untuk alam sekitar.

Reply

Mommy Lyna September 8, 2010 at 8:52 pm

Kalau terlupa bawak green bag tu alamatnya kuar duit beli baru or punggah dgn tgnla gamaknya kan.

Reply

anasfadilah September 8, 2010 at 11:39 am

Penang amalkan Insin selasa rabu tanpa plastik,baguih kerajaan penang. :)

pasal sampah dibuang pada tempatnya,kalau tak jumpa tong sampah simpan dulu,pasal tu lah kerea saya pun dah serupa lori sampah…jumpa stesen minya petronas nak isi minyak,baru buang segala mak nenek sampah dalam keta :)

p/s: iklan.hahahah

Reply

Mommy Lyna September 8, 2010 at 8:53 pm

Iklan stesen minyak petronas ke? Ekeke.

Reply

fiza September 8, 2010 at 11:43 am

di putrajaya, bg yg sedar, mengamalkan kitar semula..Alhamdulillah, setiap 3 hari baru 1 plastik sampah saiz sederhana akan penuh..
bg sy sendiri, mula2 agak malas utk kitar semula..tapi selepas melihat hasilnya, (sampah tidak terlalu byk) rasa puas dpt menyumbang ke arah alam semulajadi lebih baik..walaupun sumbangan tu takda besar mana..

Reply

noorina September 8, 2010 at 11:46 am

betul kak along, mak ayah saya pon ajar simpan sampah sampai jumpe tong baru buang. jgn suka2 campak keluar tingkap keta..sbb tu keta saya sepah.. ehehe alasan ..

Reply

Ina September 8, 2010 at 1:23 pm

negeri tmpt i duduk kt jepun ni antara yg terbersih kot. sbb i tgk negeri lain ada gak kotor hihi tp sket2 jela. kt negeri ni kalau kuar jln2 mmg xjmpa tong sampah awam. sampah sendiri sila bawak balik n buang dlm tong sampah rumah sendiri. kalau g bli groceries mmg dlm handbag kena letak la 2 groceries bag yg dilipat2. xsusah pun lah kalau dah biasa. it’s in the mind je kot kalau xbiasa buat tu yang rasa susah.
Ina´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers