Kerna Kasih Kita

by Mommy Lyna on June 18, 2009 · 69 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

*jgn royat ko mokcik Jiey kito plagiat judul blog dio.

Dulu, (sekarang pun) Mommy selalu tertanya² dalam hati, ‘apakah perasaan seorang yang cacat fizikal tentang kecacatannya?’. Walaupun dalam beberapa komentar dan dokumentari mereka kelihatan gembira, adakah mereka benar² gembira? Kerana Mommy, walaupun takde kecacatan fizikal yang jelas, tapi sering berasa rendah diri dan down kerana berasa tidak cantik, tidak putih, tidak tinggi, tidak menarik, tidak bijak, tidak cergas dan segalanya yang tidak².

Sehinggalah Mommy dikurniakan Fahry, dan Mommy sedari tak ada yang lebih sempurna dari kesempurnaan Yang Maha Esa. Dan betapa tak sempurnanya Mommy kerana berasa tidak² seperti di atas. Dan Mommy sekali² tidak akan membenarkan Fahry berasa kurang bahkan merasakan ia adalah satu kelebihan.

Hujung 2 minggu nan lalu (ewah!) kami balik ke Jerantut, ke rumah moyang Mommy (alhamdulillah masih gagah di usia 89 tahun). Pertama kali bersua dengan Fahry, namun alhamdulillah tiada sebarang persoalan yang ditimbulkan. Semuanya memuji² Fahry yang montel, bijak dan comel. Cuma satu je lah… kuat sangat nangis sampai takde orang sudi nak dokong. Sob sob sob. Melihatkan mata Fahry yang bulat dan bersinar² tatkala menatap satu persatu wajah di sana, membuatkan setiap hati berasa terpegun. Fahry kelihatan amat pintar dan teliti memerhatikan sekeliling. Dan galak ‘bersembang’ dengan setiap jiwa yang ada.

Mommy bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang tidak percaya kepada kenan dan akibat perbuatan yang bukan². Semuanya kehedak Allah. Malah Tok Chik semasa bertanya kepada Mommy, soalannya begini “Kak Long, yang bab pemberian Allah tu biarlah, tapi dari segi sains dan perubatan, apa sebenarnya yang berlaku pada Fahry?”. Mommy pun senang hati nak menjawab. Alhamdulillah tak ada soalan² seperti “Apa yang kamu buat masa mengandung?”, “Ada potong binatang ke?”, etc. Syukur, Allah memang dah atur, Fahry lahir dalam keluarga kita yang menerima anugerahnya dengan jiwa yang lapang.

Hingga kini, Mommy kadang lupa bahawa Fahry seorang yang… yang begitu. Mommy rasa Fahry sama macam baby² lain. Tapi hakikatnya Mommy harus bersedia. Sebagaimana nasihat Tok Chik yang mempunyai anak yang bermasalah pada mata, yang semasa zaman kecilnya digelar ‘Si Mata Satu’ oleh kawan²nya, Tok Chik mengingatkan Mommy supaya menguatkan jatidir Fahry sebelum melangkah ke alam sekolah atau mana² alam yang dikelilingi oleh orang lain selain kami. Ye lah, budak² kan. Malah itu juga menjadi kebimbangan Abiy. Risaukan Fahry akan berperasaan low self esteem, bila ‘kelebihannya’ dijadikan bahan tawa rakan² sebaya.

Tapi Mommy percaya Fahry boleh hadapi semua tu. Fahry dikurniakan satu set lengkap otak yang cerdas dengan neuron yang giat bersambung berkat kehadiran galiosida yang semulajadi terkandung dalam susu Mommy. Dengan otak sebegitu, setakat ejekan budak² tu ape lah sangat kan. Atau mungkin Fahry sendiri yang akan perkenalkan diri sebagai “I am One-Legged Fahry”. Wah macam nama pirate hokeh! Ganas kan?

Hadiah dari MomBloggersPlanet

watch escort the in divx

escort the free

Syukur alhamdulillah, Fahry memang miracle bagi Mommy. Kehadiran Fahry menguji kasih sayang dan ketabahan kami. Kami berjaya melalui semuanya berdua (Abiy & Mommy) dan penuh dengan motivasi. Malah keputusan Abiy agar Mommy mengambil cuti tanpa gaji merupakan satu benda yang bukan kecil. 8 bulan tanpa gaji, dalam hati memang serba salah (walaupun happy tak terkata pasal tak payah gi kerja!). Kehilangan separuh punca pendapatan, memang sangat³ terasa. Kalau gaji Abiy 6 ribu sebulan, takde la kisah sangat kot. Tapi Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Rezeki didatangkan juga dalam bentuk lain.

Fahry memberi kami pakej yang jarang² dimiliki orang lain. Premature + cacat fizikal. Kudung. Jari² yang tak sama panjang. Tiada sebilangan jari kaki dan tangan. Tapi Fahry memang kuat semangat. Genggaman tangannya kejap, walaupun ruas ibu jari cuma satu. Keinginannya mahu berdiri, walaupun cuma dengan satu kaki. Tidak suka dalam keadaan tertiarap, dia cuba memusingkan badannya agar terlentang kembali. Jadi Fahry tak ada beza dengan bayi lain seusianya.

Fahry membesar dengan sihat dan penuh sokongan. Terutama dari Bang Hafiy yang asik nak “Kung, kung” (nak dokong adik) je. Nampak Fahry pun dah nak sama besar dengan Bang Hafiy. Sekarang pun dah share baju ngan Bang Hafiy. Kalo time² terdesak (travel, etc.) bole je sarung baju Bang Hafiy Setakat ini Fahry tidak tersisih. Cuma kadang² budak² akan mengeluarkan soalan semacam ni “Kenapa baby tak ada kaki?”, “Mana kaki baby?”. Biasanya kami jawab dengan nada bergurau “Tertinggal kat hospital. Uhuhu.

Kami masih belum melunaskan akikah Fahry dek kerana kekangan tugas dan masa. Mungkin, …mungkin akan dilaksanakan di Kelantan juga macam Bang Hafiy. Di sana mudah sebab kampung, saudara mara dekat dan Nye (moyang) Fahry adelah tukang masak tersohor. Jadi bab masak memasak tak ada masalah. Kalau tak jadipun, akan bawa Fahry balik ke sana juga sebelum puasa. Tok nenek kat sana belum tengok Fahry lagi. Biar semua terpegun dengan kehensemanmu. Kehkehkeh.

Hingga hari ni, Fahry membesar dengan begitu membanggakan sekali, malah berat badan Fahry melebihi pakcik sepupunya yang lahir Februari ’09 (bulan yang Fahry sepatutnya lahir). Mommy lebih selesa refer berat badan Fahry pada corrected age daripada true age. It should be like that la.

Yang menyeronokkan ialah Fahry memberi respon ‘macam faham’. Kalau ada orang tersilap cakap, Fahry akan nangis tak berhenti sampaila dipujuk either by Abiy or Mommy. Biasanya pujukan Abiy la yang efektif. Fahry memang geng betul dengan Abiy. Nangis², bila Abiy ambil terus diam. Kalau Mommy ambil, ambik masa jugak nak diam. Paling suka, borak dengan Abiy. Kalau dengan Mommy, Fahry buat derk je bila Mommy ajak borak. Tahu nak nenen je. Hehhh~~~~

Rupanya anak Mommy dah 6 bulan, Mommy je tak sedar masa berlalu. Rasa macam Fahry baru je datang ke dunia ni.

flight of the phoenix online

Kini kita semua made up a team yang sangat kuat. Anak² memberi lebih ‘jiwa’ dalam rumahtangga kami. Mommy berasa cukup lengkap (kecuali bab belum ada daughter lagi :P).

Masa umur 2 bulan (topi tu Aunty Jua yg bagi)

Menjadi ibu pada anak OKU memang satu pengalaman yang amat berharga dan tak dapat ditukar ganti dengan apa pun. I feel so honoured. Thank you Allah for the gift.

Semoga kasih kita terus marak membakarrrrrrrr

siege the online

Popularity: 2% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 69 comments… read them below or add one }

Kita June 18, 2009 at 5:38 am

tersentuh hati membaca entry ini
pernah juga terlintas kat pikiran
kelahiran Fahry yg ‘melahirkan’ super Lyna
yg push Lyna over your limits
you have done tremendous job as a mom
really proud to have a friend like u Lyna
and again..
i am so frust for not be able to attend MSK 1st gath

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:04 pm

TQ for being proud of me. hehehe. terharu rasanya.. jarang orang bangga berkawan ngan kite :P

ape lagi sal jom la p MSK @Sarakids! boleh tak? arap2 dah revocer :)

Reply

fedy June 18, 2009 at 7:10 am

lyna, fedy buat special n quick entry for u.. take care!

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:04 pm

TQVM Fedy!

mesti suruh wak baca ni

Reply

mrs k June 18, 2009 at 7:55 am

tabah nya dirimu… saya kagum!! anak itu rezeki dan harta dari Allah..

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:05 pm

betul tu. cemana pun rupa anak tu dia tetap sempurna di mata maknya :)

Reply

sitisifir10 June 18, 2009 at 8:14 am

Lyna,
Awak telah menambahkan satu lagi alasan untuk pergi ke Sarakids…utk jumpa mak budak sehebat awak…didoakan moga ALLAH mudahkan perjalanan hidup Fahry dan semoga Hafiy menjadi sahabat terbaik buat adiknya…

Wuwuuuu…another morning entry yang buat haku nanges!! Bak tisu!!!!

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:06 pm

saya memang hebat macam Ultraman. rugi tau tak jumpa saya. ngee~~~~

alahai nangeh plak dah. ni yg malas cite pasal Fahry ni. tapi kalo cite pasal Fahry mestila kena sedih2 sikit baru menyentuh kalbu. hahahaha!

Reply

isabelle June 18, 2009 at 8:21 am

Mommylyna,
saya sendiri x pasti saya boleh jadi kuat & rasional mcm u or not if this were to happen to me.
Apa pun, tabik spring la! esp. bila mommylyna dah well-prepared for fahry’s future. tau je la..budak2 kan telus. telus pun, kdg2 ada yg x reti2 nak cover…

moga segalanya berjalan lancar.

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:09 pm

rasanya semua mak akan buat benda yang sama kan.
semua yg terbaik utk anak2 :)

Reply

mummy@sarakids June 18, 2009 at 8:23 am

mak yung k.pija ni suka emo2 mintak tisu dlm page org… hahhaha..

btw lyna, u adalah ibu yang terpilih. Chosen. Tak semua ibu sekuat u so dia tak terpilih. Mungkin i ibu yang tak terpilih tu. So lyna, mempunyai anak-anak yang sgt istimewa adalah anugerah tak terhingga. Sekurang-kurangnya lyna, anak istimewa tu ada dgn ayah ibunya di saat kulit ibu ayah dah kedut2. Syurga dah jawapan Fahry. Yes, u re a supermommy! Semoga lyna tabah menjaga anugerah Allah ini.

Reply

sitisifir10 June 18, 2009 at 12:26 pm

wuwuuu…hang dgn macik Lyna ni spesis yang sama je…kedekut tisu :P

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:25 pm

sapa makyung? apa kah makyung? hehehe.

takde ape yg specialnye pada kita. rasanya budak2/orang macam Fahry yg terlebih special sbb derang tabah utk teruskan kehidupan dengan positif.

wah wah wah. macamla budak tu pandai piki. eh, dia dah pandai la. tak caya tanya dia.

Reply

Jiey^Mien June 18, 2009 at 8:36 am

Ingat ko wat blog review takdi.. :P

Hmmm.. Kalo boleh, all parents nak anak dia sihat dan sempurna.. Dan Alhamdulillah, kita dikurniakan dengan anak yang sihat dan sempurna.. Sesuatu yang menjadi kekurangan kepada orang lain, tidak semestinya menjadi halangan buat kita..

Melihat Fahry, pernah buat sy terfikir, which one is better, kekurangan fizikal atau mental? Pastinya Fahry is in a better position.. Rayyan, walaupun cukup sifat fizikal, mengalami kepayahan untuk menggunakan anggota badannya. Sama sekali tidak dapat dibandingkan dengan anak-anak seusianya, dari segi fizikal mahu pun pemikiran. Jauh ketinggalan..

Saya pun sering tertanya2, macam mana keadaannya apabila mula menjejakkan kaki ke sekolah. Kuatkah dia untuk menerima ejekan dari kawan-kawannya nanti? Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.

Apa sekalipun, Allah maha mengetahui. Dan kerana anak-anak istimewa ini adalah anugerah terindah yang menjadi pengantara kasih antara kita.

P/s – Fahry pun pengantara kasih antara mokcik jiey n mokcik lyna.. kalo bkn sbb fahry, mokcik jiey tok kena mokcik lyna.. ngehngehngeh..

P/s (2) – supo tulih blog pulok..

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:27 pm

akal, otak, fizikal yang sempurna tak ada maknanya kalau jadi manusia tak guna lagi menyusahkan orang!

tak gtu mokcik jiey?

Reply

mommy umar June 18, 2009 at 9:03 am

hi lyna…SUPERKIDS=SUPERMOMMY.yes! you are super mommy.rasa mcm baru je si hensem tu lahir.alih-alih dah 6 bulan.baby i pon tak suka meniarap.benda lain on je pulak tuh.

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:28 pm

tak suka la dia dah besar ni.. dah kenal kita payah nak tinggal2. kecik2 dulu best dia tidoo je.

hahaha, apedahhh.

Reply

jiji June 18, 2009 at 9:22 am

Yeah semangat semangat@!~

Btw, I tak pernah share dengan sesapa, sebenarnya Anis pon premature. Masa lahir dia mengalami Shoulder Dystocia. Tulang bahu patah. Tapi Alhamdullilah, takde symptom Erb Palsy. Tangan kiri dia normal. Tulang pon dah bersambung balik.

I rasa bersyukur sangat, Anis hantar ke Nursery orang akan jaga dia, pegang dia elok elok. Orang akan lebih berhati hati bila handle dia. Hikmahkan?

Padahal anak orang lain penjaga tu kasar bukan main lagi.

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:29 pm

yaka Anis tu prem? hikmah kan, berkat-Nya tadak nampak prem pon.

wah seronok Anis Manis kat nursery dapat class 1 punya attention! aritu mujo ekau tido je nak, kalo tak makcik gomol2 dh.

Reply

littlemama June 18, 2009 at 9:25 am

lyna, anak tu anugerah dan juga amanah.. tak kira la rupanya macam mana.. apa pun i tengok fahry memang hensem and genius.. pandai pulak main cak2 dgn i..he..he

nanti i email gambar fahry & hafiy yg i snap masa MSK gath ari tu ok.

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:31 pm

wah pandai pulak dia main cak2 ngan u. ngan i takde nye hingin nak main2.. amboi2, mentang2 la Izzah tu lawa…

nak gamba! nak gamba!!! hihi.

Reply

CT June 18, 2009 at 9:32 am

Subhanallah….kagumnya sgn awak Lina. Mmg layak mendapat gelaran super Lyna and mmg satu anugerah yang amat hebat Allah telah berikan pada awak dgn lahirnya Fahry.

May Allah bless you always, every minute and every second…

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:42 pm

oh tidak.. kita biasa je. Fahry la kot yg super. hehe.

May Allah bless us always.. ameen.

Reply

yumyum June 18, 2009 at 9:35 am

fahry is so lucky to have a wonderful mommy like you. :)

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:43 pm

and i’m lucky too! :D

Reply

mamaadib June 18, 2009 at 10:06 am

beb

mak tak simpati.. kita harus kuat nyah, biar anak kita tak rasa down dengan kekurangan yang dia ada.
setiap kekurangan ada kelebihan tersendiri.

yaa pastikan dia berbangga kekurangan yang ada bukan penghalang untuk berjaya.

my adib ada tanda kat tangan, kekadang kawan-kawan dia atau org tua suka bertanya dan ejek…hitam laa, kotor laa
ada yg panggil tahi kucing.. ceh ku dengar geram jer..

as for me ku anggap tanda itu adalah keunikan anakku…
“hero mama”
sekarang adib cukup bangga, bila org tanya adib apa tu??
“ini hero mama” *wink*

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:46 pm

betul nox, demi anak2 mmg mak2 ni la yg kena tabah kan. tk kire la anak kita tu cemana, even if kalo anak kita sempurna pon, kalo orang ckp bukan2 pun kita rasa nak marah.

even orang compare2 anak kita dgn anak orng pun rasa nak ketuk kepala kan. lain la kalo cakap “WAH ANAK KAU BIJAKNYA, ANAK AKU NI TAK BERAPA BIJAK SEBAB MAK DIA TAK BIJAK MACAM KAU” kah kah kah. tu kan lebih sedap didengar

Reply

fid June 18, 2009 at 10:13 am

ehh..kaki ngan jari fahry bukan korang makan ka????
pepandai plak kata orang tu..derang yang baham!
lyna jgn marah naa.. i mmg suka ulang2 ayat u all..
tapi akif dia tak heran pun tengok keadaan fahry cuma dia sungguh2 INGAT mommy dan daddy baby fahry tu MAKAN kaki fahry! nasiblah u all..u all yang kata….
so dia pesan kat kami…”tolong jangan makan kaki baby(akif)”
huhuhuhu

pada pandangan saya…fahry adalah seorang yang KUAT dan TABAH walaupun dia amat ‘sedih’ melihat makcik yang gemuk ini…ko nanges ya fahry tengok makcik ni..ishhhhhh..i kawan ngan u sejak u dlm perut lagi tau! u tak ingat??
apa2 pun saya berjaya dukung dia walaupun hanya bebarapa saat selepas itu dia on speaker saya pass balik kat mami dia…
saya juga sempat belek fahry…i rasakan nnt fahrykan dia leh guna dua2 belah tgn dia…maybe dia kidal tapi i rasa dia akan usaha bagi dia bleh memaksimumkan penggunaan kedua2 tgnnya….
kalau i betul i nak hadiah sebuah……mmm….bungalow mewah!
sekian..komen daripada saya yang weng!

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:47 pm

gedebi kau membuat makcik sakit perut menahan gelak.

memang bijak sungguh kamu ni!

*banglo mewah ye? kalo i tuntut janji u jangan lari!!!

Reply

ayuarjuna June 18, 2009 at 10:26 am

speechless….

semoga diri ini lebih kuat dan tabah sebagaimana mummy lyna n family mengharunginya…Moga fahry sentiasa sihat dan berjaya menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat…ain

Lyna tq for sharing ..

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:48 pm

tiada la sesuatu kejadian tu sia2 kan. semuanya utk diambil pengajaran & iktibar…

Reply

mama idris & sophia a.k.a put June 18, 2009 at 10:43 am

babe, anak anugerah Allah. Yang terindah, pengikat kasih sayang kita sekeluarga. Lengkap rasanya hidup dengan kehadiran mereka.Fahry sangat beruntung ada mommy macam Lyna. Sebab dia,baru kita tahu sebenarnya kita kuat dan sebab tu Allah anugerahkan dia untuk kita sebab Allah yakin kita mampu menjaganya dengan baik sekali.

istimewanya Fahry pada fizikalnya, insya Allah budak hensem ni tak akan apa-apa.Put sendiri tertanya-tanya,apa yang mereka rasakan? seperti idris, ‘sampaikah’ akalnya untuk berfikir akan ‘keistimewaan’ diri berbanding yang lain? moga kita sama kuat ye.

p/s:dah daftar OKU belum? need help?

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:50 pm

sungguh. sebelum dapat dia, tak penah imejin bleh hadapi dengan gumbiraaaa

dop daftar OKU lg ni. help me help me!

Reply

mama idris & sophia a.k.a put June 18, 2009 at 4:05 pm

suka tgk icon ni –> rasa nak nopak2 etek!!

pasal daftar OKU tuh, nanti Put usha ye.

Reply

Mommy Lyna June 19, 2009 at 2:59 am

bulih kam print vorang kat intenet pahtu suh paed dio sain kam?

Reply

UmmiKhayra June 18, 2009 at 10:53 am

Salam Mommy Lyna,

Moga tabah and lebih kuat lagi dalam mengharungi ujian dariNya. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Tengok, kan sekarang mommy dapat duduk rumah.. everyday tengok perkembangan anak-anak. Kalau takde Fahry, mungkin mommy lyna tak amik cuti and mungkin mommy tak sekuat and setabah ini. :)

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:51 pm

salam Ummi Khayra

part cuti tu mmg betul. kehkehkeh. sapa nak kasik unpaid 8 bulan beb. hihihi.

Reply

mum2h June 18, 2009 at 11:59 am

Common mommylina, U can do it!!!!!

Saya doakan Fahry dikurniakan akal fikiran yang bijak, yang dapat mengatasi kelemahan fizikalnya.

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:52 pm

aminn amiin amiin

biarkah dia naik ke langit mak bapaknya tengok dari bawah pun jadilah.

Reply

salzahari June 18, 2009 at 12:50 pm

insyallah Fahry can do it..since he has a very strong and supportive peoples around him!

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:53 pm

alhamdulillah.. dengan aktiviti blogging maminye ni makin ramai supporter Fahry.

TQ u ols!

Reply

kakyong June 18, 2009 at 12:57 pm

salam lyna,

kakyong tak meraguinya langsung… you memang supermommy..

pernah jengah blog ni..
http://akuoku.blogspot.com/

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:54 pm

salam kak yong,

TQ for the link.

ini yg saya suka bila tulis pasal Fahry, dpt banyak ‘kawan baru’ :)

Reply

suealeen June 18, 2009 at 1:04 pm

Akak setuju dengan Jiey.. kelebihan pada manusia ini adalah terletak pada akalnya. Jika kurniaan akal itu ditarik sedikit, ia menjadi satu kekurangan pada yang lain. Sekiranya ada fizikal yang lengkap tapi saraf untuk menggerakkannya dari otak gagal berfungsi, anggota fizikal itu tetap tidak dapat digunakan semaksima yang mungkin.

We’re lucky, Lyna. Dipilih untuk melalui dugaan ini. Yang merasainya iaitu kanak² ni lagilah. Dan akak lucky juga diberikan pasangan hidup yang begitu memahami dan memberi sokongan sepenuhnya. Alhamdulillah

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:55 pm

itulah kak, Allah pilih mereka utk dilahirkan dalam keluarga yg stabil dan supportive. syukur sgt.

Reply

Mynie June 18, 2009 at 2:18 pm

la yukallifullahu nafsan illa wus’aha..
your strength is an inspiration. keep sharing!

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:56 pm

inspire followers.. cuba teka apakah itu?

:D

Reply

fid June 18, 2009 at 3:10 pm

x yah la sedih2 pasai fahry
dia menangis bkn sbb dia sedih pun..dia nangis sbb dia tak reti cakap lg nnt reti ckp dia cakap tak nangis dah..
eleh wat2 sedih plak dia yg makan..hahaha
opss..lyna i gurau yaaa

pada pandangan saya
fahry budak KUAT so tak de hal
takpe nnt leh hire abang akif ‘pelengkung’ sapa kacau fahry..abang akif dia kuat sebab dia BABY CROCODILE..mommy dia singa! daddy dia TIGER!

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 3:57 pm

saya tak sedih pun
tapi kagum kenapa dia hensem sangat
pelik betul, bapak dia bukan hensem pun
wakakakak

BABY CROCODILE nak makan kaki tak???

Reply

Watie Aziz June 18, 2009 at 3:12 pm

sayu i baca ur entry nih…u r really great Lyna, walaupun kita baru kenal & baru jumpa, frankly speaking, i salute u & hubby sesangat .. (masa jumpa mestilah segan nak bgtau depan2..ahhaha…sebab tuh bagus ada tenet!! syiok lah kita mentenet ..)

i have to let u know apa i fikir sekarang..sebab tetiba my mind teringat kembali our conversation & i rasa takut & takmau u ingat yg bukan2 pulak @ u ingat i perli ker…risau btol i (walaupun mungkin u tak ingat the conversation coz its a very plain one) tapi bila i baca this story, i takut u terkecil hati…forgive me if u kecik hati (manalah tau kan..)

masa jumpa hari tuh, kan i ada kata, “Bagusnya Lyna, u pakai kan anak u seluar panjang? Dia tak kena gigit nyamuk…” I really meant it tau! @ that time, i tak tahu cerita ni. I mean i ada baca ur story but bhg kaki memang i tak tahu, i rasa takder u masukkan. Cuma jari tgn & jari kaki & bhg telinga kalimah Allah ( yg i kagum sesangat), yg tu mmg i tau…

masa tu i terpikir & cakap dlm hati, aku nih pakai kan Q baju sexy2 konon takmo panas..habislah anak aku kena gigit nyamuk kat taman nih (masa tuh mmg i baru pas lempang satu nyamuk) & i dah worried jugak Q kena gigit nyamuk. bagus Lyna nih, dia dah sedia awal2 pakaikan anak dia seluar panjang. Q ada seluar tuh kat umah. Kalau aku tau, aku pakai kan dia siap2 cam Lyna ni .. Mm..harap2lah tak kena gigit (sebab Q kalau kena gigit, nanti tinggal parut hitam ..)

tuh lah yg i rasa & cakap dlm hati masa i cakap ngan u tu..then bila i baca ur story nih, i teringat balik the conversation, i rasa takut u salah faham my statement..i’m really sorry if u do..i dont meant it dear ..sebab tuh i tulis clearly dlm ni & tak emel u personally .. :)

frankly speaking, i tak nampak the kekurangan of ur baby that day coz he is so charming & handsome as u said ..i tak terpikir langsung until i baca this entry & tetiba i risau takut2 kalau kata-kata i mengguris hati u ..mintak maaf sesangat ..

dun worry dear..we will support u all the way .. i rasa bertuah kenal dengan macam2 Mummy masa MSK an really hipe we will keep in touch & be strong as family!!

love u & send my regards to ur love one…jgn lupa tejah umah i tau!! tak sabauu….

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 4:00 pm

aha, no la Watie, i takde tepiki pun as yg u piki tu hehehe.

i pakaikan dia baby tight tu sebab dia xbole pakai socks. kalo tak pakaikan socks kang nampak selebet je pulak kan. mujo la ada baby tight.

no problem, jgn rasa apa2 sebab i tak rasa apa2 hahahahha.

mari kita menerjah kambing panggang! :P

Reply

farah June 18, 2009 at 3:36 pm

sgt lucky fahry to have u as his mommy tau!cekal dan kuat semangat!

tp fahry mmg encem hehe…

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 4:01 pm

bole tak nanti dia besar i nak pilihkan menantu yg lawa2 sebab dia hensem.

muhahahhaha.

Reply

fid June 18, 2009 at 4:00 pm

baby crocodile dia nenen jaa

Reply

Mommy Lyna June 18, 2009 at 4:01 pm

mak oi tak luka ke nenen mummy lion kene geget ngan baby crocodile? hahaha.

Reply

zuhaini June 18, 2009 at 4:48 pm

sori ya mami hafiy.. hari ni lewat sikt bagi komen..

saya pun rasa mommy lyna telah terpilih (dipilih) olehNya untuk menjaga anugerah ini.. dan saya rasa memang mommy Lyna boleh jaga fahry sebaik mungkin! :) amin.. alhamdulillah.. :)

*cantik topi tu.. haha :)

Reply

Mommy Lyna June 19, 2009 at 3:01 am

kita semua adalah insan pilihan. sebab tu kita jadi ibu!
hehehe

*topi tu skg dah tak muat hehehe. pandai Jua pilih, mmg muat masa Fahry ‘belum lahir’ dulu hahak.

Reply

Watie June 19, 2009 at 12:14 am

Ha, lega i dgr u kata cam tuh…no worries dah …hehhehe…tq so much yang ….i love u .. baby tight memang kiut sangat kan ..Q ada sepasang tapi i beli time tuh mahal jer ..nak dekat RM 40 sehelai, 1st jumpa so i excited nak beli, padahal pastu i jumpa kat Amcorp Mall murah jer ..dalam 15 – 20 hengget kot ..siut jer kan ..

I suka sebab bila baby pakai, nampak peha gebus dan gemok!! ..fahry pun camtuh lah i nampak that day ..gemok & gebu ..tak macam premature pun ..if i tak baca ur entry ..mmg tak tahu pun ..heheh..i strongly 100 % belive its is ur BF yg jadikan dia cam tuh kan .. tulang dia padu tak? i mean bila u dukung rasa penat tak? macam Q kan ..i dah tak larat dukung tau ..boleh rasa tulang dia lain macam berat jer ..semua yg dukung komen kata tulang dia padu ..ahahah.. jgn dah besar jadi “berat tulang” dah ..mmg nak kena gigit!! hahhaaa

Reply

Mommy Lyna June 19, 2009 at 3:02 am

i love u too!

i beli kat online, beli 3 percuma 1. ihihihi. best2.

padu tak tulangnya? nanti cuba la dokong, tu pun kalo dia tak ‘sedih’ la. ekekeke.

Reply

mirah June 19, 2009 at 9:00 am

tahniah lyna!
Tidak semua orang boleh berfikiran sepositif itu.

Weh bila kita dapat jumpa ya? gath 28hb ni mcm pyh juga nak pergi..huhu..

Reply

mama emma June 19, 2009 at 11:53 am

alamak, lupa lak nak tulih ape td.. leka baca komen2 kat atas nie..

fahry dah 6bln? wah.. dah start solid food ke? hehe… tu la lyna, x letak ticker, xtau umur hafiy & fahry…

dah kepingin baby girl nampak?

Reply

awe June 19, 2009 at 12:01 pm

salam mommy lina,
i’m one of ur silent reader :)
terharu baca emel akak but ape yg berlaku ade hikmahnye kan :)
i tot selama ni Y akak tulis superkids, nway mmg superB pun…
bcoz u are suPermOm + bRavemOm…
our kidz are priceless… it’s our obligation to ‘corak’ them :)

Reply

coachsha June 19, 2009 at 4:10 pm

why do i feel like giving you a big hug? ala-ala barney gitu..
Lyna,
You must be one special momma for deserving such special gift from Allah.
Alhamdulillah, what a rezeki knowing you – eventho belum sempat bergurau senda bergolek-golek di taman – what an inspiration!
….oh, coachsha terharu……

Reply

Hanz June 19, 2009 at 4:47 pm

Huh? Berpinar jap… Lambat blog-hopping arini, baru nk enterframe sorang2 punyer blog..

Fahry memiliki kasih sayang yang utuh disekelilingnya, ada mama yg superb, Fahry pun bakal ikut jejak langkah gitu…Nanti update Fahry punya solid intake pulak…Yay! Dah 6 bulan dah boleh makan…yum,yum,yum!

Reply

laila June 22, 2009 at 1:15 pm

anda seorg ibu yg hebat!!!
sbb tu Tuhan telah lyna yg terima anugerah ini…
semoga fahry terus membesar dan sihat sokmo2…

Reply

laila June 22, 2009 at 1:18 pm

opss.. tertinggal perkataan…
***** sbb tu Tuhan telah ‘memilih’ lyna…..

Reply

Fatin July 3, 2009 at 8:48 am

saya sgt2 kagum dgn Lyna.. hope dont mind me addressing u cam ala2 kenal mesra gitu.. huhu.. really tabik spring for u n ur husband.. doa saya, moga Allah permudahkan segala urusan kalian! dan hafiy terus membesar sihat dan cergas!
Fatin´s last blog ..Berita daripada Malaysia My ComLuv Profile

Reply

anese July 6, 2009 at 5:46 pm

salam…kita adalah ibu2 yang diuji dgn kehadiran anak2 ‘istimewa’ ini…anak saya tidak cacat fizikal tetapi disahkan autisme. Sukar nak jelaskan kepada insan yang kurang faham dgn keadaan kita. Sy juga masih berkira2 untuk mengambil cuti tanpa gaji. Almaklumlah kes seperti saya memerlukan terapi yang bukan sahaja menuntut wang ringgit tapi juga masa dari kita sendiri.

Apapun salam kenal…
anese´s last blog ..KAMI My ComLuv Profile

Reply

atoyis September 4, 2009 at 3:19 pm

tabahnyer kak lyna…su doakan semoga fahry selalu sihat dan menjadi anak yang baik dan soleh amin
atoyis´s last blog ..finally terpilih jugak sbg top 3 My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi genos penis halkasi maurers