,

Keperluan Kalsium Semasa Penyusuan Susu Ibu

admin Avatar

Kalsium adalah satu elemen yang diperlukan oleh tubuh, samada menyusu atau tidak. Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira2 1.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari… Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopos. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium.

Osteoporosis atau kehilangan jisim tulang adalah masalah utama bagi kebanyakan orang, terutama warga tua WANITA. Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa osteoporosis disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pengambilan kalsium bukan untuk mengubat, tapi mencegah. Yakni ia perlu ada dalam diet harian kita.

Kalsium, seperti mineral lain, berinteraksi dengan nutrien lain. Misalnya ia membantu penyerapan vitamin B12, dan ia memerlukam Vitamin D untuk penyerapan, dan juga Vitamin C untuk penyerapan lebih berkesan.

Banyak sebab yang menjadikan kita perlu kepada suplemen kalsium, antaranya ialah kebanyakan makanan kita yang factory-made mengandungi bahan2 yang boleh mereputkan tulang.

Berbalik kepada penyusuan susu ibu, kebanyakan ibu mengalami masalah susu badan kurang semasa haid (period). Ini adalah kerana semasa haid, blood calcium atau kalsium dalam darah menjadi rendah, dan in memberi kesan kepada kebanyakan ibu.Ada ibu yang tidak mengalaminya dan anda memang bertuah.

Jadi kepada ibu2 yang mengalami masalah susu kurang semasa period, ibu boleh mengambil suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D serta mineral lain bagi memastikan fungsi kalsium dapat dimanfaatkan dengan optimum.

Minum susu tak cukup ke? Tak ada masalah, anda boleh buat apa saja untuk diri dan si manja selagi tak memudaratkan untuk jangkamasa panjang.

Saya sendiri mengamalkan Ostematrix dan alhamdulillah tidak pernah mengalami masalah susu kurang semasa period.


Tapi janganlah kalau susu kurang, ibu pun kurang mengepam.. Tambahkan sesi mengepam, jika boleh buat power pumping.

Siapa kata jika ambil suplemen tak perlu pam banyak2?

Walaupun ini pilihan, namun ingatlah untuk faedah diri sendiri, kalaupun tidak untuk penyusuan… Pasti tak sanggup hadapi masalah tulang nanti kan?

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

admin Avatar

6 responses to “Keperluan Kalsium Semasa Penyusuan Susu Ibu”

  1. zaliza Avatar
    zaliza

    bp harganye?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Puan dapat tak email saya? Saya ada email harga 🙂

  2. Yani Avatar
    Yani

    Salam,
    saya nak tahu la set yg boleh nambahkan susu dan kualiti susu ibu..
    as ur info..saya FB with my Bb now..anak saya baru 3 bulan..harga baper ek set tu??

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam puan Yani, check email ya thanks 🙂

  3. pn zai Avatar
    pn zai

    pls email me, want to know more about shaklee suppliment and tips for BF..tq..

  4. shakinah Avatar
    shakinah

    Puan, tolong saya, saya sekarang dalam tempoh berpantang tetapi susu saya berkurangan dan anak saya sering kembung perut bila diberi susu fomula.Harap puan dapat menolong saya..Sekian Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge