Tuah ayam nampak di kaki, tuah Khairul Fahmi nampak di kaki juga semasa menyepak bola, dan di tangan semasa menangkis dan menangkap bola.
Penjaga gol kebangsaan ini dilaporkan dikurniakan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan oleh jasa beliau mengharumkan nama negara, sekaligus nama Kelantan juga
Petikan dari mstar online:
Isnin Januari 3, 2011Penjaga Gol Pasukan Msia Dapat Hadiah Rumah
KOTA BARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.
Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.
“Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
“Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab,” kata Nik Aziz.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan Abdul Fattah Mahmood.
Nik Aziz juga berkata, kerajaan Kelantan begitu berbangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi dan berharap pemain itu akan terus meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.
“Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepada dia,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, bersukan merupakan satu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.
“Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terlibat dalam gejala najis dadah.
“Nabi Muhammad SAW dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik saya. Saya menang ketika itu, kerana terlampau gembira saya angkat kedua-dua tangan dan bila biawak lalu kuda pun terkejut dan saya pun jatuh.
“Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa,” katanya.
Nota dari saya:
1. Kerajaan Kelantan memberi pengiktirafan sebegitu tinggi kepada pemain bola sepak (tinggi tuh dapat rumah, saya pun tak pernah dapat
), harap-harapnya para pemain bola sepak tanah air dapat melihat mesej di sebalik pesanan Tuan Guru Datuk Nik Aziz “Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terlibat dalam gejala najis dadah”.

Penyokong Kelantan solat jemaah di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Foto dari blog JoeGrimJow.
2. Bila kita membuat kebaktian yang jelas (e.g. membantu pasukan negara mencapai kemenangan), satu negara malah satu dunia akan ‘nampak’ dan beri tabik hormat dalam apa jua cara lah. Ada yang hormat secara ikhlas, macam penganugerahan rumah dari kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmie; ada juga yang tabik hormat secara ‘dengki dan iri hati’. Itu macam2 benda boleh dibuat.
3. Bersukan adalah riadah yang termasuk dalam diari Rasulullah SAW. Demi menjaga kesihatan, bukan aje kena jaga pemakanan, mahupun ambil supplement, tapi bersukan kena buat juga. Senang je nak bersenam ni. Kalau rumah 2 tingkat, naik-turun tangga tu dah OK sangat dah. Kalau duduk kondo, try ler naik tangga sampai ke rumah. Kalau duk tingkat 12 tu bonus la tu
Sejak2 Malaysia Juara Piala Suzuki 2010 Lepas Menang Lawan Indonesia itu hari, meletup2 para pemain kebangsaan ni. Meletup juga dunia bola sepak tanahair. Sampai orang yang tak pernah tahu pasal bola pun tiba2 jadi peminat bola. Siap kenal semua pemain dengan isteri/kekasih hati masing-masing lagi.
Itulah, bila pemain bola sepak ni mengejar bola yang satu, ada orang interpret sebagai – merebut benda yang satu tu aje, sampai boleh gaduh dua negeri/negara. Ada yang interpret itu sebagai unity (kesatuan), sama2 mengejar matlamat yang sama. Jadi nampaknya Piada AFF Suzuki ni dah membentuk kesatuan dan fenomena baru di negara kita. Siapa rasa macam tu?
P/S : Beruntung ya Khairul Fahmi & keluarga, macam2 dapat. Agak2 Fahry boleh tak jadi pemain bola sepak? Nama dah dekat2 dah tu





{ 1 comment… read it below or add one }
hehe..untung kan keluarga KFCM nih. Sama-samalah berharap supaya anak kita jadi orang yang berguna pada masyarakat. Aminn..