Kanak-Kanak Istimewa – Fahry Jadi Bahan Kajian di IPT

by Mommy Lyna on July 28, 2010 · 13 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Fahry telah dipilih untuk menjadi bahan assignment seorang pelajar IPT di bawah tema ‘Kanak-Kanak Istimewa’.

Mungkin rezeki Fahry atau rezeki makcik IPT tu sebab ada subjek mudah untuk menjadi bahan kajian ‘Kanak-kanak Istimewa’nya tu, LOL.

Menjadi anak istimewa adalah satu kelebihan kepada Fahry, bila banyak mata tertumpu kepadanya, lebih-lebih lagi satu lagi keistimewaan beliau ialah dilahirkan tidak cukup bulan. Namun bahagian Fahry memang istimewa, bila bayi pramatang lain menghadapi pelbagai komplikasi, Fahry menjalani rawatan di Special Care Nursery dengan aman damai, tanpa sebarang jangkitan walaupun beliau paling terdedah kepada jangkitan kuman. Itulah rezeki yang sudah tertulis buat anak seistimewa Fahry.

Saya pun tak pasti apa jadah kajian atau study yang nak dibuat terhadap Fahry, oleh pelajar jurusan Kaunseling dari USIM itu. Saya rasa lebih baik beliau mengambil saya sebagai subjek kajian kerana saya lebih memerlukan kaunseling menghadapi karenah si kecik Fahry yang mengalahkan budak-budak normal (waduh, kok abnormal?). LOL. Penat weeeehhh layan si kecik ni. Bukan penat layan emosi “Oh.. anakku yang cacat~..” tapi penat melayan “Kamu ni cacat tapi tak macam cacat, Mommy pulak yang rasa dicacatkan nak melayan kamu nih” :D Dusyum!

Mungkin beliau nak lihat bagaimana Fahry carry perasaannya bila dilahirkan berkaki satu. Tapi saya rasa.. mungkin belum, atau mungkin tak ada langsung perasaan ‘merasa diri cacat’ pada dirinya. Saya agak anak istimewa saya ni bakal menyambung sunnah mendaki gunung tidak lama lagi, berdasarkan hobinya memanjat apa saja di dalam rumah, terutama kerusi dan meja. Hmm… mungkin bukan satu benda besar sekiranya Fahry itu normal seperti anak lain, biasalah budak2 kecil suka panjat2. Tapi dia panjat dengan satu kaki saja, itupun tak cukup jarinya, to me adalah amazing. Tambah2 si abangnya Hafiy tak ada perangai panjat2 ni.

Hari minggu yang lalu Fahry was caught red handed sedang mendaki tangga, tapi di sebelah handrail yang bukan tempat pijak tuh!

tangga kejayaan

Mungkin dia nak mencuba cara lain menaiki tangga.

Cubaan memanjat kerusi dari belakang juga sudah dibuat setelah boring panjat dari depan (cara biasa).

Sekarang usianya dah 19 bulan, nampak macam baby je, tapi jangan tertipu sebab dia dah besar sebenarnya. Pandai mengada-ngada, pandai demand, pandai ABC, hehe. Bonus bagi Fahry sebab dia anak no. 2, jadi perkembangannya dipengaruhi oleh abangnya Hafiy. Cepat sikit dia ni berbanding Hafiy. Cuma jalan je lambat. Itu tak boleh tolong lah.. dapat jalan ni pun bersyukur lah.

Fahry juga dah naik kelas di nursery, dari baby class ke kelas budak2 besar sikit. Sebaiknya dipindahkan saja sebab selalu dapat report dia ni suka membuli kawan-kawan baby. (Sorila yaaa anak2 sapa yang pernah kena buli dengan Fahry. Eh kire vangga apa Fahry glemer OK, muahahaha).

Hmmm. OK la. Over. Mak mana yang tak bangga dengan anaknya. Tak kiralah rupa macamana pun selagi namanya ibu, dan makhluk itu adalah anaknya, haruslah disayangi.

Saya harap ibu bapa yang punya anak istimewa di luar sana berbangga dan maksimakan potensi anak istimewa kita, walaupun dia tak macam orang lain. Jangan limitkan sebab dia tak cukup itu tak cukup ini.. lagi2 kalau kekurangannya cuma dari segi fizikal saja. Ramai je orang cacat fizikal yang berjaya. Takde hal punya. (Teman saya di UKM baru saja memesan basikal tangan untuk anaknya, syabas bette!)

Oh, surat saya ke Pa&Ma tersiar dalam isu bulan Ogos 2010 :D Siap dapat mahkota tu! Bravo bravo. Tak sabar tunggu bukunya hihihi (jimat bajet i beli buku bulan ni).

Fahry menempel dalam Pa & Ma lagi.

Popularity: 1% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 13 comments… read them below or add one }

amirah July 28, 2010 at 2:48 pm

hihihi..dah baca dah..masa tu Fahry tembam lagi..mmng cargas la Fahry..
amirah´s last blog ..Tiz Zaqyah yang cun My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna July 29, 2010 at 9:32 am

bile tgk gambar2 lama, tembam Fahry rupanya :D

Reply

akak su July 28, 2010 at 3:03 pm

apapun…fahry memang bestttt
akak su´s last blog ..Mintak maaf okkkk My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna July 29, 2010 at 9:33 am

mak dia ? ekekeke

Reply

kakLuna July 28, 2010 at 5:05 pm

kita kan berkembang ikut nature kita…kita lahir ada kaki tangan, mata boleh melihat, maka kita mmg gunakan apa yg kita ada sejak lahir. begitu jugak org yg cacat sejak lahir bg dia nature dia adalah gunakan apa yg dia ada wpun bg kita yg normal tgk dia ada kecacatan. akak fahry ‘tatau’ pun dia cacat, dalaman dia telah respon mengikut zahirnya sbb tu, panjat memanjat bkn 1 mslh krn bg dia,dia takde halangan!

Reply

Mommy Lyna July 29, 2010 at 9:36 am

kita je yg nampak dia macam cacat tp sebenarnya dia lebih mampu dari orang yg lahirnya normal tp sesuatu berlaku menyebabkan hilang angota sebab dia dah biasa dari lahir.

tol tak kak?

Reply

ANip July 28, 2010 at 6:42 pm

cian dia..redha la..dia yg terbaek..
ANip´s last blog ..Nothing Is Impossible!!! My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna July 29, 2010 at 9:39 am

dia memang tebaek!!!

Reply

laila July 28, 2010 at 11:15 pm

lama autie tak jumpa Fahry….dulu mami kata selalu melalak…skrg selalu panjat….:P…abes la mami…dah kurus bertambah kurus….tak payah beli tredmill….tak payah senamrobik….
laila´s last blog ..Trial Pack untuk Resdung- Eczema-Allergi-Asma-Gegata My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna July 29, 2010 at 9:40 am

sekarang melalak+panjat+pukul orang. garang ni tauuu.

Reply

Mommy Of Q's July 29, 2010 at 2:31 am

ei ..anak aku dia takmo wat kajian ka? heheheh.. 1 dari 32,000 kelahiran hokay … tak cukup gempak ker tuh? wakakakka… suh dia wat kajian, napa boleh takder tulang tapi semua jari ada ..misteri nusantara sungguh kan? ahaks!

ko tau, skang si zayra suka tarik2 tgn kanan dia guna tgn kiri .. laki aku kata dia takut jer tangan kanan tercabut ..tau-tau tgn kiri dah pegang separuh tgn kanan .. hampeh punya laki! … heheheh…
Mommy Of Q’s´s last blog ..Qarissa Dengan Piano Ajaib! My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna July 29, 2010 at 9:41 am

aku rasa tu ko kena mintak budak2 yg amik medic buatkan hehehehe.

amboi bapaknya… bajet2laaa huhuh.

Reply

Hanis July 30, 2010 at 12:48 pm

hehe..baru smlm baca Pa &Ma…tgk gambar baby tu, mcm nak kenal, tp debab pulak..

tgk penulis surat tu, sah-sah la mommy lynna nie..hehe
Hanis´s last blog ..Tips- Si kecil pun boleh kenal warna My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers