,

Kepentingan Bedtime Story Kepada Anak-Anak

admin Avatar

Setiap malam, rutin kami sebelum tidur, (setelah menyiapkan diri dan membaca doa) adalah bercerita. Biasanya saya akan bercerita secara verbal, sehinggalah mereka tertidur.

Kenapa bercerita, dan kenapa sebelum tidur?

Bercerita adalah salah satu cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini” [12:3]

Abraham Lincoln adalah contoh seorang tokoh yang suka menyampaikan mesej melalui cerita. Melalui cerita, beliau bukn saja dapat menambat hati pendengarnya, malah isi penyampaian tersebut lekat di dalam hati mereka.

Sebelum tidur, anak-anak dalam keadaan tenang, dan dalam proses dari beta, bersedia memasuki fasa alpha. Apabila mereka memasuki fasa alpha yani tidur-tidur ayam, otak mereka tak lagi memproses tapi menerima info dari satu hala.

Waktu inilah biasanya cerita kita pun dah habis part drama, dan masuk ke part pesanan dan pengajaran. Insya-Allah di peringkat ni anak-anak kita menerima informasi dan pesanan dari kita tanpa bantahan. Masa ni juga disarankan kita buat 5-minute suggestion method.

Setelah anak masuk ke fasa theta dan delta (tidur nyenyak), maka masanya untuk kita pula merehatkan diri dengan kata-kata positif kepada diri sendiri.

BERCERITA SEBELUM TIDURCerita apa yang nak dikongsi kepada anak-anak?

Ceritakanlah kisah-kisah teladan, kisah-kisah Nabi, kisah-kisah pengajaran yang berkaitan dengan mereka… kisah-kisah ini menguatkan jatidiri mereka sebagai Muslim.

Mungkin semasa ini mereka tak dapat nak apply lagi apa yang kita ceritakan, tapi percayalah, bila informasi tu dah tertanam dalam otak mereka, mereka akan bawa sampailah mereka dewasa, insya-Allah.

Jadikan bedtime story dan pesanan-pesanan sebelum tidur sebagai rutin anak-beranak, insya-Allah ia mengeratkan hubungan adik-beradik dan keluarga secara amnya.

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Kepentingan Bedtime Story Kepada Anak-Anak”

  1. kinna Avatar
    kinna

    selalu kami akan bacakan kisah para sahabat selepas anak-anak selesai baca doa tidur, ayat kursi dan bermaafan. masa diorg kecik-kecik dulu dan tidur sekali selalu la saya reka cerita penuh pengajaran ni. cerita pasal musang tapi karakter macam anak saya, hah camna tu?

  2. Myliferia Avatar

    Ingatan yang sangat bermanfaat. Segalanya secara santai. Ada masanya beri peluang anak bercerita

  3. Amyz Avatar

    Selalunya bacakan doa tidur, surah alfatihah, 3 kul. Kdg zikir sampai mereka tertidur. Mungkin saya akan cuba baca cerita pula lepas ni.

    Thanks for the tips, 🙂

  4. Ida Avatar

    Betul.. Eratkan hubungan, terapkan nilai murni pada anak dan tambah vocub anak antara benefit bettime story.

  5. Ida Khairani Avatar

    Waktu anak tenang, memang mudah untuk bercakap hingga menusuk kalbu. Even sudah terlena.. macam2 nasihat termasuklah ingatan untuk bangun esok hari dengan mudah pun boleh disampaikan waktu ini.

  6. Raihanah Ahmad Avatar

    memang power kaedah ni, kalau praktikkan insyaAllah menjadi.

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge