“Kita Nak Em…!” – Bila Anak Dah Pandai Meminta-Minta

by Mommy Lyna on November 13, 2009 · 6 comments

Subscribe
Bookmark and Share
Bookmark and Share
If you enjoy this article, subscribe to MSK RSS feed for more updates & offer specially designed for MySuperKids readers only.

Sejak semalam Hafiy membahasakan dirinya “Kita”. Mula2 ingatkan apa la dia cakap “Ta na mam” Ingatkan la ‘tak nak mamam’.. Rupa-rupanya ‘kita nak mamam’.

Mana entah dia belajar cakap ‘kita’ sebagai kata ganti diri pertama. Hari ni pun duk ber’kita-kita’.

Balik tadi passed by Mc Donald’s

“Kita nak Em!”
“Kita nak Em!”
“Kita nak Em tu!”

*Hafiy panggil Mc Donald’s Em (M) sebab ada huruf M yang besar tu.

Mommy memberi respon dengan tenang.
“Wah, nak Em ya! Jom kita balik dulu!”

So kami pun teruskan perjalanan ke rumah.

Kat rumah pun dia still kata “Kita nak Em sana!”

“OK! Jom masuk rumah dulu. Yahooo!”

Tips menghadapi anak yang mula pandai meminta:

  1. Hormati anak walaupun permintaan tu kita takkan tunaikan. Nyatakan yang kita gembira sebab dia pandai buat keputusan. Tak perlu katakan “Mama gembira awak dah pandai pilih sendiri!”. Cukup dengan meraikan pilihan dia dengan berkata “Awak nak itu? Betul ke? Waaaaahhh!” dengan perasaan takjub dah cukup buat anak kita rasa dihargai.
  2. Jangan katakan benda yang kita taknak buat walaupun dgn anak yang kita anggap belum faham. Malaikat tetap menulisnya sebagai pembohongan. Contohnya “Awak duk rumah dengan Bibik nanti Mama balik, Mama belikan mainan” padahal hanya nak tutup mulut anak yang bising nak ikut je.
  3. Berhelah dengan menggunakan perkataan samar2 seperti “Yes”, “Ya”, “OK”  atau “OK, jom kita balik rumah jap” tanpa menyebut lanjutan seperti “OK nanti pasni Mama belikan Mc Donald’s tu ye” – kalau taknak belikan la. Kalau nak, pegi je terus tak payah susah2 nak berhelah.
  4. Jangan marah dia terus. Gunakan FFR dan distract dengan benda lain. Lepas dia dah cool, beritahulah kenapa dia tak boleh dapat benda yang dia nak tu.
  5. Bila kita ‘termenipu’ (bohong sunat atau saying white lie kata orang Putih) secara tak sedar kita sedang menanam sifat suka berbohong dalam diri anak kita. Cover atau berhelah tak apa, tapi jangan diajar menipu. Berhelah adalah kita bermain dengan perkataan.. tidak berbohong, tapi tidak menyatakan fakta. Contohnya bila anak berkata “Mak ada nampak gula2 getah saya?” (padahal ibunya yang sorok gula2 getah dia tadi). Maka ibunya berhelah dengan berkata “Sekarang Mak tak nampaklah”. Dia guna word SEKARANG, so meaning sekarang memang dia tak nampak, sebab dia dah sorok TADI.

Hafiy lepas tu bagitau “Kita nak mi!” pulak. Kebetulan kami nak keluar makan, dapatlah dia share dengan Abiy, sepinggan mi sizzling di Rasta TTDI.

hafiy
Hafiy belek menu di Bali Cafe, Tesco Mutiara Damansara

Popularity: 5% [?]

Continue Reading...

{ 6 comments… read them below or add one }

1 ummu_abdullah November 13, 2009 at 5:05 am

ahakss, pandai ye hafiy.. =)

a’aa, betul tu mommy lyna… bila kite hargai, dia mesti lagi NAK! eheh, sebenarnya anak lebih yakin untuk membuat pilihan… =)

Reply

2 Mommy Lyna November 13, 2009 at 6:00 pm

Bg toddler yang baru2 belajar nak minta itu ini mestila kita nak dia Ada self esteem dgn skill baru dia kan. Kalau dia minta2 kita marah2 or what dunno kita tak tAhu perasaan dia terluka ke, nanti mungkin bila dh jadi bigger toddler dia da tak konfiden nak minta apa2..

Reply

3 Salwa November 13, 2009 at 7:27 am

sangat setuju
kalau gunakan helah and trick untuk buat anak diam and senangkan hati sendiri,anak akan faham sebagai ‘oh next time bolehlah aku wat macam mama buat(helah/tipu) kalu aku taknak sesuatu’
atau lebih kurg camtu la
anak bujang saya selalu minta camni ‘ibu, boleh tak nak basikal’-contohnya kalau dia nak basikal…tapi mesti dia guina ‘ibu…boleh tak…’
tapi kalu time tu sy tak layan dia, nescaya dia akan guna, ‘ibu, nak …la!’
yg anak gadis pulak, since tak boleh cakap lagi, apa yg dioa nak dia tarik tangan kita suruh pegi ambilkan untuk dia

tp kalu tak attend dia nanti dia mengamuk
kesimpulannya kena atend masa dia tenang.kalu tak bole cakap je tak boleh tp dgn baik la
exactly mcm yg lyna mention
tq for this useful reminder :)

Reply

4 eliss November 13, 2009 at 8:10 am

my nuha dah pandai meminta dan kuat protes..eliss kadang2 bagi brg yang dier mintak sebab dier nanges mcm kena pukul, kdg2 buat dek..bleh ker mcm tu? biar anak nanges dan pujuk diri dier sendirik(:P)
eliss´s last blog ..Contest Reka Tagline Produk Dan Menang My ComLuv Profile

Reply

5 Asiah Abd Jalil November 13, 2009 at 11:45 am

Saya ajar anak-anak saya tentang konsep “takde or tak cukup duit”. Diorang tahu, nak beli sesuatu kena ada duit. Sometimes diorang akan tanya dulu, “Ibu ada duit tak? Boleh tak nak beli bla bla bla…” Kalau takde duit, cakap aje straight forward, “Ayah belum dapat gaji lagi.” Kalau ada duit, tapi nak guna untuk benda lain yang lebih penting, berterus-terang aje la dengan anak-anak, “Ibu ada duit, tapi Ibu nak beli susu lagi, pampers lagi, isi minyak kereta lagi, nak beli makanan, bla bla bla…”

Saya juga ajar anak-anak saya tentang konsep “gilir-gilir”. Ada 5 beradik, kalau nak entertain setiap orang punya permintaan setiap kali, pokak la kita kan. So setiap orang akan ikut giliran untuk decide apa nak minta. Sometimes diorang akan minta benda yang sama tiap-tiap kali, semalam dah belikan Chipsmore, esok nak lagi Chipsmore, lusa nak lagi. Jadi saya ajar, “Perut kita kena gilir-gilir makan, kadang-kadang makan Chipsmore, kadang-kadang makan biskut gula, baru perut kita seronok…”

Tapi kalau ada duit, saya memang takkan kedekut untuk tunaikan permintaan anak. Cuma suami letak syarat, jangan terlalu mudah bagi itu ini kat anak. Sometimes saya dah beli makanan yang diorang suka, tapi saya tunggu diorang buat sesuatu yang baik dulu, baru saya bagi. Misalnya, diorang dah kemas semua mainan dengan ikhlas, tiba-tiba saya bagi hadiah biskut Chipsmore, wah, memang seronok diorang. Maka saya ajar tentang konsep “ganjaran dan pahala”. Kalau buat baik, kadang-kadang dapat ganjaran kat dunia. Tapi kalau tak dapat ganjaran pun, kat akhirat nanti mesti dapat pahala.

Kesimpulannya, never under estimate anak-anak kita. Diorang masih kecil, tapi tak salah kita treat diorang seolah-olah macam diorang boleh faham semua benda. Boleh faham tentang susah cari duit, faham tentang peraturan, faham tentang nikmat dan ujian, etc…
Asiah Abd Jalil´s last blog ..Bandar My ComLuv Profile

Reply

6 UmmuAhmads November 13, 2009 at 3:26 pm

Saya pun lebih kurang macam kak asiah…masa kecik2 dulu bolehlah distract ke benda lain. Bila dah besar, about 4 years and above, tak jalan dah distract ni… they will insist jugak nak itu, nak ini, malah esok lusa pun masih ingat. My husband always said, ‘kalau ada rezeki, adalah…’ and saya agak surprise pd mulanya kerana jawapan tu menjadi! Saya tak pasti apa yg boleh mereka fahami drp word rezeki, but it seems that they have their own interpretation of ‘kalau ada rezeki’. So saya setuju dgn kak asiah…don’t underestimate anak2, semudahnya, teragkan saje apa yang sebenarnya dgn bahasa yg mereka boleh faham bila dah sampai umur yang ok, macam 3-4 years. Sekarang ni (of course ikut mood), kalau saya kata tak payahlah beli…. lama sikit dia sendiri akan kata…kalau ada rezeki bolehlah kan, ummi..;-)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post: Kisah Jual Beli Emas Yang Merugikan

Next post: Alice is giving FREE bags in conjunction of “Got Boobies” Campaign!