Kelab Andartu Terlampau

admin Avatar

Masa saya kecik2 dulu, saya rasa umur paling sesuai untuk berkahwin adalah 24 tahun. Dan bila dah melewati umur 27 tahun sudah dikira andartu (anak dara tua) atau lagi sedap andalusia (anak dara lanjut usia). Tapi semakin besar saya semakin memahami kehendak duniawi yang memerlukan seorang perempuan belajar sampai umur 24 tahun, cari duit sikit bantu family, bina karier dan cita2, kemudian baru settle.

Dulu bila kawan2 tanya “Bila kau nak kahwin?” Saya jawab “Umur 27” sebab saya rasa saya tak mungkin dapat kahwin lebih awal dari tu, sebab saya 1) tak cantik, 2) gemuk, 3) pendek, 4) takde duit, 5) tak pandai sangat, 6) takde orang nak. Sebab no. itu yang paling kukuh LOL. Eh.. macam la bila dah umur 27 tiba2 jadi cantik, kurus, tinggi, kaya, pandai dan ada orang ngoraaattt. Bajeeettt.

Tapi takdir Allah mengatasi segala2nya. Akhirnya saya menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun dalam keadaan yang cantik, kurus, masih pendek, ada duit sikit,lebih pandai dari biasa dan ada orang nak kat saya, LOL.

Namun di usia 28 tahun ni, masih ramai rakan2 saya yang belum berumahtangga. Malah masih ada yang di bangku universiti. Tapi saya rasa zaman millenium ni, umur 30 pun belum dikira andartu. Seriously ramai kawan2 saya yang dah melewati usia 30-an tapi masih beronggeng tanpa perlu fikirkan tentang suami dan anak.

Boleh ke hidup sendiri tanpa suami?

Dari seorang senior saya dulu, saya masih ingat lagi sampai sekarang. Kata beliau, perempuan ni bila masuk usia 20-an, mula la rasa gatal nak menikah la, nak bercinta la (kalau sebelum tu memang dah gatal, masuk usia 20-an ni bertambah gatal tahap gersang). Tapi kalau dibiarkan macam tu, maknanya tetap single sampai usia melewati 25 tahun, lama2 dah takde perasaan tu. Dan mungkin dah tak ada perasaan langsung nak hidup berpasangan.

Saya pun tak pasti, sebab saya nikah sebelum umur 25 😀

Tapi adik perempuan saya sekarang umurnya 25 tahun. Dia pernah bagitahu saya yang dia memang dah tak ada rasa nak menikah. Dia lagi enjoy dengan kehidupan sebagai bakal doktor dari fikirkan soal hidup berkeluarga.

Apakah?

Saya rasa ada benarnya. Kalau difikir secara logik, yakni bukan dari sudut pandang syariat, bila seseorang perempuan tu makin matang, dia makin berdikari, dan makin rasa tak perlu bergantung kepada sesiapa. Bila dah takde rasa perlu bergantung kepada sesiapa, buat apa nak berpasangan?

negeri Kelantan menetapkan usia 16 tahun sebagai umur minima seorang perempuan untuk berkahwin, below that dikira bawah umur. 16 tahun adalah sesuai dengan saranan agama yang memasukkan antara perkara yang boleh dilakukan tergesa2 ialah menikahkan anak perempuan setelah dia berumur 16 tahun.

Memang logik seorang perempuan berkahwin pada usia awal 20-an atau baru2 nak masuk 20-an, kerana bila sampai saat mengalami ‘jiwa gersang’, dia dah bersuami dan boleh menyiram kegersangan tuh.

Tapi kan bila perempuan kahwin lambat atatu tak kahwin2,banyak jari menunding kepada perempuan saja:

  1. Terlalu pentingkan diri sendiri.
  2. Pentingkan kerjaya.
  3. Terlalu fikir duaniwi.
  4. Memilih sangat.
  5. Nak mengatasi lelaki.
  6. etc.

Tapi kalau tengok dunia hari ni memang logik perempuan kahwin lambat atau tak kahwin2.

  1. Lebih ramai lelaki tak berguna dari yang baik2.
  2. Lebih ramai yang suka one night stand dari yang nak nikah betul2.
  3. Lebih ramai yang suka berpeleseran dari bekerja keras memperbaiki mutu kehidupan.
  4. etc.

Jangan le salahkan perempuan kalau dia jadi andartu. Terpaksa OK. LOL. Mungkin juga yang tak kahwin/belum kahwin ni ada mengalami salah satu dari di bawah:-

  1. Fobia sebab pernah kena tipu dengan jantan.
  2. Rasa takut bila melihat orang2 keliling dia kena dera, pukul, sergah dengan suami.
  3. Ada rahsia yang tersimpan dan takut bila berkahwin akan terbongkar dan megaibkan idup dia.
  4. Takut nak kahwin sebab takut tersilap buat pilihan.
  5. Tak ada perasaan sebab yang datang pinang semua yang tak abis sekolah sedangkan dia ada phD.
  6. Tension bila dengar keluhan2 kawan2 yang dah kahwin dan tak habis2 gaduh dengan suami.
  7. etc.

Apa-apapun semuanya bertimbal balik pada setiap orang. Tapi tak adil OK sikit2 salahkan perempuan. Lambat kahwin dikata memilih. tak dapat anak, dikata mandul. Bila menjanda, dipandang serong. Lelaki memang selamat aje. Tapi takpe,atas dunia je dia selamat 🙂

admin Avatar

63 responses to “Kelab Andartu Terlampau”

  1. knv Avatar
    knv

    i’m 34 this year. dan some of my best friends masih solo sehingga sekarang. walaupun tahu some of them macam desperate nak berkahwin, saya selalu nasihatkan, daripada kahwin laki orang, lelaki pemalas, lelaki suka amik kesempatan, etc maka adalah lebih baik single. berapa ramai pasangan yang dah berkahwin kat luar tu wished that they were single.

    antara perkara logik yang boleh diketengahkan untuk pujuk hati orang2 solo.

    well, sometimes apa yang kita inginkan sangat2 tu bukannya elok pun untuk kita.

    wallahu’alam.
    .-= knv´s last blog ..7 months =-.

    1. sarah Avatar
      sarah

      agreed. i am 28 now & baru jer kawin 3 bln…sebelum ni pernah fikir utk hidup membujang, sebabnya takut tgk kegagalan rumah tangga org lain, rasa lbh selamat hidup membujang…alhamdulillah, bertemu pasangan yg sesuai dan sangat bersyukur dgn perkahwinan ini. tapi bila kwn2 yg masih bujang minta nasihat, saya tetap ingatkn mereka utk pilih betul2 dan jgn tergesa2 utk kawin, kelak menyesal seumur hidup dan maruah diri tergadai, kita boleh pilih sehabis baik selagi blm kawin, once dah kawin, kena terima saja apa yg ada, seboleh mungkin elakkan penceraian, kerana itu adalah perkara halal yg paling dibenci Allah…

    2. Mail Avatar
      Mail

      *Urutan kesihatan lelaki* utk wanita yang suka urutan yang kuat…servis memuaskan, (k.lumpur dn lembah klang shj).
      *ATAU* sosial escort service dlm dn luar negeri..

      *Whatsapp shj*
      01121096737

  2. yong Avatar

    hehe..bu Lyna benar sekali dong 🙂

    kawan saya kata, zaman sekarang ni, umur 50 baru dikira andartu..hehe
    .-= yong´s last blog ..Aku dah tua ke? =-.

  3. mama|sarah|syimir Avatar

    mommy lyna, skrg ni mmg tak pasti sgt umur berapa blh dikategorikan andartu ni…walaupun bila dah mencecah umur 24-25 dah blh kawen, masa tu mmg br btol2 nak mulakan hidup bila habis belajar,masa tu la nk membalas jasa mak bapak (dpt beri elaun bulanan), masa tu la br nak bayo loan belajar (bg yg tak dpt scholarship), br nak berkereta & mcm2 lg la…kalo di tpt keje mmg tak terasa la peningkatan umur tu..30-an blom kawen pun ok lg…tp slalunya jadik stress bila ada sesia soaljawab bl ada majlis2 keramaian..jupe la segala jenis org….
    psst: ku kawen umur 25…ihiksss….serius la masa tu sgt bersederhana la, takdela dpt berangan photoshoot best2 ribu riban hired photographer tu…huhuuu…
    .-= mama|sarah|syimir´s last blog ..sebelum & sekarang =-.

  4. temp. housewife Avatar

    Knur kawin umur 25. masa mula2 kerja dulu (kat USM) umur 23, antara yg paling muda kat Pusat Bhs tu. Masa tu ada kwn2 yg lebih tua 3,4 thn yg masih bujang. mmg ada yg bukan memilih sgt atau mengada2 tak nak kawin tapi kalau ada yg nak kawin dgn diaorg tu nak hidup disara isteri apa cerita kan. Mmg moral of the story biarlah mereka (andartu) memilih cara hidup yg mereka rasa lebih selesa. Kalau nak tolong2 carikan pasangan yg sesuai utk mereka pun lg bagus kan.

  5. eT Avatar

    mungkin perempuan rasa dah boleh hidup berdikari tanpa bantuan si suami kan bila dah berumur nih…huhu
    .-= eT´s last blog ..kelam kabut…. =-.

  6. Zety Avatar

    masa kecik2 dulu saya berangan nak kawen umur 20. hahahaha. gila awal lah. bajet ada orang nak la tuh konon (padahal takde pun).

    bab tak kahwin ni, mak-mak sedara saya ada juga yang sampai sekarang masih single. umur dah 50-60 pun ada. kesian jugak tengok diorang. tapi tak tau lah, mungkin belum jumpa jodoh.

    ada sorang makcik saya kawen umur 50. Alhamdulillah bahagia sampai sekarang.
    .-= Zety´s last blog ..Kepada Pengguna Jalan Raya Kajang – PJ/Shah Alam =-.

  7. lina Avatar
    lina

    My both sis in laws belum kawin lagi ..Tapi beza umur tak banyak 35 & 36 …
    Mmg kalau jumpa sedara mara ..takde soklan lain , melainkan ‘biler nak makan nasi minyak ni ?”
    Camler senang benar perkara kawin2 nih yer ..Buleh saya katakan mungkin tiada jodoh lagi , sebab musabab sebenar x pasti , tapi saya dapat rasa mereka masih ade keinginan untuk berkawin ..

  8. laila Avatar

    wowww.. awal juga u kawen lyna.. hehehe… i dulu pun konon2 nk kawen 27 laa.. umur plg ideal sbb abos belajar pun dh 24… kononnya laaa… jodoh tak sampai2.. sehinggalah 29… alhamdulillah… wpun ramai yg ckp sy dh LAMBAT kawen, tp sy rasa umur tu ngam2 dgn kebersediaan sy mjadi isteri-ibu… sy percaya apa yg direncanakan ALLAH tu kan yg terbaik utk hambaNYA…
    ramai juga kawan kat ofis yg memilih utk single je sbb tak jumpa lelaki yg benar2 berkenan di hati & takut bila dgr pengalaman kawen kawan2 yg kurang bahagia….
    .-= laila´s last blog ..JANGAN underestimate kebolehan kanak2 (anak2) =-.

  9. suealeen Avatar

    cara senior Lyna cakap tu sama macam mak akak cakap, “orang perempuan ni gatalnya dalam lingkungan 20-25 tahun je. pastu hilang dah gatai tu”. ye la kot.. pasai akak sendiri kawin pada usia 25 tahun. huhuhu…

    sepupu akak yang sebaya belum kahwin sampai sekarang ni. belajar sampai PhD (tu gamak orang tak berani dekat tu).
    .-= suealeen´s last blog ..Bicara anak-anak… =-.

  10. Wan Anie Avatar

    Saya pun kawin masa umo 24 tahun, rasanya masih muda sangat sebab baru setahun lebih kerja…. jika difikirkan perlu diutamakan kerjaya dan keluarga (parent) dulu sebelum kawin.

    nak wat cane, duk ada org mengorat dari lepas spm lagi haha 😀 parent pun suh kawin cepat, yerlah mungkin dah jodoh jugakkan…

    tahun ni walaupun dah melewati 30 ada kawan yang baru kawin dan masih ada yg belum dan kebanyakan yg bujang sgt berjaya dlm karier mereka.
    .-= Wan Anie´s last blog ..Coolababy Cloth Diapers :Review =-.

  11. Shareen Avatar

    Betul tuh. Atas dunia ni jer selamat. Dunia seterusnya??

    I ada 3 contoh orang yang umur masuk kategori “andartu” nie… Alasan Si A, mahu membantu keluarga (dia anak sulung) dan tiada siapa yang serius nak masuk meminang.

    Alasan si B, nak kejar kerjaya sebab dah penat belajar masuk U tinggi-tinggi, nak rasa enjoy duit sendiri.

    Alasan si C, dapat boyfriend pun jenis tak boleh pakai, bergantung semua kat dia jer, sampai duit belanja pergi kerja pun dia kena tanggung. Terus cancel nak nikah.

    So how?
    .-= Shareen´s last blog ..Presenting.. my gorgeous Snugg Mei Tai! =-.

  12. kambingbujang Avatar

    huda lak dulu kunon pun nk kawin bler umur 27 tp at last kawin maser umur 23thn. hubby lak maser tue 24. alhamdulillah dua2 family pun..tp yela sbb baru jer keje, so duit saving pun tak byk, so kenduri pun xder la grand2 ader outdoor photshot segala..

    maser kasik invitation card kt office sume terkejut huda nak kawin sbb umur br 23 then hubby lak 24thn. dorang tnyer tak nyesal ke nanti kawin awal sbb dorang umur early 30’s pun ader yg blum kawin.

    tak nyesal la kawin awal, sbb lani ader yg dah 30’s blum kawin2 lg.. n tgh mengelabah bler sbb xder pasangan tuk kawin.. erhmmmm

  13. darkbatman Avatar

    haha..btol3..xperlu salahkan pompuan.. skg ne org dh xksh sgt andartu o x..yg penting bahagia..

  14. ayuarjuna Avatar

    saya antara spesis wanita yang berkahwin awal..abis degree terus kahwin….apa yang saya perhatikan dari pengalaman keluarga sendiri..adk saya dua2 tak kahwin sorang dah nak masuk 30 sorang dah 27…mereka memang mantap dari segi kerjaya…nak kata teman istimewa ada yang berkawan lama mencecah 5 tahun ended-up putus macam tu jer…1. alasan pertama mereka merasakan mereka boleh independent sendiri tidak memerlukan lelaki dalam hidup…2. merasakan kebanyakan lelaki kurang bersedia dari emosi dan fizikal untuk menjadi suami…3. berada dalam zon yang selesa..bila nak keluar boleh keluar bila2 masa tanpa minta izin… 4. memang jenis tak suka duk rumah, buat kerja rumah…5. workholic….6. merasakan mereka bukanlah andartu walaupun umur meninjak 30…tak heran langsung bila sedara mara tanya bila nak kahwin..bila nak kahwin…memandangkan ramai sangat sepupu yang lebih kurang sebaya tak kahwin2…
    tapi yang kesian ibu-bapa kita lah…duk pening kepala…anak perempuan dah besar panjang tak menikoh2…(kiranya tanggungjawab tak lepas lagi) 🙁
    .-= ayuarjuna´s last blog ..New Rubber for Dugong… Yeay! =-.

  15. Hanz Avatar

    When my boss asked me at what age i got married & I answered at 26, he replied, “Why so EARLY? errrkkkk apakah usia 26 tahun itu dikategorikan awal? Hemmm..bila difikirkan balik, dia berbangsa Cina & rata2, pompuan Cina percentage kawin lewat dikala umur dah masuk 30 tahun ke atas dah terlalu biasa & sekarang ni ramai pompuan Melayu pun camtu.

    My college friends & even school friends pun ramai yang tak kawin lagi exactly at my age (30s), macam aritu, diaorang buat gathering disebabkan ramai ehem, ynag single-mingle, kena buat gathering yang gempak melibatkan aktiviti pelbagai, yelah..pada yang keluarga, anak berderet mana nak aktif sakan sebab nak mengejar anak jer so in the end, me tak join gathering tu sebab kecik hati, diaorang tak consider kengkawan yang masih ada anak2 kecil..diaorang tahu nak enjoy jer..kalu kengkawan anak2 yang dah sekolah bolehlah turut serta aktiviti..itulah sometimes, terlintas di hati, yang single-mingle tu belum ada sifat keibuan lagi so nak memahami keadaan orang yang dah berkeluarga agak sukar kut.

  16. salzahari Avatar
    salzahari

    i pun x pandang negatif sgt pompuan yg kahwin lewat…i agree kata lyna, sbb tak jumpa org yg sesuai, takut nak hadapi hidup ber2 (mlsh berganda) dan juga dah rasa tak perlu beragntung,My ex housemates ada 3 org yg belum kahwin, aged dah 32 and 34.masing2 kerja and i know, they wait for right person dan juga sbb2 lain tu! emm…tapi kdg2 kita tak sure 100% kita bersedia jika kita hanya dengar cerita org je. Hanya Allah yg tahu apa terbaik utk kita dan kemampuan kita !!

  17. Along Avatar
    Along

    Heee…tersenyum sendiri baca entri ni. My friends ada a few yang sama umur, blum kawin, blum ada bf pun. Tak jadi hal. Along kawin umur 25 sebab 1) dah ada calon 2) dah cukup duit 😀 3) keluarga dah sokong 4) dah start keje. I guess bila dah ready and wahyu dah mai, kawin la kot. Tapi as always, pompuan kena pressure. Nanti dah tua, susah nak ngandung la…susah nak beranak la…kenapa yek, lelaki makin tua, makin naik saham (bleh pakai ke lagi statement ni?)…asal pompuan x macam tu? Contoh Demi Moore, Susan Sarandon…minah jaguar, dapat laki muda. Hmm, contoh yang diber pun minah salleh…ada contoh melayu x? Oya…Rita Rudaini…:D.

  18. mommy nadia Avatar

    mcm saya, umur 27 baru boleh kawen,walaupun dah couple 6 yrs pd masa tu..
    tp sb nak kena kumpul duit dulu,baru la mampu..ikutkan grad teruh nak kawen,tp apa kan daya huhuhu 🙂

    my frenz at my age (last year to celebrate digit 2 infront..),ada belum kawen..bukan memilih tapi jodoh tak sesuai..
    senang cte,kalau dkt U tkjumpa, possibility time keje nak jumpa,susah..
    sb yg laki2 kt U awal2 diorang dah cari n booking..camane??

    ape2 pun jodoh ditangan Allah..tp still kena berusaha kan??
    .-= mommy nadia´s last blog ..OFF LIMIT!!! =-.

  19. isabelle Avatar

    i setuju sgt2 dgn semua fakta tu.
    dulu i ingat nak kawin plg lmbt umur 25. sekali umur 25 pun x kawin lagi…hahahaha.
    bajet diri tu laku sgt la sbb byk bf. tapi bf hampess semua 😛
    .-= isabelle´s last blog ..Mama is not Mami =-.

  20. LeeN Avatar

    btul la. leen dr zaman berakal dulu, dah set dalam otak.. by 25 tak kira mesti kawen jugak sbb 26 rasanya dah lambat sgt dh tu kalo tak kawen2 lagi. siap ckp kat mak tu kalo by 25 takde calon, kawen kan je.. (gilos). tp alhamdulillah, umo 25 mmg kawen dan pilihan ati seniri.. muahahahaha..
    .-= LeeN´s last blog ..bayi tersedak, sesuatu yang menakutkan setelah melihatnya sendiri =-.

  21. Asiah Abd Jalil Avatar

    Saya kahwin umur 19, masa tu suami saya umur 20. 🙂 Bukan sebab gatal, tapi sebab nak jaga agama. Alhamdulillah, banyak rahmat Allah yang kami perolehi sepanjang perjalanan rumah tangga kami ni. Ayah saya pesan, kalau kita conform dengan agama, Insya Allah semua benda dalam hidup kita Allah akan berkati.

    Saya rasa perempuan yang kahwin lewat ni, diorang dah missed banyak pahala. Pahala berbakti pada suami, pahala mengandung, pahala menyusukan anak, pahala jaga anak, pahala jaga hati keluarga mertua, etc. Okay, boleh aje nak kahwin lambat, nanti dah kahwin, kumpullah semua pahala tu.

    Tapi macam mana pulak kalau sebab kahwin lewat, kita asyik dok kumpul dosa? Tukar-tukar boyfriend sebab nak screen dulu yang mana sesuai, keluar rumah suka-suka hati tak ikut syariat, pakai baju seksi-seksi sebab takde siapa nak marah, etc.

    Tapi saya rasa, paling malang kalau kahwin awal, tapi perkahwinan tu hanya tambah mendekatkan kita dengan pintu neraka. Asyik derhaka bergaduh dengan suami, suami jenis sama-sama subahat ajak kita buat dosa, etc.

    So, baiklah jadi anak dara single yang solehah daripada jadi isteri derhaka…

  22. Sue Avatar

    Emm… mungkin ada betulnya apa yg diutarakan di sini… Macam saya masa kawin umur baru 21 thn 1 di U, suami umur 22 thn… sekarang anak yg tua dah darjah 2 dan yg ke-2 umur 3thn… Belah suami semua dah kawin & suami yang paling last walaupun anak no.2 bungsu.

    Saya pula anak yg tua dan adik-beradk yang lain semua pun belum berkahwin. No. 2 lelaki umur 27thn, emm… susah nak kata, kerja jauh di Bintulu. Kalau balik bercuti pun lepak rumah jer (offshore). No.3 ni perempuan umur 25thn, pun susah nak kata… Teman lelaki memang x pernah dengar, lgpun jenis yg keras orangnya (engineer)… No.4 bungsu ni pun perempuan umur 24thn, best fren lelaki adalah tp yg special memang x da. Thn ni abiskan master sbb tahun dpn nak sambung phd… Bapa pun dah geleng kepala..

    Saya jer yang kahwin awal, entah la masa U sebok pla nak bercintan-cintun nie… 🙂 Adik-beradik yg lain sebok kejar kerjaya, saya sebok kejar anak-anak kat rumah… uhuk!

  23. rina Avatar
    rina

    saya berulang2 kali dpt soalan yg sama ni dr sorang kawan..she got a steady bf but somehow reluctant to commit..soalan dia:
    1- mcm mana ko tau yg si A (my husband) is the one?

    puas kita describe but still tak(belum) membantu mempercepatkan process utk dia n bf dia 😛
    but I am sure she has her own reason. Doakan yg terbaik utk org2 mcm ni.

  24. Sha Naz Avatar

    Hi…baru2 ni saya terjumpa website ini..sekadar mengisi lapang ataupun mengetahui apa2 yang patut saya tahu diluar sana. Mcm2 pandangan dr pelbagai sudut yang diberi mengenai perkahwinan lewat dikalangan wanita. Saya pun sama dgn anda yang belum berkahwin. Luahan saya…bkn tak mahu berkahwin. Saya anak sulung dr kalangan beradik yang tidak pun ramai. Ibu pula ibu tunggal untuk sekian lama iaitu sejak kami kecil. Saya belajar tidak pandai tetapi ada cita2. Kasiankan ibu..saya lupakan soal menyambung pelajaran. Dengan sedikit ilmu, saya bekerja tetapi semangat untuk belajar masih ada tetapi lama2 kelamaan …saya lupakan terus kerana keperluan adik lebih utama. Saya pernah bercinta tetapi tiada jodoh sampai sehingga saya serik. Putus cinta atas sebab tiada kemampuan dr segi kewangan, mereka pilih wanita lain dan berlainan agama. Saya fikir, lebih baik saya menjaga kerjaya saya daripada saya terus mengharapkan perkahwinan yang belum tentu memberi saya kebahagian. Pada saya gelaran andartu hanya simbol gelaran spt juga janda atau duda dan anak2 yatim. Ianya tidak membawa sebarang makna jika kita pandai menjaga diri sendiri dan yang paling utama kita bahagia dengan hidup sendiri. Tetapi, saya percaya kita manusia dicipta berpasang2an. Tidak kira pada usia bila anda semua berkahwin, ianya takdir dan jodoh. Terpulanglah kepada kita semua mengemudi hidup sendiri samada secara bersendirian mahupun berpasangan kerana kita disempurnakan dgn akal. Memanglah kami yang tidak berkahwin ini rugi kerana tidak berpeluang mendapat pahala spt anda yang berkahwin, tetapi bumi Allah ini luas untuk kita memperoleh ganjaran pahalaNYA. Insyallah. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan dgn anda semua. Maafkan saya jika terdapat kekasaran bahasa. Harapan dan doa saya, mudah2an anda yg belum berumahtangga spt saya, akan mendpt pasangan yang anda idam2kan dan berbahagia selalu hendaknya. Wassalam.

    1. bujanglapok46 Avatar

      awak banyak lalui asam garam hidup…saya suka nak tahu lebih dekat tentang awak…sila emal saya…aloev165@gmail.com

  25. safiyah Avatar
    safiyah

    memang betul..asyik-asyik salahkan wanita bila kahwin lewat atau tak kahwin langsung…zaman sekarang ni sukar dapat lelaki yang berkualiti…yang menyusahkan isteri…ramai le…harap duit gaji isteri aje…yang perempuan yang dah kawin tu pun asyik dok kutuk perempuan yang tak kawin tapi dia yang dah kawin pun tak bahagia…asyik bergaduh dengan suami siang malam…apa hal pulak????

  26. arffleh Avatar
    arffleh

    ye lah tu…yelah tu,…hidup ni mcm2 hal di dunia golongan geladangan pun ada…ada terlajak usia,terlajak tak kawin..mmm jika di fikirkan pun ada faedah bersama tapi kata orng cara untuk mengatasinye tu lah yg lebih penting dripada mengadakan kisah nie..ada kala hidup ni tak semeriah anak orng kaya tpi tpi siapapun tak mintak jadi seolah hidup tiada *Penghujung* nya.

    1. Siti emas Avatar
      Siti emas

      Kelakar la komen ni.. Tak faham beb

  27. cikwanicute Avatar
    cikwanicute

    memang best la post ni.. i likee~

    sy dulu pon target 24-25 cmtu elok sgt la nk kawen. tp skg da umo 27, xgak nk kawen. bkn xda yg nk@xlaku, tp bile pk blik psl tanggungjwb nk jd isteri tu yg membuatkan plan tu jd terbantut. sudahnya that current bf pon tinggalkan sy sbb die rase baik die cr girl yg da ready nk jaga makn minum die. so, watever la.

    n btol la, bile da past that age (25), feeling nk kawen tu da lari langsung. skg bile org dok tya bile sy nak kawen, sy jd blur. maybe da pnat kot nk jawab.

    susah nak cari lelaki yang mampu bimbing kite dunia-akhirat. kalau ade pon suami orang la. bukan jenis sy nak sebat husband org ni. kalau suami orang tu nak kat sy, meaning die bukan la kategori lelaki yang baik, tol x?

    lgpon, sape kate pompuan tak kawen tu amik kesempatan kua ikut ske, pkai seksi, etc. rmai je yg dok umah, kua pon psl nk g kje je. nk kua pon jga aurat. kat ctu pon pahala kn?

    so basically, andartu is not a crime. juga bukan way of life. cuma kawen lambat sebab Allah janjikan itulah yang terbaik untuk die, dan itulah yang sy percaya. Wallahualam~

  28. Nur Avatar
    Nur

    seronok baca komen-komen kat sini tapi tak seorang pun yang bagi komen menjadi andartu itu rahmat Allah swt. Bukan berkahwin je yang dapat rahmat tapi yang tak berkahwin pun dapat rahmat jugak. Pernah tak baca cerita-cerita nabi…pernah seorang perempuan berjumpa nabi saw bertanyakan apakah tanggungjawab2 yang perlu di pikul perempuan yang akan berkahwin yang akan bergelar isteri dan ibu…maka nabi saw pun menghuraikan tanggungjawab2 yang perlu di pikul…mendengarkan huraian nabi saw perempuan itu berasa tanggungjawab terlalu berat dan rasa tak mampu memikulnya dan menyatakan hasrat untuk tidak berkahwin. Nabi saw tidak pula menegahnya…Menjadi isteri dan ibu bukan untuk seronok2 tapi penuh dengan amanah dan tanggungjawab kelak kita akan di tanya dan di hisab….bagi yang masih belum berkahwin di usia yang telah meningkat janganlah berasa tertekan kerana cinta Allah swt itu mengatasi cinta manusia….cintai lah Allah sepenuh jiwa…bentuk diri jadi wanita solehah….jaga perlakuan, tingkatkan ilmu dunia tingkatkan ilmu akhirat berbakti pada kedua ibubapa berbuat baik sesama manusia, berbuat baik kepada haiwan…. tidak berkahwin di dunia, insyaAllah di akhirat akan berkahwin di kurniakan seorang suami dari kalangan ahli syurga. Wallahuaklam.

  29. laki kaya Avatar
    laki kaya

    hahahaa…patut la korang semua tak kawin2..bkn sbb korang yg tak nak tp laki yg tak ingin kawin ngan korang..hahahhaa..ni sbb2 korang tak kawin2 sebenar nyer:
    1. korang mmg takde rupe..pastu jeles tgk yg lawa kawin dh semua..
    2. ati manyak busuk,smpi naik dimuke pn tak sedar..yela org len je yg salah,awak sempurna..
    3. berdikari kunun,dl time blajo takde duit mintak bapak(eh,bapak tu ader k**** ke p*****) rase pelik lak..
    4. nk yg baik,beriman,sempurna..pgi mampus ar…maner ader manusia sempurna..terpegaruh ngan citer industan,korea..
    5. biler laki yg korang suke rijek..mule la marah kt laki,dendam..selongkar semua bende buruk pasal laki..padahal time suke..laki kentut pn wangi…
    6. bayar kawin mahal,mlm nk men dpt kete secondhand..pastu br la nk wat citer2 sedih kene tipula..kene kencing la..padahal mase buat suke…maklumla laki tu hensem..mcm macha…
    7. ckp belit2,nk menguji..nk test..biler laki yg baik gagal sbb jujur..rijek…tuduh menipu dan seangkatan dgn nyer…
    8. nk yg kaye gak..lancau la nk laki miskin..sbb mudah je..biler kawin laki miskin mula tuduh nk kikis,nk duit..hipokrit(mmg darah daging pompuan)
    9. nk yg beriman,hahaha..ingat iman tu kekal abadi ke..tu yg laki beriman curang,kene tangkap basah ..br terhegeh2 cakap takde yg sempurna..puith..lidah bercabang rupe nyer pompuan nie..ha3

    ni bkn alasan..atau rekaan..ni reality..pompuan biler laki taknak reka ar citer..ckp sebenar nyer diorang yg takmo kawin..hahahha..len kali ckp jgn gune lutut..gune akai..setakat pandai buku..belum tentu kete rosak panggil lesbian repair..ke panggil p*****…sori aku gune bahase pasar…

  30. knv Avatar
    knv

    laki kaya,
    bitternya ngko! paham ke tidak apa bitter tu? 😀

    anyway, setiap orang memang la ada justifikasi masing2 pasal apa kawin, dan pasal apa tak kawin. yang penting apa sahaja justifikasinya, jodoh itu dah sah2 ketentuan Allah. yang selebihnya tinggal manusia la nak cari alasan masing2.

    1. takde rupe? ada banyak aje kawan2 aku yang hodoh tapi kawin bahagia aje. dan ada jugak yang cantik nak mampus tapi tak kawin2 sampai sudah. dan ada yang cantik pun cerai berai jugak.

    2. yang salah tetap salah dari dari orang cantik atau hodoh. aku rasa ko pun cukup pandai nak menilai benda ni. cakap pakai otak bukan pakai kepala lutut ko.

    3. sapa pulak yang cerita tak kawin sebab nak berdikari?

    4. jangan overlah. semua orang tau takde manusia yang perfect. beriman itu memang harus. engkau beriman kah?

    5. 6. 7. ni mesti ikut pengalaman ko la kan? kesian. itu aje aku buleh cakap.

    8. kaya? sapa taknak laki kaya? ko pun kalau dapat pompuan kaya mesti nak jugak kan? tapi ramai je kawan aku yang kawen laki tak kaya. hidup bahagia je sampai ke sudah. ko aphal?

    9. kalau beriman sungguh2 memang la kekal abadi. masalahnya beriman main2. ko lupa ke islam pun suruh cari pasangan orang yang beragama. apa masalahnya disitu?

    yang pastinya aku rasa ko tu yang bitter tak tentu hala. pompuan yang tak kawin tu rilek aje ko pulak yang lebih2. aku rasa ko aje orang kat sini yang cakap guna lutut. tak pasal je nak sembur orang dengan pengalaman2 kesian ko tu. kawan aku tak kawen lagi, bila keta rosak dia panggil tow truck aje. yang nak panggil lesbian buat apa? singkat betul akal ko.

    aku nasihatkan balik rumah. amik air semayang. solat lama2 sikit mintak hidayah dari allah.

    1. cikwanicute Avatar
      cikwanicute

      knv,

      best la komen u~
      i likee~ >.<

      *tis is wat u cols REALITY

    2. cikbedah Avatar
      cikbedah

      i rase la,tak patut btul la kan si laki kaya nie.dier ingat semua perempuan camtu ke,eeee benci nyer i ngan laki kaya nie.tpkan kalo dier nie btul2 kaya-raye la,i nk tekel dier la.pastu,menkan ati dan perasaan dier,biar dier tahu dis andalusia power,he3.jgn la marah2 kak knv,rilek la.nnti i revenge tuk u yer.i mude lg mantop gitu.nnti i try jejaki laki tak gune nie dan cube jatuhkan dier yer,he3.ape2 pn i mmg loikee ngan komen u nie tau.mewakili semua gurls yg mcm kiter nie.auwwww,sakit nyer hati i nie.geram ngan komen2 laki kaya nie tau.nasibla kak knv dh tibai dier cukup2,kalo tak i pn nak tulis cam kak knv gak.geram,geram,gerammmmmmm…..

  31. laki kaya Avatar
    laki kaya

    hahaha…knv2..patut la ko tak kawin…jawapan ko tu tak jujur…cube menjawab gune napsu je…hahahha…kesian2..umur lanjut tp tak matang…mcm mana nk maju…kalo takleh terime pendapat org len….kt dunia ader pelbagai jenis manusia ader jahat,ader baik,ader cerdik,ader bodoh…ko nie aku rase je yg terlebih emo…patut la org taknak…kesian2…ko kene g blaja kelas psikologi dan blaja lg ilmu agama…pendapat baik ke tak baik kene terima ngan ati terbuke…berfikir secara rasional..yg baik amik yg buruk tinggal…org2 genius diorang amik semua posibility…tu br aku bg yg negatif…kalo aku bg yg positif…ko cakap aku org baik lak nnti…kesian la kt ko…aku rase org cam ko nie mmg senang nk dimanupulasi la…baik ko blaja lg….hahhahaha…kan aku dh bilang…gune akai jgn pakai kepale lutut….renung2kan dan selamt beramal…

    1. knv Avatar
      knv

      wahai laki kaya,
      sorry la aku tak selera nak baca komen ko yang takde paragraph tu.

      aku andartu lagik. apa kata ko pinang aku cepat2? sebab aku tengok ko ni memang calon jantan terhebat dipasaran. dahlah kaya, beriman, hamsap, genius, positip, saiko(logi), beragama, pakai kepala lutut, dan banyak lah cirit2 hebattttt 😛 aku kagum ngan ko!

      so, bila nak masuk meminang aku niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

  32. laki kaya Avatar
    laki kaya

    sori ar lmbt reply…keje byk…maklum la laki kaya…kumpul duit utk majukan diri sendiri…ko nak aku pinang ko ke…hahaha..yela2 aku pinang ko….hahahhahahhhhhha…..

  33. cun ker Avatar
    cun ker

    x baik berprasangka pd org. hjg taun ni insyaallah masuk 27. mmg rse da tua. tp nk wat cne jodoh blum smpai. amboii korng sodap je snaraikan sbb2 nape andartu x kawen ek. yg xbest ade je pk yg x kawen tu takut rahsia terbongkar la. ape ke hell nya ntah. xslh jd andartu aslkn kte pndai mnjaga maruah. nama lg ank dara tua..maksudnya masih dara k.
    insyaAllah..Allah adalah sebaik2 pelindung. dlm hidup ni kte kne flexible. ada org tu jdoh die bkn kt dunia. jdla mcm rabiatul adawiyah kn lbh baik.. yg penah keciwa..jgn give up k. org yg xkawen xsmstinya huduh + jahat. cme blum jp jodohnya. xknla nk kawen tp xde rse cinta. xleh blah kot…

    untk laki kaya: kaya @ hensem blum tentu bahagia. ntah2 ko ni miskin lg huduh kot.LOL.gurau jer.

  34. antertu Avatar
    antertu

    entah la…support ko laki kaya…aku nie masih anak teruna tua…rilek jer…hahaha…kiter kumpul duit pastu kiter nikmati nyer…he3…hidup nie cume skali jer…hahaha

    1. blur24hrs Avatar

      antertu dan laki kaya,

      memang apa yang laki kaya tulis tu betul tapi ada juga tak betulnya.

      tak semua perempuan terkejar2 harta,harta tak menjamin bahagia. bukan yang bujang tu memilih, macammana nak pilih yang dicari pun tak jumpa, tak semua perempuan mencari suami yang sempurna semua orang tak 100% perfect . ukur baju badan sendirilah kalu kita kurang takkan nak cari yang mr perfect kot. kadang kala tu bukan tak ada cuma tak jumpa walaupun dah ada di depan mata. boring hidup sendirini, biarpun duit banyak tapi sepi, orang lain ada teman utk bercakap tapi kita sorang-sorang…..

  35. Kusyairy Avatar

    susah nak cakap… ni zaman it… semua org mengejar kerjaya dulu….
    i ni plak tgh pening
    tertekan dgn sikap gf i
    suka hangin
    suka marah
    btw, dia ni single mom
    should i stay with her or?
    sikap dia yg xreti nak menghargai apa yg i dah korbankan membuat i menjauhkan diri dalam diam….
    susah sgt ke nak mencari wanita yg matang dan memahami jiwa dan naluri seorg lelaki?
    sama2 kita renungkan….
    http://www.facebook.com/profile.php?id=100000907490365

    1. blur24hrs Avatar
      blur24hrs

      sekarang zaman it, dan betul semua orang kejar kerjaya. tapi hubungan sesama manusiapun penting. saya di pejabat saya hanya buat kerja saya dan dalam masa yang sama saya juga berkomunikasi dengan kakitangan lain. Tetapi, hubungan saya dengan orang lain taklah sampai makan sama, keluar sama, shopping sama. setakan kawan aje. sebabnya untuk elakkan masalah dikatakan pilih kasih dan berpuak-puak.( Perempuan bila berpuak-puak dan bergaduh lelaki x berani masuk campur).

      Berkenaan g/f tu keputusan terletak di tangan anda sebenarnya. cuba listkan kebaikan dan keburukan jika encik clash dengan dia. dari situ kita dah nampak wajar atau tak kita teruskan untuk bersama dia. g/f tu juga kadangkala perlu juga diingatkan tentang keadaan dia semasa sebelum berjaya dulu macam mana. ialah masing “manusia mudah lupa”. kot-kotlah dia terkenang masa dulu dia jadi elok sikit. hubungan baik tak semestinya x gaduh langsung. ada gaduh sikit-sikit ok lah. mungkin juga dia ada masalah dengan anak dia atau keluarga yang lain.

      sorrylah kalau feedback saya bagi lambat sikit. baru teringat nak tengok kelab ni.

    2. kamal mohd najib bin abdullah Avatar

      saya sedang cari calon isteri sebagai isteri KEDUA,
      kalau rasa berminay sila hubungi saya.

  36. syahed Avatar

    perempuan pun ramai yg suke one nite stand, bkn laki jek camtu, kesimpulannya tetap sama an…ape² idop membujang ni mmg seronok…spi la satu masa nnt br terbuka hijab rase nk kawen tu…bkn sbb gersang jek..;D

  37. Sofea Avatar
    Sofea

    susah nak cakp apa la. i putus thn lepas sebb bf i jupe ngan bini org ya mmg berduit kot bini org tu, terus tersngkut then nak kawin thn ni, dlu dia xde ape je pun, pakai keta nk pecah pintu, so x npk pun yg i pilih laki2 kaya sdgkan laki naik keta pecah pintu pun i terima seadanya, ya mungkin dia bukn jodoh i,

    1. Hamdan Avatar
      Hamdan

      Kesian dengar citer si sofea ni, mcm lah kes saya, ada bini cari lelaki lain. Mcm inilah email saya kalau berminat nak kawan : zanali06@yahoo. com

  38. yusuf Avatar
    yusuf

    saya setuju dengan semua yang dibahaskan diatas.. tapai kalau ad sesiapa yg nk berkenalan dengan saya,., silalah email saya di yusufrashid88@gmail.com

  39. Un0x Avatar
    Un0x

    Ada awek,janda yang kaya2 tak , , bak ar 1 , knal2 , , , nak juga rasa kaya ni , kalau ada la , haha , email je , tak pun wechat , id=un0x_yunus , hee

  40. Mazlan Avatar
    Mazlan

    Ada ke mana-mana Anak dara berusia diantara 43 – 48 tahun atau mana-mana janda yang ingin berkahwin, yg penting ada agama, bertolerasi, suka berjenaka (bonus aje), yang betul-betul ingin berumahtangga, boleh bekerjasama dan berpewatakkan sederhana. Kalau boleh tak perlu terlalu cantik atau seski, cukup sekadar manis dan sejuk mata memandang.

    Saya Duda kematian isteri. Sekian

  41. andalusia Avatar
    andalusia

    ~ saya da nak cecah 40 tahun… keliru sangat seru belum sampai.. mungkin sebab saya x cantik, x menarik… nak kata x nak kawen, tapi sunnah nabi.. baca kat internet, umur macam saya da banyak risiko kalau nak dapat zuriat.. salah kah saya kalau da x ada perasaan untuk berumahtangga. bukan nak bebankan abah dan ibu.. cuma….
    Mommy Lyna,
    adakah ianya dinamakan jodoh jika si dia itu suami orang yang sudah punya anak dan isteri sihat walafiat…
    saya hanya layak untuk jadi isteri yang ke….. HANYA kerana saya andalusia?
    saya keliru di antara desakan usia dan orang sekeliling
    TAPI yang sudi memilih diri ini hanya dia (suami orang)
    LaGi sY kELiru…

    1. bujanglapok46 Avatar

      Hidup asal kita jaga iman,apa peduli andartu ke bujang lapok ke?.Ramai kawin tak ada kasih sayang,bla sex penuh dgn nafsu setan,tu yang cepat jelak.tahun 2008 lebih 15 ribu cerai,11ribulebih pasangan bawah 33,paling muda 19 thn.Paling pendek semingigu kawin cerai.aduuh.ambik mudah je.dulu kawin pompuan tak kerja,ikut je apajodoh ,korbansabar tu lah petua sejati.Tak payah nak kaunseling ustaz atau psokatri.Dlam diri tu dah kuat.Tak kira susah,zaman sekarang lihat saja bila kawin beriya2 nak tunjuk dalam webs,majlis besar,hantaran glamer,aduh! dulu simple je alah kadar je,tu lah yng tuhan suka,yang boros tulah yang setan suka jadi tetamu…Saidna Ali kawin S.Fatimah hantaran baju besi perang aje.zaman dulu sama kerja petani ,isteri tak ada nak mintak gaji,soal hak,semua tu perjuangan bersama..betapa besar jihad siisteri..sekarang.aduuh?nilah isteri yang 10,000 tahun masuk syurga lebih awal dr suami..

    2. Abg lie Avatar

      Ingin kenal blh x

  42. bujanglapok46 Avatar

    Lain kali bla mula kenal spesis lelaki tanya dulu ,status,suami orang ke?bujang/duda?jika suami org terus tinggalkan..jangan nak main feeling ,kalau tak ,awak cuma berkawan dan chatting je pun dah kira dosa curang .Sendiri mau ingat,tak payah buat cerita drama cinta.salah tetap salah.Lagi elok suruh dia sumpah bawah surah Yasin kecil tu aje cukup.Ada pula buat cerita sedih,isteri tak ngam lah,alah bukan awak tak tahu,saja ikut nafsu..carilah yang beriman ,kalau miskin pun awak timbang sendiri..usia pun dah lanjut bukan nak pakai mewah mcam org mudakan.?asal ada teman dihari tua oklah..Ada kajian tentang single women lepas zamantak kerja 55-60thn.Apa jadi pada mereka?ibubapa pun dah tiada,takkan nak jadi macam cerita golden Girls tu..he he..Sakit pening sapa nak jaga?Adik beradk pun dah ada family dan pening kepala sendiri,betultak?..fkirkanlah..tepuk dada tanya selera….wasalam..

  43. Mohamed Zin Mat Min Avatar
    Mohamed Zin Mat Min

    Saya pun nak cari isteri juga, dok sorng ni rasa kekok sangat, maklumlah kita org pernah berumh tangga ni kalau dok sorng rasanya jangal, tak bersemangat dan sampai-sampai kerja pun tak beres banyak tak menjadi. Kalau ada yg nak kenal saya, umur dalam lingkungan 60 han, ada pendapatan, masih sehat,
    tahu dalam ugama sekadar perdhu ain, anak ada dua org dah kahwin tinggal berjauhan.
    Ciri-ciri bakal Isteri yg dicari ialah perempuan muslimah samada andartu/ janda tanpa anak berumur
    dari … hingga 50 th. Boleh email terus ke > mozmaa@gmail.com < selamat mencuba, wassalam.

  44. aloe vera Avatar

    ORANG YANG TAK KAWIN LELAKI ATAU PEREMPUAN AKAN BAGI BERBAGAI ALASAN.SAMALAH BILA KITA BUAT SATU YANG NABI SENDIRI GALAKKAN MALAH NABI SEBUTKAN SYARAT JADI UMAT BAGINDA ADALAH KAWIN.KALAU KITA TAK MAMPU LAINLAH.TAPI KITA DIDUNIA INI HANYALAH HAMBA ALLAH.BILA KITA LUPA SIAPA DIRI KITA MAKA KITA AKAN JADI MCM ORANG AMERIKA.RIGHT TO DO ANYTHING,RIGHT TO KECAPI NIKMAT BEBAS ,NIKMAT NAFSU,RIGHT UNTUK TIDAK PIKUL TANGGUNG JAWAB.KALAU POMPUAN KATA LELAKI ZAMAN NI SMEUA JAHAT ,ITU SATU FITNAH ,INGAT RASULULLAH KATA DIAKHIR ZAMAN NANTI FITNAH PALING BESAR DATANG DARI KAUM HAWA,MAKNANYA SEGALA HAL KEJAHATAN AKAN BERMULA DARI MULUT ORANG PEREMPUAN.MASA TU BANI HAA DAH LANTANG,OANDAI DEBAT,LOGIK AKAL MENGUASAI HUKUM ALLAH,MANAKALA YANG ALIM DR BANI HAWA LAGI TAK GUNA,HANYA KEJAR PANGKAT ,NAMA,KEKAYAAN.ADA KAMU LIHAT MENTERI WANITA,ATAU USTAZAH PENVERAMAH WANITA YANG LANTANG TEGUR WANITA BUKA AURAT,BERNAI TEGUR KERAJAAN AKIBAT BANYAKNYA SEX SLAVE DAN PUSAT2 PELACURAN ,MAKSIAT DISINI.MANA DIA WANITA2 UMNO YANG LANTANG BILA BRCAKAP TAPI SORANG PUN TAK ADA COBA NAIKKAN MARUAH ISLAM DINEGARA INI.KALAU NAK JODOH LELAKI BAIK BERIMAN ,BUKAN TAK ADA…JANGAN LAH KUTUK LELAKI..BILA DAPAT JUMPA YANG BAIK BERIMAN ..TAK NAK PULA ,POMPUAN AKAN KATA…HEEE DIA JENIS BERSOLAT…DIA NAK BAKAL ISTERI DIA SOLAT JUGA..AMAR MAKRYF NAHI MUNGKAR…HAAA PANDAI TAK NAK…JADI APA JENIS LELAKI YANG WANITA MACAM KAMU NAK…YESS…KAMU NI MASIH MANJA DIRI..WALAU BUKAN 1NIGHT STAND TAPI KAMU SENDIRI TAK BERIMAN KUAT,NAK DAH KAWIN PUN BEBAS,JALAN SANA SINI,MAJLIS ,SOSIAL,ITU YANG BERLAKU SEKARANG RAMAI YANG KITA LIHAT KAWIN LEPAS SPM,TAK SAMPAI 5-10 TAHUN CERAI,JADI SEDAP SERONOK BILA BEBAS ,AKHIRNYA DIBANDAR2 IBUNEGERI AKAN RAMAI JANDA2 DAN ANDARTU YANG DAH OVER 35 TERUS KE 60 TAPI IMEJ MACAM ARTIS ,KALAU YANG BERJUBAH TU IKUT FESYEN TERKINI BUSANA JUBAH,SOLAT ENATH BUAT ENTAH TIDAK…JGN KUTUK LAKI,YA LAKI NI JAHAT DIA SENANG NAMPAK TAPI JAHAT POMPUAN ..ADUHH…IKUT LAH AJARAN RASUL ,BUKAN FAHAMAN FREE THINKERS DR BARAT…NAK SINGLE?..AHLI SAINS SOSIAL KATA ..MULA SERONOK,TAPI AKAN DATANG ERA BILA DAH TAK KERJA DHA TUA,..APA NASIB ANDARTU INI..NAK DUDUK BANDAR KONGSI APARTMEN 3 ORANG ANDARTU/JANDA TUA JUGA…SEMUA AKAN BALIK KE FAMILY..MAK/BAPAK DAH MATI…NAK TUMPANG ABANG.KAKAK/ADIK YANG JUGA DAH TUA DAH ADDA FAMILI…WALAU KITA ADA DUIT..TAPI ADIK BERADIK TAKL SUKA DIGANGGU PRIVASI MEREKA…MASING2 DAH AD ADUNIA SENDIRI..TU LAH NAK RASA BEBAS ,BERDIKARI,BERKARIER…AKHIRNYA MATI TAK AD ANAK YANG NAK SEDEKAH ATAS NAMA KITA…HAL SOSIAL DALAM ISLAM PUN ADA..IMAM GHAZALI DAH KUPAS DALAM 2 ..KAMU PANDANG HANYA TIME ANDARTU MASA USIA SAMPAI 55..LEPAS TU KAMU TAK FIKIR …APA NAK TERUS STAY BANDAR BESAR..MERANTAU KE KL..JB..LARI DR ORG YANG KENAL KITA…DAH USIA TU YOU PASTI TAK AKAN RASA NIKMAT HIDUP LIAR DIBANDAR..DISKO..KELAB MALAM..KONSERT…WINDOW SHOPPING..BILA DAH TUA DAH MATANG DAN BIJAK KAMU SEDAR HIDUP INI PERLUKAN KETENANGAN DAN IMAN JIKA TAK KAMU AKAN RASA KOSONG DAN HIPOKRIT PADA DIRI SENDIRI…SAYA SELALU JUGA PERGI MAJLIS2 STF KERAJAAN ATAU SWASTA..OR KENDURI KAWIN..SAYA LIHAT ORG PEREMPUAN YANG SUKA SANGAT NAK TONJOL DIRI,SUKA PADA KEMEWAHAN,KEBESARAN ATAU DAPAT BERGAUL ORG BESAR PUN JADILAH…KENAPA YA…SEBAB TU BILA HAWA DICIPTA..MAKA IBLIS LIHAT SIFAT HAWA NI ..MAKA IBLIS BERKATA” HAWA AKAN MUDAHKAN SEPARUH KERJA AKU “..COBA LIHAT JIKA POMPUAN JADI PENGARAH KASTAM,KPDN,POLIS,LAW..JIKA ADA RASUAH DALAMAN ADAKAH DIA BERANI AMBIL TINDAKAN…MEGAH NAK JADI PTD…TAPI POMPUAN LEMAH PENAKUT ,TAK HABIS2 NAK BUKTIKAN DIRI HEBAT…YA LA YOU HEBAT BIJAK TAPI JGN PERLEKEHKAN ORG LELAKI …CERMIN DIRI KAMU DAN KAUM HAWA YANG LAIN….

  45. aloe vera Avatar

    Pompuan tak kawin pun ad ayang hebat ,bila ia benar serius nak beramal,berjasa pada ibubapa dan ugama.Lihat Rabiatul Adawiyah..waliAllah perempuan yang dikasihi Allah.Dia bujang tak kawin sampai mati.Tapi dia tak kejar dunia ,dia tak kisah pasal fesyen,pasal skandal artis,pasal nak hadiri majlis org kawin,semua tak ada pada dia..hidup kerana berkorban nafsu tingkatkan iman dan amal…Jika ada wanita profesional or kaya nak hidup bujang ..okay..teruskan jika kamu sanggup hidu 10 peratus dari iman Rabiatul adawiyah pun dah cukup….ya ,bukan tak boleh…tapi semuanya letak pada nawaitu sebenar kenapa tak nak kawin…itu rahsia sebenar yang hanya kamu saja yang tahu .Ada juga profesional women sorang penulis ,seorang lecturer,dan sorang lagi doktor.Mereka bujang tapi mereka bela anak yatim,..tak nak larikan diri dari tanggungjawab mencurah kasihsayang pada anak yatim…anak mereka dah besar dah…ada 6 orang anak mereka bela…4 orang jadi doktor dah..lagi 2 jadi pegawai kerajaan .Hidup mereka sendiri pun saya kagumi lagi baik dari perempuan yang dah kawin tapi masih suka lepak sana sini,window shopping,bersosial,buang masa…mereka buka aliran sekolah ugama pun tapi ..dah akhlak tu bermoral tinggi…rajin beramal ibadat…mana mereka cari masa ..???….hmmm akhirnya saya dapat satu jawapan mudah…kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu alasan….

  46. Malia Avatar
    Malia

    Assalamualaikum..
    memang benar banyak sebab kenapa wanita tak berkahwin. Jangan lupa kalau ada yang menghidap penyakit bertahun2 samada fizikal maupun spritual. Tu pun boleh jadi penyebab kenapa jodoh belum sampai. Tak kisahlah apa pengakhiran hidup, kahwin ke tak, ada anak ke tak, kaya ke tak.. yang penting bagi saya usah berputus harapan dengan Allah dan kuatkan azam untuk mencapai apa-apa yang kita nak asal tak melanggar syariat.

  47. Azhan 0136881216 Avatar
    Azhan 0136881216

    Saya duda..46 tahun..isteri dah kembali ke rahmatullah.
    Ingin mencari isteri dikalangan andartu 36-50 thun.
    Saya dari n.sembilan..tq

  48. Azhan 0136881216 Avatar
    Azhan 0136881216

    Whatsapp saya 013 6881216
    Boleh berkenalan dahulu,tgk keserasian…

  49. Azhan 0136881216 Avatar
    Azhan 0136881216

    Bukan tak mahu cari janda ,tetapi ingin bagi peluang pada andartu utk merasa kehidupan berumahtangga,pada yg janda atau balu sudah merasai alam berumahtangga ini,so hubungi lah saya,saya bersikap open minded,tidak mengongkong,penyanyang,romantik dan akan cuba sepenuhnya menjadi suami yg bertanggung jawab….

  50. Mat Avatar
    Mat

    Pompuan kaya kawin dgn lelaki miskin.lelaki miskin kawin dgn pompuan kaya.package lain tu masing2punye teast laa..yg penting In your life eco and money first. . You get a lord of money enough laa.. don’t tamak2 nanti rugii..and than I ade eco and mani so? Complete laa your life .Don’t be like “enau dlm belukar jee..masing2melepaskan pucuk msing2.ulur2tangan bila dah senang. Kate nk sama taraf dgn lelaki tpi commitment xsama.jgn tamak2nanti rugii..be the team work in your couple of life..hidup ini mudah jgn ko berat beratkan..nnti masok mental hospitai plk…just idea only…mmmuuahh!!

Leave a Reply to kambingbujang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge