Konsep Leverage Dalam Kehidupan

By | September 24, 2012

Leverage itu apa?

Sesiapa yang belajar Fizik mungkin ingat hukum ‘Tuas’.

apakah leverage

Kalau ikutkan definisi tuas dalam buku teks UPSR, ia adalah mesin ringkas yang membantu kita membuat kerja. Beban yang berat akan menjadi lebih ringan. Misalnya kalau kita main jongkang-jongket, dalam keadaan biasa kita mungkin tak boleh nak angkat badan kawan kita, tapi bila main jongkang jongket, kita boleh ‘angkat’ dia dengan bantuan tuas (lever).

Dari situlah konsep leverage ni.

Bermakna kita tak perlu guna kudrat sendiri 100% untuk melakukan sesuatu. Tapi ia bukan remote control, bahkan ia adalah contribute 10% to get 100% by leveraging. Malah, leveraging ni bermakna kita ‘guna’ orang lain untuk mencapai impian kita. Tapi bukan mempergunakan ya! Macam konsep tuas di atas, kita gunakan fulkrum dan batang tu untuk mengurangkan beban kita. Tapi FORCE tetap datang dari kita. Kalau sistem tuas dah terbaik wok pun tapi FORCE tak ada… Result pun equal to ZERO lah.

Sistem leverage ni… unfortunately tak ramai yang ada kesedaran dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Mungkin sebab ada perasaan ‘aku punya’ barangkali?

Apakah benda2 yang boleh kita leverage?

Pengalaman orang lain

Contohnya kita nak mula bisnes tapi tak ada basic langsung. Daripada kita terpinga2 sorang2 kan bagus kita belajar dengan orang2 berpengalaman… Jadi kita dah boleh short-cut kan kita punya ‘pengalaman’ tu. Ya, pengalaman adalah kesilapan yang kita panggil ‘lesson learnt’ bukan!

Pengetahuan orang lain

Misalnya kita dah lama menjalankan bisnes offline, dan terpahat di hati pelanggan kita sudah lama. Kita rasa nak cuba bisnes online pula. Tapi kita buat IT. Jadi, kita boleh outsource-kan benda itu kepada orang lain yang celik IT dan boleh membantu kita.

Kepakaran orang lain

Contohnya kita nak buka butik, tapi tak tahu menjahit. Daripada kita ikuti kelas belajar menjahit, kita boleh minta orang lain jahitkan untuk kita. Of course, upahler.

Wang orang lain

Guna wang orang? Jangan jadi Robin Hood! Atau pinjam dengan ah long. Misalnya kita nak beli rumah, untuk beli cash RM200-300 ribu kita mungkin tak mampu, jadi kita buat loan (kepada yang Muslim, pastikan ia Islamik).

Apa sahaja!

Kita boleh leverage atas apa saja. Asalkan ia memberi hasil yang berbaloi-baloi, dan pahala yang berbaloi-baloi juga. Jadi dalam masa kita merealisasikan konsep leverage tu kita boleh buat benda lain yang lebih produktif.

Sebenarnya dah banyak benda yang kita leverage-kan, misalnya semasa gunakan komputer. Bila kita hantar email, kita boleh hantar satu email kepada beratus orang. Ya, itu adalah antara konsep leveraging, yang mana kita tak perlu nak tulis & taip semula kemudian hantar lagi email yang sama kepada orang lain.

Sebagai ibu zaman moden ni, banyak benda yang kita guna sistem leveraging. Misalnya basuh baju, kita outsource kepada mesin basuh, dan keringkan dengan mesin pengering. Jadi masa2 yang mak-mak kita dulu gunakan untuk cuci baju dengan tangan mereka, kita boleh guna untuk perkara lain.

Untuk lebih produktiviti dalam kehidupan, hayati konsep leverage agar kita tak penat. Kerja rutin sangat memenatkan bukan?

Selamat memulakan minggu yang ceria!

leveraging concept

Category: Motivation

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

6 thoughts on “Konsep Leverage Dalam Kehidupan

  1. Cherus

    Aha..baru faham maksud leverage….pernah tanya husband apa maksud leverage..sbb cerita kat axn tu la..x paham kaitan tajuk dgn cerita…jalan cerita paham la…boleh plak jawab hasband leverage la…hmmm blurrr…kiranya x terjawab sampai baca article ni.baru la sy faham…hi..hi..tq2…sgt bermakna..dan penulisan yg mudah difahami..terbaek!

    Reply
  2. wan

    thank you, alhamdulilah terus faham konsep leveraging ni, igtkan payah sgt rupanya dlm daily life je cite dia, hihi. thank you.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge