Kerja Sendiri vs. Usahawan (Self-Employed vs Entrepreneur)

admin Avatar

Dalam entry yang lepas saya menulis tentang Tips Memulakan Perniagaan | Kenali Jenis2 Perniagaan, kali ni saya nak bawa anda semua kepada perbezaan antara kerja sendiri vs. usahawan (self-employed vs entrepreneur).

perniagaan

Bila kita kerja sendiri (tak makan gaji dengan orang) dan memiliki perniagaan, tak semestinya menjadikan kita seorang usahawan. Ramai orang tak dapat nak bezakan antara dua benda ni. Pentingkah? Ya, penting untuk kita tahu perbezaan ni sebelum memulakan perniagaan. Kalau tak nanti kemungkinan besar boleh stuck.

Pertama sekali perbezaan antara kerja sendiri dan usahawan ialah mindsetting dalam bisnes tu. Medan bisnes yang sama, tapi boleh jadi kerja sendiri dan boleh jadi usahawan. Misalnya seorang pemilik butik. Tapi semua baju dalam butik dia adalah hasil jahitannya sendiri. Dia adalah bekerja sendiri. Sebaliknya jika pemilik butik juga, tapi mengupah pekerja untuk menjahit baju-bajunya, dia adalah usahawan.

Bekerja sendiri, adalah pekerja kepada bisnes sendiri. Jadi masa dan tenaganya digunakan untuk menyediakan produk untuk bisnes dia. Usahawan pula, lebih kepada ‘admin’, membuat kerja-kerja perancangan bagaimana nak hasilkan produk yang lebih baik, pelan pemasaran dan sebagainya.

Orang yang bekerja sendiri mungkin mengambil masa lebih lama untuk ‘naik’, kerana masanya digunakan untuk buat kerja-kerja di bidang penghasilan. Manakala usahawan yang menggunakan konsep ‘leverage’ dan ‘outsource’ lebih cepat untuk maju.

Perbezaan lain antara kerja sendiri dan usahawan ialah, kerja sendiri ‘run the business’ sebaliknya usahawan ‘build the business’. Yang kerja sendiri biasanya akan terus ‘running’ sampailah masa sepatutnya bersara, masih terpaksa ‘berlari’ lagi walaupun perlahan-lahan.. maklumlah bukan ada pencen. Usahawan pula, dalam jangka masa yang sama dapat membina sebuah perniagaan yang kukuh dan menjamin masa depan, bukan sahaja untuk dirinya malah untuk generasinya dan masyarakat (gaji orang jadi pekerja).

Jika anda dah mula berniaga dan masih keliru apakah anda benar2 usahawan atau cuma jadi pekerja untuk diri sendiri.. anda boleh tengok ke belakang, apakah yang telah berlaku kepada perniagaan anda? Adakah kedudukan anda hari ni sama macam 2-3 tahun lepas, atau maju bertapak? Atau makin menyusut? Ops, jangan cepat ‘terkujat’, prestasi tak mencerminkan anda seorang usahawan atau kerja sendiri. Mungkin anda dah usahawan, tapi masih dalam peringkat ‘freshie’. Mungkin anda kerja sendiri tapi belum mencapai plateu lagi.

Jadi, apa yang boleh dibuat ialah pandang diri dan perniagaan anda 30 tahun lagi.

Walaupun anda kata nak wariskan perniagaan kepada anak-anak, cuma semak balik, adakah anda nak wariskan kemahiran menguruskan perniagaan atau kemahiran menghasilkan produk/menjual produk?

admin Avatar

4 responses to “Kerja Sendiri vs. Usahawan (Self-Employed vs Entrepreneur)”

  1. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    sy tgh² kut haha..

    nk kt kerja sendiri sy x buat produk sendiri (jual produk sykt avail)

    nk kt usahawan pon bukan..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak semestinya buat produk sendiri = kerja sendiri. kat atas tu contoh ja.

      kalo jual produk orang pun, tp yg amik order, kita. yg anta order, kita. yg layan customer, kita. yang settlekan semua benda, kita. itu kira keje sendiri jugak 🙂

  2. ziela Avatar

    alamak..br paham dan tersedar dr lamunan. Yg sy selama ini di golongkan bekerja sendiri,insyallah..target n azam thn baru ingin berubah jd usahawan..thanks 4 sharing..

  3. Fir Avatar

    Nampaknya saya masih dalam kategori kerja sendiri dan sedang berusaha naik ke tahap usahawan. Memang peringkat awal, begitu kan, Lyna? Kecuali modal dah ada, bolehlah awal-awal bisnes dah gajikan pekerja…. Thanks…. Konsep E, SE, B, I oleh Robert T. Kiyosaki ini lebih difahami dengan penerangan ini. Boleh saya share dengan rakan-rakan?

Leave a Reply to ziela Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge