Kesejukan di Tasik Lucerne

Dari Lausanne dalam perjalanan ke Zermatt, kami singgah di Lucerne (atau Luzern dalam Bahasa Jerman). Kalau nak ikutkan, memang tak habis nak jelajah Lucerne dalam masa sehari. Jadi kami ambil keputusan untuk belayar di Tasik Lucerne, sebab itu saja yang optimum untuk masa kami yang terhad.

Tasik Lucerne adalah antara tasik2 yang sangat cantik di Switzerland, merupakan ke-5 terbesar. Ada banyak sangat tasik Swiss, kat sini ha ada senarai tasik-tasik di Switzerland.

tasik lucerne

Kami mengikuti Lake Lucerne Cruise, yang paling optimum dengan masa yang kami ada.

Cuada amat cerah dan sangat sempurna di Tasik Lucerne. Berbanding Tasik Geneva yang sedikit berkabus, di sini amat terang. Dan sejuk juga. Kesejukannya membuatkan saya menggeletar.

switzerland lake

tasik lucerne

alpsluzern cruise

luzern lake

Memang sejuk betul, walaupun nak masuk summer. Angin yang bertiup dari Banjaran Alps tidak membawa kenyamanan tapi kesejukan sampai ke tulang :) Namun Si Comel saya nampak OK saja.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan berpanas, berhujan, bersejukan, Danny tidak mengalami masalah. Malahan dirinya yang sering sensitif dengan penyaman udara (mudah selesema) langsung tidak mengalami selesema.

Ajaibnya alam semulajadi ciptaan Allah.

Memang tak puas menyusuri Tasik Lucerne, tak sempat singgah di mana2 pun. Apatah lagi nak ke Mont Pilatus. Mungkin lain kali kalau ada rezeki, insya-Allah.

Dari Luzern kami menyambung perjalanan ke Zermatt.

One thought on “Kesejukan di Tasik Lucerne”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge