Kenapa Saya Suka Kindle Paperwhite? Kenapa Tidak?

admin Avatar

Di kalangan pakcik-makcik saya, mereka suka buka cerita betapa minatnya saya terhadap bahan bacaan, sampaikan akhbar pembalut goreng pisang pun saya struggle nak baca. Saya baca semua benda, papan tanda, nombor plet, apa saja yang ada tulisan mesti nak baca (tapi pelik kenapa masa belajar dulu susah betul nak baca buku pelajaran?).

Saya juga suka baca masuk kedai buku… dapat hidu bau buku pun dah jadi satu kepuasan. Pantang nampak kedai buku mesti nak masuk. Sudahnya, rumah saya dah kehabisan rak untuk diletakkan buku.

ULAT BUKU
Sebelum disusun ke tepi dinding.

Saya pula jenis sayang nak let go buku-buku saya. Suka tengok banyak-banyak walaupun kedudukannya bukan dalam rak.

Satu lagi habit saya, saya suka baca buku ikut mood. Kadang mood nak baca buku A, kadang buku B, kadang buku C. Kalau saya ke mana-mana, 4-5 biji buku saya bawa sebab masalah di atas. Jadi berat lah beban di bahu nak bawa buku-buku ni. Husband pun complaint juga, beg penuh buku, tak boleh isi barang lain dah.

Bila dah memiliki iPhone.. oh yesss saya mula menggunakan iBook. Yess! Seronok sangat mendownload dan membaca iBook. Yang paling best, beg tak berat dah! Dan harga buku-buku (orang putih) lebih murah berbanding di kedai.

ibook

Tapi tak tahan sakit biji mata mengadap iBook ni. Dan banyak gangguan jugak. LOL. Mana taknya, kejap2 keluar notification itu ini.

Akhirnya suami saya cadangkan beli ebook reader. Study punya study akhirnya Kindle PaperWhite menjadi pilihan.

KINDLE PAPERWHITE

Kenapa Kindle PaperWhite?

  1. Buku yang sangat banyak tersedia dalam Amazon store.
  2. Rasa macam baca buku paperback, tak silau. Interface dia pun rasa macam tengok kertas je.
  3. Boleh baca lama-lama sebab bateri dia tahan berminggu-minggu.

Kindle PaperWhite atau Kindle Fire?

Kindle Fire ni fungsi dia macam tablet. Paperwhite boleh untuk baca buku je, tapi Kindle Fire boleh buat macam-macam termasuk main games. Haha.

Sekarang ni saya boleh bawa berpuluh biji buku ke mana-mana. Best!

BACA BUKU
Gambar dalam tren ke Innsbruck. Buku nota untuk catat isi penting.

 

Ia memang lah tak boleh conteng macam buku paperback, tapi kita tetap boleh highlight, tulis nota, bookmark dan sebagainya. Feeling belek-belek pun lebih kurang je.

Yang bestnya, boleh baca dalam apa saja posisi tanpa perlu nak halang-halang buku tu daripada tertutup, terlipat atau apa-apa macam ter- lagi.

Mana nak beli? Kalau nak beli terus dapat, boleh cari kat Singapura. Kalau tak, boleh beli online di Kindle Malaysia, atau ipMart, atau Gadjet 4 Sale. Harga dia dalam RM600… more or less. Worth buying untuk ulat bulu, eh ulat buku yang tak boleh berpisah dengan buku. Dan ulat buku yang suka travel/outstation.

Sekarang Kindle ada versi baru – Kindle Voyage. Harga total dah masuk riban, kalau bukan pembaca ebook tegar, atau nak upgrade dari versi sebelum ni, tak payah consider kot.

Selamat membaca di eReader!

*ini bukan advertorial, sekadar berkongsi

admin Avatar

9 responses to “Kenapa Saya Suka Kindle Paperwhite? Kenapa Tidak?”

  1. aidie Avatar
    aidie

    Kalau beli buku via kindle, boleh claim tax tak? 🙂

    1. Alom Avatar

      Ebook boleh claim tax

  2. Nurul Huda Avatar

    Ini kalau masuk perpustakaan awam, mau tak keluar selagi pustaka tak tutup 🙂

  3. emalinmohd Avatar

    Boleh laim tax ye? Ni boleh masuk wish list ni 🙂

  4. Amyz Avatar

    Memang ini masuk dalam wishlist saya sebab saya tak dapat nak pegang buku sangat. At least dengan Kindle PaperWhite ni saya boleh baca buku sambil susukan anak ke..
    Selama ni hanya dapat download ebook versi pdf, baca di henpon pun sakit mata juga. Aduhai.
    Kindle ni memang menjadi idaman kalbu. Uhuk!

    1. admin Avatar
      admin

      comeon amyz!

  5. talibramli Avatar
    talibramli

    Salam
    memang best menggunakan kindle paperwhite..
    saya beli pun dekat rm800 melalui kindle malaysia.
    Cuma tak best nye…tiada slot memory card external
    kapasiti internal 1Gb…sangat sikit
    yang penting saiz nya nipis dan sangat ringan…

  6. Zu Avatar

    Saya masih baca guna iBooks dalam ipad mini. Saiz dia elok-elok saja. Tapi iPad punya bateri memang tak tahan lama…..

  7. wan ainol munirah Avatar
    wan ainol munirah

    saya ada kindle paperwhite untuk di letgo rm 650..
    pm saya di 01127838493

Leave a Reply to Nurul Huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge