Kenapa Blogger Malaysia Tak Buat Duit Dengan Google Adsense

Buat duit dengan Google Adsense, ini adalah kesinambungan dari entry saya yang lalu tentang Duit Dengan Blog – Google Adsense atau Nuffnang?

Sesiapa yang dah baca entry berkenaan mungkin dah boleh agak kenapa blog peribadi mereka tidak dapat menjana kewangan dari Google Adsense (atau dengan Nuffnang sekalipun?).

Di sini saya ada beberapa tips untuk dikongsikan untuk buat duit dengan Google Adsense.

1. Memahami bagaimana Google Adsense bekerja.

Saya pernah encounter satu soalan di sebuah forum (maaf saya lupa forum yang mana), OK sebenarnya dah banyak kali even terbaca dalam beberapa entry blog. Yakni soalan yang berupa “Saya dah letak code Google Adsense tapi kenapa tak jalan-jalan pun duitnya?”.

Google Adsense adalah sebuah advertising company (sama cam Nuffnang, Innity, Advertlets, etc) yang menjadi ‘orang tengah’ antara advertiser dengan publisher (blogger). Konsep buat duit dengan mereka ni adalah CPC, CPM, CPE, CPA…. OK kita ambil satulah supaya lebih faham iaitu CPC (cost-per-click). Cost per click maksudnya untuk setiap klik pada iklan Adsense, advertiser akan bayar certain amount kepada ads company berkenaan dan seterusnya kepada blogger.

So, mesti mendapatkan klik pada link Google Adsense di blog anda untuk menjana pendapatan.

Yang keduanya, blog baru naik semalam, tapi expect hari ni dah dapat duit.

It wont work as such. Again, ads company ni bukan badan kebajikan yang mengagihkan wang kepada blogger. Kena work hard and work smart. Rajin-rajin belajar ya. Ramai orang jadi jutawan dengan Google Adsense tapi ia bukan skim cepat kaya. So jangan expect ia begitu mudah.

2. Menulis blog yang ada niche

Niche blog dengan kata mudah ialah fokus blog kita. Fokus ni bukan sekadar ‘fokus blog saya ialah kepada  cerita keluarga’, kerana ia perlu spesifik lagi. Tujuan niche blogging antaranya ialah untuk menjadikan blog kita unik dari blog-blog lain. Misalnya, semua orang tulis blog tentang masakan. Tapi ada sorang blogger boleh tulis tentang ‘resepi masakan barat yang mudah untuk orang sibuk’. Itulah yang dinamakan niche. Umpama sebuah butik designer yang hanya menjual barang2 jenama Burberry (contoh), jadi peminat Burberry tahu nak cari Burberry pegi sana. Berbanding sebuah supermarket/hypermarket yang jual macam-macam. Orang yang nak cari Burberry dengan cepat mungkin tak terfikir nak geledah supermarket tu cari beg Burberry, walaupun mungkin ada, lebih baik dia pergi ke butiknya terus, confirm ada.

Jadi, pembaca yang ingin tahu tentang ‘resepi masakan barat yang mudah untuk orang sibuk’, tahu nak cari tentang benda tu adalah di blog kita.

3. Jadi pakar

Bila tulis blog tentang resepi barat yang mudah tentang orang sibuk, maka tulislah tentang resepi barat dan kaitkannya dengan orang sibuk, walaupun kita tak berapa sibuk. Menulis biar kena dengan tema, misalnya orang sibuk tak banyak masa nak masak, jadi janganlah bagi resepi yang kena spend 4 jam di dapur. Dan kena yakin dengan apa yang kita tulis. Supaya pembaca pun dapat rasa ‘vibration’ dari tulisan kita. Kalau nak tulis tentang resepi barat, tapi stepnya kita tak ingat, mungkin pembaca dah tak datang blog kita lagi. Buang masa mereka saja.

4. Bijak merancang dan sedia untuk belajar

Buat duit dengan Google Adsense tidak straightforward. Lots of sweat and tear, cewah. Misalnya penggunaan keyword. Kalau saya taip ‘blog mysuperkids’, dah sah2 blog ni muncul no. 1 di Google, tapi itu bukan petanda keyword itu bagus dengan blog ini, kerana yang search keyword tu dan sampai ke blog ini cuma saya sorang saja. Jadi keyword yang digunakan mestilah satu keyword yang hot. Ini ada kaitan dengan niche blogging tadi. Sebab kalau kita search ‘susu ibu’, banyak blog2 dan website yang hebat2 dah conquer first page. That’s why kita kena cari niche, misalnya ‘cara simpan susu ibu bagi ibu bekerja’.

Jadi kena banyak belajar dan rajin buat research atau kita akan kekal syok sendiri saja.

5. Menulis content yang original, tak mainlah cetak rompak!

Jangan copy entry orang atau ambil dari mana-mana website. Google boleh penalize kalau kita buat macam ni. Google suka entry yang fresh, original dan unik. Kalau tak reti nak menulis entry yang baik, boleh upah orang tuliskan untuk kita. Tapi sebelum itu mestilah master beberapa perkara asas dalam Google Adsense. Jangan habis duit upah orang tulis entry, tapi incomenya langsung tak ada.

Tapi kalau anda cuma menulis blog secara suka-suka, saja nak share dengan rakyat Malaysia, tak payahlah nak stress dengan income dari kerja2 blogging. Biaq pi lah blogger lain bawa balik cek ribu-ribu. Atau mungkin kita boleh berguru dengan orang berkenaan. Kalau kita sendiri pun malas nak buat kerja yang renyah2, just enjoy blogging ;)

*Topik ni akan dicover dalam WoHoWo Mom Workshop Series.

29 thoughts on “Kenapa Blogger Malaysia Tak Buat Duit Dengan Google Adsense”

  1. dunia hari ini menawarkan duit kat mana-mana sahaja. lebih-lebih lagi untuk golongan yang bijak memanfaatkan penggunaan internet. nak dengan tak nak sahaja. tapi macam kata lyna tadilah, kalau setakat nak sahaja tak berserta ilmu, makanya usaha 10 tahun pun tak jadi jadi jugak. ada orang usaha 3 bulan dah berjalan. ilmu itu penting!
    Cinta Super´s menulis tentang ..Manglish – Consistent MistakesMy Profile

  2. hi mommy lyna, alhamdulillah so far earning google adsense maintain setelah hampir 3 tahun…tapi memula tu memang kena banyak bersabar…mcm mommy lyna cakap kat atas tu jgn ingat hari create blog esok duit masuk…kena makan masa dan usaha gigih..lepas tu insyallah duit akan masuk.

  3. Bro, nk tnya..kn masa kte nk register google ads ni kne pilih website language kn…So, jika website tersebut menggunakan bahasa melayu..macam mana? sebab pilihan dalam on9 form google ads tu takde pn malay languange..indonesian pn xd..cmne tu bro? ker bro amek english-english? dia tetap accept jgk ker?
    Fakhrul´s menulis tentang ..Facebook Itu Peribadi!My Profile

  4. hr 2 sy ada register utk google adsense tp x approve la sebab bahasa kot…maknay kne guna bi dulu pastu dah approve guna la bm balik ya..itu mcm ke?????

  5. yeap..register guna BI dulu lepas tu boleh guna BM…tapi biasa guna BM punya rate pr click dia rendah…baik concentrate buat blog BI yg rate per click dia tinggi.

  6. Saya udah 2 kali daftar google adsense, tapi selalu ditolak dengan alasan konten blog yang tidak sesuai. Padahal, Saya dah mati-matian membuat kontent yang khusus satu tema. Ada masukan ? Oh ya, terima kasih juga atas pencerahannya.
    Jajat´s menulis tentang ..Buat FBMy Profile

  7. Salam Mummy Lyna,

    Eh yer ker? Saya nak tambah lah google Adsense..any link..Hahaha serious baru start blogging. Belajar sikit demi sikit. Page saya takde la hebat mcm Mummy Lyna. Bole tak tunjjuk in details cara untuk add Google Adsense kat blog?

    Oh yer! Hello Mummies/Bloggers out there. I am a new blogger. Baru nak start mula2 nak blog di alam maya ni. I would love to know all of you and be my online friend. We could change stories and experience too. =)

    1) http://elqashrinqaisara.blogspot.com –> all about me as a single mom who raised a daughter by myself and had my 9 month journey alone without husband. Please do view, comment and follow my blog. Ok?

    2) http://prelovedbabyqueen.blogspot.com —> I have few used baby dress/shoes/etc that is still 100% in good condition and NEW item too.

    3) http://queensenterprise.blogspot.com —> New Kaftan & Jubah for Hari Raya.

    Have a nice day to all of you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge