Kisah Sahabat Yang Cacat Kakinya

by Mommy Lyna on November 1, 2010 · 5 comments

*Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya penggunaan perkataan yang mengganggu perasaan sesetengah ibubapa yang istimewa.

Ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah SAW, yang sangat kaya dan dermawan, namanya Amr Ibn al-Jamuh. Beliau adalah seorang yang mempunyai kecacatan di kakinya. Diriwayatkan hanya sebelah kakinya yang sempurna dan boleh digunakan sepenuhnya.

Kisah ini saya titipkan agar menjadi teladan kepada insan2 yang sama seperahu dengan beliau, terutama anakanda tercinta, Fahry – kecacatan anggota.

Amr, apabila memeluk agama Islam, beliau menyerahkan seluruh hartanya untuk agama (infa’). Namun seperti yang dijanjikan Allah, harta yang dijadikan bekalan ke jalannya, rezeki terhadap orang itu tidak akan berkurang. Maka Amr ibn al-Jamuh sentiasa berada dalam keadaan hartawan yang dermawan.

Sebagai seorang hamba Allah yang soleh, beliau sentiasa berusaha memperbaharui iman dan meperbaiki dirinya. Oleh kerana bimbangkan keadaan hidupnya yang senang itu kemungkinan boleh melalaikan dirinya, meskipun beliau sering meginfakkan hartanya, Amr sentiasa mahu melakukan yang lebih lagi.

Lalu beliau berazam untuk ikut serta dalam peperangan.

Dari perang Badar hinggalah perang Uhud, Amr tidak jemu2 memohon dengan Rasulullah untuk ikut serta dalam pasukan tentera Islam, meskipun Rasulullah menegaskan agar beliau tinggal sahaja, kerana surah al-Fath yang telah mengecualikan orang2 yang kurang upaya dari turun berperang:

Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang cacat, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya. Dan, sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai: dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksa-Nya dengan azab yang tidak terperi sakitnya [48:17]

Namun Amr ibn al-Jamuh berkeras untuk turut sama. Katanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, aku amat berharap sekiranya dengan kecacatan aku dapat merebut syurga Allah”.

Atas desakan beliau akhirnya Rasulullah membenarkan Amr ikut serta dalam peperangan.

Beliau pun berjalan dalam barisan tentera dengan terjengket-jengket, sambil berdoa agar dikurniakan syahid.

Di medan perang, Amr ibn al-Jamuh begitu berani dengan sebelah kakinya beliau melompat2 dan menerjah ke arah musuh. Habis terpancung musuh di depannya.

Akhirnya beliau telah terpilih untuk menjadi salah seorang dari para syuhada’ yang mana rohnya terbang bebas seperti burung dan berbau wangi bak kasturi.

Tertanya kisah ini seharusnya memberi motivasi kepada anakananda Fahry, bahawa walaupun pengecualian telah diberi oleh Allah untuk syahid di medan perang, namun dengan semangat membara memburu syahid, para sahabat yang cacat ini telah menemui syahid yang diidamkan.

Walaupun dunia memanggilmu insan istimewa, orang kurang upaya (OKU), orang cacat, kudung, atau apa saja, kau tetap salah seorang pahlawan di medan yang dinamakan jihad (walau sekecil2 usaha). Apa saja gelar yang diberi padamu bukanlah satu perkara besar, kerana kau pasti tahu siapa dirimu. Tidak hina dirimu kerana celaan orang dan tidak mulia dirimu kerana pujian orang, anakku.

Sedangkan Amr ibn al-Jamuh yang dititip dengan suratul-Fath yang menerangkan tentang pengecualian dirinya, tidak beralah dengan kekurangan/kelemahan itu.Walaupun anak2nya menghalang penyertaan dalam peperangan kerana keadaannya yang cacat, namun kerinduan bertemu Allah dalam keadaan syahid mengatasi semua itu. Dia tak peduli apa orang kata kerana dalam hatinya cuma Allah.

Dalam realiti dunia sekarang, kita ibaratkan bahawa peluang untuk mereka2 yang physically disabled, adalah sama saja dengan orang lain. Tak ada lainnya mereka ini, cuma mungkin peluang itu telah ditutup oleh pratanggapan yang telah lama ada dalam masyarakat kita, diskriminasi dan sebagainya. Namun itu bukanlah satu hal yang besar, cabaran bagi hidup anakku. Siapa yang hidupnya tak ada cabaran? Orang yang paling senang di dunia pun ada kesusahan dan cabarannya.

Sebagai anggota keluarga dan masyarakat prihatin, kita lah yang mesti membekalkan mereka ini dengan semangat juang yang tinggi, agar tidak mudah putus asa, dan tidak mudah berkecil hati dengan tanggapan masyarakat. Dunia ini adalah berkonsepkan abundant, peluang untuk setiap orang sama rata saja, terpulang kepada kita untuk merebutnya.

Syukurlah saya ditemukan dengan ibu2 & bapa2 yang positif, sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada anak2 istimewa ni. Walaupun nasib kita mungkin tak sama, ada antara kami yang ‘cuma’ berlainan pada anggota fizikal, macam Fahry, dan ada juga yang memerlukan sokongan untuk berdikari. Tertanya mereka itu lebih istimewa dari saya. Sebab saya ni biasa aje.

Jangan tertipu dengan airmatanya!

{ 5 comments… read them below or add one }

transformed housewife November 1, 2010 at 9:22 pm

Lyna pun bukan ibu yg biasa2. Lyna dah jd luar biasa sbb sentiasa positif dan mencari jln utk memberi semangat pd Fahry.
transformed housewife´s menulis tentang ..Alladin Kindergartens Special Open Day 2010My Profile

Reply

Cinta Super November 2, 2010 at 8:08 am

ohh ini fahry pandai berlakon ya!

fahry, saya dah tak risau. saya tahu mommy dia boleh lakukannya. :)
Cinta Super´s menulis tentang ..Get Noticed At WorkMy Profile

Reply

mama amir n iman November 2, 2010 at 9:22 am

huh… sangat merutun jiwa.. dan berikan byk motivasi kepada parents yg punyai anak yg biasa…untuk jadikan mereka lebih istimewa..sesungguhnya fahry adalah istimewa, begitu juga dgn along yg sangat istimewa..

Reply

Watie November 2, 2010 at 9:22 pm

sokong! cayok2.. sungguh benar kata2 itu….
Watie´s menulis tentang ..ECE Seminar @ GBOB – 5 StarMy Profile

Reply

ziana November 8, 2010 at 9:52 am

anda adalah seorang ibu yg kuat, n positif, saya kagum dengan semangat yg Allah berikan kepada anda……

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: