,

Kekurangan Fahry Adalah Kelebihannya

admin Avatar

Lama rasanya tak bercerita tentang anak istimewa saya, si Fahry. Fahry sekarang dah berusia 2 tahun 1 bulan. Semakin lincah dan bijak. Sekarang fokusnya semakin bertambah baik. Yang penting dah boleh spend masa lama sikit membaca bersama. Kalau tak dia asyik nak melompat dan memanjat aje.

Kalau Hafiy dulu saya mulakan mengajarnya di rumah dengan mengenal A, B, C.. 1,2,3.. alif, ba, ta.. menjadikan sekarang dia cenderung untuk mengeja terlebih dahulu. Kalau suruh tulis perkataan, huruf-hurufnya bercelaru. Kalau eja ‘book’ misalnya, B di tempat lain O di tempat lain K di tempat lain (walaupun ada guna sight word tapi mungkin sebab dia dah mahir abjad dari awal jadi dia lebih cenderung ‘membaca abjad’ dari ‘membaca perkataan’). Fahry pula saya tak kenalkan dengan A, B, C macam Hafiy, sebaliknya lebih kepada sight word. Disebabkan saya tak konsisten sangat, tak nampak ketara sangat pada Fahry. Atau mungkin kami terlalu fokus pada perkembangan fizikal dia. Nak sangat Fahry pandai berjalan kan.

Sekarang Fahry dah pandai bercakap dan bercerita. Walaupun tak faham sangat tapi kami layan je untuk galakkan dia bercakap dan stimulate-kan kemahiran berkomunikasi. Fahry nampak lebih outspoken dan akan fight for his right.

Saya selalu bercakap-cakap tentang keadaan dirinya, supaya dia rasa biasa. Bila nanti dah sekolah/bergaul dengan orang, bila orang memperkatakan tentang kekurangannya, tak adalah Fahry nak kecil hati. Bila mudah kecil hati ni boleh melahirkan perasaan low self-esteem yang tak bertempat.

Ini adalah video Fahry bermain di taman permainan, yang saya pernah kongsikan dalam FaceBook saya.

Sekarang ni Fahry masih menunggu kaki palsunya siap. Haii bilalah nak siap ni.

Saya rasa sangat bangga dengannya. Bertuah sangat saya dianugerahkan anak sepertinya. Fahry penguat semangat saya. Secara umumnya anak-anak adalah penguat semangat, tapi bila ada anak istimewa, saya rasa malu padanya kalau asyik rasa ‘tak boleh, tak boleh’ aje. Sebab saya nak anak saya ‘BOLEH’. Kalau maknya asyik itu tak boleh buat ini tak boleh buat, macamana nak jadikan anak serba boleh? Huhu.

Tapi memang ada lah benda yang saya tak boleh buat.. itu memang kena akui limitation yang ada pada diri saya. Saya bukan superwoman.

Tahun 2011 ni tahun pembaharuan. Mungkin tahun cabaran juga. Banyak decision making yang perlu dibuat. Lagi2 kami bakal menyambut kelahiran adik Fahry dalam masa 2 bulan lagi, insya-Allah.

Tahun ini juga saya dan Watie bakal menganjurkan satu program untuk anak-anak seperti mereka. Insya-Allah. Sekarang dalam proses menyiapkan website khas untuk program ni. Insya-Allah akan dilancarkan pada hujung bulan ini atau bulan depan.

Hmmm ntahlah masalah saya ni. Kalau dulu saya rasa takut-takut juga kalau-kalau masyarakat menyisihkan anak saya, tapi sekarang saya rasa sangat bangga bila bercerita tentang dia. Saya rasa macam ramai sangat orang nak dengar cerita tentang anak-anak ni. Orang sekarang ramai dah berfikiran terbuka. Di taskanya pun, cikgunya kata tak ada beza Fahry dengan budak lain. Extraordinary lagi ada. Benda yang orang tak buat, dia yang buat.

Ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa, janganlah dibelenggu dengan perasaan sedih, humiliated, rendah diri, etc. Bersyukurlah, berbangga dan bergembiralah. Saya bangga punya anak cacat, cuma satu benda yang saya masih tak boleh terima. Bila Fahry dikatakan ‘balasan Tuhan’, ‘bala’ dan sebagainya. Oh, itu mungkin ya. Balasan as anugerah yang tak ternilai 🙂

Seronoknya menjadi ibu kepada OKU. Ya, mungkin anak saya cuma cacat fizikal yang minor saja. Ramai ibu bapa lain yang punya anak yang lebih memerlukan perhatian. Namun hakikatnya mereka tetap sama. Mereka bukan orang macam kita. Fahry tak boleh berjalan macam Hafiy kalau tak ada kaki palsu.

Ibu bapa yang punya anak-anak normal, kurangkan mengeluh atau merungut dengan anak-anak, terutama semasa mereka masih bayi. Kalau anda mengeluh sebab bayi asyik meragam saja, ada ibu bapa di luar sana yang menunggu-nunggu tangisan pertama anak mereka. Kalau anda merungut anak asyik mengomel buat bising, ada ibu bapa di luar sana yang menunggu suara pertama anak mereka. Kalau anda mengomel bila anak suka berlari sana lari sini, ada ibu bapa di luar sana menunggu-nunggu langkah pertama anak mereka.

*Uhh saya rasa sudah kehilangan mother’s touch dalam penulisan blog. Adakah saya sudah berubah? 🙂

admin Avatar

19 responses to “Kekurangan Fahry Adalah Kelebihannya”

  1. norasikin Avatar

    ramai yg terlupa bsyukur dgn keadaan anak2..mereka lupa ada yang lebih lagi teruk dr kita. Klu kita ingat anak kitax sempurna sebenarnya ramai lg diluar sana lg teruk keadaanya. Akak pun pernah mengalami keadaan lupa bsyukur ni tp alhamdulillah dpt mengatasinya..Fahry sgt Comel..:)

    1. Mommy Lyna Avatar

      manusia sering lupa sebab tu kita selalu kena dekatkan diri dengan peringatan2. tol tak kak? bila sendirian semasa down kita cenderung utk merasa yg kita lah paling malang.

    1. Mommy Lyna Avatar

      terima kasih en Nazri atas perkongsian yang penuh bermakna.

  2. amirah Avatar

    takdelah..entry ni sangat ‘motherly’..sebab tu anak-anak OKU dipanggil anak istimewa kan..istimewa dr mcm2 benda

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mak dia cemana? ada istimewa tak? 😀

  3. mamaSun Avatar

    saya suka sangat statement kat last paragraph tu….macam mana kita rasa berat ujian utk kita, kita sebenarnya masih beruntung….dan wajib bersyukur. huhuhu~

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bila ditimpa kesusahan, kita tengokla orang2 yg di bawah

      kan?

  4. Azrina Avatar

    Along, tak tahu le citer dpt membantu atau tidak. Saya ada kenalan pejabat yang mmg OKU. Matanya juling dan kakinya tak begitu sempurna berjalan tapi kehebatannya ialah ramai perempuan suka pada dia dan dia seorang yang sangat yakin pada dirinya. Sekarang ni dah jadi pelakon teater dan tak salah saya baru dianugerahkan bintang kebesaran (selalunya org gomen ler) di atas perkhidmatan beliau pada Kerajaan. Saya mmg salute dengan abang Saiful ni kalau kat FB dia guna nick jejakan idaman Malaya hahahaha. Dia tak pernah rasa kekurangan pun bila berjalan dgn kitaorang tapi kitaorg rasa yang serba ‘kekurangan’. Allah tu Maha Kaya kan.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oh i like this story!

      semangat ini yg perlu ada!

  5. Mommy Of Q's Avatar

    Oh beb .. ai like this entry .. will take the badge & tampal2 kat blog aku! hehehhe.. 🙂

    we will do this bebeh! this year .. 🙂 kasik gegarrrrr( Bak akata aizat) ..

    ingat syarat pertama? wkakakakakkakaa

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      agak2 aku bole survive dgn excellent tak kalo penuhi syarat pertama?

  6. Nur Avatar

    salam lyna…
    akak terpanggil utk bg komen..
    when Allah takes anything, He will compensate the other…
    mungkin kaki Fahry diambil, tp Allah lebihkan kebijaksanaanya?
    Wallahua’lam…

    Tapi yg penting, Fahry mmg hensem!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam Sis Nur

      bila kita selidiki, setiap yang Allah ‘ambil’ ada benda lain yg Dia beri. cuma kadang2 tak nampak bila benda yg Dia beri tu di luar jangkauan pemikiran.

  7. e_nazz Avatar

    insaf pada diriku…

  8. @sf@ Avatar
    @sf@

    wahhh sgt ligat dak kecik ni..
    mcm nk ikut jek die turun gelongsor…
    lame sungguh tidak ketemu..

  9. Mama Aleesya Avatar

    As-salam mommy lyna..saya coursemate watie masa utm dulu, terbaca kisah anak awak ni,memang buat mana2 hati ibu tersentuh…hanya orang yang memahami sahaja yang dapat faham..saya pun ada anak istimewa, anak kedua saya cleft lip bilateral..memang saya akui susah payah kita sebagai ibu yang mengasuh dan menjaganya kan..tai sesungguhnya anak2 ini memang istimewa dan anugerah yang tak ternilai..
    Salam perkenalan yea…

  10. tasha Avatar
    tasha

    saya sangat2 tersentuh.. fahry kanak-kanak yg tabah.. dia x pernah tau apa erti kekurangan maka jgn kita merasakan kekurangan itu. saya doakan agar fahry berjaya didunia dan akhirat.. melihat kemukanya, saya rasa dia anugerah tak ternilai… sampaikan salam saya untuk nya..

  11. Azira Avatar

    Salam Lyna. Thanks utk perkongsian nie. Zira lebih bersemangat dan positif untuk share tentang Firzanah dan Fazera pada dunia luar. Keep on awareness to them ☺. Love ❤ for Fahry & Hafiy.

Leave a Reply to @sf@ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge