, ,

Kenapa Saya Berhenti Kerja

admin Avatar

Zaman kemaruk nak berhenti kerja dulu, saya letak target, bila income bisnes lebih dari gaji bulanan, saya berhenti. Tapi, bila income dah lebih, tak jugak berhenti-berhenti.

Masa tu saya rasa boleh handle je.. kerja, bisnes dan family.

Lagipun kerja saya takdelah teruk mana pun. Duk dalam ofis aircond je. Guna otak, mulut dan jari je. Tak perlu nak membanting tulang memerah peluh di tengah-tengah panas. Kalau pegi site pun bukannya hari-hari.

Bisnes saya pun tak payah ke mana-mana. Di rumah, depan komputer. Depan TV pun boleh. Depan dapur gas pun boleh. Walaupun Bling Buubies dulu ada kedai, tapi ia dijaga oleh partner saya. Saya cuma di bahagian online saja. Shaklee, apatah lagi, memang 100% online.

Family. Boleh jek saya handle anak-anak dan rumahtangga walaupun tiada pembantu rumah. Rumah kami konsep minimalist jek lagipun 😀

Pendekata, tak payah berhenti kerja pun tak apa. Boleh dapat dual income. Gaji pun dapat, income bisnes pun dapat. Alhamdulillah. Rezeki Allah kan.

Namun bila masuk tahun 2012, saya mula memikirkan keperluan nak berhenti kerja. Masa tu  saya dah jadi Master Coordinator Shaklee.

Saya bincang dengan suami tentang ini. Beliau tanya saya, kalau saya berhenti kerja, ada benda extra yang saya boleh buat ke, yang tak boleh dibuat sambil saya bekerja ni…

Sebenarnya saya fikirkan anak saya, Hafiy yang bakal masuk darjah 1 pada tahun 2014 lalu. Kalau saya kerja, dia kena naik bas sekolah. Kena duduk di pusat transit.

Anak-anak saya manja dengan saya. Baju pun nak kena dipakaikan. Rambut nak kena disikat. Saya tak boleh nak fikir macamana kalau mereka dok di transit.. kena uruskan diri sendiri. Boleh ke dia?

Akhirnya saya nekad. Oktober 2012, secara rasminya saya bukan lagi seorang jurutera PETRONAS.

Sebulan dua yang pertama memang saat-saat kritikal dalam kehidupan saya. Saya ambil masa untuk adapt dari situasi bekerja dipejabat, dengan berada di rumah sepenuh masa. Lain sangat.

Saya kehilangan masa untuk diri sendiri. Saya tak boleh nak handle antara kerja rumah, bisnes, anak-anak, etc. Tapi semua tu tak mematahkan semangat saya. Hellloooo ingat awak sorang ke yang kerja dari rumah? Orang lain boleh jek, apsal awak nak stress-stress pulak.

Alhamdulillah, lepas 3 bulan, semuanya kembali di dalam kawalan. Maklumlah benda baru.. yang berubah tu pula seluruh kehidupan, ambil masa sikit nak adjust.

Bila saya handle group SHaklee saya (iReach) sepenuh masa, ramai yang tak tahu bahawa sambil bekerja pun kita boleh menjana income. Ramai yang tak mahu nak serius dalam bisnes online atas alasan ‘bekerja’, sedangkan sebenarnya bekerja atau tidak, ia bukan masalah. Semuanya datang dari diri sendiri.

Tambah-tambah lagi di zaman ini… faham-faham sajalah dengan GST dan harga barang-barang sekarang, yang menjadi mangsa adalah golongan middle-class. Golongan kaya, mereka bukannya “makin kaya” begitu saja, tapi mereka mempunyai minda bahawa ‘semakin rumit keadaan, semakin keras kita kena bekerja’.

Sebagai golongan middle-class, kita kena bebaskan minda kita dari belenggu ‘saya tak boleh buat begitu begini kerana kerja’. Itulah yang buat kita makin terhimpit.

Ramai orang yang memiliki bisnes, pelaburan dan sebagainya, tatkala mereka masih bekerja makan gaji. Mereka enjoy dan suka dengan kerja mereka, bukan semata-mata kerana mahukan duit. Bila kita tak kerja kerana duit tapi kerana suka, duit akan datang macam tu je.

THE BURREN

Saya mengkagumi beberapa kawan saya, mereka memiliki kerjaya, memiliki bisnes, pada yang sama sendirian (tanpa pembantu rumah) mengurus keluarga, dan buat perkara2 yang mereka suka – hobi. Pada fikiran saya, kita mampu buat apa saja yang kita mahu, jika kita mahu lakukannya.

Malah ramai yang melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela dan gerakerja dakwah. Tanpa mengabaikan apa yang patut mereka utamakan (Jangan baca sangat adu-domba Fesbuk tentang orang-orang sibuk yang mengabaikan keluarga. Cuba interview remaja-remaja yang berpeleseran tanpa tujuan dan semak latarbelakang keluarga mereka).

Sayangnya banyak perkara yang membataskan pemikiran kita. Bila kita nak buat benda extra, orang kata kita tamak. Saya sendiri pun pernah kena… dicop tamak, tak bersyukur dengan apa yang ada dan sebagainya. Saya pun tak faham kerana apa yang saya buat adalah kerana saya suka.

Sejak dulu saya tak pernah kira ‘tunggu gaji’ untuk beli apa-apa. Sebabnya, saya sendiri pun tak memerlukan apa-apa melainkan perbelanjaan harian yang rutin. Sebahagian duit gaji saya simpan, yang lebih-lebih baru belanja. Itu pun tak pernah sekalipun merasa kopi Starbucks ke atau apa-apa yang lebih mahal dari RM2.

Terima kasih kepada mak ayah saya di atas pendidikan kewangan yang diterap sejak kecil. Emak dan ayah saya mendidik kami supaya berjimat, dan mereka juga mengamalkannya.

Bila saya ditanya, saya tak takut ke kalau bisnes saya hancur. Kalau bekerja, sekurang-kurangnya bergaji tetap. Saya kata…. apa yang kita buat semua pun uncertain. Bisnes mungkin boleh hancur, bekerja mungkin boleh kena buang. Kita percaya sajalah apa yang kita nak percaya. Saya percaya Allah tidak akan menyusahkan hamba-Nya, melainkan hamba-Nya sendiri yang mencari susah.

Ramai yang tanya saya, adakah mesti berhenti kerja untuk berbisnes? Jujurnya saya nak sarankan berbisnes jek walaupun kerja, tak payah nak berhenti dulu. Bila kedua-duanya dah sukses, baru kita boleh buat pilihan yang sedap sikit. Bisnes ni bukannya hari ni kita buat, esok dah jadi jutawan…

Alhamdulillah saya suka dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun dah kurang megah dengan gelaran ‘engineer’ tapi saya gembira tanpa perlu orang lain iktiraf kegembiraan saya 🙂 Syukur pada-Nya.

Tagged in :

admin Avatar

30 responses to “Kenapa Saya Berhenti Kerja”

  1. Nor suhaila Avatar

    Wow..bestnya ..masih kerja tapi dah master koordinatoor

    1. Neesa halim Avatar
      Neesa halim

      Wah saya harap saya dapat berusaha dengan lebih baik seperti leader leader saya.

      Terima kasih di atas perkongsian. Memang best dan menusuk kalbu

      1. admin Avatar
        admin

        insya-Allah pasti kamu boleh buat lebih baik dari ini 🙂

  2. Hannah Aziz Avatar

    So deep neni.. Mentor sy.. Saya percaya sy boleh jadi macam neni lyna. 1 fine day. I WILL. Insyallah..

    1. admin Avatar
      admin

      neni percaya awak boleh jadi lebih baik dari ini 🙂

  3. notie saad Avatar

    Alhamdulillah….

    1. admin Avatar
      admin

      syukur pada-Nya

  4. ayu abdullah Avatar

    Saya suka bab ” kopi paling mahal rm2″

  5. Myliferia Avatar

    Seronok sangat dah capai fainacial & time freedom.
    I follow

      1. admin Avatar
        admin

        mudah-mudahan lebih ramai orang Malaysia mencapai time & financial freedom

  6. mazffalainey Avatar

    Terasa menusuk di dada.. Nampak wajah anak-anak baru nak melangkah ke sekolah. Sekarang kerja tak sibuk tapi kebnyakan masa di tempat kerja, tak sempat nak puji anak pon..

    Perkongsian yang membakar.. Percaya rezeki Allah ada.

    1. admin Avatar
      admin

      insya-Allah, tiap yg Allah amanah dan anugerahkan tu ada kebaikannya. keja sibuk mungkin tak sempat belai anak, tapi bila niat Lillahi Taala kerja sungguh2 utk negara & agama, Allah yg jagakan anak2 🙂

  7. Sihat Ceria Avatar

    Perkongsian yang bagus…boleh dijadikan motivasi.

    1. admin Avatar
      admin

      mudah-mudahan bermanfaat

  8. zaleha Avatar

    Setuju coretan akak.
    Sy juga berhenti kerja antara sebabnya nk lakukan byk perkara yg sy suka. Cuma sy msh lg belum capai kebebasan kewangan secara total spt mana akak & master2 yg lain. In shaa Allah i will be in that position too.

    1. admin Avatar
      admin

      Leha dah selangkah ke sana, sikiiiit je lagi tu

  9. Firdaus Azizi Avatar

    Mantap. Tahniah dan semoga semakin sukses 🙂

    1. admin Avatar
      admin

      Terima kasih FA. Buat kalian jua doa yg sama 🙂

  10. hafiz Avatar
    hafiz

    Terdetik hati nak klik link walopun jarang baca blog.
    Sy sndiri jg baru berhenti kerja dan membuat Coway sepenuh masa. Masih diperingkat adapat dengan jadual harian baru.
    Semoga pn dan kita semua dipermudajkan urusan. Tq atas sharing

    1. admin Avatar
      admin

      mudah-mudahan dipermudahkan buat Tuan Hafiz. kalau ada offer Coway jgn lupa kabor.

  11. Rose Avatar

    Sy ambil terlalu lama utk urus masa sehingga kini masih belum dpt utk menepatinye..sy sedar kelemahan tu dri diri sendiri..mohe Allah kuatkan semangat sy utk terus berusaha.

    1. admin Avatar
      admin

      positif selalu, insya-Allah. hanya kita boleh kawal minda kita.

  12. jida Avatar

    Setuju sgt..Pengurusan masa mmg penting..Story master mmg inspiring..tq!

    1. admin Avatar
      admin

      mudah-mudahan boleh beri manfaat 🙂

  13. emalin mohd Avatar

    Thanks..deep..
    Tak semestinya berhenti kerja dulu untuk dapatkan active income dari sumber lain. (Pahat dalam fikiran kuat-kuat) Thanks

    1. admin Avatar
      admin

      semua atas pilihan & kekangan masing2, tak gitu 🙂

  14. Raihanah Ahmad Avatar

    bestnya so inspiring tulisan ni, harapnya k anah pun dapat merasa jadi WAHM dengan Shaklee

  15. imah Avatar

    Walau apa pun kita buat je apa-apa pun yg kita minat dan bermanfaat utk kita & family..insyallah, segala nya akan terbalas dgn kemanisan…bila lihat anak2 dibesarkan depan mata

  16. Fieda roni Avatar

    Nice sharing..mmg best dpt bekerja sendiri & fokus lebih utk ank2…tahniah!

Leave a Reply to Rose Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge