, ,

Kenapa Saya Hantar Anak ke Kumon?

admin Avatar

Saya adalah antara emak yang mempunyai idea “tuisyen tak bagus untuk anak2” “kelas tambahan buat anak2 tambah stress”.

Ye.. sebab anak sulung saya pernah beritahu dia dah takmau belajar bila di rumah. Di sekolah dah belajar, pagi petang siang malam belajar. So kat rumah nak rileks, nak main.

Saya cuba utk jadi lenient seboleh mungkin. Yelah, semua mak nak yang terbaik untuk anak2 kan. Sape nak anak2 yang stress.. tertekan.

Tapi lama kelamaan saya dapati diorang ada sikit problem dalam mendisiplinkan diri untuk belajar. Dah tak ada fun macam diorang kecik2 dulu. Kecik2 dulu semua orang pun suka belajar, tapi recently diorang dah bosan. Agaknya penat dengan aktiviti belajar di sekolah. Homework pun buat asal siap je.

Satu lagi, anak2 saya ada isu dengan bahasa Inggeris dan Matematik. Kat rumah memang kami cakap BM. Kat sekolah apatah lagi. jadinya sepatah perkataan English pun tak pernah keluar dari mulut diorang.

Tahun lepas, saya dah buat tindakan sebenarnya nak galakkan diorang berbahasa Inggeris. Saya hantar Hafiy ke program Kids Public Speaking di Shah Alam (KLIK SINI UTK DETAILS).

OK.. nampaklah improvement sikit walaupun takde lah dia nak cakap English pun kat rumah.

So, start bulan Januari lepas, naik je sekolah, terus kitorang registerkan diorang ke kelas Kumon dekat ngan rumah ni.

Kumon ni dia ada 2 subjek je : Math & English. Kami amik dua2 subjek tu untuk 3 orang anak. Sebulan RM320 sorang, tapi anak punya pasal kan. Takpelah.

Suprisingly, diorang seronok pegi Kumon. Kelasnya 2 kali je seminggu, boleh pilih mana2 hari dan masa, ikut centre.

Balik2, semua menghadap homework. Berlumba2 nak buat. Maths diorang pun improved & yang paling obvious, masing2 dah reti cakap English dah kat rumah.

keep-calm-and-finish-your-kumon-12

So far so good. Cikgu pun baik. Diorang pun tak sabar2 kalau ada kelas Kumon or homework Kumon, diorang buat dgn tekun.

Saya nampak diorang lagi enjoy dengan stail Kumon. Mungkin diorang dah biasa & enjoy dgn child-led learning masa tadika dulu.

Jadi cadangan saya kalau mak-mak ada mendapati anak2 mempunyai isu dalam buat homework ke, English ke, Maths ke, you can consider sending them to Kumon. Boleh try sebulan dulu tengok. Alhamdulullah anak2 saya first class dah nampak perubahannya.

Ada dak mak-pak Kumon kat sini?

Tagged in :

admin Avatar

17 responses to “Kenapa Saya Hantar Anak ke Kumon?”

  1. ira Avatar

    wahh memang bagus la kumon kalau dah anak2 pun cepat suka

    1. admin Avatar
      admin

      rasanya sbb tak ada sesapa yang ajar, sendiri2 buat diorang enjoy kot

  2. Wan Syahida Avatar

    Menarik!!!! Satu cara untuk anak2 improve english.

    1. admin Avatar
      admin

      cube la 😀

  3. Raihanah Avatar

    saya ada anak saudara yang ambil kursus matematik dengan kumon. latihan kumon memang mudah dan menarik. dan setiap helaian latihan diberi penilaian.

    1. admin Avatar
      admin

      a ah drg siap amik timing berapa lama nak siap

  4. Hendrawati Avatar

    Menarik kelas kumon nie.
    Kalu ada di sabah area Lahad Datu saya akan hantr anak2 join kelas nie

  5. Ayah anak Avatar
    Ayah anak

    Kumon tak bagus..sekurang2nya utk math..kaedah menghafal..sampai betul2 hafal la senang cerita..homework setiap hari ganggu life budak2 tu..nk bahagi masa homework sekolah lg..nk buat homework kumon lg..subjek kat sekolah dh advance dia masih duk ulang2 benda sama tiap hari..stress budak tu..math bukan sekadar menghafal..ade kaedah penyelesaian utk menjwb setiap soalan..kumon ni bisnes je semata..contohnya selagi anak anda ada silap dlm penambahan..selagi tu la dia akan drag subjek penambahan tu berminggu2 lamanya

    1. Leez Avatar
      Leez

      Lain org lain cara nya insyaallah klu anak2 happy parents pun happy.. Ramai kids yg improve di KUMON tmasuk anak saye.. Zaman semua nak laju ni memang kena pantas. Anak pun kena fight, ibu bapa lagilah kena fight untuk duit kan😂
      Tak ada alasan tapi kena cari jalan, sebab bagi saye anak-anak berhak untuk hidup yang lebih baik. I just want to give them my best.

      1. Arfah Avatar
        Arfah

        Hi,

        Boleh i tahu u amik branch kumon yg mana?

  6. shima Avatar

    thank you for sharing the experience. tgh plan nak hantar ank ke kelas kumon.

  7. zuraini amin Avatar
    zuraini amin

    umur budak berapa yang boleh belajar di kumon. Adakah bermula dari 3 tahun.

    1. admin Avatar
      admin

      4 tahun puan

  8. Makbonda Avatar

    Baru register tuk anak umur 10thn..english dia lemah dapat E terus🤣..subjek lain blh plak score A..sy hantar tuk english jer harap sangat kumon dpt membantu anak sy..

  9. zarina Avatar
    zarina

    KUMON area taman kinrara…umur anak 11 tahun boleh join ke…subjek BI dan MATH lemah sgt…tahun depan UPSR..mohon bantuan…

  10. Aydan Aqasha Avatar
    Aydan Aqasha

    Salam. Anak sy baru Kumon Inggeris 04/01/2019. So skrg, baru dua bln. So far, anak sy dh semakin cepat membaca & menulis pun dh x ketar2. Tapi, lancar bila buat Kumon je. Bila buat homework sekolah, dia jadi x boleh baca pula😅 nampak keliru. Contoh lah kan… Perkataan ‘school’ kat dlm Kumon worksheet dia bole baca. Tapi bila homework sekolah ada perkataan ‘school’ tu dia jadi keliru. Terus dia baca dgn kaedah fonik pula sebiji2, x hafal pula. Agaknya anak sy lebih mengenali corak bentuk saiz tulisan ke apa ye… Sy pun x pasti😂 Anak sy skrg level 5a. Starting level mula masuk 6a. Umur 5 tahun lebih.

  11. akshmia Avatar

    Thanks for the great article. Learning is important, so should our equipment for the betterment of education for our man or women. This post is very helpful and simple to read and appreciate without leaving any details out. Great work Thank you for sharing this insightful article,

Leave a Reply to ira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge